Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Sebab Nama Panjang Tak Sesuai, Sebab Nama Pendek Untung

$
0
0


Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang yang menjadi trend atau pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.

Nama yang paling panjang sekali di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam..tak cukup petak nak isi borang tu. Kalau zaman dulu, mak ayah bagi nama macam Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol..siap ada nama Sabtu, Ahad, Khamis..erkkk 

Sebab Nama Panjang Tak Sesuai 

Nama panjang-panjang nanti bila kena isi borang, lenguh tangan tulis, cepat habis dakwat, tak cukup ruang, bazir masa orang lain yang berbaris tunggu di belakang. Kena 10 orang nama 80 aksara, memang mengeluh sebab lama tunggu, berdiri. Yang paling teruk lelaki bila nak akad nikah nanti..semput nafas.

Tapi tak nak cerita yang nama panjang tu. Ada lagi nama yang unik, versi pendek tapi tiap-tiap hari, tiap-tiap tahun orang duk sebut. Untunglah kalau nama korang macam kat bawah ni. Sebab apa untung? Sebabnya, kalau nama korang macam :

Sebab Nama Pendek Untung

Azam : masuk je awal tahun mesti orang duk sebut nama ni.

Syukur : masa dapat berita gembira je orang sebut nama korang ni..time susah jangan harap la.

Syawal : sebulan orang duk sebut ni..budak-budak happy la sebab dapat duit raya.

Amin : paling femes sekali..namanya diaminkan tiap kali lepas solat, lepas baca doa.

Fatihah : hari-hari orang baca dalam solat.

Mas : nama yang buat orang konpius dengan mas kapal terbang.

Alif : nama yang akan dengar bila budak-budak kecik mengaji.

Azim : nama yang akan disebut bila buat salah..AstaghfirullahalAzim

Zahir : tiap kali beraya baru orang akan sebut..maaf zahir batin.

Solah : nama yang akan disebut setiap kali azan.

Aini : femes dikalangan orang cina..wo ai ni.

Banyak lagi tapi malas nak fikir dah..hehe. Tak kalau nama panjang sangat, keliru pulak orang nak panggil nama yang mana satu. Lebih baik letak nama pendek yang ada maksud yang baik berbanding nama panjang tapi maksud entah apa-apa. Ingat nama tu lambang identiti dan juga doa.



7 Hantaran Kahwin Yang Pelik

$
0
0


Bagi yang nak melangsungkan perkahwinan tu, mesti korang masih tercari-cari barang apa yang nak dijadikan hantaran. Sebelum ni, aku pun takde idea nak beli barang apa untuk buat hantaran. Selalu je terfikir “Barang apa yang aku nak bagi kat dia ni?” Alhamdulillah, setakat ni, barang serba sedikit dah siap dibeli.

Cuma, sesiapa yang masih ketandusan idea untuk mencari barang hantaran tu, aku nak suggest dekat korang tentang barang-barang hantaran yang pelik dan unik. Hantaran yang aku cadang ni memang murah, lebih-lebih lagi kalau kahwin bajet. Ada tak yang berani nak buat?? hehehe


7 Hantaran Kahwin Yang Pelik


Hantaran Kahwin Kucing 

Hantaran Kahwin Durian

Hantaran Kahwin Game Remote Controller

 Hantaran Kahwin Helmet

Hantaran Kahwin Petai

Hantaran Kahwin Jus Oren

Hantaran Kahwin Kuali

Kreatif, simple dan budget sangat kan (tangan kat bahu mata kat atas). Mungkin senarai hantaran kahwin diatas dapat membantu korang untuk membuat pemilihan hantaran-hantaran nanti..hehe. 

P/S : Kalau barang hantaran korang kena baling, jangan cari aku pulak. 

Happy Birthday To Blogger Nick Nashram, Jangan Lupa Renew Lesen

$
0
0
Gambar zaman budak-budak lagi ni.

1 perkara yang korang perlu ingat bila keesokan harinya adalah hari jadi korang. 

Renew Lesen

Bila birthday datang, ramai yang seronok dapat ucapan daripada kawan-kawan, tak alert dah tarikh lesen yang expired dalam wallet tu. Maklumlah, lesen mati bukan berbau pun. Bawak kereta selamba je, mujur tak ada JPJ buat roadblock.

