Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Cara Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland

$
0
0
Cara Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland l Kali pertama check in di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands, berbaloi bayar RM150.00 untuk 4 hari 3 malam di sini. Lokasi RPP Cameron Highland terletak di tanah rata. Pemandangan sangat cantik sebab RPP ni terletak di atas bukit dan kawasannya agak privasi..cuaca pulak agak sejuk tambah-tambah kalau waktu malam...gigil weyhh.

Rumah peranginan persekutuan Cameron Highlands

RPP Cameron Highland adalah khas untuk kakitangan awam dan kadar bayaran untuk 1 malam adalah RM 50.00 sahaja untuk bilik biasa. Puas hati sangat dengan bilik besar, katil ada satu queen dan satu single. Keadaan bilik sangat bersih, dengan kata lain berbaloi-baloi. Betul ada orang kata macam penginapan 5 stars.

Kelengkapan Perabot Di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

Ruang yang besar, bersih dan selesa untuk menginap

Disediakan 1 katil queen dan 1 katil single

Ruang bilik air dan bilik mandi bersebelahan. Jangan risau, air panas ada disediakan

Turut disediakan ialah peti sejuk mini

Sejadah dan penyidai. Ada 4 cermin termasuk kat bilik air..pilih je nak ngadap yang mana

Almari pakaian untuk menyangkut baju

Cara Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland

1. Nak booking boleh ke laman web www.bph.gov.my dan booking hanya melalui online sahaja. Bukak portal BPH kemudian login masuk. Kalau tak pernah daftar lagi, pada paparan "klik di sini" ,bawah pendaftaran pengguna. Nanti pihak BPH akan emailkan kata laluan untuk login masuk

Log masuk ke BPH untuk daftar rumah peranginan persekutuan

2. Bila berjaya booking, dia bagi tempoh 6 hari rasanya kalau tak silap untuk buat pembayaran. Hanya klik kat bayar secara online jugak. Nanti bila kita dah buat pembayaran, akan ada satu maklumat pembayaran dan detail permohonan kita yang diluluskan, yang mana bahagian itu kena print.

*RPP Cameron Highland ni ada 4 jenis unit  (tambahan maklumat)

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

1. Banglo 3 bilik - Rm150 untuk 1 malam ( Gred 48 ke atas sahaja layak memohon)

2. Apartment 2 bilik - Rm100 untuk 1 malam ( semua gred layak memohon)

3. Bilik biasa (macam kami duduk tu ) - Rm50.00 untuk 1 malam (semua gred layak memohon)

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

1. Banglo 4 bilik - RM200.00 ( Jusa A sahaja layak mohon untuk waktu puncakndan Jusa C untuk luar waktu puncak. 

Tarikh Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland

Tarikh tempahan dibuka adalah tiga (3) kali setahun iaitu:
i.  Buka bermula 1 Mac (Tarikh penginapan 3/5 –2/9)
ii. Buka bermula1 Julai (Tarikh penginapan3/9 –2/1)
iii.Buka bermula1 November (Tarikh penginapan3/1 –2/5)

*Sebarang pindaan pada tarikh tempahan dibuka secara online akan dimaklumkan oleh pengurusan BPH.

Semakan Kelayakan Dan Kadar Sewa RPP

Semakan kelayakan dan kadar sewa di bahagian yang dibulatkan

Kalau nak semak senarai RPP yang kita layak dan kadar sewa RPP, boleh semak kat depan portal BPH dengan klik dekat rumah peranginan persekutuan & transit -> Eksekutif

Detail garis panduan RPP boleh rujuk sini - http://www.bph.gov.my/sbbphv2/documents/Pekeliling/Garis_Panduan/garis_panduan_pengurusan_rpp.pdf#viewer.action=download

**Pekeliling peraturan penggunaan RPP klik sini http://www.bph.gov.my/sbbphv2/documents/Pekeliling/Pekeliling/SPA022015_peraturan_menggunakan_rpp_28.07.2015.pdf#viewer.action=download

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

$
0
0
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron HighlandsJika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands. Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang menjadikan ianya sebagai destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Oh ya, jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , dibawah adalah 10 tempat percutian menarik yang wajib anda pergi. Mana tahu ada yang belum pergi, bolehlah singgah masa hujung minggu atau waktu cuti sekolah nanti.

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands


1. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti. Selain dari rama-rama, anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.


2. MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.


3. Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan. Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu, tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.


4. Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara. Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ye. Kadang-kadang jagung tersebut dijual dengan harga murah, tetapi isinya muda dan kecil.


5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands. Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.Walaupun kawasannya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar. Selain daripada melihat bunga, anda juga berpeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.


6. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.


7. Kebun Anggur

Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley. Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yang sesuai untuk datang atau nak bergambar sambil petik anggur.


8. Big Red Strawberry Farm

Apabila anda melawat Cameron Highlands, Strawberry Farm adalah salah satu tempat terbaik untuk melawat di Cameron Highlands. Lokasinya di Brinchang, masuk melalui simpang Star Regency Hotel dan terus hingga 500m sehingga jumpa jambatan kecik - sebelah kanan ada kedai PCK terus ambik kanan dan terus ikut jalan menghala naik ke atas bukit. Jalan terus sehingga jumpa tempat paling atas sekali. Oh ya, yang belah bawah  semua berbayar. Jadi, boleh terus ke atas untuk yang Free Admission.


9. Mossy Forest

Keunikan hutan berlumut di atas Gunung Brinchang yang berada dalam dua negeri iaitu Pahang dan Perak, membolehkan pengunjung melihat keindahan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa. TIanya merupakan pintu masuk ke Gunung Irau. Ia adalah tempat tumpuan pelancong, pendaki dan juga pencinta alam. Mossy Forest terkenal kerana suasana hutan yang istimewa, berkabus, sejuk dan dingin serta mempunyai flora dan fauna yang unik yang jarang terdapat di tempat lain.


10. Rose Centre

Terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihiasi dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.

Tips Ringkas Beli Rumah Pertama Newbie Wajib Tahu

$
0
0
Saya dan isteri sudah membeli 1 biji rumah. Saya membeli sebuah rumah semi D yang mempunyai corner lot tepi dan belakang . Ianya mempunyai spesifikasi pelan dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Walaupun pelan rekaan design dalamannya berbeza dengan impian rumah pertama saya, namun pada usia yang sudah menganjak 31 tahun, sekurang-kurangnya salah 1 daripada 5 perkara yang perlu ada sebelum usia 35 tahun dah tercapai.


Kebanyakkan matlamat yang ramai orang ada adalah memiliki rumah pertama atas nama sendiri. Betul tak?


Ini adalah rumah pertama saya, rumah semi D yang dibeli pada harga RM343K.

Nak ada rumah sendiri, memang bermacam-macam cabaran yang dihadapi. Percaya pada diri yang kita boleh capai matlamat tu. Perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad kali ni berkisar tentang panduan bagi mereka yang belum ada rumah pertama. Jom baca sampai habis.

Tips Ringkas Beli Rumah Pertama Yang Wajib Tahu

1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat

2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap

3. Beli yang berpotensi untuk disewakan

4. Beli, sewakan dan simpan

5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli

6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif

7. Jauhi kawasan yang negatif


8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air

9. Jika mampu, beli unit Corner Lot

10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni

11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu

12. Beli mengikut kemampuan atau bajet

13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi

14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.

15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup

16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi

17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun

18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang

19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya

20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa

21. Hartanah yang orentasi matahari betul

22. Hartanah orentasi kiblat baik

23. Hartanah menghadap hijau dan air

24. Ruang siling yang tinggi

25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia

26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar

27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir

28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi atau 'black area'.

29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya

30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi

31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang

32. Beli dikawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa

33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.

34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.

35. Jangan beli kerana emosi

36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.

37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.

38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama

39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita

40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.

Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki Dari Nanowhite

$
0
0
Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki Dari Nanowhite l Mempunyai kulit yang bebas dari jerawat dan tidak berminyak ibarat satu keperluan sekarang ni, samada lelaki atau perempuan. Tapi fokus utama aku nak bercerita pasal lelaki yang ada masalah dengan kulit sensitif, berjerawat, berminyak, kering dan sebagainya. Dari dulu lagi aku cari produk kulit muka untuk lelaki yang betul-betul bagus dan berkesan dari segi kualiti dan kesesuaian pada kulit, tapi susah nak jumpa.

Kalau produk untuk perempuan, berlambak di pasaran. Dari produk murah yang jenis timbang kilo sampai semahal-mahal produk Mary Kay, SK2 dan Bio Essence. Banyak kali jugak la guna produk penjagaan kulit muka sejak dari zaman sekolah lagi tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Produk dah macam maskulin tapi bau dan teksturnya lain sikit, mungkin tak sesuai dengan kulit.

Produk penjagaan muka lelaki dari Nanowhite..terbaik bagi aku.

Yang bestnya, sekarang ni dah banyak produk penjagaan muka untuk lelaki. Pergi je ke Watson, Guardian even kat Giant (section cosmetic), produk pencuci muka untuk lelaki dah penuh. Yang bestnya, aku dah jumpa produk pencuci muka terbaik dan sesuai dengan kulit muka aku sekarang iaitu produk Nanowhite For Men.

3 Produk Penjagaan Muka Lelaki Dari Nanowhite

Produk penjagaan muka untuk lelaki dari Nano White ini ada 3 jenis iaitu Nano White Men Exfoliating Scrub Cleanser, Nano White Men Brightening Foam Cleanser dan Nano White Men Oil Control Clay Cleanser. Dan ketiga-tiga produk Nano White Men ini ada dalam koleksi pencuci muka aku. Setakat ini, inilah produk yang ok dan sangat sesuai dengan kulit muka aku jika dibandingkan dengan produk penjagaan muka yang lain. 

