Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Buat Duit Setiap Bulan Dengan 4 Program Affiliate Ini

$
0
0
Buat Duit Setiap Bulan Dengan 4 Program AffiliateBergantung hidup sepenuhnya pada gaji memang takkan cukup. Separuh daripada gaji yang diterima kebiasaannya akan digunakan untuk menyelesaikan komitmen hutang bulanan seperti hutang rumah, kereta, insuran dan sebagainya. Dah selesai bayar semua hutang, itulah gaji bersih kita. Mesti duk termenung panjang kan tengok jumlah gaji bersih tu..hahaha. I feel you.

Untuk kurangkan beban kewangan, ada banyak cara yang boleh dibuat. Salah satu caranya ialah aku nak kongsikan 4 affiliate yang paling bagus untuk aku. Setiap bulan mesti akan ada pendapatan yang masuk. Banyak atau sikit itu cerita lain. Yang penting ada duit masuk dalam akaun.

Buat Duit Setiap Bulan Dengan 4 Program Affiliate


1# Klikjer

Kebanyakkan blogger dah ramai tahu dan join program affiliate klikjer. Kalau tak ada blog pun masih boleh join cuma hasilnya kurang sedikit berbanding guna platform blogger untuk jana pendapatan melalui program affiliate ini.

Daftar percuma. Tak perlu bayar satu sen pun.

Lepas tu, korang promosikan eBook yang ada di Klikjer. Macam-macam jenis eBook yang ada. Pilih yang mana korang suka untuk dipromosikan kepada pembaca. Cara promosi terpulang pada kreativiti masing-masing.

Secara puratanya, setiap 100uv akan ada satu sale. Bagi aku, cara paling mudah untuk dapat sale dengan rajin tulis artikel berkaitan produk yang ada di Klikjer. Copy paste je info yang ada dalam eBook tersebut. Bayangkan ada yang dapat RM6000 lebih dengan mempromosikan eBook dari Klikjer sahaja. Korang tak rasa teringin ke?

Bagi aku pulak, setiap bulan ada email yang masuk mengatakan ada eBook yang terjual. Dari situ, dapatlah komisen. Bolehlah untuk makan kat KFC..hehe. 

Kalau korang belum daftar, boleh daftar kat sini.


2# Involveasia

Involve Asia ni affiliate untuk laman-laman web lain macam Lazada, Zalora dan lain lain. Komisen pulak tak tentu ikut yang ditawarkan oleh pihak publisher.

Komisen ada dalam bentuk CPA, CPC dan CPS.

Setakat ni belum lagi dapat hasil sebab promosi pun on and off je. Fokus aku lebih kepada affiliate jenis eBook.

Nak daftar Involve Asia ni percuma jugak. Korang masuk dan daftar sebagai publisher. Lepas dah sign up, ikut kreativiti  korang nak promosi laman web apa dan macam mana. Banyak lagi affiliate yang korang boleh join kat Involve Asia. Korang daftar dan pilih sendiri yang berkenaan ye.

Kalau korang belum daftar, boleh daftar kat sini.


3# Shopback

Shopback ni secara ringkasnya tempat dimana korang boleh dapatkan cashback selepas korang buat pembelian secara online dimana-mana laman web terpilih seperti Lazada, Zalora, Shopee dan banyak lagi. Selain dapat cashback, korang juga boleh dapat bonus sebanyak RM5 apabila korang refer orang untuk sign up dengan Shopback. Kalau 1 orang korang dapat RM5, bayangkan 100 orang korang refer dapat la RM500.

Kalau korang tak faham pasal Shopback ni, boleh baca disini.

Shopback ni setiap bulan aku guna untuk beli barang secara online di Lazada. Masuk Shopback, tekan Lazada dan cari barang yang nak dibeli. Secara automatik, dapat jimat beberapa ringgit. Cashback atau rebat akan masuk dalam akaun Shopback dan bila jumlah rebat tu dah "cukup tempoh" , boleh transfer ke akaun bank.

Kalau korang suka dan selalu shopping online, wajib guna Shopback tau. 

Nak join boleh daftar percuma kat sini. Barang dapat, duit pun dapat!


4# Baituljannah

Baituljannah adalah laman web cari jodoh di Malaysia yang menjemput korang untuk menyertai program affiliate mereka. Setiap akaun secara automatiknya mempunyai dua fungsi iaitu sebagai ejen affiliate dan sebagai calon cari jodoh.

Pendapatan daripada affiliate Baituljannah dianggap sangat lumayan. Korang dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran baru dan mendapat komisyen tinggi setiap kali ahli menaik taraf akaun masing-masing. 

Dan jika korang mahu menjana pendapatan lebih lumayan, upgrade akaun anda kepada premium.

Daftar sebagai affiliate di Baituljannah

Selamat membuat duit dengan 4 affiliate di atas.

Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi? Ikut Tips Yang Dikongsi Lelaki Ini

$
0
0
Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi? l Sempena cuti sekolah sekarang ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk berkahwin. Tahniah kepada yang dah berjaya bina rumah tangga! Yang masih lagi single, teruskan misi korang untuk mencari pemilik tulang rusuk korang tu.



Bagi yang dah jumpa jodoh tetapi masih merancang, halangan utama untuk mendirikan rumah tangga biasanya masalah kewangan. Perlu ingat, jangan sesekali ambil jalan mudah dengan buat pinjaman peribadi semata-mata untuk melangsungkan perkahwinan. Besar risikonya kemudian hari. Sebab itulah, anak-anak muda ni perlu ada tabungan kahwin seawal yang boleh. Ia bukan sahaja memudahkan kita untuk merancang semasa majlis perkahwinan, tetapi untuk kehidupan selepas berumah tangga. 

Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi? Ikut Tips Yang Dikongsi Lelaki Ini

Bagi mereka yang bercadang untuk berkahwin tahun depan dan buntu macam mana nak kumpul duit untuk majlis dan hantaran, boleh baca dan hadam perkongsian daripada lelaki ini. Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu.






Anda Wanita? Dan.. Masih Keseorangan?
Sukar Bertemu Jodoh?
Atau..
Sudah Jumpa, Tapi Malu Nak Cakap & Luahkan Isi Hati?

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Johor 2019

$
0
0
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Johor 2019 l Bulan Ramadhan kembali lagi dan berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun islam yang ketiga. Berikut ialah lampiran Takwim atau Jadual Berbuka Puasa dan Imsak untuk tahun 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi bagi seluruh kawasan negeri Johor.


Diharapkan dengan adanya jadual ini, ianya akan memudahkan seluruh umat islam khususnya di negeri Johor menjalani ibadah puasa dengan sempurna disamping dapat membuat perancangan waktu yang sesuai untuk berbuka dan bersahur.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Johor 2019

ZON 1 : PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2 : DAERAH JOHOR BAHRU, KULAI, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU-PULAU YANG BERDEKATAN DENGANNYA
ZON 3 : DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4 : DAERAH BATU PAHAT, MUAR, TANGKAK, SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga jadual berbuka puasa dan imsak negeri Johor 2019 dapat dijadikan panduan bagi bangsa Johor untuk mengetahui waktu berbuka dan waktu bersahur di kawasan masing-masing.

30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 1)

$
0
0
30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 1) l Nak memasak untuk juadah bersahur bukan sesuatu yang mudah. Maklumlah, awal-awal puasa ni terpaksa bangun pukul 4 pagi semata-mata untuk memasak dengan mulut masih lagi menguap memang agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu. Kalau tak bersahur, takde tenaga pulak untuk buat kerja nanti. Jadi, untuk memudahkan tugas korang, disini ada disediakan 30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 1) yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menyediakan menu bersahur yang ringkas bagi keluarga tersayang.