Nak renew lesen mudah je. Kalau korang rajin beratur, boleh pergi ke pejabat pos atau JPJ. Renew lesen setahun lebih kurang dalam RM 32. Bagi yang malas yang nak beratur, langkah mudah nak renew lesen iaitu secara online melalui MyEg. 

Cara Nak Renew Lesen Di Pejabat Post/ JPJ Kali Pertama

1. Bawa kad pengenalan dan lesen lama (macam lesen kat atas) untuk dapatkan lesen baru.

2. Kalau di pejabat pos, gambar pada kad pengenalan akan di-scan dan diletakkan dalam lesen baru. Bayangkan kalau gambar kad pengenalan korang tu muka masa Form 1. Aku dah terkena..haha. Dapat lesen baru dengan gambar masa Form 1, pastu renew pulak sampai 3 tahun pulak. Jenuh kena soal dengan JPJ tengok muka tak sama kalau kena sekat nanti.

3. So, kalau korang nak lesen baru dengan gambar yang terbaru, silalah pergi renew lesen kat pejabat JPJ ye.

 Masuk tahun ni dah 28 tahun..laki umur 40 kira muda lagi kan..yeahhh..hehe
 

Beli Cincin Kahwin Dengan Duit Nuffnang

$
0
0

Walaupun tak sampai target RM 1000, tak tahan dah nak cashout. Boleh la tambah buat beli cincin untuk kahwin nanti. Although it is not a big amount compared to the senior bloggers earned, it still make me smiling. Thank you Nuffnang for advertising on my blog. Thank you my readers out there for reading my entries. Next time, will try to increase my blog traffic which is currently having unpredictable ups and downs and blog more often exciting stories. Lets cashout :) 

Cara-Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin

$
0
0

Ujian saringan HIV merupakan salah satu syarat wajib kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ujian ini hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Tak buat tak dapat kahwin. Aku baru je selesai buat test semalam, resultnya negatif/ tidak reaktif. Yang first time nak kahwin mesti nak tahu proses ujian saringan HIV ni kan. Kena bawa apa? Datang pukul berapa? Banyak tak ambil darah? Bayaran berapa?

Cara- Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Di Klinik

Langkah 1 : Kenalpasti Klinik
Untuk memudahkan kerja, telefon klinik tersebut untuk tanya tentang ujian saringan HIV. Lain klinik, lain prosedur dan masa. Sesetengah klinik, ada yang kena buat appointment terlebih dahulu dan ada juga yang terus walk in. Masa untuk ujian HIV juga berbeza mengikut lokasi. Ada klinik yang buat 2 sesi iaitu bermula 8.00 pagi-12.00  tengahari dan 2.00 petang - 4.00 petang. Macam Klinik Jeram, Pasir Puteh, Kelantan..tempat aku buat ujian HIV ni hanya ada sesi petang sahaja.

Langkah 2 : Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Sampai je di klinik, pergi ke kaunter pendaftaran dan bagitahu nurse yang bertugas untuk buat ujian HIV. Beri kad pengenalan korang dan nurse akan bagi borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan  dan borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV(mengikut negeri)yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.  

Borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV di Kelantan

Langkah 3 : Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test
Dah siap isi borang, serahkan borang tersebut ke kaunter yang diarahkan oleh nurse bertugas. tadi. Tunggu nama korang dipanggil. Untuk ujian HIV, nurse akan menggunakan Rapid Test Kit dan keputusan boleh diketahui dalam masa 5-20 minit. Darah akan diambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle. Sakit tak? Korang rasa la sendiri..hehe 

 Contoh keputusan ujian saringan HIV melalui Rapid Test Kit.

Langkah 4 : Keputusan Ujian HIV Reaktif Atau Tidak Reaktif
Korang akan terus dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan diberi satu sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan nanti. Bagi yang keputusannya tidak reaktif (negatif), terus la balik ye..hehe. 

 Sampul surat keputusan ujian saringan HIV

Bagi keputusan yang reaktif (positif), bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

 P/S : Yang nak kahwin kali ke 2,3,4,5 pun kena buat jugak ye ujian HIV ni :)

Perlu Ke Isteri Atau Perempuan Bekerja?