Bau pencuci muka ni wangi, berbeza dengan sesetengah produk tu ada bau yang tengik. Perbezaan paling ketara bila aku cuci muka dan selepas dibilas dengan air, tidak ada kesan melekit pada muka. Sebelum ni, pakai produk jenama XXXX, bila muka dilap dengan tuala atau tisu, mulalah nampak kesan-kesan putih yang melekat pada bahagian muka. Bila benda tu kering, lagilah rasa tak selesa dan pedih. Aku pakai dalam tempoh 2-3 bulan dan boleh nampak kesan kecerahan pada muka dan dah tak berminyak lagi. 

Nanowhite Men Brightening Foam Cleanser


Yang ni namanya Nanowhite Men brightening foam cleanser atau pembersih berbuih mencerah. Pencuci muka yang aku selalu guna dan selepas guna...perghh kulit rasa licin dan cerah. Bahan berbuih yang terkandung dalam pencuci muka ini akan masuk ke dalam pores untuk membersihkan dan menyahtoksik serta mejadikan kulit bersih dan cerah.

Cara menggunakannya.
Sapukan pembersih yang mencerahkan ini pada muka yang lembap dan leher. Kemudian, bilas dan lap kering. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Nanowhite Men Oil Control Clay Cleanser


Yang ni pulak Nanowhite Men oil control clay cleanser yang mana berfungsi untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka tanpa mengeringkan kulit. Secara tak langsung, menjadikan kulit muka kelihatan berseri dan sihat. 

Cara menggunakannya.
Sapukan pembersih yang menyerap minyak ini pada muka yang lembap dan leher. Kemudian, urut perlahan-lahan. Selepas itu, bilas dan keringkan. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Nanowhite Men Exfoliating Scrub Cleanser


Selain pencuci muka, kena ada scrub. Tapi jangan pakai hari-hari takut nanti kulit jadi kering. Tekstur scrub lebih kasar daripada pencuci muka. Elakkan pakai setiap hari takut merengsakan kulit, kecuali memang dia ada label kata sesuai untuk kegunaan setiap hari. Fungsi Nanowhite Men exfoliating scrub cleanser ini adalah untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuka liang menjadikan kulit lebih cerah dan sihat.

Cara menggunakannya.
Sapu pada muka yang lembap dan leher. Kemudian, urut perlahan-lahan. Urut lembut untuk membersihkan kotoran dan bilas. Rumusan yang lembut dan sesuiat diguna kerap. Untuk kulit tidak bermaya.

Tips yang sangat mudah untuk dapat kulit yang sihat, jangan sesekali malas untuk basuh muka. Apa pun, pilih produk kecantikan terbaik untuk kulit korang sendiri. Kalau dah jumpa jenama kecantikan kulit terbaik, then stick dengan itu. 

RenoSkin Medic Serum Penawar Untuk Eczema Dan Masalah Kulit Sensitif

$
0
0
Pernah tak korang mengalami penyakit kulit Eczema (kulit menjadi merah, kering, gatal dan merekah)? Bagi yang pernah alami, sakitnya perit tak terkata, lebih-lebih lagi kalau berlaku pada bayi. Menangis tak henti la jawabnya. Aku sendiri pernah kena Eczema sebelum ni, pada bahagian pelipat tangan kanan. Lengan tu berdenyut-denyut dan penuh dengan bintik-bintik kemerahan yang mengandungi air berbisa. Tak tahan sakit sampai satu tahap rasa macam nak toreh dengan pisau je. Kalau terkena air atau tersentuh semasa pakai baju lengan panjang, rasa nak menjerit..biar satu rumah dengar betapa seksanya aku menahan sakit. Habis segala ubat tahan gatal aku guna untuk tahan sakit dan ambil masa yang lama untuk sembuh. 



Dan sekarang, baru  aku tahu rupanya ada ubat untuk Eczema yang mana penghasilannya 100% semulajadi tanpa bahan kimia yang memedihkan kulit dan yang paling penting, sangat berkesan untuk membantu merawat Eczema. Tak perlu habis duit beratus ringgit untuk beli ubat Eczema ni kerana RenoSkin Medic Serum ada penawar untuk Eczema dan masalah kulit sensitif yang lain pada harga yang murah.

RenoSkin Medic Serum Ubat Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

RenoSkin Medic Serum ni merupakan produk hasil penyelidikan saintifik khas untuk merawat Eczema dan kulit sensitif. Apa-apa je jenis masalah kulit pun boleh dibantu dirawat dengan serum ni. Tidak seperti penawar Eczema yang lain dan ubat sapuan steroid yang memedihkan kulit, RenoSkin Medic Serum satu-satunya ubat serum dan pelembap semulajdi yang lembut dan tak pedihkan kulit. Serum kesihatan ni bukan sahaja untuk dewasa, kanak-kanak yang mengalami masalah berkaitan dengan kulit pun boleh guna. Satu family mesti ada produk RenoSkin Medic Serum untuk kegunaan seisi keluarga terutamanya yang menderita Eczema dan penyakit kulit yang lain. Yang pasti, isteri dan anak aku dah guna produk ni dan hasilnya memang best!



Produk RenoSkin Medic Serum ini boleh digunakan jugak untuk menyelesaikan masalah seperti :
  • Membantu merawat luka melecur
  • Membantu merawat jangkitan kulat dan bakteria
  • Membantu merawat dan mencegah ruam lampin
  • Melembapkan kulit
  • Meredakan eczema dan psoriasis
  • Menyuburkan rambut
  • Menghilangkan regangan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Memudarkan parut
  • Membantu merawat gatal-gatal, merah dan alahan kulit

Kandungan Yang Ada Dalam Produk RenoSkin Medic Serum

Yang menariknya tentang produk ni ialah dihasilkan dari ekstrak buah zaitun dan herba herba terpilih semulajadi dan juga mengandungi Vitamin E, Vitamin A, Fatty acids dan Omega 6, menjadikannya lebih berkesan 70-80 kali ganda berbanding vitamin sintetik. Ia juga bebas bahan kimia dan sangat sesuai untuk bayi hingga orang dewasa.


Antara khasiat istimewa yang terdapat dalam Medic Serum hasil daripada bahan-bahan yang diekstrak seperti : 

Ekstrak Buah Zaitun
  • merawat dan membuang sel kulit mati
  • menghilangkan tanda-tanda penuaan
  • mengatasi masalah kulit berminyak
Ekstrak Kelapa Asli
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • bersifat antibakteria & antifungal
  • merupakan agen pelembap
  • mengurangkan masalah kelemumur
Herba Rosemary
  • dijadikan aroma terapi bagi minda pemakai
  • melindungi kulit dari radikal bebas & cahaya matahari
  • bersifat antiseptik untuk lawan kuman
  • meremajakan kulit dengan penggantian sel-sel yang dah rosak
  • memelihara kulit kepala dan rambut

    Apa Yang Istimewa Tentang Produk RenoSkin Medic Serum?

    Selain daripada berkesan untuk membantu merawat Eczema dan penyakit kulit, paling aku suka dengan produk ni kerana tekstur baunya yang harum berbeza dengan produk kesihatan yang lain. Picit je dari botol untuk beberapa titis atas tempat yang anda nak sapu tu dan bau yang keluar dari botol tu macam bau aromaterapi. Bila disapu, rasa macam pakai losyen je. Rasa kulit lebih lembut dan lembap bila serum meresap ke dalam kulit. Satu-satunya ubat penyakit kulit yang lembut dan tidak memedihkan kulit yang sensitif. 



    Aku tahu ramai kat luar sana menderita Eczema dan habis ratusan ringgit untuk mencari penawar penyakit kulit yang berkesan. Walaupun Eczema ni bukan penyakit yang berjangkit tapi kalau tak dirawat dengan segera, ianya boleh menyebabkan penyakit yang kekal dan menyebabkan rasa tidak selesa bagi mereka yang menghidapnya. Harap-harap mereka yang menderita penyakit ni boleh dibantu dengan produk RenoSkin Medic Serum ni.

    RenoSkin Medic Serum Berdaftar Dengan KKM

    Sekarang ni banyak lambakan produk penyakit kulit yang ada dipasaran tapi korang yakin ke dengan produk yang dibeli tu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak memudaratkan anda? Dengan produk RenoSkin Medic Serum, korang tak perlu risau kerana produk ini selamat untuk digunakan kerana telah mendaftar dengan KKM (Registration Nom NOT161106450K) dan juga didaftarkan dibawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Boleh semak disini (Carian Produk Lulus KKM).

    Medic serum ini dicipta khas untuk membantu mereka yang ada eczema dari terus bergantung pada krim steroid atau krim kimia yang mempunyai risiko jangka panjang penggunaannya seperti kulit menjadi nipis, rapuh dan mudah luka. Dengan adanya kelulusan KKM, memang selamat digunakan untuk bayi dan orang dewasa. Oh ya! Korang boleh berhenti menggunakan RenoSkin Medic Serum apabila sembuh.

    Testimoni Daripada Pelanggan Tentang Produk Ini

    Ni testimoni dari diri sendiri bila guna produk ni pada anak. Biasalah bayi akan ada masalah ruam dan kulit kemerahan pada bahagian pipi, leher, punggung dan anggota lain. Kulit bayi ni sangat sensitif terutamanya yang baru lahir. Nazhan takde masalah ruam pada bahagian punggung cuma ada sedikit ruam pada pipi dan bawah dagu..mungkin sebab selalu berpeluh akibat cuaca panas. Kesian tengok dia menahan gatal, habis digaru mukanya tu sampai kadang-kadang tu ada kesan calar kat muka. Baru cuba produk RenoSkin untuk beberapa hari dan rasanya ada perubahan bila ruam tu dah nampak hilang. Dia pun dah tak garu lagi muka. Biasanya selalu merengek tapi sejak pakai serum ni, senyum je dia. Kita sebagai mak ayah, rasa tenang je bila anak nampak gembira.