30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 1)


HARI 1: TELUR REBUS GORENG MASAK MERAH

Bahan-bahan:
- 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
- 1 cawan santan pekat / susu cair
- 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
- 2 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sm halia (dikisar)
- 1 sm lengkuas (dikisar) - optional
- 1 senduk cili giling
- 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
- sedikit sos cili
- sedikit kicap
- sedikit sos tiram
- garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat dan tutupkan api.
5. Masukkan telur dan gaulkan. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.


HARI 2: IKAN PEKASAM GORENG

Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar
- ikan pekasam
- cili besar
- limau nipis
- minyak masak / olive oil

Cara memasak :
1. Goreng ikan pekasam dan angkat. 
2. Gorengkan bawang besar dan cili besar dalam beberapa minit. 
3. Angkat dan taburkan atas ikan tadi. Perah sedikit limau nipis untuk lebih sedap.


HARI 3 : RESEPI AYAM MASAK HALIA BERKUAH 
Bahan-bahan:
- dada ayam - dipotong kecil
- 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
- 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
- 3 ulas bawang merah - diblender
- 1/2 lobak merah - dipotong bulat
- 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
- 2 ulas bawang putih - diblender
- 1 biji bawang besar - dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
- 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
- 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
- 1/4 lada benggala - dipotong kecil
- 1/2 sudu kecil pati ayam
- 1/2 cawan air
- sedikit kicap
- sos tomato, sos cili, dan sos tiram
- sedikit garam dan gula

Cara memasak:
1. Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi. Selepas itu, bila dah nampak garing, ketepikan. Dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. Tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

3. Kemudian, masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. Selepas itu, kacau sebatikan. Masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. Kacau sebatikan.

4. Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. Masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. Sesuaikan kepekatan dengan selera anda

5. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. Kemudian, kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. Bila dah masak tutup api dan hidangkan bersama nasi panas. 


HARI 4 : MASAK TAUCHU IKAN KERISI

Bahan bahan:
- 2 keping ikan kerisi
- 2 sudu besar tauchu
- 1 biji bawang besar - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 4 biji cili merah - hiris
- 1 inci halia - hiris
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 cawan air
- 3 tangkai cili padi
- garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.
3. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa.   
4. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.
5. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.


HARI 5 : TELUR MASAK KICAP
.
Bahan-bahan:
- 4 - 5 biji telur - saya goreng mata kerbau
- 2 biji bawang besar- di hiris
- 2 tangkai cili merah - dihiris
- 2 ulas bawang putih - diketuk ajer...
- 1 inci halia - dihiris
- sedikit daun sup
- kicap manis
- sedikit garam
- sedikit lada sulah
.
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
4. Angkat dan taburkan daun sup.


HARI 6 : IKAN REBUS GORENG 
Bahan bahan:
- ikan rebus
- 1/2 biji bawang besar - hiris
- 1 biji cili merah - hiris

Cara memasak:
1. Ikan direbus bersama sama asam keping yang banyak dan garam sehingga airnya hampir kering dan biarkan semalaman. Ikan rebus mesti ada rasa masam dan masin.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Masukkan bawang besar dan cili merah.
3. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah ditutup api.


HARI 7 : SAMBAL SOTONG SEDAP
Bahan-bahan:
- sotong dibersihkan
- bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:
- bawang merah di blend
- bawang putih diblend
- cili kisar
- asam jawa
- garam
- gula
- secukup rasa
- sedikit kicap manis untuk mencantikkan sambal

Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa.
2. Masukkan bawang yang dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong. Jangan lama sangat nanti sotong keras.


HARI 8 : SAMBAL LADA API TELUR

Bahan-bahan:
- telur rebus dulu dan goreng sampai garing.
- cili api / lada besar (cili harus banyak)
- 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih blend kasar.
- 1 asam keping
- 1 biji bawang besar dimayang
- garam dan gula secukup rasa
.
Cara memasak:
1. Telur yang telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
2. Goreng bahan-bahan yang diblend kasar
3. Masukkn asam keping
4. Rasakan garam dan gulanya.
5. Masak sampai garing
6. Masukkan bawang besar yang dimayang
7. Campurkan telur yang telah digoreng tadi


HARI 9 : ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH 
Bahan-bahan:
- 1 bungkus roti Gardenia(roti lain pun boleh)
- sosej
- cheese
- 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Cara memasak:
1. Sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan cheese dahulu di atas roti
3. Letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.
4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi
5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
7. Panaskan kuali dan goreng.


HARI 10 : SUP AYAM MUDAH

Bahan-bahan:
- 3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
- 4 - 5 biji telur gred B
- 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
- 60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
- 1 kiub ayam
- 4 biji bawang merah, hiris halus
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- lada hitam kisar secukupnya
- hirisan daun bawang untuk hiasan
- bawang goreng untuk hiasa
- lada hitam kisar (extra)

Cara membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. 
2. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
3. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. 
4. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati-hati. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. 
5. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

Menu Diet Ramadhan Untuk Hilang 5kg - 10kg Dalam Sebulan

$
0
0
Menu Diet Ramadhan Untuk Hilang 5kg - 10kg Dalam Sebulan l Yang mana bercadang untuk kurus tahun ini, boleh ambil kesempatan di bulan puasa ni untuk dapatkan saiz badan yang diidamkan melalui menu diet Ramadhan, yang mana korang boleh kurangkan berat badan dari 5kg ke 10kg.  

Menu Diet Ramadhan Untuk Hilang 5kg - 10kg Dalam Sebulan











30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 2)

$
0
0
30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 2) l Resepi bersahur yang ringkas ini adalah sambungan daripada 30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 1) . Pastikan korang dah baca bahagian yang pertama untuk memudahkan korang merancang menu dan resepi yang sesuai untuk dimasak mengikut hari.

30 Resepi Sahur Yang Mudah Tapi Sedap (Part 2)


HARI 11 : SAMBAL TELUR IKAN BILIS

Bahan-bahan:
- 4 biji telur, digoreng mata kerbau
- 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
- 1 pokok daun bawang, hiris halus
- daun salad secukupnya untuk hiasan

Bahan sambal tumis:
- 2 senduk nasi cili kisar
- 1/2 cawan jus asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- 1 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- 3/4 inci belacan*
- 1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. 
2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Cara memasak sambal telur ikan bilis: 
1. Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. 
2. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. 
3. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain.


HARI 12 :SUP TELUR DAN KENTANG 

Bahan-bahan:
- 3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
- 30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
- 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
- 4 - 5 biji telur
- 1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi"
- air secukupnya
- 5 biji bawang merah, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- serbuk lada hitam secukupnya
- garam secukup rasa
- hirisan daun sup untuk hiasan
- hirisan daun bawang untuk hiasan
- bawang goreng, untuk hiasan

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.

2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.

3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.


HARI 13 : SAMBAL KERING IKAN BILIS KACANG 

Bahan blend:
- cili kering 1 genggam
- bawang besar 2 biji
- bawang putih 2 ulas

Bahan goreng:
- ikan bilis 1 mangkuk
- kacang tanah 1 1/2 mangkuk

Cara memasak:
1. Tumis bahan blend sampai pecah minyak.
2. Masukkan:
●Gula melaka/nisse 1/2 ketul
●Gula pasir 1sb
●Garam 1sk
●Sos cili 1sb
●Sos tiram 1sb
●Kicap manis 1sb
3.Tumis sampai garing + agak kering. Biarkan sejuk seketika.
4. Dah sejuk baru masukkan ikan bilis dan kacang tanah goreng. Gaul sampai rata. Siap! 


