Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Penapis Air Cuckoo Terbaik, Halal Dan Murah Pilihan Ramai

$
0
0
Penapis Air Cuckoo Terbaik, Halal Dan Murah Pilihan Ramai l Korang sedar tak rupa-rupanya air yang kita minum hari-hari tu mengandungi 7K (Karat, Kuman, Klorin, Keladak, Kimia, Keruh, Kotoran sampah)? Setakat masak air tu hanya mampu membunuh kuman dan bakteria sahaja, tapi benda-benda asing yang lain yang disalur masuk melalui batang paip lama berkarat masih lagi larut dalam air. Jangan ingat, bila bukak paip dan air bertukar jadi warna kuning dan perang tu datang dari loji rawatan serta selamat untuk digunakan. Hakikatnya, saluran paip tu berkarat dan risiko untuk korang dapat penyakit seperti cirit birit dan penyakit buah pinggang adalah tinggi bila minum air paip yang tak ada penapis air.

Nak keluarga sihat, pastikan Penapis Air Cuckoo ni ada 1 dalam rumah ye

Korang yang mementingkan kesihatan tubuh badan mestilah prihatin pada pengambilan air bersih yang cukup kan? Tapi rajin ke masak air panas dan siapkan air sejuk? Lebih-lebih lagi yang sibuk dengan kerja..balik kerja mestilah air yang dicari dulu. Kalau korang perasan, kebanyakkan rumah dan pejabat dah banyak yang guna mesin penapis air (water purifier). Nak minum air panas atau air sejuk hanya dengan tekan je.  Bukan sahaja bersih tetapi sangat memudahkan! Kalau korang belum lagi memiliki penapis air ni, aku cadangkan korang guna Penapis Air Cuckoo, untuk dapatkan air mineral alkali yang baik untuk badan. Memang terbaik!

MENGAPA ANDA PERLU PILIH PENAPIS AIR CUCKOO?

Untuk abam-abam luar sana, kalau sayang isteri, dan anak mesti kena ada Penapis Air Cuckoo tau!

Artis pun guna Penapis Air Cuckoo 
Penapis Air Cuckoo adalah antara mesin penapis air yang dipercayai oleh rakyat malaysia dan telah diiklankan di stesen-stesen radio yang terkenal setiap hari. Jangan kata orang biasa je yang dah guna, artis-artis pun turut mendapatkan Penapis Air Cuckoo ni sebagai Penapis Air Terbaik. Antaranya Nana Mahazan,seorang pelakon serta pengacara dan Hanif Hamzah, yang merupakan seorang DJ Radio.

Mudah bancuh susu waktu malam
Bagi yang ada anak kecik, pernah tak alami situasi dimana anak menangis waktu malam sebab nak susu dan bila korang (biasanya ibu) bangun untuk buatkan susu, air panas pulak dah habis. Anak dah makin kuat menangis duk tunggu air dimasak. Kan mudah kalau ada Penapis Air Cuckoo ni yang ada panas dan sejuk.

Mudah anak-anak minum air

Kalau korang sibuk dan tak ada kat rumah, tak perlu risau anak-anak minum air bersih ke tak sebab diorang boleh tekan terus dan minum air dari Penapis Air Cuckoo. Secara tak langsung, dah galakkan anak-anak minum air kosong. Anak-anak pun boleh bawa air bersih dan sihat ke sekolah setiap hari

Ada status halal dari JAKIM

Yang paling utama, ada status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Boleh lihat sendiri di Halal Malaysia Official Portal untuk verify halal status. Jaga kesihatan tu penting dan seelok-eloknya pastikan mesin air yang digunakan seharian untuk minum tu disahkan status halalnya seperti Penapis Air Cuckoo. 

KELEBIHAN PENAPIS AIR CUCKOO BERBANDING PENAPIS AIR LAIN

Yang penting, status halal yang dimiliki oleh Penapis Air Cuckoo

Mesti korang tertanya-tanya apa yang hebatnya Penapis Air Cuckoo ni berbanding dengan produk penapis air yang lain? Nak tahu, teruskan lagi pembacaan korang. Antara kelebihan yang ada pada Penapis Air Cuckoo, bukan pada penapis air jenama lain ialah :

  • menghasilkan air bersih dan air alkali ringan yang lebih sihat (average 7.5ph)
  • penapis air yang bukan jenis air RO (air yang tiada mineral dan tak bagus untuk kesihatan)
  • lebih murah (serendah RM68/bulan tiada panas sejuk dan RM98 untuk panas sejuk)
  • lebih jimat (tiada pembaziran air kerana guna teknologi filter yang terbaru)
  • 99.99% tiada kuman dan bakteria
  • harga mampu milik & ada ansuran bulanan
  • jaminan servis 5 tahun 100% percuma
  • penghantaran & pemasangan percuma seluruh Malaysia
  • pemasangan secara percuma untuk perpindahan (setahun sekali)

JENIS-JENIS MODEL PENAPIS AIR CUCKOO

Terdapat 5 jenis model penapis air di bawah jenama Cuckoo ni yang ditawarkan kepada pelanggan dengan harga mampu milik. Kalau aku berkenan dengan model jenis Fusion Top tu. Antara model-model yang korang boleh beli ialah :

Penapis Air Cuckoo : Fusion Top
Air panas dan sejuk
Air suhu bilik (boleh tutup suis air sejuk)
Masih boleh digunakan walaupun tiada letrik.
Jimat eletrik,
Harga tunai : RM3392 (gst included)
Harga sewaan bulanan : RM103.88 (gst included)

Penapis Air Cuckoo : Fusion Stand
Ada air panas dan sejuk
Air suhu room (boleh tutup suis air sejuk)
Masih boleh digunakan walaupun tiada letrik.
Jimat eletrik
Harga tunai : RM4028 (gst included)
Harga sewaan bulanan : RM121.90 (gst included)

Penapis Air Cuckoo : Icon
Ada air panas, sejuk dan suhu bilik
Penapis air paling canggih (boleh bercakap)
Boleh self sterilisation
Jimat eletrik
Harga tunai : RM4452 (gst included)
Pakej ansuran epp tanda interest