    Sebenarnya produk ni dah lama dalam pasaran, hampir 2 tahun dan 2018 merupakan tahun ketiga mereka dalam pasaran Malaysia. Hasil daripada keberkesanan produk ini telah menerima beratus-ratus testimoni ikhlas dari pengguna. Ini antara testimoni daripada mereka yang menggunakan RenoSkin. Medic Serum untuk alahan, kulit mengelupas, eczema, psoriasis, ruam, kulat air, kudis buta, kurap, panau, measless, HFMD, luka (melecur, melepuh, cedera) dan banyak lagi.







    Cara Dapatkan Produk RenoSkin Medic Serum 

    Kalau korang sendiri ada masalah ekzema dan masalah kulit sensitif atau kenal saudara mara dan kawan-kawan yang ada masalah seperti di atas, cubalah gunakan produk RenoSkin Medic Serum ni sebagai rawatan alternatif kulit. Tak salah untuk mencuba, korang tidak akan tahu samada produk ini berkesan atau tak selagi korang tidak mencubanya. RenoSkin ini datang dalam bentuk botol pam 80ml. Harga untuk satu botol cuma RM65 (Semenanjung) dan RM69 (Sabah & Sarawak). Kesan seawal 14 hari dengan harga mampu milik.

    Sebarang pertanyaan berkenaan produk RenoSkin atau berminat untuk menjadi dropship, agen dan stokis, boleh hubungi melalui nom telefon dibawah:
    Phone
    016-4907155

    Atau terus ke link ini dengan menghantar mesej renoskinblog untuk respon pantas
    WhatsApp

    Juga boleh layari laman sosial seperti yang tertera di bawah
    Instagram 

    Facebook

    Homestay Gambang Murah Dan Selesa di i-Gambang Homestay

    $
    0
    0
    Seronok tak bercuti di Pahang? Aku tak tanya pun memang korang tahu kan? Memang seronok pun. Banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati ketika musim cuti sekolah. Kalau selama ni percutian korang tu bertempat di tanah tinggi, apa kata percutian kali ini ubah selera dengan membawa keluarga menikmati percutian bertemakan air, dengan mengunjungi Bukit Gambang Water Park yang terletak di Kuantan, Pahang. Tapi masa bercuti tu jangan la menginap di hotel pulak. Pilih la homestay yang ternyata lebih selesa, lebih besar dan luas terutamanya homestay yang jauh dari hiruk pikuk kota. Sesuai untuk seisi keluarga untuk menginap beramai-ramai. 

    Susah nak pilih homestay murah, selesa dan sesuai dengan bajet korang? Jangan risau, untuk memudahkan korang semua yang datang bercuti atau sekadar melawat negeri Pahang, aku nak perkenalkan korang dengan homestay murah dan selesa di Gambang. Yang pastinya akan membuatkan korang bercuti dengan rasa macam menginap  kat rumah sendiri! 

    Homestay Gambang Murah di i-Gambang Homestay

    Memperkenalkan i-Gambang Homestay yang menjanjikan penginapan yang lengkap dan terbaik untuk korang sekeluarga. i-Gambang Homestay merupakan rumah teres yang selesa, bersih dan selamat dan ianya terletak di antara Jalan Kuantan - Gambang. Pastinya segala kemudahan yang diperlukan senang didapati. Semuanya ada di sekelilingnya. Bukan sahaja lokasi strategik kerana berhampiran dengan destinasi percutian terkenal iaitu Bukit Gambang Water Park, malah homestay ini juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding homestay lain  


    Homestay ini juga menawarkan harga yang murah dan berbaloi untuk percutian bersama keluarga. Harga pastinya berbeza daripada satu tempat dengan tempat yang lain, tetapi apa yang pasti harga untuk menginap di homestay ni lebih murah, setimpal dengan servis yang kita dapat. 

    Yang penting, i-Gambang Homestay ni mementingkan privacy berbanding dengan tempat penginapan lain. Banyak rumah yang dijadikan homestay yang hanya menempatkan satu keluarga dalam satu masa. Pastinya dalam keadaan privacy, kita akan lebih selesa berada di homestay tersebut.

    Sebab Kenapa i-Gambang Homestay Penginapan Terbaik

    Sekiranya korang menginginkan percutian dengan penginapan yang selesa, moden dan lengkap, maka i-Gambang Homestay adalah tempat penginapan yang sesuai.Antara faktor menarik yang tidak mungkin korang perolehi dari homestay yang lain ialah seperti berikut :

    RUANG TAMU YANG DILENGKAPI SOFA MODEN DAN TV PLASMA



    Berbeza dengan homestay yang lain, kemudahan sofa moden dan selesa di ruang tamu untuk berehat sambil menonton tv jenis Plasma 32 inci dengan pakej Astro turut disediakan sekali di i-Gambang Homestay ni. Memang terbaik! Suasana ruang tamu yang ceria dengan corak warna yang mendamaikan menjadikan ruang tamu ni sebagai tempat bersantai bersama keluarga untuk menghilangkan penat selepas seharian dengan aktiviti luar. Korang tak perlu bersusah payah nak bawa tikar atau karpet sendiri sebab sofa yang empuk dan karpet yang gebu telah disediakan bagi yang datang menginap di sini. Kalau korang rasa bosan, boleh tonton tv melalui pakej Astro (family package) yang telah disediakan di  i-Gambang Homestay. Yang penting, drama dalam tv yang korang tonton tu bukan dari tv yang macam kotak besar tu, tapi yang jenis tv flat screen. Keselesaan korang memang diutamakan di homestay ni.

    BILIK TIDUR LENGKAP DENGAN AIRCOND




    i-Gambang Homestay ini turut menyediakan 3 bilik tidur kepada mereka yang datang menginap disini. 2 bilik iaitu bilik tidur utama dan bilik nombor 3 dilengkapi dengan penghawa dingin. Kelengkapan bilik tidur juga disediakan dengan katil queen saiz, cukup besar untuk memuatkan dua orang tidur di atas tilam yang empuk. Katil queen saiz bukan hanya terhad di bilik tidur utama sahaja, tapi disediakan di setiap bilik. Antara kemudahan lain yang terdapat di dalam bilik tidur ni ialah almari bagi penyimpanan pakaian dan juga cermin untuk bersolek. Jadi, dengan adanya tempat simpan baju ni takde la pakaian korang bersepah atas lantai.
    RUANG DAPUR YANG LENGKAP





    Ruang dapur di homestay ni pun tak kurang hebatnya. Apa taknya, semua kelengkapan memasak,meja makan, peti sejuk, tempat memasak dan mesin basuh telah disediakan di i-Gambang Homestay ni. Pinggan mangkuk, cawan, periuk nasi, periuk belangga semua ada. Tak perlu risau la kalau korang duduk situ dan bercadang nak masak. Dan kalau bercuti ke Gambang, salah satu destinasi yang korang wajib pergi ialah Gambang Water Park. Dah mandi kat sana mesti banyak baju yang basah kan? Jangan risau, kalau korang menginap di  homestay ni, mesin basuh ada disediakan untuk kemudahan mencuci atau mengeringkan pakaian dengan cepat.

    TANDAS YANG BERSIH


    Tandas yang bersih dan selesa dititikberatkan bagi memberi keselesaan kepada mereka menginap di homestay ini. Selain itu, Ruang dan kemudahan menunaikan solat seperti sejadah turut disediakan. Sejadah juga dia ada sediakan untuk korang sembahyang…jadi tak perlu la berebut-rebut ye.

    RUANG PARKIR KERETA


    Bimbang kereta korang akan calar atau hilang semasa menginap di homestay? Jangan risau kalau korang tinggal kat homestay ni kerana di homestay ni tempat untuk parkir kereta tu dah disediakan. Ianya mampu memuatkan 2 buah kereta pada satu masa. Yang penting kereta korang selamat.

    Secara ringkasnya, i-Gambang Homestay ni memang dah fully furnished dari segi kemudahan ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tandas. Kalau korang datang ke sini dan mencari homestay pada harga yang murah dan selesa, i-Gambang Homestay penginapan yang sesuai kerana kelengkapan yang disediakan seperti :
    • 3 bilik tidur
    • Bilik air 
    • 2 aircond : bilik tidur utama & bilik no 3
    • Peti ais
    • Peralatan memasak
    • TV Plasma 32'
    • Astro (family pakej)
    • Katil saiz queen setiap bilik
    • Mesin basuh
    • Seterika
    • Jug kettle
    • Sejadah
    • Penyidai kain
    • Iron board
    • Tempat parkir kereta
    • Toto dan bantal extra disediakan untuk keluarga yang ramai. 