$
0
0

3 Sebab Kenapa Wanita Harus Bekerja

1. Khusus yang suka shopping, takkan nak harap duit suami untuk beli barang bukan keperluan. Kalau barang keperluan dan nafkah memang suami yang kena tanggung. Tapi kalau nak berjimba dengan kawan-kawan, nak beli beg baru, baju baru, kasut baru..korang digalakkan bekerja. Kalau suami kaya takde masalah, tapi kalau suami yang gajinya cukup untuk belanja barang keperluan kena fikirkan la jugak.

2. Katakan la suami meninggal atau korang diceraikan, yang bekerja at least ada gaji yang sedikit sebanyak boleh support korang nanti. Kalau dah berlaku, baru nak cari kerja memang susah la sikit. Rugi kalau belajar tinggi-tinggi tapi sijil terperap macam tu je.

3. Dengan GST sekarang ni, isteri memang digalakkan bekerja untuk bantu suami tanggung perbelanjaan rumah. Kalau gaji suami RM 3000+ memang tak cukup. Bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit pinjaman bank, duit takaful, duit bil air, api, telefon, internet, duit beli barang dapur, duit untuk mak ayah, duit beli peralatan sekolah anak-anak. Agak-agak dengan gaji suami 3k cukup ke? Kalau isteri yang bekerja, dapat la back up sikit-sikit kalau hujung bulan suami tak cukup duit.

Kalau isteri aku, nak dia kerja tapi bukan selamanya. Bila dia dah cukup simpanan, dan aku pun dari segi kewangan kira dah stabil...aku suruh la dia berhenti. Tapi sebelum nak berhenti tu kena ada perancangan dulu. Mungkin buat business online ke..hehe.

14 Perkara Lelaki WAJIB Tahu Tentang Perempuan

$
0
0
She is a puzzle of my heart

1. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka sebab nak pikat kawan mereka yang lebih cantik.

2. Bila perempuan kata "Tak ada apa-apa", maknanya dia sembunyikan sesuatu. Korang fikir la sendiri apa salah korang dah buat pada dia.

3. Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang selalu bagi perhatian dan baik terhadapnya.

4.  Ayat  "Bagi saya 5 minit" sebenarnya bermaksud 5 jam. Kalau korang nak keluar dating dan dia cakap bagi 5 minit untuk bersiap-siap, maknanya korang boleh pergi lepak kat kedai minum-minum, pastu pergi main bola dan balik tidur..kemudian baru datang balik.

5. Perempuan suka lelaki yang buat surprise. Contoh bagi hadiah, bunga atau kata-kata romantik.

6. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang berada di tempat yang teristimewa di hatinya.

7. Bila tengok gambar, orang pertama yang dia tengok ialah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

8. Bila perempuan mengeluh, itu tandanya dia malas nak habiskan masa bergaduh dengan korang benda yang tak penting.

9. Kalau korang suka dengan seorang perempuan, mulakan dulu dengan berkawan. Kemudian, barulah usha sikit-sikit, kenal hati budi dulu.

10. Kalau perempuan tak balas mesej, tak angkat bila telefon dan bagi macam-macam alasan, tak payah nak habiskan masa nak usha dia sebab dia tak berminat dengan korang.

11. Jangan sesekali senyum pada perempuan tak tentu pasal sebab senyum memberi sejuta erti pada diorang.

12. Kalau tak suka pada perempuan yang jatuh cinta pada korang, tolak dengan lembut dan jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang mana bila dia dah buat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

13. "Ok, fine !"..cara perempuan cakap bila nak akhiri pergaduhan. Bila perempuan cakap macam tu, korang diam je.

14. Perempuan memang bagi lelaki kahwin 4, tapi bukan suami dia la..hehe

Apa kata perempuan? betul kan info pasal korang ni..kan..kan :)

Resepi Nasi Ayam Versi Blogger Tanpa Cukai GST

$
0
0

Sempena 1 April hari ni, selamat menyambut hari GST Semalaysia la ye. Harga petrol naik, barang-barang kena cukai, termasuklah la top up sekali.Yang tak tahu makna GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna akan dikenakan cukai. Harga barang dan cukai cepat je naik..aku pun nak naik jugak la, naik angin, naik minyak.

Nak makan pun kena GST jugak. Mujur ada nasi Nasi Ayam Versi Blogger Tanpa Cukai GST ni..hehe. Untuk breakfast, biasanya beli nasi ayam atau nasi lemak jual kat gerai tepi jalan. Murah dan sedap. Sebungkus nasi ayam dijual dengan harga RM 2.00, sama jugak dengan nasi lemak. Air masak sendiri je kat rumah..jimat.