Penapis Air Cuckoo : Deluxe
Ada air panas dan sejuk
Air suhu room (boleh tutup suis air sejuk)
Masih boleh digunakan walaupun tiada eletrik.
Tangki penyimpanan yang besar
Harga tunai : RM4500 (gst included)
Harga sewaan bulanan : RM130.00 (gst included)

Penapis Air Cuckoo : King Top  
Model terbaru!!
Ada air panas,sejuk dan suam boleh laras !
Masih boleh digunakan walaupun tiada letrik.
Jimat eletrik,
Harga tunai : RM3500 (gst included)
Harga sewaan bulanan : RM110 (gst included)

Tunggu apa lagi, dapatkan Penapis Air Cuckoo ni sekarang! Tak perlu masak air panas, tak perlu simpan air dalam peti sejuk lagi. Yang menariknya, kalau korang cuci muka dengan air sejuk Cuckoo, kulit akan licin dan tiada kuman dan tiada klorin yang mempercepatkan proses penuaan. Buah pinggang keluarga pun terjaga jugak tau. Untuk kaum ibu-ibu pulak, masak nasi dengan air Cuckoo akan mempercepatkan proses memasak dan nasi tahan pada masa lama.

Dapur cantik bukan idaman utama para ibu. Tapi anak yang sihat jadi keutamaan. Jangan berkira kalau nak satu keluarga sihat. Dapatkan Penapis Air Cuckoo hari ni jugak.

CARA PEMBELIAN PENAPIS AIR CUCKOO

Dapatkan Penapis Air Cuckoo sekarang !!
Jimat rm265 rental processing fee sekarang !
Pemasangan PERCUMA Penapis Air Cuckoo ke rumah anda !

Pilihan cara pembelian yang mudah
 [1] Tunai
[2] Credit card
[3] Easy Payment 0% interest
[4] Akaun Simpanan anda (Direct Debit)

Tiada dokumen Payslip diperlukan !

Hanya submitkan
[1] Gambar depan kad pengenalan
[2] No akaun bank yang ingin digunakan

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Penapis Air Cuckoo ni, boleh layari :


Sebarang pertanyaan atau bantuan, boleh call/Whatsapp nombor di bawah
011-1088 8408

Hadiah Untuk Lelaki Dengan Romano Perfume Yang Wangi

$
0
0
Hadiah Untuk Lelaki Dengan Romano Perfume Yang Wangi l Birthday si dia dah makin dekat..tak kisah la si dia tu boyfriend, tunang atau suami, korang dah fikir ke apa hadiah yang nak diberikan pada mereka?  Perlu ingat, sesetengah lelaki ni susah sikit nak terima hadiah diberikan. Kadang-kadang hadiah yang diberikan tak menepati taste diorang. Kalau jenis yang tak kisah, jenis yang terima apa je hadiah yang korang bagi, tak ada masalah.

Perfume Romano ni baunya sangatlah best..ala-ala bau Polo gitu.

Untuk ringan beban kepala korang nak fikir hadiah apa nak bagi untuk lelaki, aku cadangkan korang bagi je hadiah perfume. Berbanding perempuan, lelaki dalam setahun boleh kira berapa banyak botol minyak wangi yang dia ada dan guna. Aku cakap ni hasil dari pengalaman aku sendiri jugak..hehe. So, bila ada orang bagi minyak wangi, terasa happy sangat-sangat. Brand murah atau brand mahal tak kisah, asalkan baunya tu wangi.

ROMANO PERFUME : WANGIAN UNTUK LELAKI

Kebetulan pulak aku pakai Romano Perfume. Baunya wangi dan menyegarkan. Masuk je ke tempat kerja, semua orang cakap perfume yang aku pakai ni baunya nice. Bau ala-ala haruman lelaki maskulin gitu. Yang penting, wangian daripada Romano Perfume mampu bertahan kesegarannya sampai ke petang. Yalah, pagi masuk kerja sembur dulu perfume, balik  kerja wangian tu masih lagi melekat pada baju. Jangan terkejut pulak walaupun tahap kewangiannya tinggi, tapi harganya rendah je, bawah RM50, harga mampu milik.

Jika korang bakal berkahwin, korang boleh gunakan perfume ni sebagai salah satu hantaran untuk lelaki. Tak perlulah beli yang mahal-mahal,lepas kahwin banyak nak guna duit..berjimat cermatlah ye. So, perfume brand Romano ni patut jadi pilihan korang tau untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Baunya sangat best..tak percaya korang bau la sendiri.

                                   WANGIAN ROMANO UNIQUE ATAU ROMANO FORCE?

Romano Perfume ni ada ditawarkan dalam 2 jenis iaitu Romano Unique dan Romano Force.

Yang ni Romano Unique..baunya wangi mengoda :)

Romano Unique ini khas untuk lelaki yang berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Wangian kesegeran terhasil daripada adunan Lavender dan Bergamot serta disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Patutlah bila pakai Romano Unique ni, aura aku sebagai cikgu ketika mengajar dalam kelas lebih terserlah..budak-budak khusyuk je dengar..hehe

Yang ni pulak Romano Force..best jugak baunya..korang kena pilih kedua-duanya sekali!

Romano Force menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

Dua wangian ni dah ada dalam koleksi perfume aku. Korang bila lagi? Harganya murah je...dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Jom Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

$
0
0
Jom Daftar Rumah Impian Bangsa Johor l  Rumah Impian Bangsa Johor adalah skim perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh Sultan Johor. Beruntunglah mereka yang menjadi Bangsa Johor dan sebahagian Bangsa Johor. Harga kediaman yang ditawarkan sekitar RM80,000 hingga RM100,000 sahaja. Ansuran bulanan sekitar RM349 hingga RM457 sahaja sebulan.

Aku baru je survey harga rumah di beberapa taman perumahan di Tangkak, berdekatan dengan tempat kerja aku. Harga untuk lot bumiputera mencecah RM200k dan RM300k ke atas, bergantung pada jenis rumah. Mampu tengok je la jawabnya. Adanya Rumah Impian Bangsa Johor  sekurang-kurangnya bangsa Johor yang tak mampu untuk memiliki rumah sendiri berjaya memiliki kediaman sendiri. 