    Lokasi Dan Kemudahan Di Sekitar I-Gambang Homestay



    Lokasi penginapan yang strategik dan udara yang nyaman untuk bercuti bersama keluarga, urusan rasmi seperti majlis konvokesyen dan pendaftaran, bermalam dan sebagainya menjadikan homestay ni tempat penginapan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Selain kemudahan penginapan yang selesa dan lengkap, pengunjung yang datang menginap di homestay ini juga dapat merasai kemudahan yang ada di kawasan sekitar seperti :
    • Berhampiran kemudahan kedai makan & kedai runcit (lebih kurang 150 meter)
    • Bukit Gambang Water Park (lebih kurang 2 minit)
    • Kolej Matrikulasi Pahang (lebih kurang 5 minit
    • Kolej Komuniti Paya Besar (lebih kurang 5 minit)
    • Pusat Asasi UIA (lebih kurang 5 minit)
    • Felda Lepar Hilir ( (lebih kurang 5km/8 minit)
    • Universiti Malaysia Pahang (UMP) (lebih kurang 12km/15 minit)
    • Kuantan Airport (lebih kurang 25km/26 minit)
    • Kolej Poly Tech Mara (lebih kurang 30km/32 minit)
    • Kolej Shahputera (lebih kurang 34km/35 minit)
    • Bandar Kuantan (lebih kurang 40km/45 minit

    Kadar Sewa Dan Daftar Masuk Ke i-Gambang Homestay


    Yang menariknya, korang dapat menikmati kadar sewa yang sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan di i-Gambang Homestay. Dengan pelbagai kemudahan asas yang ada di dalam rumah dan kemudahan di kawasan sekitar, penginapan di homestay ini memang sangat berbaloi.
    • Daftar Masuk : 2 :00 petang 
    • Daftar Keluar : 12 :00 tengahari 
    • Bayaran Deposit/Booking : RM50.00 semasa sesi perundingan (baki bayaran semasa daftar masuk) 
    Kadar sewa adalah sebanyak RM200.00 bagi hari Jumaat/Sabtu/Ahad/Cuti Umum & Musim Cuti Sekolah.

    Kadar sewa adalah sebanyak RM180.00 bagi hari Isnin hingga Khamis

    Harga sewa juga boleh dirunding sekiranya menginap lebih daripada sehari.

    Jika korang nak buat tempahan atau nak dapatkan maklumat lanjut berkaitan homestay ini, boleh hubungi atau Whatsapp pengurus i-GambangHomestay :


    Puan Aida : 019-9179509
    En. Ariffin : 019-9895693

    Kalau dah berada kat Gambang tu, korang boleh datang sendiri untuk tengok homestay ini di alamat dibawah. Guna google map kalau korang tak jumpa. Lokasi melalui google map dah atas kat atas.


    i-gambang Homestay
    No. 43, Lorong Gambang Damai 10
    Jalan Kuantan – Gambang
    26300 Gambang, Pahang


    Penginapan homestay ini khusus bagi keluarga muslim & muhrim sahaja. Insha allah,  di  i-Gambang Homestay ni, korang akan menikmati percutian dengan penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang berpatutan.  

    Program Komuniti McDonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai Timur

    $
    0
    0
    Program Komuniti McDonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai TimurHanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelang tahun baru 2019. Ini bermakna sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi. Kelihatan ramai ibu bapa yang dah mula menyerbu ke pusat membeli belah untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Tambahan pula, jualan akhir tahun dengan tawaran murah untuk peralatan sekolah menghangatkan lagi suasana persiapan membeli barangan persekolahan bagi anak-anak. Yang pasti, anak-anak gembira untuk memulakan sesi persekolahan baru. Maklumlah, dari pakaian hingga ke beg serta kasut sekolah, semua dapat yang baru. Gembira sakan!

    Tetapi, pernahkah kita terfikir, dalam keseronokan kita membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, bagaimana golongan yang kurang berkemampuan menyediakan peralatan dan barangan untuk persekolahan anak-anak mereka? Untuk pengetahuan semua, di Malaysia terdapat pelbagai badan samada kerajaan atau bukan kerajaan (NGO) yang sama-sama turun padang, berganding bahu dalam membantu golongan kurang berkemampuan, samadabantuan dalam bentuk kewangan atau peralatan.

    McDonald’s sumbang lebih RM 480,000 kepada golongan kurang bernasib baik di Kelantan

    McDonald's merupakan salah satu badan aktif di Malaysia yang sering menganjurkan aktiviti komuniti bagi membantu golongan yang memerlukan. Team Blogger Pantai Timur (BPT) telah diberikan penghargaan untuk menyaksikan sendiri Program Komuniti McDonald peringkat Negeri Kelantan pada 13 Disember 2018 yang bertempat di McDonald's Pandu Laju, Pengkalan Chepa. Program ini merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Sebahagian ahli blogger pantai timur (BPT) yang dijemput hadir ke program ini.

    Sebanyak sejumlah RM484,100 sumbangan telah diumumkan pada program tersebut melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan. Program Komuniti McDonald's dan RMHC kali merangkumi beberapa acara, program dan pemberitahuan yang dijalankan oleh McDonald's Malaysia. Antara inisiatif-inisiatif yang diumumkan di majlis komuniti tersebut termasuk

    1. Penyerahan Zakat Perniagaan Dari McDonald
    2. Program Perantisan McDonald's Malaysia
    3. Program "Back-to-School"
    4. Rumah Ronald McDonald's Kedua di HUSM


    Program komuniti ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad. 

    Penyerahan Zakat Perniagaan Dari McDonald

    McDonald’s Malaysia, kini dimiliki oleh Reza Group, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Reza Group adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu.

    Sesi penyerahan zakat daripada wakil McDonald's Malaysia kepada MAIK

    Azhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, turut berkata bahawa Ronald McDonald Charities House Malaysia akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.

    Penyerahan zakat perniagaan ini telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi yang juga merupakan tetamu kehormat dalam program komuniti ini. Turut sama dalam program ini adalah YB. Sahibul Samahah Dato' Haji Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Tuan Haji Abdullah bin Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

    Program Perantisan McDonald's Malaysia

    Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan pensijilan diberikan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).

    Melalui program ini, para perantis akan menjalani tempoh latihan praktikal dan teori di dalam kelas selama 18 bulan. Setiap bulan perantis akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan, insurans serta makanan secara percuma. Selaras dengan perlaksanaan program ini, diharap dapat meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta pada masa yang sama memupuk bakat baru.

    Sebahagian daripada para perantis yang telah berjaya

    Sijil diberikan kepada para perantis yang telah berjaya dalam praktikal dan teori.

    Para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan sangat dialu-alukan untuk menyertai Program Perantisan McDonald's. Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. 

    Program Kembali ke Sekolah (Back To School)

    Program “Kembali ke Sekolah” mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Melalui program ini, setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. 

    Sumbangan kelengkapan sekolah oleh McDonald kepada kanak-kanak sekolah rendah

    Kanak-kanak yang kurang berkemampuan gembira dengan peralatan sekolah yang diterima

    Keseluruhan sumbangan di bawah program “Kembali ke Sokolah” tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta. Di Kelantan, seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.

    Rumah Ronald McDonald Ke-2 di HUSM

    Ronald McDonald House Charities (RMHC) turut meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu.

    Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.

    RMH yang dijangka siap pada awal tahun hadapan merupakan rumah kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.



    Antara kemudahan yang disediakan di RMH di Hospital USM, Kelantan 

    Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital..

    Program Inisiatif Terbaik Dari McDonald's Malaysia Harus Dipuji

    Program inisiatif yang dilakukan oleh McDonald Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengurangkan beban kewangan buat golongan yang kurang berkemampuan merupakan suatu usaha terpuji yang harus dipandang tinggi. Semoga selepas ini akan ada program dan inisiatif kemasyarakatan lain pula yang akan menyusul.

    Terima kasih sangat kepada McDonald yang telah memberi sumbangan dalam meringankan beban kepada komuniti yang kurang berkemampuan di Kelantan. Bagi anda yang gemar menikmati hidangan istimewa di restoran McDonald's, jangan lupa untuk terus menderma dengan memasukkan wang ke dalam tabung kebajikan yang terdapat di kaunter restoran. Wang hasil sumbangan anda akan terus disalurkan ke dalam program komuniti anjuran McDonald's Malaysia. Jadi secara tidak langsung, anda juga telah membantu dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia.

    Kurus Secara Sihat Dengan Produk F-Burn

    $
    0
    0
    Kurus Secara Sihat Dengan Pil F-Burn l Jadi orang gemuk ni memang seksa. Badan gemuk ni biasanya cepat penat. Jalan sikit pun dah mengah. Nak pilih baju cantik-cantik pun susah. Kaki dan tumit selalu je sakit. Paling teruk, selalu kena ejek dengan panggilan seperti gempal, gemuk, tong drum dan macam-macam panggilan lagi yang boleh membuatkan korang tersangat tension. 

    Dah cuba 1001 cara untuk kuruskan badan tapi masih tak berkesan. Hidup pun makin terseksa dengan ejekan-ejekan negatif orang. Lebih parah lagi, berat badan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit. Yang nak kurus, jangan mudah putus asa. Sempena azam baru korang yang nekad nak kurus tu, aku nak memperkenalkan satu produk Iaitu produk F-Burn yang membantu mengurangkan berat badan secara sihat. Tapi jangan lupa, diet seimbang dan senaman perlu jugak diutamakan.

    Produk F-Burn, digunakan secara tradisional untuk menurunkan berat badan.

    Syarikat Pengeluar Produk F-Burn Malaysia 


    BCS Empire Sdn Bhd (1210816-A) adalah sebuah syarikat milik Bumiputera yang memasarkan produk kesihatan dan juga kecantikan dari Syarikat Sejagat Global Sdn Bhd, beroperasi semenjak 2017. Syarikat ini adalah salah sebuah anak Syarikat Sejagat Global Sdn Bhd (002414206K) dimana syarikat ini diterajui oleh pemilik Tuan Abdullah Saleh Bin Zubir. 

    Antara produk yang dipasarkan oleh syarikat adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit (skincare) , produk perlangsingan badan, dan juga supliment kesihatan. Kesemua produk keluaran ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mempunyai status Halal

    BCS Empire Sdn Bhd juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk berniaga produk dengan modal yang sangat rendah serta mudah dijual. Antara produk yang mendapat sambutan hangat termasuklah Glutacaps Blister, Glutab, Dz Garcinia, Eye Care Candy, Moleek Jeragat dan sebagainya. 

