Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all articles
Browse latest Browse all 480

Cara Tukar Blogspot.my Kembali Asal Ke Blogspot.com

$
0
0
Mesti ramai yang terkejut bila url blog bertukar dari blogspot.com ke blogspot.my. Rasanya perubahan ini sejajar dengan perubahan logo Google yang baru. Mungkin jugak Google nak buat pengasingan pengguna blogspot mengikut negara. Kalau blogger Malaysia, dari blogspot.com akan bertukar jadi blogspot.my :)

APA AKAN JADI BILA URL BERTUKAR?

Bila pelawat datang ke url yang lama (blogspot.com),Google akan redirect ke url yang baru (blogspot.my). Dan blog kita masih boleh diakses seperti biasa walau domain tu dah bertukar dan ianya boleh diakses dari seluruh dunia.

KESAN-KESAN BURUK BILA URL BERTUKAR?

1. Yang menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan domain blogspot, secara tak langsung iklan Adsense hilang dari blog akibat perubahan url ini. Hanya boleh nampak tapak iklan yang 'blank space' sahaja.

2. Bagi blogger yang mempunyai header dan footer yang bertulis blogspot.com  atau blogspot dot com, terpaksa edit balik semua itu.  

3. Pertukaran url ini juga akan memberi kesan kepada ranking alexa blog anda. Ranking akan berubah sebab sebelum ni guna url blogspot.com.

CARA TUKAR BLOGSPOT.MY KEMBALI ASAL KE BLOGSPOT.COM

Inilah antara sebab-sebab kenapa perlu ada domain sendiri walaupun menggunakan platform blogspot. Maklumlah, kita duk menumpang atas tanah orang. Tapi jangan risau, sebab anda boleh tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com. 

Caranya, anda kena add script di atas / sebelum <head> dalam blog. 

1. Pergi ke Template - Edit HTML.
2. Tekan CTRL + F dan search <head> dalam template.
3. Dah jumpa,  add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>.



Masalah iklan Adsense juga akan selesai selepas script ini ditambah. Cuba tengok blog aku, kembali jadi nicknashram.blogspot.com. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 480

Trending Articles