Rasanya semua kerajaan negeri lain patut contohi Yayasan Sultan Ibrahim ni dalam bantu rakyat yang tak berkemampuan memiliki rumah.

SYARAT LAYAK MEMOHON RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Untuk memohon Rumah Impian Bangsa Johor, beberapa syarat dan kriteria yang perlu dipatuhi seperti :

1. Warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap selama 5 tahun di negeri Johor. (Keutamaan diberi kepada rakyat Johor).

2. Permohonan pembelian rumah kali yang pertama.

3. Satu permohonan bagi pasangan yang telah berkahwin.

4. Pemohon atau pasangan yang belum memiliki rumah.

5. Pendapatan isi rumah mengikut jenis dan kategori rumah yang ditawarkan.

Pemohon yang berjaya dalam permohonan Rumah Impian Bangsa Johor hanya perlu membayar deposit RM1 bagi mendapatkan pinjaman penuh 100%. Yang bestnya rumah ni dah siap dilengkapi dengan peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya. Semua orang boleh memohon tetapi proses saringan adalah ketat bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja memiliki rumah ini.

JENIS DAN HARGA RUMAH MENGIKUT PENDAPATAN LAYAK

JENIS RUMAH
HARGA RUMAH
PENDAPATAN
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM
RM80,000 – RM100,000
Tidak melebihi RM5000 sebulan
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM (A)
RM100,000 – RM150,000
Tidak melebihi RM8000 sebulan
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM (B)
RM150,000 dan ke atas
Terbuka dan tertakluk kepada pemohon
Untuk maklumat lanjut, boleh tengok lampiran yang dibawah

Tengok pada harga tu rasanya ramai yang berminat. Yang IC 01 tu cepatlah apply ye.

Untuk permohonan, boleh daftar secara online di (sila klik) Sistem Aplikasi E-Mohon - Yayasan Sultan Ibrahim Johor . Yang dah daftar tu, semoga ada rezeki untuk korang. Yang bukan bangsa Johor tetapi dah menetap di Johor selama 5 tahun boleh mencuba untuk memohon. Kalau tak dapat jugak, cara yang mudahnya, cari je orang bangsa Johor sebagai peneman hidup korang tu..hehe.

Nostalgia Telefon Awam

$
0
0
Nostalgia Telefon Awam l Siapa pernah gunakan telefon awam ini? Siapa pernah bergayut berjam-jam di telefon awam? Bila kali terakhir guna telefon awam? Ingat lagi tak? Maklumlah, zaman sekarang ni masing-masing dah ada smartphone, terus lupa telefon awam. Tak kenang budi langsung! hahaha.

Kalau korang sezaman dengan aku, lebih kurang dalam 80/90 an, telefon awam ni kira tempat yang paling top untuk bergayut sebelum adanya gajet yang canggih. Berbekalkan duit syiling, line clear je berjam-jam bergayut walaupun nyamuk duk berkerumun dekat kaki.

Dialog yang femes bila guna telefon awam "Awak la letak dulu..aik..saya pulak. Takde-takde..kali ni awak yang letak dulu telefon".Mesti korang pernah cakap kan?hehe

Antara nostalgia telefon awam yang memang tak lupa sampai hari ni. Kalau korang pernah buat benda di bawah, kita geng.
  • Tebuk duit syiling seringgit pastu ikat benang. Masukkan kat lubang, bila dapat je baca terus tarik balik.
  • Tekan * dan # serentak untuk dapat call lebih lama. Sapa entah yang bagi idea camni.
  • Paling menyampah bila pergi takde orang, tapi tengah call tu tiba-tiba ramai pulak beratur belakang. Takde mood terus nak sembang lama. Sebab tu kena cari port yg tak banyak orang pakai.
  • Ketuk duit syiling 20 sen sampai leper. Ini dapat jadikan 20 sen tu jadi 50 sen bila dimasukkan dalam lubang telefon tu.
  • Orang yang pakai kad telefon dikira kaya dan menjadi sasaran pencuri.
  • Telefon berdering. Sesiapa yang berdekatan akan kena angkat. Lepas tu berlari mencari orang pemanggil ingin call. Budak asrama kompem tau benda ni.

Bila diperhatikan zaman sekarang, yang dekat semakin jauh,tetapi yang jauh semakin dekat. Semua sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Hingga abaikan hubungan yang dekat, dan sanggup tersenyum sorang-sorang depan skrin telefon. Tiba-tiba terasa rindu sangat pada zaman dulu kala. Nak berhubung melalui surat,sabar sungguh menanti balasan dari penerima. Nak berbual, sanggup berbaris guna telefon awam, cukup nostalgia kenangan masa dulu.

Cara Mudah Scan Dokumen Dengan Smartphone

$
0
0
Cara Mudah Scan Dokumen Dengan Smartphone l Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar serta penjawat awam dan swasta ialah perlukan penggunaan scanner untuk scan sebarang document, kertas kerja, assigment, fail dan sebagainya. Kadang-kadang masa kita perlukan scanner untuk scan dokumen, masa itulah scanner buat hal. Bila ramai orang guna, terpaksa pulak menunggu giliran yang mana mengambil masa yang agak lama.

Biasanya di kedai-kedai yang menyediakan service printing/scanning, caj perkhidmatan scan adalah antara 10 sen - RM1. Ada juga yang free je, tapi kebanyakannya banyak cyber cafe mengenakan caj RM1 untuk urusan scanning dan ianya lebih mahal dari kos printing. 

CARA MUDAH SCAN DOKUMEN DENGAN SMARTPHONE

Sekiranya anda sukakan cara yang cepat dan lebih mudah tanpa perlu mngeluarkan modal, anda boleh men-download aplikasi ini di Playstore secara PERCUMA, dimana aplikasi ini dikenali sebagai "CamScanner".

Aplikasi yang wajib ada dalam smartphone anda..nak scan dokumen pun bila-bila masa je.

Anda hanya perlu install dan register sahaja. Selepas register, terus boleh guna. Yang menarik tentang aplikasi ini adalah, setiap gambar yang ditangkap, ianya akan auto convert kepada tona warna scanning dan ianya terus dalam format pdf.