HARI 14: AYAM GORENG BERSOS KARI

Bahan ayam:
- 200gm isi dada ayam | potong dadu
- 1 biji telur ayam
- 1/2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan tepung gandum
- garam secukup rasa
- minyak untuk mengoreng

Bahan sos kari:
- 1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
- 2 sudu besar yogurt
- 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
- 1 ulas bawang putih | cincang halus
- sedikit daun ketumbar | hiris halus
- garam dan serbuk pati ayam secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
1. Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
2.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
4. Seterusnya masukkan yogurt untuk memberikan rasa pedas masam.
5. Perasakan dengan serbuk pati ayam garam dan gula secukupnya
6. Sebelum angkat masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.


HARI 15: TELUR KUKUS

Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 2 sudu makan susu cair
- sedikit daun ketumbar |racik
- 3-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
- sedikit daging ayam | potong kecil
- sedikit cili benggala merah |potong dadu
- sedikit cili benggala hijau |potong dadu
- garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
3. Kukus dalam 5 hingga 10 minit. Angkat dan keluarkan.
4. Potong dan sedia dihidangkan.


HARI 16: KUETIAW GORENG BEBOLA

Bahan-bahan: 
- 1 bungkus kuetiau | dibasuh dengan air panas dan ditoskan
- 150 gm taugeh
- 4 tangkai daun sawi
- 5 biji bebola ikan | dipotong empat
- 2 ketul kek ikan | dihiris
- 20 gm isi ayam | dipotong dadu
- 2 batang daun bawang | dipotong kasar
- 2 biji bawang besar | dikisar
- 2 biji bawang putih | dikisar
- 5 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan air
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 biji telur
- gula secukup rasa
- garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga berbau wangi.
2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Bolehlah dimasukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Selepas itu, masukkan bebola ikan, kek ikan dan tepung jagung.
4. Setelah mendidih, masukkan kue teow, daun bawang, telur, tauge dan sawi. Gaul sehingga sebati dan goreng selama tiga minit.
5. Bila sudah masak, angkat dan sedia dihidang.


HARI 17: IKAN TAMBAN MASIN GORENG CILI PADI

Bahan-bahan:
- 300gm ikan tamban masin
- 150gm bawang besar | dihiris bulat
- 100gm cili padi | diracik halus
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- minyak masak secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
2. Gorengkan bawang besar dan cili api hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
3. Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya.
4. Sedia dimakan.


HARI 18 : MI GORENG HAVOGUE

Bahan-bahan:
- 300gm mi kuning
- 4 ketul ayam | dihiris kecil
- 4 ekor sotong
- 4 ekor udang
- 1 biji telur
- 30gm sawi
- 20gm tauge
- 30gm tauhu | digoreng
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan sos cili
- 30ml air
- 40ml minyak masak
- 3 biji cili merah | dihiris
- garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan ayam bersama sotong dan udang hingga masak.
2. Masukkan bawang putih dan pecahkan telur. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan cili padi dan biarkan masak seketika.
4. Setelah itu masukkan mi bersama sedikit air dan gaulkan sehingga rata.
5. Perasakan dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan juga lada sulah secukupnya. Kacau rata.
6. Masukkan sawi bersama tauge, tauhu dan cili merah kemudian digaul rata.
7. Biarkan masak seketika dan angkat.


HARI 19 : SUP BEBOLA DAGING

Bahan-bahan:
- 10 biji bebola daging
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 3 cm halia | dikisar
- 1 sudu makan serbuk rempah sup
- 1/4 sudu teh serbuk lada putih
- 1 biji kentang | belah empat
- ½ biji lobak merah 
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- daun bawang dan daun sup secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air, ubi kentang. Biar mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk.
3. Kemudian masukkan bebola daging, lobak, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
4. Biar hingga bebola daging cukup masak. Angkat dan sedia dihidangkan.


HARI 20 : TELUR DADAR CENDAWAN

Bahan-bahan:
- 4 biji telur | dipukul sebati
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1/2 sudu teh kicap cair
- 1/2 sudu teh garam
- 20gm cendawan butang | dihiris
- 20gm cendawan China/Shitake
- sedikit hirisan daun bawang
- sedikit hirisan cili merah
- minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali lain, dan masak telur dengan api perlahan.
4. Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
5. Terbalikkan telur tersebut dan besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
6. Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong.

Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi

$
0
0
Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam BoiJika berkunjung ke bazar ramadan, terdapat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air katira yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, lemon pudina dan laici asam boi pun boleh buat kecur air liur!

Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi


Hari saya nak kongsikan resepi air balang Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi. Resepi air ni sesuai untuk dijadikan minuman berbuka puasa. Maklumlah, sepanjang hari menahan lapar dan dahaga. Yang pasti minuman ni sedap dan fresh. Boleh ketagih bila minum, tak mau dah air lain dah.

Cara-cara untuk menyediakan resepi minuman air lemon pudina dan ais lemon pudina laici asam boi mudah sahaja. Rasanya boleh buat terus hari ni untuk juadah berbuka puasa nanti.


Bahan-bahan:
- sukatan untuk 1 balang air
- daun pudina RM2.00
- lemon 4 biji
- sunquick 100g 
- serbuk asam knor 100g
- air gula 1 liter

Cara membuatnya:
1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja dan hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.
2. Sunquick dan serbuk asam knor dimasukkan sekali  dalam 1 liter air panas .Kacau dan masukan dalam bekas air lemon tadi 
3. Masukkan air batu ,pati air lemon, masuk air masak agak-agak je ,1 biji lemon dihiris,daun pudina. Kacau dan siap untuk minum.

* Boleh rujuk pada gambar di bawah jika kurang faham.


Nota!
- Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja
- Kalau nak buat banyak, pastikan kena tapis banyak 2/3 kali.
- Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
- Boleh pelbagai kan jenis buahan tin atau buah fresh ikut citarasa sendiri.

10 Resepi Mee Yang Berkuah Untuk Berbuka Puasa (Part 1)

$
0
0
10 Resepi Mee Yang Berkuah Untuk Berbuka Puasa l Selain daripada juadah berbuka puasa dengan nasi dan pelbagai lauk pauk, mee juga boleh dijadikan sebagai menu utama untuk santapan berbuka puasa. Dibawah disenaraikan 10 resepi yang berasaskan mee yang boleh dicuba sebagai pembuka selera ketika berbuka nanti.

1. MEE BANDUNG
2. MEE REBUS TULANG
3. MEE UDANG MEATBALL
4. MEE KUNGFU
5. MEE KETAM MUDAH
6. MEE JAWA
7. MEE SIZZLING
8. MEE KUAH LADA HITAM
9. MEE UDANG KUALA SEPETANG
10. MEE HONG KONG

10 Resepi Mee Yang Berkuah Untuk Berbuka Puasa 


1. RESEPI MEE BANDUNG 

Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee kuning
- 6 ekor udang basah
- 2 ekor sotong
- 50 gm udang kering – ditumbuk
- 1/4 cawan kacang tanah goreng – ditumbuk
- Sedikit sayur sawi – dihiris
- Sedikit kobis – dihiris halus
- Sedikit hirisan daging – direbus
- Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam
- 4 biji telur
- Gula dan garam secukup rasa
- Mee kuning – dicelur
- 1 sudu besar tepung jagung

Bahan kisar:
- 1/2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
- Bawang goreng
- Hirisan cili merah
- Limau kasturi/limau nipis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda
4. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.
5. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Hidangkan.