    Kesemua produk tersebut adalah merupakan produk yang berasaskan minuman dan makanan kesihatan untuk kaum hawa dan adam yang mementingkan kesihatan selain untuk mereka yang menghadapi masalah dalaman dan luaran. Sehingga kini sambutan yang diterima dari dalam negara adalah sangat menggalakkan malah terdapat juga permintaan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei yang menunjukkan minat terhadap produk Sejagat Global.

    Kandungan Yang Terdapat Dalam Produk F-Burn


    Secara ringkasnya, produk F- Burn ini merupakan produk yang membantu pembakaran lemak semasa tidur. Ianya membantu untuk membakar lemak-lemak tepu yang sudah ada dalam badan. Bahan-bahan utama yang terdapat dalam produk F-Burn ini adalah seperti berikut:

    1)Trigonella Foenumgraecum 
    • Rendah karbohidrat
    • Membantu mengawal selera makan
    • Meningkatkan kadar metabolisma
    • Membantu pembakaran lemak
    • Mengurangkan kandungan gula dalam darah

    2)Gymnema Sylvestre Extract
    • Menggalakkan paras normal gula dalam darah
    • Membantu menahan selera makan
    • Mengimbangi gula dalam darah
    • Bertindak sebagai perencat manisan

    3) Leaves Cassia Angustifolia (Ekstrak Senna)
    • Membuang toksin dalam badan
    • Membantu penyerapan nutrien
    • Membantu menyokong sistem metabolisma

    4) Paullinia Cupana (Ekstrak Guarana) 
    • Membantu mengurangkan berat badan
    • Mengurangkan keletihan mental dan fizikal
    • Menahan rasa lapar
    • Memberi tenaga kepada tubuh badan
    • Membantu membuang toksin
    • Menjaga kesihatan pencernaan
    • Mengurangkan tumpukan kolesterol jahat
    • Membantu masalah pencernaan

    5) Royal Jelly 
    • Menyokong kesihatan saluran pencernaan
    • Membantu dalam penurunan paras kolesterol
    • Membantu mencegah masalah serangan jantung dan stroke
    • Menggalakkan pencernaan sihat
    • Meningkatkan metabolisma
    • Menurunkan berat badan
    • Meningkatkan kekuatan tulang

    Yang paling utama ialah, kandungan dalam produk F-Burn ini bebas dari bahan-bahan terlarang. Yalah, tujuan kita ambil supplement ni untuk membantu kuruskan badan, tapi kalau guna produk yang mengandungi bahan-bahan yang terlarang, secara tak langsung boleh menjejaskan kesihatan kita.

    Kebaikan Dan Kelebihan Produk F-Burn


    Ramai yang inginkan berat badan yang ideal dan menarik. Tetapi masih lagi gagal kempiskan perut walaupun dah bermacam-macam diet program dan produk kuruskan badan digunakan. Hasilnya masih lagi sama.  Aku cakap produk F-Burn ni terbaik jika korang konsisten guna dan ikut cara makan yang betul. Antara kebaikan dan kelebihan produk F-Burn ialah :
    • Membantu menurunkan berat badan 
    • Membantu masalah pencernaan 
    • Meningkatkan metabolisma badan 
    • Membantu mengurangkan kolesterol 
    • Membantu membakar lemak 
    • Mengawal selera makan

    Pantang Larang Penggunaan Produk F-Burn


    Untuk memastikan keberkesanan produk ini, korang diingatkan supaya patuh pada pantang larang yang telah diberikan pada kotak botol semasa mengambil produk ini. Antara pantang larang yang korang perlu tahu ialah:
    • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak. 
    • Elakkan mengambil makanan dan minuman berkafein. 
    • Digalakkan untuk bersenam dengan kerap. 
    • Pengidap asthma dan alahan tidak digalakkan. 
    • Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan mengambil produk ini. 
    • Jarakkan pengambilan ubat/supplemen yang lain sekurang-kurangnya 3 jam ke atas.

    Cara Makan Produk F-Burn

    • 2 kapsul sehari sebelum makan.
    • 1 biji di ambil waktu pagi sebelum sarapan
    • 1 biji di ambil waktu malam sebelum makan malam

    Testimoni Yang Telah Guna Produk F-Burn

    Disini dikongsikan beberapa testimoni daripada pelanggan yang telah berpuas hati selepas guna produk F-Burn ni. Banyak manfaat dan khasiat. Bukan sekadar boleh kurangkan berat badan malah dapat bantu masalah kesihatan yang lain. Diorang dah berjaya kurus badan. Korang bila lagi? 






    Supplement kurus ni hanya membantu korang untuk capai berat ideal disamping usaha korang sendiri dalam memastikan target untuk kurus tu berjaya. Pemakanan seimbang (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, fiber) dan senaman berkala (beberapa minit setiap sesi 3 ke 5 kali dalam seminggu) jangan lupa buat. 

    Badan kita adalah satu-satunya tempat untuk nyawa kita tinggal, maka kita mesti jaga sebaiknya. "I do this not because I hate my body. It's because I love it" Selamat mencuba F-Burn untuk bantu turunkan berat badan korang ye!

    Untuk maklumat lanjut, boleh tengok Facebook Page atau Instagram Page dibawah. Sebarang pembelian, boleh order dengan klik link WhatsApp di bawah.

    INSTAGRAM PAGE : 


    FACEBOOK PAGE : 


    CONTACT
    011-3554 7769

    WHATSAPP

    Koleksi Resepi Sandwich Yang Sesuai Dijadikan Sarapan

    $
    0
    0
    Koleksi Resepi Sandwich Yang Sesuai Dijadikan Sarapan l Bukan senang jadi mak-mak ni. Bangun pagi, kadang boleh pening kepala fikirkan menu sarapan apa nak dimasak untuk suami dan anak-anak tersayang. Tambah pula, kalau korang jenis ibu yang bekerja, confirm fokus nak cepat tetapi sedap! Ok, jangan risau, apa kata kali ini korang cuba sediakan aneka sandwich. Selain boleh dijadikan sarapan, menu ini juga sesuai untuk dibuat bekalan anak ke sekolah.

    Koleksi Resepi Sandwich Yang Sesuai Dijadikan Sarapan

    1. Sandwich Beef Black Pepper


    2. Sandwich Crabstick Mayo


    3. Sandwich Creamy Scrambled Egg


    4. Sandwich Hawaian Chicken


    5. Sandwich Italian Beef


    Selepas ni, tidak ada lagi alasan untuk tidak bersarapan pagi di rumah. Resepi sandwich ringkas untuk disediakan tetapi berkhasiat. Sumber tenaga untuk permulaan aktiviti harian. Bagi anak-anak, sarapan perlu diwajibkan sebagai salah satu sumber tenaga untuk mereka agar lebih cergas dan cerdas sepanjang hari.

    30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 1)

    $
    0
    0
    30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 1)Kebanyakkan orang tak bangun sahur sebab malas bangun dari tidur. Ada jugak yang malas nak sahur sebab tak tahu nak masak apa untuk juadah sahur. Ada yang mengambil inisiatif untuk masak dengan banyak sewaktu berbuka puasa kemudian makan sekali lagi waktu bersahur.

    Tapi tak larat macam mana sekalipun, perlu makan jugak walaupun sedikit untuk tambah tenaga nanti. So, disini ada disediakan 30 resepi untuk sahur selama sebulan. Gerenti kalau menu sahur macam ni, keluarga korang berebut nak bangun sahur.



    HARI PERTAMA : AYAM BLACK PEPPER

    Bahan-bahan:
    - isi ayam
    - peppers (merah, hijau,kuning) setiap satu khasiat lain-lain, so letak 3 jenis lagi banyak dapat nutrients.
    - black pepper sauce
    - fresh ground black pepper - tumbuk or blend kering
    - brokoli (optional)
    - bawang putih
    - minyak
    - dark thick soy sauce

    Cara-cara memasak
    1. Masuk minyak dan bila dah panas, masukkan ayam. Ayam dah hampir masak, kemudian masukkan bawang putih.
    2. Gaul dan masuk black pepper sauce and fresh black pepper.
    3. Bau dah naik, masuk sesudu dark think soy sauce.
    4. Masukan semua sayuran.
    5. Hidangkan dengan nasi panas



    HARI KEDUA : IKAN BILIS GORENG PETAI 

    Bahan bahan:
    - 1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
    - petai
    - garam
    - gula
    - sos tiram

    Bahan tumbuk separuh hancur
    - 8-10 tangkai cili padi
    - 5 ulas bawang putih
    - 3-4 ulas bawang merah kecil

    Cara cara memasak:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan air sedikit, kemudian 1 sudu sos tiram & garam gula (perasakan ikot citarasa korang)
    2. Campurkan petai dan tunggu sampai kering & tutup api. Kemudian, baru masukkan ikan bilis. Kacau rata dan dah siap.
    3. Makan dengan nasi putih panas-panas memang gerenti korang akan menambah nasi berpinggan pinggan.



    HARI KETIGA : SUP AYAM MUDAH

    .
    Bahan-bahan:
    - 3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
    - 4 - 5 biji telur gred B
    - 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
    - 60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
    - 1 kiub ayam
    - 4 biji bawang merah, hiris halus
    - 3 ulas bawang putih, hiris halus
    - air secukupnya
    - garam secukup rasa
    - lada hitam kisar secukupnya
    - hirisan daun bawang untuk hiasan
    - bawang goreng untuk hiasa
    - lada hitam kisar (extra)


    Cara cara memasak:
    1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. 