Contoh dokumen yang di-scan dengan menggunakan Cam Scanner.

Sangat mudah bukan?

Bagi aku, sebagai seorang guru, aplikasi ini merupakan satu aplikasi wajib dalam smartphone untuk urusan seharian terutamanya melibatkan urusan sending document melalui email. Blogger, penjawat awam dan swasta, pelajar universiti memang perlu ada aplikasi ni dalam smartphone.

Bagaiman pula dengan anda?

Petua Dan Cara Elak Sihir/Santau Facebook

$
0
0
Petua Dan Cara Elak Sihir/Santau Facebook l Seorang gadis tidak menyangka gambarnya dalam laman sosial Facebook milik sendiri digunakan untuk menyihir dan menyantau dirinya supaya kehidupan musnah. Seram tak dengar berita macam tu? Dunia Facebook adalah media tanpa sempadan. Sesetengah orang, Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan 'marah melampau' sehingga melibatkan orang lain di laman sosial dengan memuat naik nama mereka! Sifat menunjuk-nunjuk dengan 'meng-upload' gambar kemewahan dan kecantikan yang ada pada diri turut mengundang rasa cemburu dan menjurus kepada berlakunya sihir atau santau.

Ustaz Syarhan Syafie seorang pakar ilmu perubatan islam berkata, setiap gambar yang yang mempunyai sepenuhnya tubuh badan kita mampu menjadi bahan gunaan sihir seperti santau. So, berhati-hatilah semasa memuat naik gambar di Facebook. Jangan pamerkan gambar kita dengan sesuka hati untuk tontonan ramai.

Disihir guna gambar dalam Facebook..menakutkan dan memang berlaku!

CARA DAN PETUA ELAK 'SIHIR/SANTAU FACEBOOK

1) Kecilkan saiz gambar dari 100 - 500 pixel sahaja.

2) Edit gambar asal sehingga 30%-50% berubah daripada rupa asal.

3) Jangan memuat naik gambar penuh (Dari hujung rambut ke hujung kaki)

4) Edit gambar dengan menggunakan applikasi 'filter' seperti 'blur', 'noise', 'crystallize' dan lain-lain.

5) Elakkan 'meluahkan' perasaan 'marah melampau' sehingga melibatkan orang lain di laman sosial dengan memuat naik nama mereka! (kawal emosi, banyakkan beristighfar dan berselawat - lagi 'murni' kalau mengadu kasih dengan Allah S.W.T)

6) Jangan sekali-kali menggunakan option 'Add A Location' atau 'Check in' di facebook untuk mengelakkan lokasi kediaman dan keberadaan!

7) Bacalah Doa Pendinding & Penggerak. Dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Selalu amalkan doa ini untuk elakkan daripada terkena sihir/santau

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR/SANTAU

Antara kesan-kesannya anda terkena sihir/santau :

1) Orang yang terkena santau atau sihir tidak akan boleh melelapkan mata.

2) Orang yang kita sayang, akan bertukar menjadi benci dalam sekelip mata.

3) Boleh pitam dan koma, berbulan-bulan, hingga membawa maut.

4) Boleh menjadi hilang akal, meracau-racau, sehingga membawa maut.

5) Muntah darah.

6) Bagi perempuan yang terkena santau pula pasti akan lupa segalanya, pada suami, anak-anak, dan akan tinggalkan semua itu, bagi menuruti seseorang yang membuatnya.

7) Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

8) Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

9) Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

10) Sakit sesak nafas terutama waktu Maghrib.

11) Lenguh seluruh anggota badan.

12) Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

13) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

14) Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.

15) Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

16) Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.

17) Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

18) Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan seumpamanya.

19) Sentiasa sakit pada tulang belakang.

20) Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur).

21) Hilang daya ingatan.

22) Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.

24) Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

25) Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.

26) Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.

27) Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.

28) Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.

Mudah-mudahan kita terhindar dari perkara tersebut. Amalkan doa pendinding sebagai benteng pertahanan untuk diri dan keluarga.

Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah

$
0
0
Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah l Cerita ni bermula bila isteri aku http://www.mujadafewa.my/ datang period lambat. Sepatutnya 18hb 'kawan' dia dah datang melawat tapi masih tak ada lagi. Masing-masing semua dah excited, mengharapkan keajaiban berlaku disebalik tak datangnya period tu. Disebabkan mak mertua aku ni seorang doktor dan ada klinik persendirian, isteri aku cuba buat test. Kat klinik memang dah ada pregnancy test kit untuk buat urine pregnancy test (UPY). Senang je nak guna. Just buang air di ruang kit tu. Kalau keluar satu garisan, maknanya tak hamil. Kalau keluar dua garisan, itu tandanya hamil. 

Bila tahu isteri hamil, memang gembira sangat-sangatlah. Perasaan gembira tu sambil berdebar-debar..memang susah nak digambarkan. Mungkin tak sabar nak sambut orang baru kot. Tarikh untuk isteri dijangka bersalin ialah dalam bulan 8, mana tahu kot-kot jadi anak merdeka nanti..hehe. Tak sabar nak tengok wajah si kecil..ikut wajah ibu atau wajah ayah.. 
Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah

Pelbagai barang dan kelengkapan bayi dijual dengan harga murah sempena promosi  Lazada Malaysia Big Baby Fair. Rugi korang tak beli!

So, sekarang ni tengah buat persedian untuk menyambut  bayi pertama. Maklumlah, kali pertama bakal bergelar ibu dan ayah,susah jugak untuk membuat senarai kelengkapan yang perlu disediakan nanti. Sebelum ni, pernah berbincang dengan isteri untuk beli semua kelengkapan bayi tu di kedai je.Disebabkan gaji baru je masuk minggu lepas dan malam tadi terdetik pulak nak buka web Lazada. Bila bukak, terus keluar promosi Big Baby Fair. Lazada ni macam tau-tau je yang aku tengah mencari barang-barang untuk baby sekarang ni. Rupa-rupanya, Lazada sekarang ni tengah mengadakan promosi Lazada Malaysia Big Baby Fairyang berlangsung selama 7 hari bermula 27 March hingga 2 April. Dan yang paling menarik sekali, diskaun istimewa yang diberikan mencecah sehingga 85%. Korang abaikan korang rugi sebab korang takkan dapat harga murah macam ni jika beli di shopping mall !