2. RESEPI MEE REBUS TULANG 

Bahan-bahan:

Bahan untuk sup/kuah.
- Tulang lembu secukupnya
- 1 bungkus rempah sup bunjut
- 5 ulas bawang di hiris
- 1 halia – diketuk
- 1 inc kunyit – diketuk
- 1 inc lengkuas – diketuk
- 2 batang serai – diketuk
- 1 kiub daging
- Garam secukup rasa

Bahan rencah:
- 3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
- 10 biji bawang kecil – dikisar
- 2 biji bawang besar – dikisar
- 5 ulas bawang putih – dikisar
- 1 inci halia – dikisar
- 1 inc kunyit hidup – dikisar
- 30 tangkai cili kering – dikisar
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
- 1 cawan air asam jawa
- 1 kiub daging
- 1 buku gula melaka
- 1 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

Cara memasak sup/kuah:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.
2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara memasak rencah:

1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.
3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.
5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.
6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak.


3. RESEPI MEE UDANG MEATBALL 

Bahan-bahan:
- Mee kuning secukupnya ~ dicelur
- Telur ~ direbus
- Tauhu ~ digoreng
- Sawi ~ dicelur
- Bawang goreng secukupnya

Bahan kuah:
- Sos cili secukupnya
- Udang secukupnya
- Meatball / fishball
- 1 kiub pati ayam / lembu
- 1 kiub tom yam
- 1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
- 1 biji kentang ~ direbus dan dikisar/lecek
- Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:
- 1 batang serai
- 2 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 genggam udang kering ~ rendam dulu
- Lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
- Sedikit halia
- Sedikit belacan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.
3. Masukkan kentang yang dikisar dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa.
4. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.
5. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah masak, tutup api. Siap dihidang.


4. RESEPI MEE KUNG FU 

Bahan-bahan:

Bahan mee:
- 200gm mee kuning
- 2 biji telur gred
- 1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
- Minyak untuk menggoreng

Bahan kuah:
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 100gm isi ayam dipotong kecil
- 5 ekor udang dibuang kulit
- 2 ekor sotong dipotong bulat
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
- 2 cawan air
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 batang baby corn dipotong memanjang
- 3 tangkai cili padi diketuk
- Carrot dipotong panjang & halus
- Hirisan brokoli
- Hirisan kobis bunga
- Garam & gula secukup rasa
- Serbuk lada sulah
- Sedikit bahan perasa
- Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.
2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.


5. RESEPI MEE KETAM MUDAH 

Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee kuning
- 3 ekor ketam saiz sederhana (dipotong 2)
- 1 biji telur
- Beberapa jenis sayur yang digemari
- 5 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk secukup rasa
- 1 sudu kecil air sotong (Nampla)
- 2 sudu besar chili paste
- Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
- 4 biji tomato saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil udang kering
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 1 cawan air

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis chili paste sehingga naik bau harum. Masukkan bahan kisar.
2. Masukkan air, kemudian masukkan ketam.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, air stok sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.
4. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.
5. Pecahkan sebiji telur dan kacau.
6. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.
9. Tinggalkan kuah di dalam periuk dan masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.
10. Masukkan mee kedalam pinggan bersama ketam dan sayuran tadi. Tuangkan kuah ke dalam pinggan.
11. Hidangkan bersama daun sup, dau bawang dan hirisan cili merah.

10 Resepi Mee Yang Berkuah Untuk Berbuka Puasa (Part 2)

$
0
0
10 Resepi Mee Yang Berkuah Untuk Berbuka Puasa (Part 2) l Apa menu dan juadah untuk berbuka puasa nanti? Kalau dah muak berbuka puasa dengan hidangan nasi, boleh bertukar selera dengan pelbagai menu mee. Senarai resepi untuk setiap menu jenis mee ada disediakan dibawah. 

10 Resepi Mee Yang Berkuah Untuk Berbuka Puasa (Part 2)


6. RESEPI MEE JAWA 

Bahan-bahan:
- 1 kg mee kuning (dicelur)
- 1/2 kg. daging (rebus lembut dan hiris nipis)
- 300 gm tauge (buangkan akarnya dan dicelur)
- 2 tangkai daun bawang (dihiris)
- 5 biji cili merah (dihiris)
- 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
- 3 biji telur rebus (dibelah)
- 3 biji limau nipis (dibelah)
- Sedikit bawang goreng

Bahan kuah:
- 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
- 2 sb cili kisar
- 3 sb serbuk kari daging
- Air rebusan daging
- 1 cawan air
- Sedikit garam
- Sedikit minyak masak
- Sedikit gula

Bahan kisar halus:
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 3 batang serai
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- 100 gm udang kering
- Sedikit cili padi, jika suka pedas

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.


7. RESEPI MEE SIZZLING

Bahan-bahan:
- 2 gulung yee mee
- Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
- 4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
- 5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
- 3 inci halia (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 5 batang sawi (dipotong dan dicelur)
- 4 sb kicap pekat
- 4 sb sos tiram
- 3 cawan air
- 2 biji telur
- 1 sb tepung jagung
- Serbuk lada hitam
- Minyak secukupnya untuk menumis
- Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.


8. RESEPI MEE KUAH LADA HITAM 

Bahan-bahan:
- 500gm mi kuning
- 3 biji bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih
- 5 biji cili api
- 100gm ayam | dihiris nipis
- 6 ekor udang
- 20gm lobak merah
- 20gm kubis
- 20gm sawi
- 1 ½ sudu makan sos lada hitam
- 1 ½ sudu makan lada hitam
- 2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk
- 100ml air
- 60ml cawan kicap manis
- Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.
3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.


9. RESEPI MEE UDANG KUALA SEPETANG 

Bahan-bahan:
- 1 kati mi kuning
- ½ kati udang basah – bersaiz sederhana
- 10 tangkai cili kering – dikisar
- 2 biji bawang besar} kisar
- 2 ulas bawang putih} kisar
- Sedikit belacan } kisar
- 3 camca teh sos cili
- 3 camca teh sos tomato
- ½ sudu teh gula pasir
- 4 batang sawi
- ½ kati taugeh
- 2 pokok daun bawang
- 2 tangkai daun sup
- 5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
- 5 biji cili masak
- Limau kasturi
- Sedikit bawang goreng

Cara memasak:
1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


10. RESEPI MEE HONG KONG 

Bahan-bahan:
- 200gm mi kuning
- 2 biji telur
- 80gm udang | dibuang kulit
- 80gm sotong | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 sudu makan cili boh
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos cili
- 2 helai daun sup | dihiris
- 50gm sawi | dihiris
- 40gm kobis | dihiris
- 30gm kobis bunga | dihiris
- 40gm lobak merah | dihiris
- 50ml air
- Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Rahsia Anak Pintar Dengan Produk Minda Dan Kesihatan H-Focus

$
0
0
Rahsia Anak Pintar Dengan Produk Minda Dan Kesihatan H-Focus l Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadang-kadang ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji. Alasannya, sibuk dengan tugasan kerja dan kerja rumah yang tak pernah habis. Makan minum anak tak terjaga sedangkan expectation untuk untuk anak jadi bijak diletakkan pada tahap yang tinggi.

Perlu ingat, anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini, persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Salah satunya ialah melalui pengambilan produk minda dan kesihatan seperti H-Focus.

Minda Anak Lemah Disebabkan Makanan Ringan

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga perlukan supplement atau makanan tambahan untuk proses tumbesaran mereka dari segi minda. Kalau anak berada di depan mata kita, mungkin kita masih lagi mampu kawal dengan menyediakan makan yang berkhasiat dan sesuai untuk mereka. Tetapi apabila anak-anak berada di luar atau disekolah, kemungkinan besar kita tidak sedar jenis makanan yang tidak berkhasiat dan penuh dengan MSG masuk dalam tubuh anak kita seperti makanan ringan.