Nasi ayam RM 2.00..beli 2 bungkus baru kenyang..hehe

Sekali sekala makan nasi lemak pun sedap jugak.

Untuk makan tengahari dan malam, beli barang basah kat kedai pastu masak sendiri. Sekarang ni zaman kena berjimat. Gaji naik sikit tapi harga barang naik berganda-ganda. Yang atas tak berapa nak rasa. Yang susah lagi bertambah susah. Macam petrol, walaupun harga naik, nak tak terpaksa beli dan guna jugak. Yang terbeban rakyat..hurmmmm.

Blogger bila nak kena GST ni..panas line sikit..hehehe
 

6 Tips Dan Cara Nak Jadi Blogger Terkenal Di Blog

$
0
0
Sumber : goggleblogger terkenal

Pertama : Terkenal di enjin pencarian - Apabila seseorang mencari sesuatu maklumat, pastikan blog anda berada pada tangga teratas carian. Untuk membolehkan blog anda berada pada enjin pertama carian, pemahaman tentang SEO atau Search Engine Optimization penting bagi memastikan setiap kata kunci yang ditaip oleh pengguna dikaitkan dengan blog kita.

Kedua :Terkenal di kalangan blogger- Nak jadi terkenal di kalangan blogger ada dua cara. Yang pertama, anda mesti dikenali sebagai blogger mesra, yang mana anda mesti melakukan aktiviti blogwalking, komen entri blogger lain dan bina rangkaian/ hubungan sesama blogger. 

Yang kedua, mesti menyertai apa-apa jenis aktiviti yang dikaitkan dengan blogger. Sebagai contoh, Sepetang Bersama Blogger atau acara yang dibuat oleh pihak advertiser seperti Nuffnang. Bersua muka dengan blogger secara tak langsung blog anda akan jadi benchmark untuk terkenal di dunia blog.

Ketiga : Nama blog catchy - Nama blog mestilah menarik perhatian pembaca. Katakanlah nama blog anda "The Story Of My Life" atau "From My Point Of View", agak-agak anda sebagai pembaca nak klik tak jika ternampak link blog dengan nama cliche macam kat atas? Bayangkan kalau nama seperti "Denaihati, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Nick Nashram..rasa suspicious nak tahu siapa sebenar blogger ni?

Keempat : URL blog mudah disebut - Pastikan alamat blog mudah untuk pembaca ingat dan sebut. Contoh, naickynaishraimzxx.blogspot.com. Cuba hafal sekarang pastu sebut. Fail kan?? Maknanya tersangat tak sesuai untuk dijadikan alamat blog. Ngerti?

Kelima : Tajuk entri ada kaitan dengan entri - Jangan jadi propa dengan bagi tajuk yang tak ada kaitan dengan isi entri. Macam blogger sorang ni, tajuk entri bukan main hot "Lagi Artis Baru Malaysia Berbikini Di Bali". Bila buka, rupanya cerita pasal benda lain. Marah orang yang search nak cari gambar bikini tapi tak jumpa..hehe

Keenam : Letak gambar profile yang cun - 99.9% manusia suka benda yang cantik. Kalau malas nak make up ke hape, pastikan ambil gambar guna kamera 360 kalau nak nampak flawless la. Majoriti blogger yang cantik, kebanyakkannya ada follower yang ramai dan biasanya pendapatan bertambah melalui product review.

Misteri Paip Terbuka Sendiri Pada Waktu Malam

$
0
0

Pernah tak anda alami situasi dimana paip yang berada dihadapan rumah terbuka dengan sendiri pada waktu malam? Situasi ni berlaku pada jiran sebelah rumah aku, yang mana paip di kawasan rumahnya dah 2 kali terbuka dengan sendiri. Bangun pagi nak pergi kerja baru sedar tengok air dari paip melimpah. Jika situasi sama berlaku pada anda, jangan sesekali keluar rumah untuk tutup sebab..........

TAKTIK PENCURI UNTUK MASUK 

1. Taktik Buka Paip Air
Sekiranya anda terdengar/ terlihat paip di luar rumah terbuka dengan sendiri pada tengah malam, jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut. Perompak akan buka paip air di luar rumah, kemudian sembunyi dan menunggu sehingga penghuni rumah tu keluar untuk menutup paip tersebut. Bila penghuni rumah keluar, perompak akan keluar dari persembunyian dan menyerbu dengan parang ke leher mangsa.