Senarai Barang Dan Kelengkapan Bayi Yang Perlu Dibeli

What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?

Drypers Wee Wee Dry Disposable
Disebabkan isteri first time preggy dan tak ada lagi pengalaman, so, kawan-kawan yang dah ada title 'mak ayah' jadi kaunter pertanyaan aku tentang diaper atau lampin pakai buang mana yang terbaik untuk newborn baby. Banyak jugak cadangan diorang pasal diapers ni..maklumlah, anak dah 2 3 orang, memang pakar dalam bab ni. Antaranya ialah Mamy Poko, Huggies, Pet Pet dan,Diapex, Drypers dan sebagainya. Pemilihan diapers yang sesuai perlu diberikan penekanan untuk elak ruam pada punggung bayi.

Hasil daripada survey aku,9/10 orang pilih Drypers. Mamy Poko memang pampers terbaik sebab ada line kat tengah tu membantu ibu-ibu untuk tahu bila masa sesuai tukar pampers...tapi apakan daya..harganya mampu tengok je..hehe. So, pilihan aku ialah Drypers Wee Wee Dry Disposable sebab harganya mampu milik. Newborn baby ni kuat poo, so memang kerap kena tukar lampin tu. Murah, jimat dan selesa.

What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Susu Formula Dumex Dupro
Bukan mudah nak pilih susu formula bayi yang sesuai, lebih-lebih lagi untuk bayi yang baru lahir. Ini kerana, bayi yang baru lahir mempunyai usus yang sangat sensitif. Dan kesesuaian susu formula untuk bayi jugak tak semestinya bergantung pada harga mahal dan murah. Feedback dari kawan-kawan banyak yang suggest supaya guna susu Dumex Dupro untuk anak-anak memandangkan jenama susu ni serasi dengan anak diorang dan harga yang ditawarkan pun berpatutan.

Untuk pengetahuan korang, Dugro ni mempunyai khasiat DHA, 15 Vitamin dan mineral serta IcFos (kandungan serat) dan kesemua khasiat yang ada dalam susu Dugro sudah cukup untuk membantu anak-anak membesar dengan lebih lagi. Bila anak aku dah lahir nanti, susu formula ni yang menjadi pilihan aku.

Barang Yang Berminat Nak Dapatkan Dari Lazada

Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Santa Barbara Stroller 
Stroller merupakan salah satu barang keperluan yang kitorang survey. Stroller ni penting tau terutama bila nak pergi ke mana-mana..takkan la nak kendong anak 24 jam, senget bahu nanti.So, sekarang ni tengah kumpul duit sikit-sikit nak beli stroller yang sesuai dan tahan lama. Bergantung pada jenis brand dan kualiti. Memang dalam plan  nak beli selepas bersalin.

Santa Barbara ST796 Travel System Stroller (Grey)

Dah survey kat Lazada pasal stroller ni dan hanya ada 2 warna yang memikat hati aku. Merah dan kelabu kehitaman. Dua-dua warna ni nampak lagi smart berbanding warna lain. Kalau ikutkan hati isteri aku, mau dibelinya stroller warna pink. Untuk anak perempuan katanya. Kalau dapat anak lelaki takkan nak pakai pink jugak..haha. So, antara yang banyak-banyak stroller yang dijual di Lazada, jenama Santa Barbara yang aku berkenan. Ciri-ciri keselamatan yang diutamakan pada stroller ni ialah :

Conformed to GB14748-2006 (Safety Requirements for Wheeled
Child Conveyances)
Adjustable Footrest
One Hand Folding System
Free Standing When Folded

Barangan Bayi Yang Dah Order Dari Lazada

Malam tadi, lepas tahu Lazada tengah buat promosi murah untuk barang bayi, terus pilih barang-barang untuk keperluan baby masa lahir nanti. Berpinau mata nak pilih sebab semuanya murah..haha. So, sempat la grab 8 items. Walaupun wife  due lambat lagi, tapi at least barang-barang persediaan tu sedikit sebanyak dah ada. Dapat gaji bulan seterusnya, beli lagi.
Antara barang yang aku dah order di Lazada. Korang bila lagi?

Yang dah ada baby dan bakal ada baby macam aku ni, nak beli barang barang baby yang murah boleh serbu ke Lazada Malaysia Big Baby Fair  yang bermula dari 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017 dengan diskaun istimewa sehingga 85% tau. Siapa cepat dia dapat!

Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum Bersalin Di Hospital

$
0
0
Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum Bersalin Di Hospital l Bagi mereka yang hamil untuk kali pertama, dinasihatkan kedua-dua pasangan buat persediaan lebih awal supaya tak kelam kabut nanti masa isteri bersalin. Maklumlah, excited nak sambut kelahiran orang baru, sampai terlupa barang apa yang perlu di bawa ke hospital. Boleh huru hara jadinya. Biasanya, bila kandungan tu dah mencecah 30 minggu ke atas, rasanya barang-barang keperluan untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin dah boleh disediakan.

Kalau boleh biar semua barang-barang tu dah ada dalam beg dan diletakkan di dalam kereta. So, kalau apa-apa hal senang, terus ke hospital je. Kalau ditakdirkan isteri bersalin awal dan barang pun tak sediakan lagi, kelam kabut la jawabnya. Masa ni nak uruskan ibu dan bayi, masa ni ah jugak nak cari barang itu ini.

So, untuk yang first time bergelar ibu dan bapa, mesti korang tertanya barang apa yang perlu dibawa ke hospital nanti kan. Memandangkan orang rumah sekarang ni pun tengah tunggu nak bersalin, so boleh semak senarai di bawah sebagai panduan.