Sedar atau tidak, makanan ringanlah yang melembabkan IQ dan proses pertumbuhan sel-sel otak anak kita. Jadi, selain daripada memberi kesedaran tentang tentang bahaya makanan ringan kepada anak-anak, langkah lain yang boleh diambil ialah dengan memberi mereka makanan tambahan atau supplement setiap hari. Antara supplement yang dah lama muncul di media sosial, surat khabar dan dapat liputan meluas di stesen tv tempatan seperti TV Al-Hijrah ialah supplement H-Focus. Malah, ramai ibu bapa turut bagi testimoni positif mengenai anak mereka hasil daripada guna supplement ini.

Supplement H-Focus Membantu Perkembangan Minda Kanak-Kanak

H-Focus ialah satu produk minda dan kesihatan yang berasaskan makanan sunnah dan moden yang dihasilkan dalam bentuk tablet, keluaran Sejagat Global. Tablet supplement ni lain daripada yang lain kerana H-Focus mengandungi 13 khasiat yang berasaskan makanan sunnah untuk minda dan diproses dalam bentuk tablet bagi memudahkan pengambilan kanak-kanak.


Rasa coklat susu pasti akan menjadi kegemaran si anak anda tau. H-Focus bertindak meningkatkan daya permikiran dan memelihara penglihatan anak-anak anda. Jadi, kita sebagai mak ayah tak perlu lagi nak stress. Sebab supplement minda pertama di Malaysia yang dihasilkan mampu meningkatkan daya pemikiran anak anda. H-Focus ni mengandungi bahan makanan yang sesuai dengan minda terutama kanak-kanak dan jika diamalkan, ia dapat membantu menambah daya ingatan, kecergasan minda dan daya penglihatan si manja.

Mengapa Supplemet H-Focus Baik Untuk Anak Anda?

Supplement H-Focus ni dihasilkan daripada beberapa ramuan utama seperti :

1. Colostrum (Kolostrum)
Menguatkan & melindungi sistem pertahanan tubuh badan, melawan jangkitan virus dan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan, membantu mencerdaskan minda dan mudah menghafal.

2. Pistachio (Badam Hijau)
Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda & mengandungi anti oksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

3. Calcium (Kalsium)
Memberikan tulang yang lebih kuat dan fleksibel dan membantu badan dalam pengambilan zat besi.

4. Cereals (Bijirin)
Bijirin membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak yang lebih sihat.

5. Algae DHA (DHA Alga)
Meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun badan

6. Centella asiatica –(Daun pegaga)
Pegaga mempunyai zat makanan yang berhasiat seperti zat besi, vitamain A dan C serta serat yang dapat membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman.

7. Honey (Madu)
Madu berfungsi menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat

8. Dates (Kurma)
Sangat berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak, membantu membentuk minda yang lebih sihat dan membantu mencergaskan minda dan tubuh badan

9. Raisin (Kismis)
Kandungan gula ringkas dalam kismis membantu meningkatkan pemikiran otak, sumber tenaga yang diperlukan dengan segera & membantu memperbaiki daya penglihatan yang sihat.

10. Pomegranate (buah delima)
Mengandungi pottasium yang sangat tinggi, fosfor, kalsium, zat besi, sodium, vitamin A, B1, B2, B3 dan C membantu sistem penghadaman. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, dan batuk..

11. Vitamin C (vitamin C)
Vitamin C adalah vitamin yang diperlurkan oleh badan untuk pembentukan tulang serta menguatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, vitamin C dapat pulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka dan mencegah kanser.

12. Lycopene (tomato)
Tomato mengandungi nutrient yang diperlukan seperti vitamin (A, B3, B6, C, dan K), potasium,dan serat. Tomato juga dapat membantu untuk memudahkan penghadaman, masalah sukar tidur

13. Blackcurrant – (anggur)
Kajian menunjukkan bahawa anggur mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin (A, B1, B2), antioksida, dan nilai kalori yang rendah. Ia juga dapat membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan asma.


Setiap bahan-bahan yang digunakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain dapat meningkatkan daya fokus dan membantu perkembangan minda yang sihat, produk ini juga turut membantu menajamkan penglihatan kanak-kanak sebab kanak-kanak zaman sekarang ni mudah terjebak dengan gadget, jadi dengan adanya H-Focus ni, dapatkan mereka tumpu kepada pelajaran masing-masing. 

Untuk pengetahuan anda, Sejagat Global ni merupakan syarikat 100% Bumiputera Islam dengan kilang berstatus GMP dan Halal. No Pendaftaran KKM MAL 17097001TC. Anda jangan risau ok.

Kanak-Kanak Yang Perlu Amalkan Supplement H-Focus  

  • Malas mengulangkaji pelajaran
  • Tidak berminat untuk belajar
  • Tidak fokus ketika belajar
  • Malas ke sekolah
  • Degil dan mudah melawan cakap ibu bapa
  • Susah bangun pagi 
  • Sukar tidur malam
  • Sukar utk menghafal
  • Mudah lupa
  • Tidak fokus dlm kelas
  • Anak yang degil
  • Tidak bertenaga dan tidak bermaya
  • Perkembangan minda anak agak lambat

Kebaikan Pengambilan Supplement H-Focus Pada Anak

  • Mudah bangun tidur
  • Mudah tidur bagi yang susah tidur
  • Lebih fokus
  • Tidur yang puas
  • Memberi tenaga
  • Lebih mentaati ibu bapa
  • Mudah menghafal
  • Mudah faham
  • Hilang gagap
  • Mencerahkan mata
  • Membantu memulihkan gugup
  • Ketenangan bertambah
  • Menghilangkan rabun
  • Anak mudah makan nasi
  • Minda menjadi aktif
  • Idea bertambah
  • Memberikan penglihatan yang lebih jelas
  • Menjadi bertambah kreatif

Cara Pengambilan Supplement H-Focus


H-Focus mempunyai 100 tablet di dalam 1 botol di mana ianya tahan sehingga 60 hari dengan pengambilan 1 tablet pada waktu pagi dan 1 tablet pada waktu malam. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak seawal 1 tahun sehingga dewasa, namun cara pengambilannya berbeza-beza.

Bayi berusia 1 tahun 
  • Memadai 0.5 atau 1 biji 1x sehari sahaja.
  • Hanya diberi pada bayi yang sudah pandai mengunyah atau boleh juga di hancurkan dan campur di dalam susu atau air suam.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

2-4 tahun
  • 2 minggu pertama berikan 1 biji pagi dan 1 biji malam.
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja pagi.
  • Pengambilan sebaiknya adalah selepas makan.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.

5-11 tahun
  • 2 minggu pertama, 2 biji pagi dan 2 biji malam.
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2 sahaja.
  • Pengambilan sebaiknya selepas makan
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.

12 tahun ( UPSR )
  • 2 minggu pertama berikkan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2 sahaja.
  • Pengambilan sebaiknya selepas makan.
  • Boleh ambil sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.

13-17 tahun ( PT3 & SPM )
  • 2 biji pagi dan 2 biji malam, pergi sekolah ambil 3 biji.
  • Pengambilan sebaiknya selepas sarapan.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.

Pantang Larang Supplement H-Focus

  • Dilarang menyimpan tablet H-focus di dalam peti sejuk.
  • Elakkan terdedah dengan cahaya matahari dan haba yang keterlaluan. Simpan dalam suhu bilik.
  • Elakkan makan bersama dengan kafien seperti nescafe. Campur dengan susu, boleh.
  • Elakkan mengambil minuman bergas.