    2. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
    3. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
    4. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.



    HARI KEEMPAT : AYAM MASAK HALIA 

    Bahan-bahan:
    - 500 gram ayam, potong kecil
    - 4 ulas bawang putih, hiris nipis
    - 2 cm halia, dihiris halus memanjang
    - 1 sudu besar kicap cair
    - 1 sudu besar sos tiram
    - 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
    - 1 biji cili merah, hiris nipis
    - 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
    - 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
    - minyak masak, untuk goreng ayam
    - sedikit lada sulah atau lada hitam
    - sedikit garam dan kunyit
    - garam dan gula, secukup rasa


    Cara cara memasak:
    1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
    3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
    4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
    5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

    Tips:
    Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng



    HARI KELIMA : IKAN ASAM REBUS

    Bahan-bahan :
    - ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
    - tomato / kacang bendi / batang keladi
    - serai - 1 batang (di ketuk)
    - asam keping (3-4 keping)
    - sedikit serbuk ikan bilis
    - garam secukup rasa

    Bahan-bahan B : untuk di kisar
    - lada kering (8-10 batang)
    - bawang merah besar - 1 labu
    - bawang putih - 2 ulas
    - belacan - setengah inci
    - kunyit - setengah inci


    Cara cara memasak:
    1. Didihkan air di dalam periuk
    2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
    3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
    4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
    sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk dihidang.



    HARI KEENAM : IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

    Bahan-bahan:
    - 1 ekor ikan siakap – dibersih dan kelar sedikit
    - 2 inci halia – dihiris halus
    - 3 biji bawang merah – dihiris halus
    - 2 ulas bawang putih – dihiris halus
    - 10 biji cili padi – dipotong atau dititik
    - daun ketumbar (dihiris)
    - daun bawang
    - 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
    - 2-5 cendawan shitake – dihiris halus
    - 1 biji air limau nipis
    - 2 sudu besar sos tiram
    - 2 sudu besar kicap cair
    - 1 sudu kecil gula
    - 4 sudu besar air


    Cara cara memasak:
    1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
    2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
    3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
    4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.



    HARI KETUJUH : ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG 

    Bahan-bahan:
    - 3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
    - 10-20 cili kering ( dikisar)
    - 1 labu bawang besar ( dikisar)
    - 3 ulas bawang putih (dikisar)
    - 1 inci halia ( dikisar)
    - 1/2 inci kunyit (dikisar)
    - sedikit belacan ( option)
    - 2 biji tomato ( dikisar)
    - sedikit daun kesum
    - 4-8 biji bendi
    - air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
    - garam, gula & perasa.


    Cara cara memasak:
    1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
    2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
    3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
    4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
    5. Kacau seketika dan angkat.



    HARI KELAPAN : AYAM BUTTERMILK 

    Bahan-bahan:
    - 2 ketul besar ayam, bahagian dada
    - 1/2 tin susu cair
    - 3 ulas bawang putih, hiris halus
    - 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
    - 4 sudu besar mentega
    - 2 tangkai daun kari
    - 4 biji cili padi


    Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
    - 2-3 sudu besar tepung gandum
    - 1 sudu besar serbuk kari
    - 1 biji telur
    - sedikit garam
    - air secukupnya


    Cara cara memasak:
    1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
    2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
    3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
    4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

    Cara-cara untuk ayam buttermilk:
    1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
    2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
    3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

    Tips
    Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.



    HARI KESEMBILAN : HOMEMADE SARDIN IN SPICY SOS

    Bahan-bahan: 
    - 700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
    * 80 g bawang merah
    * 20 g halia
    *(dikisar halus) 

    - Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) 

    Cara cara memasak:
    1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
    2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
    3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing-masing)...
    4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulangnya menjadi lembut seperti sardin dalam tin.
    5. Bolehlah dimasak mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardin biasa.



    HARI KESEPULUH : IKAN TENGGIRI PANGGANG SOS AIR ASAM 

    Bahan-bahan:
    - 5 keping ikan tenggiri
    - cuci dan toskan 1 biji buah tomato ranum
    - dadu 5-6 biji cili burung hijau dan merah potong kecik (suka pedas tambah lagi)
    - 1/2 labu bawang besar hiris nipis sedikit
    - budu sedikit kicap manis sedikit sos tiram daun ketumbar secukupnya
    - dihiris jus limau secukupnya (boleh jugak guna limau kasturi atau lemon)

    Cara cara memasak:
    1. Taburkan sedikit garam (buat syarat je) pada ikan dan panggang sampai masak.
    2. Satukan semua bahan untuk air asam (agak-agak la ye) dan perasakan secukup rasa ikut selera. Susun ikan dalam pinggan dan boleh la disiran dengan air asam. Sedia untuk dihidangkan.

    10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

    $
    0
    0
    10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron HighlandsJika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands. Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang menjadikan ianya sebagai destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

    Oh ya, jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , dibawah adalah 10 tempat percutian menarik yang wajib anda pergi. Mana tahu ada yang belum pergi, bolehlah singgah masa hujung minggu atau waktu cuti sekolah nanti.

    10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands


    1. Taman Rama-Rama Kea Farm

    Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti. Selain dari rama-rama, anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.


    2. MARDI Agrotechnology Park

    Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.


    3. Lata Iskandar

    Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan. Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu, tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.


    4. Pasar Malam Cameron Highlands

    Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara. Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ye. Kadang-kadang jagung tersebut dijual dengan harga murah, tetapi isinya muda dan kecil.


    5. Lavender Garden

    Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands. Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.Walaupun kawasannya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar. Selain daripada melihat bunga, anda juga berpeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.


    6. Ladang Teh Boh

    Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.


    7. Kebun Anggur

    Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley. Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yang sesuai untuk datang atau nak bergambar sambil petik anggur.


    8. Big Red Strawberry Farm

    Apabila anda melawat Cameron Highlands, Strawberry Farm adalah salah satu tempat terbaik untuk melawat di Cameron Highlands. Lokasinya di Brinchang, masuk melalui simpang Star Regency Hotel dan terus hingga 500m sehingga jumpa jambatan kecik - sebelah kanan ada kedai PCK terus ambik kanan dan terus ikut jalan menghala naik ke atas bukit. Jalan terus sehingga jumpa tempat paling atas sekali. Oh ya, yang belah bawah  semua berbayar. Jadi, boleh terus ke atas untuk yang Free Admission.


    9. Mossy Forest

    Keunikan hutan berlumut di atas Gunung Brinchang yang berada dalam dua negeri iaitu Pahang dan Perak, membolehkan pengunjung melihat keindahan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa. Ianya merupakan pintu masuk ke Gunung Irau. Ia adalah tempat tumpuan pelancong, pendaki dan juga pencinta alam. Mossy Forest terkenal kerana suasana hutan yang istimewa, berkabus, sejuk dan dingin serta mempunyai flora dan fauna yang unik yang jarang terdapat di tempat lain.


    10. Rose Centre

    Terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihiasi dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.

    Cara Download Filem Dengan Mudah Melalui Telegram

    $
    0
    0
    Cara Download Filem Dengan TelegramBagi yang suka tengok movie tapi susah nak download movie yang korang nak tu sebab tak tahu nak download melalui website, sekarang ada cara yang mudah dan cepat untuk korang download movie tu. Download je melalui aplikasi Telegram...dekat sana berlambak segala jenis movie untuk tontonan korang. 

    Yang bestnya download movie dengan Telegram ni ianya takde iklan annoying seperti pop up atau fake button macam sesetengah website yang lain. Iklan jenis ni merimaskan sebab susah nak download file yang kita nak tu. Kalau di Telegram, tekan je button download dan tunggu file tu siap. Jimat masa dan jimat kuota.

    Cara Download Filem Dengan Telegram

    1. Jika nak download movie dari Telegram, pastikan aplikasi Telegram dah install dalam komputer atau laptop korang. Dah install, join channel movie. Aku cadangkan korang join dua channel ni untuk download movie : https://t.me/movienakal   dan https://t.me/MoviesBlurayHdTekan dan klik join.

    Channel download movie di Telegram

    2. Bila dah join channel yang ada kat atas tu, boleh la korang mula download movie yang korang nak tengok. Cara nak pilih movie dan download ada diterangkan dalam gambar di bawah. Cari movie apa yang korang mahu, kecuali filem-filem yang baru keluar di pawagam memang tiada lagi file download. Kalau ada pun, gambar masih lagi tak clear.


    3. Semasa download movie, korang perlu tahu kualiti movie tersebut supaya audio dan visual movie yang korang dah download tu jelas dan terang. Bagi beginner mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang macam mana...main download je, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji dapat tengok. Rugi kalau download macam tu!

    Contoh : 


    -Deadpool 2 (2018) Super Duper Cut 720p BluRay x264 Esub.mkv : ada perkataan BluRay, maknanya gambar dan audio movie tu memang clear.

    -The Equalizer 2 (2018) 720p HDCAM.mp4 : ada perkataan HdCam, maknanya gambar dan audio movie tu teruk. Tak payah download lagi.