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAYI


Antara barang-barang lain yang perlu disediakan :

1) Baju baby newborn 3-4 helai - 2 helai baju lengan pendek untuk siang dan 2 helai baju lengan panjang atau sleepsuit untuk malam. Boleh ja bawa lebih just in-case baju terkotor atau kena duduk lama kat hospital.
2) Wet tissue secukupnya - penting ni untuk cuci kencing dan berak baby nanti.
3) Bedung baby 2-3 helai.
4) Barut baby.
5) Sapu tangan baby 2-3 helai - untuk lap mulut baby kalau termuntah susu.
6) Set baby powder, oil & lotion
7) Pam susu - untuk yang mungkin mengalami susu badan yang susah keluar masa first time menyusu baby, boleh la guna pam ini untuk rangsang pengeluaran susu. 

SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU


Antara barang-barang lain yang perlu disediakan :

1) Dokumen penting - kad pengenalan dan buku rekod kehamilan.
2) Selipar toilet
3) Kain batik
4) Minyak panas/urut - untuk elak angin masuk badan.
5) Tudung sarung 2-3 helai 
6) Nipple cream
7) Handphone & charger
8) Termos air panas
9) Botol air kosong/masak
10) Milo 3 in 1 dalam 4-5 sachet.
11) Biskut
12) Mug/cawan bersama sudu kecil untuk bancuh air.


SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH BAPA


Sekurang-kurangnya dengan adanya senarai di atas ni, bila kandungan tu dah masuk 7 bulan dah boleh sediakan kelengkapan bayi. Untuk elakkan barang isteri dan anak bercampur, sediakan 2 bag yang mengandungi semua barang keperluan isteri dan bayi yang akan dibawa ke hospital bila sampai masa nak bersalin nanti.

5 Perkara Yang Anda Perlu Ada Sebelum Umur 35 Tahun!

$
0
0
5 Perkara Yang Anda Perlu Ada Sebelum Umur 35 Tahun! l Bagi yang berumur 30 tahun ke bawah atau masih belum mencecah umur 35 tahun, 5 perkara ini korang perlu beri perhatian kerana 5 perkara yang disebut dibawah, sekurang-kurangnya korang dah ada sebelum umur mencecah 35. 5 Perkara Kena Ada Sebelum 35 Tahun ni adalah tulisan Harith Faisal, seorang pakar hartanah dan penulis buku hispter hartanah.

Tulisannye secara tak langsung dah menaikkan semangat aku untuk dapatkan 5 perkara ni. Aku sekarang ni umur dah 30..sebelum 35, akan cuba dapatkan semua ni, tak kira macam mana sekali pun. Kena caranya insha allah berjaya. Ikut landasan yang betul. Tengah train emosi dan disiplin diri je.

5 Perkara Yang Anda Perlu Ada Sebelum Umur 35 Tahun!


1. Duduk rumah yang selesa.
Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

2. Dua rumah untuk pelaburan.
Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

3. Simpanan enam bulan gaji.
Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

4. Simpanan bulanan tetap.
Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. Kereta yang memuaskan.
Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat! Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Tak nak gelak.Nanti ada orang sentap. 

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau.

Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna

$
0
0
Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna Dan Mengandungi Bahan Terlarang Serta Tidak Berdaftar Dengan KKM l Takutnya zaman sekarang ni. Banyak sangat produk-produk kosmetik, skincare serta kesihatan di pasaran yang yang dikesan berbahaya di pasaran dan menipu pengguna. Sebab tu kalau nak beli apa produk skincare atau kosmetik, periksa dulu syarikat dan kesahihan company melalui KKM. Sudah tiba masanya kita berhenti menyokong produk beracun dan repacking. Ramai sangat yang memikirkan keuntungan sehingga lupa menilai produk yang dijual.

Orang awam juga dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan pihak berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Antara Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna

Produk Bella Formula yang dikesan mengandungi Steroid

Produk Best Slim yang dikesan mengandungi Sibutramine

Produk D'Trim yang dikesan mengandungi Sibutramine

Produk Glow Glowing Beauty Skin yang dikesan mengandungi Merkuri,Hydroquinone dan Tretinoin

Produk Natasya Krim Herba/Gold yang dikesan mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Produk Surut Ayu yang dikesan mengandungi Sibutramine

Produk Tati Skincare yang dikesan mengandungi  Merkuri,Hydroquinone dan Tretinoin

Di atas adalah antara senarai produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Untuk senarai penuh produk yang tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini, boleh masuk laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). 


Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual. 


Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.

Produk berbahaya ni banyak muncul sebab banyak permintaan. Orang kita semua memang nak cantik cepat tapi malas. Dengar boleh flawless dan putih dalam 3 hari terus pergi beli. Sayang la muka tu. Cantik tak semestinya putih. Beyonce tu cantik je walaupun kulit gelap. Takde dengar pun dia buat apa-apa untuk putihkn kulit sedangkan dia mampu. Embrace your skin colour!

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Melalui Cimb Clicks

$
0
0
Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Melalui Cimb Clicks l  Bagi yang dah cukup simpanan di Tabung Haji untuk menunaikan haji di Mekah, alhamdulillah. Bagi yang masih terkial-kial lagi nak cukupkan simpanan tu, macam aku ni, bolehlah mula menabung di Tabung Haji. Yang tak daftar lagi akaun di Tabung Haji tu, boleh buat dengan segera. Cuma bagi sesetengah orang, agak leceh sikit nak menyimpan di Tabung Haji sebab urusan keluar masuk duit melalui buku simpanan.

Jangan risau...bagi yang tak tahu lagi, sebenarnya anda boleh pindah atau transfer duit dari akaun Cimb Clicks ke akaun Tabung Haji secara online. Jadi, tak perlu lagi bersusah payah pergi ke Tabung Haji semata-mata untuk menyimpan. Maklumlah sekarang ni, Tabung Haji sentiasa penuh dengan pelanggan dengan pelbagai urusan. Jadi, banyak masa yang dihabiskan di Tabung Haji padahal anda hanya mahu memasukkan duit atau mengeluarkan duit sahaja.

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah ini.


Mula-mula daftar masuk ke Cimb Clicks dan pilih menu Pay>Bills. Kemudian, klik pada bahagian Cimb Clicks dan tulis Lembaga Tabung Haji. Untuk transfer minimum adalah RM1 dan maksimum adalah mengikut limit akaun anda dalam masa sehari.