Cara Pembelian Supplement H-Focus

WALK IN di HQ Sejagat Global Sdn Bhd
No 8 Jalan PPSL 2, Pt 1834, 
Pusat Perniagaan Sungai Lias 
45300 Sungai Besar, Selangor
[ ATAU ]


BIOCHO Pomade : Pomade Herba Yang Bagus Untuk Rambut

$
0
0
BIOCHO Pomade : Pomade Herba Yang Bagus Untuk Rambut l  Aset paling penting bagi lelaki ialah rambut. Muka tak handsome tak apa, janji rambut mesti nampak kemas dan bergaya. Tak perlu risau, zaman sekarang ni macam-macam gaya dan fashion rambut korang boleh pilih. Tak adalah sepanjang tahun tu terhad pada satu jenis gaya rambut je..Bosan! Cuma satu je masalah bagi kebanyakkan lelaki ni iaitu susah untuk gayakan rambut seperti yang diperagakan oleh selebriti atau model terkenal. Maklumlah, nak gaya rambut dengan pakai gel je..kena panas matahari je, rambut tu dah jatuh. Dituip angin rambut jadi serabai, kemudian berkelemumur lepas tu keras macam plastik.


Masalah macam ni aku sendiri dah rasa. Bukan mudah nak kekalkan gaya rambut yang kita nak tu dalam masa satu hari. Leceh la nak kena pergi tandas selalu semata-mata nak betulkan rambut yang tak terurus tu. Tapi korang jangan risau, kalau sebelum ni guna gel atau minyak rambut untuk gayakan rambut, rasanya segala jenis produk gel tu dah boleh letak tepi. Jadi sekarang ni, korang wajib cuba BIOCHO Pomade, memang berbeza dengan minyak rambut, gel atau pomade yang ada jual dekat mana-mana pasaraya tu. Nak tahu BIOCHO Pomade ni pomade jenis apa tu, teruskan pembacaaan korang.

4 Jenis Pomade Yang Ada Di Pasaran Yang Korang Perlu Tahu

Pomade ni adalah sejenis produk penjagaan dan penggayaan rambut yang diformulasikan dari lilin lebah (beeswax) , minyak atau bahan air. Kebanyakkan lelaki, dari budak sekolah hingga  mereka yang bekerja, pomade ni menjadi pilihan untuk mengayakan rambut dengan fashion rambut yang diinginkan. Pomade ni mudah dipakai, letak je dalam poket dan guna pada bila-bila masa. Tapi kena ingat, walaupun terdapat pelbagai jenis pomade di pasaran, namun tak semua pomade elok dan sesuai dipakai dalam jangka masa panjang disebabkan kandungan yang ada dalam pomade itu sendiri. 

Pomade pun ada beberapa jenis tau. Terdapat 4 jenis pomade yang ada di pasaran sekarang ni yang mana korang perlu tahu semasa memilih untuk membelinya. 


1. Pomade Jenis Gel
Dihasilkan dari bahan-bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polimer, alkohol dan karbome. Pomade ini senang untuk digayakan dan mudah dicuci tetapi boleh mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan kehilangan rambut. Pomade ini juga tak sesuai untuk kulit sensitif kerana boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur dan kegatalan.

2. Pomade Orthodox Berasaskan Air
Pomade ini merupakan kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah untuk dibentuk dan dicuci. Namun, pomade ini masih mengandungi baham kimia yang boleh mengeringkan kulit kepala, menyingkirkan minyak semulajadi rambut dan menyebabkan kegatalan.

3. Pomade Unorthodox Berasaskan Air
Pomade ini merupakan campuran lilin dan minyak dengan air menggunakan synthetic emulsifer yang mudah untuk digayakan dan dicuci. Walaupun pomade jenis ni mampu melembap dan melindungi rambut tetapi kandungan bahan kimia seperti paraben dan pewangi sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kulit kepala.

4. Pomade Berasaskan Minyak
Dihasilkan daripada lilin seperti beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral. Tidak mengandungi bahan kimia dan baik untuk kulit kepala dan rambut. Tetapi masalah utama pomade jenis ini ialah ianya sukar dibasuh rambut dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat.


Sekarang dah tau kan 4 jenis pomade yang ada di pasaran. Tapi tak ada satu pun pomade yang sesuai untuk digunakan setiap hari untuk jangka masa yang lama kan. Memahami masalah tu, RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade, pomade buatan Malaysia.

Oh ya lagi satu kalau korang nak tahu, pengasas RenoSkin ni memang ada kelayakan dalam bidang kimia dari UMP untuk menghasilkan produk yang selamat tau. So korang tak perlu nak ragu-ragu dah bila guna produk-produk di bawah label mereka.

Kandungan BIOCHO Pomade Yang Semulajadi Dan Selamat Digunakan

Mahu tetap guna pomade? Jangan susah hati kerana sekarang ini telah pun ada pomade yang lain daripada yang lain dengan kelebihannya yang tersendiri. Antara pomade berkualiti tinggi dengan harga berpatutan adalah daripada jenama BIOCHO. BIOCHO Pomade ini sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan herba terpilih tanpa sebarang bahan yang merbahaya. Lain daripada yang lain gitu. BIOCHO Pomade sememangnya sejenis pomade dari herba semulajadi untuk rambut sihat dan bersinar. 


Ia dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa sebarang bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara bahan utama lain yang turut digunakan untuk penghasilan BIOCHO Pomade ini adalah :


1. Minyak Argan 
Kaya dengam nutrien untuk rambut seperti asid lemak dan vitamin E. Antara manfaat minyak Argan ialah ianya mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut, bersinar serta mudah digayakan. Asid lemak di dalamnya penting dalam mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan. Minyak Argan juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang. 


2. Minyak Rosemary 
Minyak Rosemary kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur kimia utamanya seperti carnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid. Antara fungsi minyak Rosemary ialah menggalakkan pertumbuhan rambut serta membantu bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut. 


3. Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil) 
Antara manfaat Minyak Zaitun Tulen ialah mengurangkan masalah rambut bercabang & kerinting, menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengunci kelembapan rambut dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut. 

4. Minyak Kelapa Dara (Pure Coconut Oil) 
Seperti yang kita tahu, minyak kelapa mempunyai khasiat yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat minyak kelapa ialah mampu menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar, melindungi rambut dari kehilangan protein, bertindak sebagai anti kelumumur semulajadi, meningkatkan kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan & kulat dan menyokong pertumbuhan rambut. 

Sebab Kenapa BIOCHO Pomade Patut Menjadi Pilihan Ramai


Bagi aku, rambut kekal terurus adalah keutamaan utama bagi seorang lelaki. Serabut tengok kalau rambut kusut dan tak terurus. Lebih-lebih lagi kalau kerja sebagai warga pendidik, macam aku ni. First impression daripada students tu memang penting. Salah satu cara untuk tarik minat pelajar. Sebab itu, pergi mana-mana sekalipun, BIOCHO Pomade mesti ada sekali dengan aku.

Tak kisahlah korang berambut panjang atau pendek, BIOCHO Pomade ada jawapannya. Pomade buatan Malaysia ini adalah pomade bagus untuk styling rambut yang sesuai untuk lelaki sama ada yang berambut pendek mahupun panjang. Kalau korang nak tahu, pomade ini juga sesuai untuk kulit sensitif, boleh guna, tak ada masalah! Tidak rugi rasanya kalau korang cuba produk BIOCHO Pomade ini kerana ia:

  • Dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia seperti paraben, pewangi sintetik dan lain-lain.
  • Rambut lebih mudah untuk digayakan, tahan lama serta senang untuk dicuci tanpa meninggalkan sebarang lekatan. 
  • Tekstur pomade yang tidak melekit mudah untuk diramas pada rambut.
  • Memberi khasiat dan manfaat kepada rambut agar lebih sihat, lembut dan bersinar secara semulajadi.
  • Biocho pomade ni sangat sesuai untuk lelaki yang ada masalah kulit sensitif, kelumumur dan kegatalan kulit kepala. Sebab kandungannya berkhasiat untuk kulit kepala dan tidak menyebabkan sebarang keradangan.