2. Taktik Menyamar Sebagai Pembaca Meter Elektrik & Air
Salah satu taktik pencuri nak masuk ke dalam rumah ialah dengan cuba menyamar sebagai pembaca meter elektrik atau meter air. Kalau ada yang mengaku
sebagai pembaca meter elektrik atau meter air dan ingin masuk ke dalam rumah,  jangan benarkan sebab biasanya pembaca meter yang sebenar akan gunakan teropong untuk tengok meter tu dari luar rumah.

3. Taktik Menyamar Sebagai Jurujual  
Elakkan dari mempelawa jurujual masuk ke dalam rumah. Biasanya, jurujual akan berpura-pura menjual barang yang dimana tuan rumah perlu mengajaknya masuk untuk mencuba terlebih dahulu barangan yang dijual seperti alat penutup gas atau barangan make up sebelum merompak mangsa.
  
4. Taktik Rompak Ketika Buka Pintu Pagar 
Perompak biasa akan hendap dan serbu mangsa ketika mangsa membuka pintu pagar rumah. Mangsa biasanya mereka yang guna gate jenis automatik. Gate jenis automatik ambil masa untuk buka & tutup. Pastikan anda tidak diekori semasa membuka pintu pagar. Satu lagi, elakkan dari memanaskan enjin kereta dengan pintu pagar terbuka. Anda mungkin akan masuk semula dalam rumah dengan keadaan pintu rumah dan pintu kereta terbuka dan ini memberi peluang kepada perompak.
 
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Kelas Mana Paling Best Kalau Artis Malaysia Yang Jadi Cikgu?

$
0
0

Confirm bapak-bapak yang hantar anak kat sekolah sanggup tunggu sampai anak habis kelas. Alasan nak tengok anak belajar..hehe.


Agak-agak kelas mana yang paling best? Kalau korang tanya aku, kelas yang paling best konpem KELAS CANCEL..hahaha

Wanita Ini Dikecam Sebab Guna Troli Logo Tak Halal

$
0
0

Sekeping gambar yang diambil di sebuah pasar raya yang menunjukkan seorang wanita menggunakan troli yang berlogo tidak halal untuk membeli barang keperluan. Gambar yang dimuatnaik di Facebook mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca. Antaranya : 

Lepas baca ni baru aku tahu troli pun ada dua jenis, halal dan non halal. Tapi rasanya untuk pasar raya yang tertentu sahaja. Kalau Mydin atau Tesco, semua troli jenis yang sama sahaja. Rasanya wanita ni pun tak sedar yang pasar raya tu ada asingkan troli untuk barangan yang halal dan non halal.

Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense?

$
0
0



Kalau anda jadikan blog untuk menjana side income, kenapa harus bergantung pada satu advertiser sahaja? Awal bulan April, berita gembira untuk para blogger di Malaysia kerana Google Adsense telah mengumumkan bahawa platform pengiklanan mereka telah menerima kandungan Bahasa Melayu (Malay). Sebelum ini, ianya terhad kepada blog yang berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa yang supported sahaja. Ini bermakna anda boleh mendaftar dengan Google Adsense untuk menjana pendapatan yang mana earning yang diperolehi dibayar dalam bentuk dollar.


Aku dah hantar permohonan untuk letak iklan Google Adsense. Lebih kurang seminggu, permohonan tu dah approved. Syarat nak letak iklan Google Adsense mudah je. Antaranya :
  • Kandungan blog yang ditulis mesti original, no copy paste.
  • Kandungan blog tidak mengandungi entri lucah.
  • Gambar yang digunakan mestilah hak milik diri sendiri. 
  • Jangan klik iklan sendiri, kalau tak kena akaun kena banned.
  
Walaupun permohonan dah approved, tapi sekarang ni masih dilema samada nak letak atau tidak. Semalam dah letak iklan Google Adsense tu tepi sidebar tapi sebab takut Nuffnang tak'sekepala' dengan Google Adsense ni, terus buang balik. Kena setia pada yang satu kalau guna platform pengiklanan Nuffnang ni. Kalau curang, hilanglah status Glitterati tu. 