    Ringkasan Kualiti Info Movie

    1. 3D BluRay          : Sangat Cantik
    2. BluRay                : Sangat Cantik
    3. BDRip                 : Sangat Cantik
    4. BRRip                 : Sangat Cantik
    5. WEB-DL              : Sangat Cantik
    6. DVDRip               : Cantik
    7. WEBRip              : Cantik
    8. HDTV                  : Cantik
    9. HDRip                 : Cantik
    10. TVRip               : Cantik
    11. PPVRip             : Cantik
    12. DVDScrn          : Cantik
    13. SDTVRip          : Cantik
    14. VCDRip            : Cantik
    15. VHSRip            : Cantik
    16. HDTC @ TC     : Okey
    17. DVDScr [India] : Teruk
    18. HDTS @ TS     : Teruk
    19.HDCAM             : Teruk
    20. CAM                 : Sangat Teruk
    21. HC                    : Hardcode/Hard Subtitle

    Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap

    $
    0
    0
    Resepi Kerabu Maggi Siam SedapSebenarnya, mudah sahaja nak buat kerabu maggi siam yang sedap dan cepat. Tak sampai 10 minit dah siap sedia untuk dimakan. Maklumlah, ada masa tertentu kita rasa malas nak masak tapi nak makan makanan yang sedap. Jadi, resepi kerabu maggi inilah resepi yang korang patut cuba. Menu yang ringkas, cepat disediakan dan sedap.


    Bahan-bahan yang diperlukan untuk kerabu maggi siam:

    - 2 plastik maggi siam
    - 5 biji cili padi - hiris
    - 2 biji cili merah - hiris
    - 2 paket rempah maggi (yang didalam bungkus maggi)
    - 1 biji buah tomato - hiris
    - 1 biji bawang besar - hiris
    -  sedikit daun sup 
    - 1 biji carot - hiris nipis
    - 1 biji limau - perah untuk dapat air limau
    -  pes tom yam

    Bahan lauk (optional)
    - udang/ayam/sotong secukupnya

    Cara Membuat Kerabu Maggi Siam Sedap


    1. Panaskan air dalam periuk untuk merebus maggi. Kemudian, masukkan 1 serbuk perasa maggi ke dalam air rebusan. Rebus udang dan apabila sudah mengerokot, angkat. Seterusnya, rebus sotong dan tunggu hingga masak dan angkat. Diikuti dengan ayam.  Jadi, cara rebusnya mesti sejenis-sejenis kerana kadar masak dia berbeza. Selepas itu, rebus mee segera dan apabila sudah lembut, angkat dan masukkan ke dalam bekas atau mangkuk besar. 


    2. Sementara itu, masukkan pes tomyam sekurang-kurangnya 2 sudu teh , gula dan air limau nipis. Kemudian, kacau bagi sebati.


    3. Masukkan tomato,cili padi, daun sup dan gaul lagi. Masukkan maggi yang direbus tadi, kacau dan akhir sekali, campurkan kesemua bahan lain , ayam , sotong , udang , carrot , bawang besar , kacau sebati dan siap. 


    4.  Akhirnya, kerabu maggi siap untuk dihidangkan. Mudah je cara nak buat kan? Menu yang simple tetapi membuka selera. Selamat mencuba.

    Senarai Nama Anak Perempuan Yang Membawa Maksud Yang Baik (Part 1)

    $
    0
    0
    Menamakan anak dengan nama yang baik merupakan kewajipan bagi ibu bapa. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik. 

    Bagi yang bakal menimang cahaya mati, terutamanya bayi perempuan dan masih lagi tercari-cari nama anak yang sesuai untuk diberikan, berikut adalah senarai nama anak perempuan dalam islam yang membawa maksud yang baik.

    Senarai Nama Anak Perempuan Yang Membawa Maksud Yang Baik 







    Senarai Nama Anak Perempuan Yang Membawa Maksud Yang Baik (Part 2)

    $
    0
    0
    Jika anda tengah mencari nama anak perempuan yang bermula dengan huruf L,M,N,R,S,T,U,W,Y dan Z, disini ada disenaraikan  nama anak perempuan dalam islam dengan makna yang indah dan membawa maksud yang baik.

    Senarai Nama Anak Perempuan Yang Membawa Maksud Yang Baik 








    Semoga dapat membantu anda yang sedang mencari nama yang sesuai buat bayi yang bakal lahir nanti. 

    Cara Print Nama Pada Sijil Yang Banyak Dengan Cepat

    $
    0
    0
    “Ada 100 lagi sijil yang kena siapkan. Takkan la aku nak isi nama satu persatu dan padam semula. Patah jari aku nak kena siapkan semua ni. Kalau lah ada cara print nama pada sijil dengan cepat."

    Pernah tak anda alami situasi di atas? Kalau untuk print sijil setakat 10 keping tidak ada masalah. Sekejap sahaja boleh siap dengan copy and paste nama dan nombor kad pengenalan satu persatu. Tetapi, apabila melibatkan jumlah yang banyak, mesti rasa tertekan. Tambahan pula, majlis untuk penyerahan sijil adalah pada keesokan hari. Tapi jangan risau, anda boleh cuba guna teknik ‘mail merge’ ini untuk print nama pada sijil dengan cepat yang mana memudahkan hidup anda.

    Tutorial lengkap ini sebenarnya disediakan oleh Cikgu Izzati Hamid, sempena dengan Majlis Pelantikan Asrama di sekolah beliau. Memang mudah, sekejap saja dah siap!

    Jom kita lihat cara membuatnya di bawah.

    Cara Print Nama Pada Sijil Yang Banyak Dengan Cepat


    1. BUKA MICROSOFT WORD

    Buka Microsoft Word dan buat template sijil yang anda nak print nanti. Bahagian NAMA dan KAD PENGENALAN dibiarkan kosong kerana kita akan hubungkan dengan senarai nama dalam Microsoft Excel secara automatik.


    2. BUKA MICROSOFT EXCEL

    Buka Microsoft Excel dan COPY siap-siap nama dan nombor kad pengenalan mereka. Kemudian, SAVE. Tujuan membuat senarai ini adalah supaya ia menjadi ‘database’ bagi template sijil yang telah dibuat tadi. Font dan saiz tulisan kalau tak tukar tak mengapa, tapi kena setting dalam Word nanti.


    3. MULAKAN ‘MAIL MERGE’ DI MICROSOFT WORD

    Pegi balik dekat fail Microsoft Word yang ada template sijil itu tadi.

    Pilih:
    • MAILINGS
    • START MAIL MERGE
    • Klik STEP-BY-STEP MAIL MERGE WIZARD
    • Pilih LETTERS
    • Klik NEXT: STARTING DOCUMENT

    • Pilih USE THE CURRENT DOCUMENT 
    • Klik NEXT: SELECT RECIPIENTS


    4. PILIH SENARAI FAIL MICROSOFT EXCEL TADI

    Seterusnya, kita akan hubungkan senarai nama pelajar dalam Microsoft Excel tadi dengan template sijil yang telah dibuat dalam Microsoft Word.
    • Pilih USE AN EXISTING LIST
    • Tekan BROWSE
    • Pilih Senarai Nama yang nak print tadi
    • Klik OPEN

    • Pilih SHEET nama tadi
    • Klik OK

    • Paparan akan keluar macam ini dan klik OK


    5. MERGE’ DATA

    Sekarang, senarai tadi telah dihubungkan dengan template sijil ini. Kemudian, kita akan ‘merge’ data pada bahagian NAMA dan NOMBOR KAD PENGENALAN satu persatu.
    • Klik NEXT: WRITE YOUR LETTER


    • Select’kan perkataan NAMA pada sijil
    • Klik MORE ITEMS
    • Pilih NAMA
    • Klik INSERT
    • Tekan CLOSE
    Sekarang, data yang terdapat di bawah ‘row’ NAMA dalam Microsoft Excel tadi telah dihubungkan dengan template ini.


    Ulang langkah yang sama untuk perkataan NO KAD PENGENALAN


    6. PREVIEW
    • Klik NEXT: PREVIEW YOUR LETTERS

    • KlikNEXT: COMPLETE THE MERGE


    7. PRINT

    Sekarang, semua data telah disetkan dalam template dan sedia untuk dicetak. Kalau dah yakin, boleh klik PRINT. Kalau rasa was-was, boleh cuba cetak di atas kertas biasa terlebih dahulu. Kalau terlalu banyak sijil untuk dicetak, buatlah separuh-separuh. Mana tahu takut printer tersangkut nanti. Selamat mencuba!

    Inilah Akibat Jika Terlalu Open Di Media Sosial!

    $
    0
    0
    Berkenaan kes rompak, rogol dan bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan di Facebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Tidak ada kaitan dengan kes tersebut, cuma beberapa perkara yang perlu dielakkan supaya tidak terjadinya kes sebegini.

    8 TIPS KESELAMATAN DI FACEBOOK

    1. Kurangkan selfie
    Kita tak tau kalau-kalau selama ini setiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

    2. Jangan check in rumah sendiri
    Tolonglah...jangan check in alamat sendiri melalui Facebook. Contoh, No.3 Jalan 2, Taman Indah, Kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

    3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah
    Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My hubby out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...kejap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bagitau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yang tau rumah awak dan tak semuanya baik.

    4. Jangan post no plat kereta
    Ya...tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, sekurang-kurangnya tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

    5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
    Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat jalan raya sambil selfie nampak muka cantik dan lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.

    Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

    6. Hadkan apa yang perlu dikongsi di Facebook.
    Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

    7. Pasang CCTV dan Autogate.
    Yang selalu balik kerja sorang-sorang tu hati hati. Lagi-lagi buka pintu kunci pintu gate sorang-sorang. Kalau boleh balik jangan malam-malam. Jenayah berlaku tak ikut waktu. Sarankan pakai sistem autogate dan cctv, ada yang murah. Sekarang ada cctv canggih yang boleh dipantau melalui phone. Suami selalu outstation beringat ya. Kes ni dah banyak berlaku di banyak tempat.

    8. Bawalah kunci remote kereta anda di tepi katil. 
    Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta..Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah. Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak.. alarm kereta ada.

    Harap bermanfaat. Sila share, semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia.

