Hari minggu cadang nak bangun lambat sikit, tambah pulak hujan selepas subuh. Memang selimut macam mayat la jawabnya. Tengah syok mimpi, diganggu pulak dengan suara nyaring yang tak henti-henti kat depan rumah. Potong stim betul! Bukak pintu, rupa-rupanya suara tu datang dari tetamu yang tak undang - anak burung yang bertenggek atas kereta kesejukan.
Terketar-ketar menahan kesejukan sambil berteriak memanggil ibunya. Kesian pulak aku tengok. Ingatkan bila dekat, anak burung ni akan lari. Sempat pegang dan tengok...hurmmm..patutlah, bulu pelepah pun baru nak tumbuh. Separuh badan basah kena tempias hujan. Mujur takde kucing yang berkeliaran time tu.
Masih lagi mengigil kesejukan walaupun berada dalam pelukan tangan. Sayu je tengok mata dia. Bawak masuk dalam rumah dan letak bawah kipas nak bagi kering dulu bulunya sebelum dilepaskan. Kecik-kecik dah berpisah dengan ibunya :(