Diambil dari Nuffnang, "Exclusive Nuffnanger" is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from South East Asia, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.
  • Is Nuffnang considered a competitor by Google Adsense? 
  •  Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense?
    Mohonpencerahan kalau siapa yang tahu pasal ni. Kalau boleh pasang iklan Google Adsense sekali dengan iklan Nuffnang, bertambah jugak side income nanti. Dah hantar tiket pasal ni kat Nuffnang, tapi tak balas lagi. Nak tahu Nuffnang jawab apa, stay tuned for the next entry.

    Menunggu Cek Yang Ke 4 Dari Nuffnang

    $
    0
    0
     Payment Advice from Nuffnang

    Baru terima Payment Advice yang Nuffnang hantar melalui email. Tengah menunggu cek yang ke 4 sampai kat tangan. Rezeki bulan 4 walaupun tak banyak...lebih kurang RM400 lebih je. Memang boleh buat sangat duit dengan blog. Dengan syarat korang mesti rajin la. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

    Ni baru salah satu cara buat duit dengan blog. Belum termasuk sewa tapak iklan dengan tulis advertorial. Bulan ni pun ada jugak la yang nak sewa tapak iklan tu. Trafik untuk bulan April agak stabil sikit, tapi jauh lagi nak capai 5k unique views sehari. 

     Blog Statistic in April

    Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang belum aku cuba lagi untuk dapat duit dengan blog. Dalam proses nak jana lebih pendapatan lagi ni.Semoga jadi perangsang untuk korang jugak ye :)

    Cincin Kahwin Yang Paling Unik Dan Kreatif

    $
    0
    0
    Cincin kahwin merupakan salah satu barang hantaran dalam perkahwinan. Dari segi bentuk, kebanyakkan yang memakainya adalah bentuk yang biasa-biasa sahaja. Apa kata kali ni cuba pakai cincin yang luar biasa, unik dan kreatif macam kat bawah ni. Tak percaya? Jom tengok koleksi cincin yang unikdan kreatif


    Kalau rasa jari-jari tu gatal ke, cincin ni sesuai dipakai untuk melancarkan peredaran darah. Juga sesuai bagi pasangan yang suka meraba sana sini. Pakai cincin ni konpem duk diam.


    Bagi yang tak perasan, tulisan atas cincin ni merupakan sebuah cerita. Nak abadikan kisah cinta korang, elok la tulis atas cincin tu. Anak cucu cicit korang pun boleh baca nanti.


    Khas untuk pengumpul burung, beli la cincin yang berbentuk sangkar ni. Kalau bosan, boleh dengar burung bersiul.


    Cincin ni tengok pun dah tahu harga mesti juta-juta punya. Disaluti emas dan berlian. Sekali tengok macam design dalaman jam pun ada.


    Cincin yang bentuknya seakan kulit siput atau cengkerang hidupan laut. Kalau pakai ni, tercucuk kat badan, sakan berdarah. 



    Cincin ni pulak mirip cincin hero Green Lantern. Kalau korang pakai jangan berlagak tayang kat orang pulak. Cincin takde power ye..tak pasal-pasal kena rompak.

    Ok, nak beli cincin kat atas tu boleh pm aku ye..nak bagi special price ni :)


    Tips Dan Petua Bagi Pasangan Yang Bergaduh

    $
    0
    0
    TO WOMEN
    • A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is.
    TO MEN
    • A woman who truly loves you will be angry at you so many things but never leave you. 

    Hubungan kita dengan pasangan ni ibarat gigi dan lidah. Tengah sedap-sedap makan nasi, boleh pulak gigi tu gigit lidah. Have you ever bit the inside of your cheeck? Yeah, the pain is the worst. Macam tu jugak la hubungan kita dengan pasangan. Kadang-kadang ok, tapi silap hari bulan gaduh sakan. Lebih kurang macam Tom and Jerry jugak la, cerita kartun tikus dan kucing. Gaduh pastu berbaik semula.


    Petua Bila Pasangan Bergaduh

    1. Jika berlaku pertengkaran, cari jalan penyelesaian, bukan cari kelemahan pasangan anda.

    2. Jika berlaku pertengkaran tentang sesuatu topik, janganlah ungkit perkara atau masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan masalah itu. 

    3. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang seperti pinggan mangkuk. Masalah bertambah sulit jadinya.