    5 Tempat Percutian Menarik Di Muar Johor

    $
    0
    0
    5 Tempat Percutian Menarik Di Muar Johor l Muar merupakan salah sebuah daerah yang terletak di negeri Johor dan telah diisytihar sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012 dan masih mengekalkan sejarah berharga dan keunikan bandar. Yang terbaru, bandar Muar telah dinobatkan sebagai bandar paling bersih di Asia Tenggara. Kalau korang tak percaya, boleh datang sendiri untuk tengok kebersihan di bandar ini, sambil menikmati keenakan sate Muar. 

    Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani, kaya dengan tarikan semula jadi yang indah untuk dilawati terutamanya ketika cuti sekolah. Jika korang yang datang berkunjung ke Muar untuk bercuti, di bawah adalah antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.

    5 Tempat Percutian Menarik Di Muar Johor



    1. TANJUNG EMAS

    Tanjung Emas merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar yang menghadap Selat Melaka. Taman yang besar ini diuruskan dengan rapi supaya persekitarannya sentiasa selesa. Ini adalah taman yang menjadi tempat santai untuk keluarga terutamanya pada hari minggu. Tarikan yang ada di sini ialah sebuah dataran serbaguna, Jeti Tanjung Emas, Medan Selera Tanjung Emas dan Kompleks Marina Muar (Marina Bay) di tebing Sungai Muar. Pengunjung boleh bersiar-siar melihat pemandangan menarik di tepi sungai (waterfront) yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai bersantai dan juga memancing. Pengunjung juga boleh menaiki bot untuk menyusuri keindahan Sungai Muar melalui perkhidmatan Muar River Cruise.


    2. KOLAM AIR PANAS GERSIK

    Terletak di antara Parit Jawa dan Batu Pahat, kolam air panas semula jadi ini diuruskan dengan rapi menjadikannya sentiasa dikunjungi pelancong. Tidak dikenakan sebarang caj kerana pengunjung boleh masuk secara percuma. Suhu airnya berada dalam anggaran kira-kira 50 hingga 70 darjah Celcius. Tempat ini memanglah sesuai untuk dikunjungi oleh sekeluarga pada hujung minggu kerana juga telah dilengkapi dengan pondok rehat, taman permainan kanak-kanak dan juga gerai makanan.


    3. PANTAI LEKA

    Pantai Leka merupakan sebuah pantai dan juga sebuah tempat perlindungan atau persinggahan hampir 44 spesies burung yang menonjol di Parit Jawa seperti spesies burung botak yang sering dirakam lensa para penggemar burung di seluruh dunia. Dipamerkan sebagai sebuah taman terpelihara semula jadi kepada burung-burung berhijrah, Pantai Leka dilengkapi dengan makanan dan tempat perlindungan daripada hutan-hutan bakau tempatan untuk spesies yang jarang ditemui ini.


    4. LADANG REMPAH RATUS DAN HERBA NASUHA

    Ladang herba seluas 3,200 ekar ini merupakan ladang dan rempah ratus terbesar di Asia. Tanaman herba di sini berasaskan organik dan mampu mengeluarkan sehingga 6 ke 10 tan metrik bahan mentah setiap hari. Di sinilah adanya kilang rempah masakan yang dijual secara komersial dengan jenama "Mak Siti". Ladang Herba Nasuha turut menyediakan resort menarik bagi pengunjung yang ingin melawat dan melihat lebih lanjut apa yang ada di sini. Selain chalet cantik berupa "long cabin", sebuah dometri yang boleh memuatkan 11 orang tetamu turut disediakan di resort ini. Pengunjung boleh menikmati urutan tradisional, mandian herba, spa herba dan terapeutik.


    5. DONHU JURASSIC PARK GARDEN 

    Donhu Jurassic Park Garden adalah tarikan terbaru di Muar dimana pelbagai jenis patung dinosour dipamerkan untuk pengunjung yang datang. Terletak di Jalan Pintasan Muar, taman tema ini dibuka pada setiap hari dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk. Selain daripada replika dinosour yang nampak real dan boleh mengeluarkan bunyi, terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk kanak-kanak berhibur seperti One Dinosaur Motorcycle, Dinosaur World Water Fun, Bumper Car dan beberapa permainan lain. Pengunjung juga boleh membeli t-shirt dan replika dinasour untuk dijadikan sebagai kenangan.

    Berhati-Hati Dengan Dasim, Syaitan Perosak Rumah Tangga

    $
    0
    0
    Berhati-Hati Dengan Dasim, Syaitan Perosak Rumah TanggaPerasan tak dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.

    Perlu Tahu Mengenai “Dasim”

    1. Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

    2. Selalunya kes rumah tangga, Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

    3. Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

    4. Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

    5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.

    Pergaduhan dan perselisihan di dalam rumah tangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

    6 Tip Elakkan Hasutan Dasim 

    1. Bila tengah marah pada pasangan, mengucap dan beristigfar banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

    2. Bila salah faham cepat-cepat mohon maaf pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

    3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama,baca doa sama-sama.

    4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

    5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang di dalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya di dalam rumahtangga.

    6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik baca Al-quran. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!

    Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekik lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!

    Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.

    Bayaran Pertama Dari Google Adsense Tahun 2019

    $
    0
    0
    Bayaran Pertama Dari Google Adsense Tahun 2019Alhamdulillah. Yang mana jana pendapatan melalui Google Adsense, tersenyum lebar nampaknya tengok duit dah mula masuk dalam akaun. Aku la tu..hehehe. Walaupun jumlah yang diperolehi tak banyak, tapi sedikit sebanyak boleh tampung keperluan harian. Kalau tak silap aku, mula terjerumus ke kancah buat duit dengan Google Adsense pada tahun 2017. Boleh dikatakan tahun 2017, aku hanya bergantung kepada pendapatan Google Adsense daripada niche blog aku. Hampir setiap bulan akan dapat gaji daripada Google Adsense.

    Gaji pertama aku dari Google Adsense tahun ni..dapat RM400 lebih je.

    Rekod tertinggi pendapatan sehari Google Adsense aku adalah USD50. Tapi bukan setiap hari dapat macam tu. Tahun 2017 je, zaman kegemilangan buat duit dengan Google Adsense. Ada bulan-bulan tertentu dimana carian keywords yang tertentu banyak masuk dan secara tak langsung, jumlah klik iklan juga turut meningkat. Boleh la capai minimum payout setiap bulan.

    Cuma tahun 2018 pendapatan sedikit menurun gara-gara tabiat malas nak update blog kerana kesibukan kerja yang melampau. Maklumlah, budak-budak nak periksa SPM, kita ni sebagai cikgu berhempas pulas sediakan apa yang patut untuk persediaan mereka menghadapi peperiksaan. Sekali lagi pada tahun lepas, blog pulak ada masalah tak boleh diakses kerana sekatan pihak tertentu. Berbulan-bulan blog aku tidak dapat hasil dari Google Adsense. Nak capai USD1 setiap hari pun tak boleh. Jenuh berhubung dengan pihak tertentu untuk selesaikan masalah tersebut tapi tak juga selesai. Kiranya 2018, pendapatan Google Adsense tidak semewah ketika 2017. 2 3 bulan baru boleh cashout.

    Earning pertama tahun 2019 ambil masa hampir 3 bulan baru boleh cashout.

    2019 blog ini bermula dengan langkah berani. Penjenamaan semula blog ini dengan tukar domain dari blogspot ke com. Trafik blog berlaku penurunan yang agak ketara. Hampir keseluruhan entri terpaksa diindeks semula. Selalunya orang kata nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni perlukan trafik yang tinggi. Memang betul. Tapi kalau trafik rendah pun, tak ada masalah untuk jana pendapatan dengan Google Adsense. Cuma untuk dapat hasilnya mengambil masa yang agak lama sedikit. Dari bulan 1 hingga bulan 3 baru dapat cecah USD100 lebih yang mana bersamaan dengan RM400 lebih. 

    Apapun, jangan putus asa kalau korang masih lagi struggle untuk jana pendapatan dengan Google Adsense. 

    Target aku untuk capai sekurang-kurangnya USD2 setiap hari masih lagi tak tercapai.

    Sangat jauh lagi....

    So, aku nak share dengan korang antara taktik yang aku buat untuk pastikan mampu dapat bayaran dari Google Adsense setiap bulan. (dalam mimpi je...)

    Taktik#1 : Buat lebih dari satu blog

    Aku rasa nak dapat USD100 dengan satu blog je agak mustahil lebih-lebih lagi jika blog baru nak up. Bagi aku, untuk dapat USD100 sehari, apa yang aku perlukan adalah sekurang-kurangnya 5 blog yang setiap satunya dapat USD20 sehari. Nak lebih mudah buat 10 blog yang setiap satunya menjana USD10 sehari.

    Taktik#2 : Iklan Google Adsense Auto Ads

    Letak iklan Google Adsense Auto Ads. Kenapa Auto Ads? Sebab biar Google Adsense sendiri tentukan macam mana iklan nak keluar kat blog tu. Jangan lupa setting pada Ad Balance dan buat Custom Ads untuk tengok ads mana yang hasilkan earning yang tinggi.

    Taktik#3 : Promosi

    Promosikan blog korang di Google Adwords dan group Facebook.

    Taktik#4 : Niche site berfokus

    Fokus pada niche site. Apa yang aku perhatikan, niche site yang berfokus akan dapat lebih earning dengan Google Adsense berbanding blog personal dan blog rojak. Sebab bila laman web fokus pada satu topik, iklan Google Adsense yang tersiar pun spesifik berkaitan dengan topik tu. Jadi kebarangkalian orang tertarik dengan iklan tu akan lebih tinggi.

    Setakat itu je perkongsian yang ringkas ini. 
    Viewing all 480 articles
    Browse latest View live