Selepas tulis Lembaga Tabung Haji, secara automatik akan keluar kotak seperti di atas. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk pindah duit ke Tabung Haji dan klik Proceed to Payment.

Bagi aku, rasanya pilih transfer online berbanding potongan gaji. Potongan gaji ni adalah cara paling mudah untuk simpanan dan tak perlu nak buat apa, setiap hujung bulan duit dah dikredit masuk dalam Tabung Haji. Tapi, pihak bank melihat potongan gaji tersebut adalah sebagai komitmen atau tanggungan korang, padahal ianya untuk simpanan. So, sebab itulah aku pilih buat transfer duit ke Tabung Haji melalui Cimb Clicks secara online ni. Tapi, masih juga perlu ke kaunter untuk kemaskini buku.

What's Ciku, Kedondong, Langsat And Buah Sukun In English?

$
0
0
What's Ciku, Kedondong, Langsat And Buah Sukun In English? l I bet most of us are familiar with the names of imported fruits from different countries. Apples, oranges, grapes..these are the examples of fruits we consume almost every day. In Malaysia, we are lucky to have variety of local fruits such as langsat, duku, rambutan, manggis, ciku and others. Although they are seasonal fruits, still we enjoy consume it in great quantities. But, have you ever wondered, what our local fruits names like ciku, kedondong, langsat, buah sukun and a few more, are called in English?

So, here are some English words for some Malay names of fruits.

CIKU - SAPODILLA

LANGSAT - LAZONES

BUAH NONA - SUGAR APPLE

BUAH SUKUN - BREADFRUIT

BUAH KERAS -  CANDLENUTS

BUAH PELAGA - CARDAMOM

LIMAU GEDANG - GRAPEFRUIT

KEDONDONG - AMBARELLA

BUAH MENGKUDU - NONI

Do you know any other names of foods that are popular locally and has an English word for it? Let me know.

Duit Hampir Hilang Gara-Gara Login Maybank2u Palsu

$
0
0
Duit Hampir Hilang Gara-Gara Login Maybank2u PalsuKalau dulu, nak curi duit orang kena pecah rumah dulu. Tapi sekarang ni pencuri makin bijak. Guna kemudahan internet untuk curi duit orang. Salah satu sebab yang membolehkan pencuri guna kemudahan IT untuk curi duit ialah kerana kelalaian kita jugak yang tak periksa terlebih dahulu 'link' atau laman web yang kita masuk. Bagi mereka yang selalu melakukan transaksi perbankan internet, perlu lebih berhati-hati dengan memastikan laman web bank yang dimasuki itu adalah yang betul, bukan yang palsu.

Dan perkara inilah yang terjadi kepada saudari Fatin Pauzi, dimana hampir kehilangan simpanan dalam Maybank2u apabila tersalah login ke laman Maybank2u yang palsu. Berikut adalah status yang telah ditulis oleh beliau di Facebook.
______________________________________________

Terima kasih Ya Allah, selamatkan atin kali ni.

Kalau tak habis semua duit dalam akaun Maybank atin. Memang tak berbau la Sabun Zumba sampai bila-bila. Tak sempat laaa korang kurus sebelum raya. Memang tukar jadi Sabun Meratap laaa. Tengah mandi meratap semua duit dalam akaun kena sedut.

Korang kena hati-hati jugak taw. Yang tak terer IT, kalau Allah tak lindung, konfem tertipu.

Semalam atin login Maybank2u. Macam biasa, dah masukkan ID dan PASSWORD, dah masuk pun laman utama HOME, tetiba keluar lagi paparan suruh login.

Atin pelik sebab atin dah login kejap tadi. Mujur Allah Maha Penyayang, gerakkan hati nak tengok link.

Beza laman web Maybank2u yang palsu dan sebenar.

SAH! SAH LAMAN WEB TIPU!

Tu diaaaaa! Nasib atin jenis hafal address web asal. M2u, Cimbclicks, Rhb online, BankIslam.biz, semua atin hafal. Tak nak kena camni la. Mujur Allah gerakkan hati.

Kalau laman web asal, penghujungnya personalbanking.do

Dan ia takkan berubah sebab web ni pakai javascript. Tapi tengok pada link laman web tipu, takde (.do). Memang beza dan kelihatan laman web biasa dan tak secure. Tajuk laman web pun Maybank2u Secure.

Kalau m2u asal, Maybank2u.com Malaysia.

Atin pun terperasan ada dua tab google chrome. Maknanya, waktu kita dah login masuk laman utama, dia akan popup keluar 1 lagi laman web palsu untuk login lagi.

Kalau kita tak hati-hati, memang habis la. Sebab biasanya kita login sekali lagi sebab ingat silap password kan? Sebab tu atin tengok takde pulak warning invalid id/password.

CARA NAK KENAL LAMAN WEB MAYBANK2U YANG PALSU



Sebab tu baca elok-elok condition yang Maybank tulis tu. Hanya login akaun dari www.maybank2u.com.my .Selain dari tu, jangan. Kalau ada sambungan url yang merepek, tu bukan original website. Lagi satu, itulah gunanya identification image yang kita set. Kalau tak keluar tu, maksudnya bukan original website.

5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk

$
0
0
5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk l Pasangan anda merajuk? Dah pujuk tapi masih merajuk? Perempuan dan merajuk berpisah tiada. Perempuan ni memang dah tercipta dengan hati yang sangat halus dan mudah tacing. Alang-alang dah terbaca post ni, apa kata anda cuba 5 tips di bawah ni. Mana tau si dia kembali sejuk.


5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk

1. Minta maaf walaupun secara asasnya anda tak bersalah dalam kes ni. Ini adalah kunci kepada proses seterusnya..

2. Bagi masa untuk si dia cool down. Sekali sekala kena follow up jugak, tanya dia ok atau tak ok. Kalau masih tak ok, cuba cara yang ketiga di bawah.

3. Mesej/Whatsapp pick up line atau kata-kata romantis kepada si dia. Be Creative! Tingkatkan usaha cari pick up line yang tak season lagi. Masih tak ok jugak? Cuba cara yang keempat.