    4. Jangan guna perkataan kasar dan menyakitkan hati. Guna perkataan yang lembut. Kalau tak mampu pun, cuba kawal nada suara tu.

    5. Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ,kawan, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran kerana ia menambahkan kecurigaan dan api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara pasangan.

    6.  Kalau keadaan jadi makin tegang, ambil masa untuk tenangkan diri dan situasi. Sebab bila kita marah, kita lebih cenderung untuk buat keputusan mengikut emosi. Bila perasaan tu dah ok, baru bincang dan settle masalah tu.

    7. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini menjadikan anak-anak tertekan dan mewujudkan masalah lain.

    Kalau ada tips lain, sila tambah ye kat komen :)

    Cara Untuk Ringan & Lajukan Laptop Dengan Delete Folder Temp

    $
    0
    0

    Cara Mudah Untuk Ringankan Laptop Dan Komputer ?

    Mesti geramkan bila nak buat kerja tapi laptop loading dekat setengah jam untuk bukak sesuatu program. Jangan risau, sebab aku nak share satu cara untuk ringan dan lajukan laptop dan komputer, tanpa hantar kat kedai pc. So, selamat duit korang :)

    CARA LAJUKAN LAPTOP DENGAN DELETE FOLDER TEMP 

    Dalam laptop atau komputer kita, ada satu folder yang bernama Temp. Folder Temp ini terletak di dalam Sistem Operasi Windows. Tujuannya ialah untuk menyimpan files sementara (temporary files) semasa kita install atau delete sesuatu software. Sebab itulah, ruang disk kita makin berkurang. Bila space dah berkurang, rasa tak loading laptop tu lambat?

    Untuk delete semua files yang tidak di delete dalam folder Temp tu, cara-caranya ialah :

    1. Mula-mula klik Start Button. Kemudian korang tulis %temp% di kotak Search. Yang guna Window 8 boleh halakan mouse ke sebelah kanan dan tekan search kemudian tulis
    %temp%.


     
    2. Lepas tutekan Enter dan akan keluar folder Temp seperti di bawah ini. Untuk delete semua files dalam folder tu, tekan CTR + A dan delete.. Bila dah delete, laptop atau komputer akan menjadi lebih ringgan dan laju. Siap!


    Satu lagi pastikan korang install CCleaner. Fungsi dan kegunaan CCleaner ni untuk membersihkan temporary internet files seperti registry dan history selepas melayari internet. Download free CCleaner kat sini : Free CCleaner.


    Cara lain nak lajukan laptop dan komputer korang boleh baca kat entri ni : Cara Nak Lajukan Laptop Dengan Mystring.
     

    6 Perbezaan Sebelum Berkahwin Dengan Selepas Berkahwin

    $
    0
    0
    Bila dah berkahwin, gaya hidup memang akan berubah. Takde dah gaya hidup solo. Contoh mudah, dulu masa single, kalau dalam wallet tinggal RM50 je mesti dah menggelabah cari ATM. Rasa tak secure je..Sekarang, tinggal RM10 pun buat rilek selamber badak je sebab tau dah orang sebelah boleh cover. 

    Dulu masa single, kalau rasa lapar, pergi dapur masak maggi je..Sekarang dah ada orang yang tolong masak. Kita pulak tolong makan je.

    Bestkan kahwin..hehe

    Lagi contoh perbezaan sebelum berkahwin dengan selepas berkahwin. Memang rasa susah nak adapt tapi kena terima perubahan tu secara slow.







     Yang masih single tu, cepat-cepat la kahwin ye :)

    2 Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam 2015

    $
    0
    0
    BONUS KHAS RAYA 2015 : DAPAT RM 1,000?

    Penjawat awam akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus berjumlah RM1,000 sempena hari raya Aidilfitri 2015 dan pembayaran akan dibuat pada hujung bulan Ramadhan? Ura-ura yang tersebar di laman sosial, mengatakan kakitangan awam bukan dapat RM 1,000 tapi RM500 sahaja dan ianya akan diberikan pada 25.6.2015, sama dengan tarikh pembayaran gaji. Betul ke khabar angin ni?  Jangan duk berharap sangat ye dapat RM1,000..tahun lepas pun bonus raya RM500 je. Walaupepun, tunggu Perdana Menteri umum bonus raya nanti ye.