Testimoni Hasil Dari Guna BIOCHO Pomade 



Bagi yang jenis aktif bersukan macam aku ni, semestinya BIOCHO Pomade yang mesti menjadi pilihan. Tekstur yang lembut, berbau wangi dan yang penting pomade tanpa bahan kimia boleh menjadikan rambut korang kekal dengan gaya rambut korang sikat tu dan nampak seakan-akan basah walaupun korang bermain bola tengah padang di bawah cuaca panas. Sebab tu, aku kalau main bola, lari sana sini pun tak kisah sebab rambut kekal maintain je bila pakai pomade ni..hahaha

Lagipun, pomade ni tidak melekit dah mudah untuk dicuci. Untuk pengetahuan korang, pomade ini juga mampu menjadikan rambut korang lebih sihat dan lembut. Jadi, kalau korang ada masalah kulit sensitif, kelemumur, kegatalan kulit kepala dan juga rambut gugur, memang sesuai sangat pakai BIOCHO Pomade.

Cara Guna BIOCHO Pomade Untuk Gayakan Rambut


Bagi lelaki, digalakkan simpan satu dirumah dan satu lagi di dalam dashboard kereta. Manalah tahu kan lambat pergi kerja, sekurang-kurangnya pomade dah ada dalam kereta. Tak adalah bila sampai tempat kerja, rambut nampak serabai. Cara nak pakai mudah je seperti di bawah: 

1. Ambil sedikit mengikut tahap yang ingin digunakan
2. Gosok di atas ke dua telapak tangan
3. Rapikan pada bahagian rambut
4. Siap!

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Hanya dengan harga RM45 (RM49 SS) sebekas, produk BIOCHO Pomade ini boleh bertahan sehingga 4 bulan dengan jumlah penggunaan 2 kali sehari, murah dan jimat. 

Untuk mendapatkannya atau nak menjadi pengedar produk ni, korang boleh terus Whatsapp di http://www.wasap.my/60164907155/pomade 

Untuk info lanjut, boleh layari :

Website

Facebook

5 Basic Skincare Bagi Lelaki Dan Wanita Untuk Kecantikan Kulit Muka

$
0
0
5 Basic Skincare Bagi Lelaki Dan Wanita Untuk Kecantikan Kulit Muka l Ini adalah perkongsian dari saudari Ukhtie's Aina tentang basic skincare routine. Diharapkan daripada perkongsian yang sangat berguna ini, korang boleh amalkan untuk menjaga kecantikan kulit wajah korang bagi wanita dan juga lelaki. Saya dah edit semua gambar, serta sedikit info penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang paling terbaik yang korang boleh pilih di drugstore berdekatan seperti Guardian, Watsons dan sebagainya.

5 Basic Skincare Routine Yang Korang Wajib Ada

5 basic skincare routine yang korang perlu ada ialah : 
 
1. Cleanser (siapa yang pakai makeup kena remove dulu dengan makeup remover sebelum cuci muka)
2. Scrub
3. Toner
4. Mosturizer
5. Sunscreen

Untuk lebih details, penerangan bagi penjagaan muka bagi setiap produk ada dinyatakan di bawah.

1. Cleanser 


Ini diantara produk yang elok untuk diamalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka.

Tolong elakkan cleanser yang ada : 
- sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
- alcohol ( mengeringkan kulit muka )
- fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )

Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak di galakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka korang masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa sahaja. Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka, jangan ye. Picit besar hujung jari kelingking sahaja. 

Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dengan makeup remover, apa apa brand yang free alcohol, free fragrance. Lagi elok produk tu berasaskan water base, baru la cuci muka bagi bersih dan lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.

2. Scrub

Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26 hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori pori muka kita, ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi, apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita. Buatlah dalam 1-3x seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang korang boleh cuba.

3. Toner


Toner membantu seimbangkan ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali. Selepas kita cuci muka, ph muka kita akan naik sedikit dari ph asal dan membuatkan muka kita menjadi kering. Oleh itu, dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu ph di muka kita. Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. 

Selain itu , toner juga dapat membersihkan muka kita dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dengan cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi. Jadi, korang kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Ini diantara toner yang elok digunakan sebagai skin routine korang, so pilih yang sesuai dengan kulit muka korang ye.

4. Mosturiser 

Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka. Tapi mosturizer juga boleh buat muka korang jadi tak selesa, jadi seeloknya pilihlah yang sesuai dengan kulit muka korang. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita. 

Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering korang. Macam produk-produk lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka korang lebih bermasalah. Di dalam gambar ni antara produk yang selamat untuk diamalkan setiap hari dan saya dah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit korang. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur tau, sebab waktu tidur la mosturizer ini akan bekerja dan merawat kulit muka kita. 

5. Sunscreen


Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk korang follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi korang pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva. Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan cancer kulit. 

Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA jangan beli okey. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk korang lindungi kulit  diluar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup. Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu korang bila disatukan dan kena reapply semula selepas 5 jam kerana sunscreen ni akan hilang. 

Kenal Pasti Dahulu Jenis Kulit Muka Sebelum Guna Produk Drugstore

5 benda ni korang wajib kena ada. Antara semua produk dalam gambar yang saya edit di atas ini korang boleh pilih bergantung kesesuaian jenis kulit muka korang. Korang boleh share dan amalkan, semoga membantu korang yang masih tercari-cari produk yang sesuai dan terbaik dengan untuk digunakan. Kenapa saya pilih produk drugstore? Sebab dijamin tiada bahan kimia, selamat dan murah


Antara produk skincare yang ada dijual di Watsons

Tapi sebelum ambil apa-apa produk, tolong kenal pasti dahulu kulit muka jenis kulit apa.

1. Kering
  • kurang air
  • kurang lembab
  • mengelupas
  • muka tidak glowing
  • kusam
2. Berminyak
  • satu muka sangat berminyak
3. Kombinasi
  • T zone berminyak ( dahi, hidung, dagu )
  • pipi kering
4. Sensitif 
  • mudah naik ruam
  • gatal gatal
5. Normal
  • kering biasa biasa
  • minyak biasa biasa

Cara Nak Tahu Jenis Kulit Muka

Macam mana nak tahu kulit kita ni jenis mana, kena buat test.

1. Sebelum tidur, cuci muka sahaja tanpa letak apa-apa skincare dan kemudian tidur

2. Bangun pagi je pagi buat test
- oil control paper / tisu ( potong cebisan 7 bahagian )

3. Tempek di :
- dahi
- hidung
- 2 belah pipi
- dagu
- 2 belah rahang pipi

4. Tengok paper/tisu tu melekat di bahagian mana : 
- semua melekat ( berminyak )
- melekat di T zone ( kombinasi )
- jatuh semua ( kering )
- nak lekat tak nak lekat je ( normal )

5. Kalau muka sensitif pun kena test sama ada sensitif dan berminyak, sensitif dan kering atau sensitif dan kombinasi.

Okey? Dah tahu kulit muka jenis apa senang la nak membersihkan, merawat dan melindungi kulit korang. Semoga  perkongsian ini bermanafaat untuk korang menjaga kecantikan muka supaya kelihatan flawless :)

How You Say Your Gratitude with a Gift Hamper Singapore | Little Flower Hut

$
0
0
How You Say Your Gratitude with a Gift Hamper Singapore | Little Flower HutGiving a gift is a great way to say your “thank you” towards anyone: your family, your loved one, and even your friends and acquaintances. And chocolates hamper Singapore is one of the very best gift choices you can buy in Little Flower Hut Flower Shop. This gift can be really good in expressing your gratitude, no matter who the recipient or whatever the reason is. 