    UPDATED : Pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Tun Razak di PICC bersama penjawat awam kali ke 14, tahun 2015. Antara yang diumumkan adalah seperti berikut :

    1. Elaun tetap perumahan (ITP) dinaikkan dari RM180 ke RM300. Berkuatkuasa pada bulan 11/2015.

    2. Penjawat awam yang tinggal di kuaters mendapat 25% dari imbuhan tersebut.

    3. Bantuan khas RM500 diberikan kepada penjawat awam pada 25.6.2015. Warga pencen akan mendapat RM250


    Bila tengok Jadual Pembayaran Gaji 2015, kecut perut jugak. Gaji masuk 9.7.2015. Gaji seterusnya pulak 25.8.2015. Jauh beza nak tunggu gaji masuk tu. So, beringat sikit masa shopping raya tu ye. Zakat pulak jangan lupa bayar.


    BONUS KHAS RAYA 2015 : UNTUK SEMUA

    Bonus #1 | Bau mulut orang berpuasa
    Bonus #2 | Para malaikat beristighfar 
    Bonus #3 | Allah memperindahkan Syurga
    Bonus #4 | Syaitan-syaitan dibelenggu
    Bonus #5 | Mereka akan mendapat keampunan


    Sedang kita sibuk mengejar bonus dunia, jangan dilupakan bonus akhirat. Bersungguh-sungguhlah buat amal ibadah dalam bulan puasa ni. Bayangkan ini Ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya?


    CHEKLIST RAMADHAN 2015

    Apa kata sempena Ramadhan tahun ni, kita muhasabah balik diri kita melalui checklist ramadhan kat bawah ni. Cuba bandingkan samada amalan kita bertambah atau berkurang berdasarkan bilangan tick yang dibuat. Haa..sekarang terpulang kepada kita untuk merebut bonus yang tak terkira ni atau nak biarkan Ramadhan kali ni berlalu begitu je.



    Goodbye Nuffnang, Welcome Google Adsense

    $
    0
    0

    SELAMAT TINGGAL NUFFNANG

    Selama 3 tahun bersama dengan Nuffnang, akhirnya terpisah jugak. Sebelum ni dah buang kod iklan Nuffnang tapi masukkan balik. Kali ni nekad tukar kepada Google Adsense pulak. Bukan apa, dah lama aku duk perati Nuffnang..iklan yang kaler biru tu je yang asyik keluar. Iklan yang betul keluar masa orang tengah tidur atau tengah sibuk dengan kerja. Memang takde orang nak klik la. Sakit hatinya..ggrrrrrr.

    Tahun 2011-2012 memang tahun kegemilangan blogger bersama Nuffnang. Bayangkan iklan CPUV ada yang dibayar sampai puluh-puluh ringgit malahan mencecah ratusan ringgit. Pernah jugak rasa 1 CPUV tu dapat puluh-puluh ringgit. Memasuki tahun 2014-2015, bermulanya zaman malap bersama Nuffnang. Bayaran makin berkurangan, iklan tak muncul-muncul. Hanya blogger yang 'hebat-hebat' sahaja yang menikmati faedah hasil dari iklan Nuffnang.

    Walau bagaimana pun aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana merasa jugak buat duit dengan blog. Hasil dari total earning tu adalah dalam lebih kurang RM 646.57.

     SELAMAT DATANG GOOGLE ADSENSE

    Google Adsense secara ringkasnya adalah sebuah pengiklanan dari google di blog kita. Seperti pengiklanan dari company yang lain, readers and visitors yang klik iklan yang dipamerkan dalam blog kita, kita akan dibayar dalam bentuk USD. Dan bayarannya adalah berbeza mengikut sesuatu iklan. Satu klik biasanya akan dibayar USD0.05, atau mungkin USD0.04. Ada juga yang satu klik dapat 10 sen, ada juga yang satu klik dibayar sehingga USD2 atau pun lebih, bergantung pada 'harga' sesuatu iklan.

    Apabila earning Google Adsense sudah melebihi USD100, barulah layak untuk dikeluarkan. 

    Yang mana rasa nak bertukar selera dengan pengiklanan tu, boleh la cuba apply untuk Google Adsense ni. Kalau pv dan uv blog korang tu tinggi, terus je apply Innity. Selamat membuat duit dengan blog :)


     
    Viewing all 480 articles
    Browse latest View live