Even so, you still need to consider a few things before you buy your gift hamper. Below is the list of considerations you need to make:

1. The age of the recipient 

Age is an important thing to consider. You don’t want to give stuffed toys for elderly, right? A hamper gift of stuffed toys or chocolate are indeed more appropriate for children. Instead, you can give something like herbal teas or honey to an elderly. 

2. The gender of the recipient 

Don’t give a woman’s stuff if the receiver is a man, for sure. You can even choose something that can be appropriate for both gender such as fruit hamper for the safe choice.

3. The favorite of the recipient 

Give the recipient something that you think will be liked or needed by the recipient such as their favorite kind of stuff. For example: Books as the gift for someone who likes reading, chocolate as a gift for someone who loves sweet, or stuff in pink colors when pink is their favorite color.


You will never go far wrong as long as you consider the three points above. Such thoughtful gift is the best to show any gratitude, though. So just do the best in choosing your gift hamper Singapore or ask the help of the online florist for the best flower suggestions when you want to send flowers instead. 

Gift hamper Singapore is available in a wide variety of choices and are available in so many gift shops you can find—online or offline. All you have to do is just open your browser, find the best online shop, and make your order! Nothing is more convenient than this to get the best gift!

Sebenarnya Aku Nak Bersetubuh Dengan Kau. Sekali Je, Please : Kiriman Surat Pelajar Perempuan 11 Tahun Kepada Pelajar Lelaki 12 Tahun!

$
0
0
Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan, darjah 5.

"Kepada ......

Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?

Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."


Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah-olah tidak percaya. 

Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan. Cuma, saya tahu kes berlaku di sekolah mana. Saya akan cuba bantu apa yang boleh nanti.

Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini.

1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Aku tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.

Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?

2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu aku huraikan aspek yang ini.

Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah. Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun 'rogol' kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.

Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.

3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.

4. Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.

Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual. Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.

Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.

******************************************************************************************************
Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.

Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima 'surat cinta' ini.

Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,

1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.

2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.

3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.

4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?

Buat guru-guru,

1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.

2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.

3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.

4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.

Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah. Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.

Diharapkan perkongsian daripada saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi patut dijadikan sebagai pengajaran bagi ibu bapa untuk mengelakkan daripada berlakunya gejala seperti diatas. Ingat, semuanya bermula di rumah.

Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 1-5

$
0
0
Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 1-5  l Drama Sweet Dreams ini diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya ciptaan Acik Lana yang disiarkan di slot Mega Drama saluran Astro Ria. Drama ini menampilkan gandingan antara Ben Amir dan Mira Filzah bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.


SENARAI WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

SINOPSIS DRAMA SWEET DREAMS
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 1:


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 2:


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 3:


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 4:


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 5:


Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 6-10

$
0
0
Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 6-10 l Drama Sweet Dreams ini diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya ciptaan Acik Lana yang disiarkan di slot Mega Drama saluran Astro Ria. Drama ini menampilkan gandingan antara Ben Amir dan Mira Filzah bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.


SENARAI WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 6:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 7:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 8:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 9:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 10:

Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 11-15

$
0
0
Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 11-15 l Drama Sweet Dreams ini diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya ciptaan Acik Lana yang disiarkan di slot Mega Drama saluran Astro Ria. Drama ini menampilkan gandingan antara Ben Amir dan Mira Filzah bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.


SENARAI WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 11:




DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 12:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 13:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 14:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 15:

Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 16-20

$
0
0
Tonton Drama Sweet Dreams Episod Penuh 16-20 l Drama Sweet Dreams ini diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya ciptaan Acik Lana yang disiarkan di slot Mega Drama saluran Astro Ria. Drama ini menampilkan gandingan antara Ben Amir dan Mira Filzah bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.


SENARAI WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 16:



DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 17: (Video akan dikemaskini kemudian)


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 18: (Video akan dikemaskini kemudian)


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 19: (Video akan dikemaskini kemudian)


DRAMA SWEET DREAMS EPISOD 20: (Video akan dikemaskini kemudian)

Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap

$
0
0
Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap l Hari ni terasa nak makan ikan siakap goreng tomyam pulak. Gara-gara ternampak resepi siakap goreng tomyam melintas di Facebook, menitik air liur dibuatnya. Asyik-asyik dengan siakap tiga rasa, siakap masam manis dan siakap kukus jer. Kali ni nak cuba masak siakap dengan tomyam pulak. Kalau nak tahu sedap ke tak, boleh cuba resepi dibawah. 


Bahan-bahan diperlukan:
- 1 ekor ikan siakap bersaiz besar
- 5 biji cili padi
- 2 batang cili merah
- 4 biji bawang merah
- 2 biji tomato
- 3 batang serai
- sedikit daun limau purut-dihiris
- sedikit jus perahan limau nipis
- 3 sudu makan pes tomyam ( kalau guna perencah tomyam adabi 2 paket)
- 2 sudu makan pes cili kering

Cara memasak :
1. Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut.
2. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
4. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
5. Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
6. Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih.
7. Tuang kuah ke atas ikan yang siap digoreng tadi. Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)

Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Jana Keuntungan RM500-RM1500 Sehari

$
0
0
Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Jana Keuntungan RM500-RM1500 SehariDulu saya pembeli tegar di Shopee. Tiap-tiap hari atau minggu ada je nak membeli. Sebab utama adalah kerana harganya murah dan free postage. Time saya drop item jualan di pusat pos laju, 80% penjual cina drop item hasil jualan dari Shopee. Orang cina boleh buat,kenapa saya tak nak cuba, sedangkan market pembeli di Shopee rata-rata melayu. Kini, alhamdulillah hasil berani mencuba jualan sehari saya anggaran rm500-rm1500 .Tiada niat untuk riak. Sekadar berkongsi pandangan mana tahu ada rakan-rakan hendak cuba-cuba berniaga di Shopee. Berniaga apa sahaja di Shopee janji tidak melanggar undang-undang. 

Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Jana Keuntungan RM500-RM1500 Sehari

1. Download app Shopee di Playstore and sign up akaun

2. Pergi ke laman web https://shopee.com.my/poslaju dan daftar untuk dapatkan 5kg free shipping program (Free shipping akan diaktifkan dalam masa 1/2 minggu). Tunggu notification dari Shopee jika berjaya join free shipping program ini.

3. Masukkan item yang hendak dijual dengan maksimum 8 gambar.

4. Masukkan nama dan produk yang ingin dijual.

5. Masukkan keterangan produk/jenis/kelebihan/hashtag apa sahaja.

6. Pilih kategori yang bersesuaian dengan produk.

7. Pilih brand berkenaan produk atau no brand.

8. Masukkan harga produk anda.

9. Masukkan stock produk anda.

10. Setkan variasi produk sekiranya ada pilihan.

11. Setkan berat produk anda. Pastikan anda ada penimbang digital biasa. Timbang ikut unit yang dijual.

12. Pilih kos penghantaran dengan menggunakan pos laju untuk free shipping. Pastikan ia telah diaktifkan dan simpan. 

13. Akhir sekali, klik right / dan bersedia untuk berniaga.

14. Posting iklan anda telah berjaya. 

15. Sehari boleh luangkan masa sekejap lihat jika ada item untuk dihantar. Print waybill dan pos item keluar mengikut had masa dari pengurusan Shopee.

Viewing all 480 articles
Browse latest View live