4. Bagi hadiah/surprise walaupun murah seperti coklat ataupun cupcakes. Perempuan yang normal akan sejuk lepas dapat hadiah/surprise dari cinta hati. Apa? Tak menjadi jugak? Cuba cara terakhir ni pulak.
.
5. Jumpa, duduk & bawa bincang. Tengok mata si dia dan terangkan dengan apa yang berlaku. Kemudian, cakap I AM SORRY (Again?..haha)

Nasihat saya kepada wanita diluar sana, jangan ikutkan hati sangat, percayalah kelak memakan diri, anda sendiri yang menyesal. Dalam menjalinkan hubungan, kesilapan itu pasti ada kerana manusia itu tidak sempurna. 

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Untuk Menu Berbuka Puasa

$
0
0
Resepi Cencaru Sumbat Untuk Menu Berbuka Puasa l Hari pertama berbuka puasa mesti excited sangat nak masak macam-macam kan? Tengok semua makanan nampak sedap. Maklumlah, perut tengah lapar, makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap. Siap google lagi resepi berbuka puasa yang sedap. Biasalah, orang yang tak terer masak macam aku ni, kenalah search dulu resepi tu. Korang pun sama kan? hehe

Habis kerja dalam pukul 4 terus pergi bazar. Niat dalam hati nak beli 3 jenis kuih je sebab lauk tu aku masak sendiri. Sekali pergi bazar ramadhan, terus rambang mata dengan macam-macam jenis makanan kat situ. Kalau ikutkan nafsu ni, rasa satu bazar tu aku nak beli. Yalah, hari pertama puasa..mahu tak rasa nak borong itu ini...hehehe

LAUK YANG PALING SUKA KETIKA BERBUKA PUASA


Masa kecik-kecik dulu, teringat lauk masakan mak kat kampung. Paling aku suka, bila lauk yang dihidang untuk berbuka puasa tu ikan cencaru sumbat sambal. Aroma bau sambal sumbat dalam ikan cencaru tu boleh membangkitkan selera. Angkat dari kuali panas-panas dan buka balutan daun pisang yang membalut ikan cencaru tu, semerbak bauk wangi kat dapur. Dicicah pulak dengan kicap cili padi bawang atau air asam, 2 3 kali menambah nasi hasil penangan ikan cencaru sumbat sambal ni. Fuhhh..memang padu beb! Dan sampai sekarang, masuk je bulan puasa, stok ikan cencaru mesti ada dalam peti untuk dimasak. Korang mesti cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal ni!

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL


Kalau korang teringin nak makan ikan cencaru sumbat sambal ni, boleh cuba resepi yang disediakan dibawah. Cara penyediaannya sangatlah mudah. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :

Bahan-bahan mentah
Beberapa ekor ikan cencaru ( belah belakang dan cuci bersih )

Bahan-bahan 
- 7 cili kering (jumlah ikut suka) - dikisar halus
- 1 biji bawang besar - dikisar halus
- 2 ulas bawang putih - dikisar halus
- 3 hiris lengkuas 
- dikisar halus
- 1 batang serai 
- dikisar halus
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu besar air asam jawa

- sedikit belacan (bagi yang suka)
- garam secukup rasa
- gula melaka
- daun pisang/daun kunyit

- minyak masak secukupnya

Cara-cara memasak

1. Kisar bersama cili kering, bawang besar,bawang putih, lengkuas, serai dan belacan.
2.Tumiskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit garam, air asam jawa dan gula melaka secukup rasa.
3. Masak sehingga garing dan masukkan dalam mangkuk.
4. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi dalam bahagian ikan yang telah dibelah.
5. Balut ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
6. Kemudian, bakar dalam pemanggang ajaib. Boleh juga gunakan kuali non-stick.
7.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas serta dicicah dengan kicap cili padi bawang..sedapnya memang tak terkira.

MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL DENGAN PEMANGGANG AJAIB ARE IKAN DARI LAZADA

Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale kembali lagi! Yahoo!! Masa ni la untuk korang bershopping sakan di Lazada sebab potongan harga yang ditawarkan memang sangat tak masuk akal! Berapa banyak potongan harga yang ditawarkan tu? Kalau korang nak tahu, bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, Lazada akan menawarkan potongan harga mencecah sehingga 90% untuk barangan yang terpilih! Jadi, kalau korang mencari barangan yang nak digunakan semasa Ramadhan dan hari raya nanti, sekarang ialah masa yang terbaik untuk cari barangan tersebut.

Dan, kalau korang suka makan ikan cencaru ni, korang hanya perlukan pemanggang ajaib.Tapi kalau takde pun, boleh je guna kuali jenis non-stick. Bagi kaki shopping di Lazada, salah satu barang yang korang wajib beli ialah pemanggang ajaib Are Ikan. Lagipun, Lazada tengah adakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya SaleHasil dari baca review dari beberapa blog, ada yang memuji bila menggunakan pemanggang ajaib ni, daging cepat empuk dan masak, tak melekat, dan pendek kata mudahkan kerja memasak kita. Kalau berminat dengan pemanggang ajaib Are Ikan, boleh order terus di Lazada.

Pemanggang ajaib Are Ikan dari Lazada.

Pemanggang ajaib Are Ikan ni boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis makanan seperti ayam masak kurma, murtabak, nasi goreng, nasi arab, rendang, kari dan banyak resepi lagi mengikut kretiviti masing-masing. Yang paling penting, pemanggang ajaib ni direka khas tidak berat supaya mudah dikendalikan dan tidak nipis bagi mengelakkan makanan hangus. 



Bila dah ada pemanggang ajaib ni, bukan setakat ikan cencaru sumbat sambal yang korang boleh masak, macam-macam jenis masakan lain boleh cuba. Time ni la nak test skill memasak korang tu. Bila guna pemanggang ajaib ni, minyak yang digunakan pun sedikit atau tak perlu langsung. Ingat! Masakan yang baik untuk kesihatan adalah dengan memasak tanpa guna minyak. Jangan lupa cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal untuk menu berbuka puasa korang.

Cara Niat Puasa Ramadhan, Doa Buka Puasa Serta Panduan Solat Tarawih Dan Witir

$
0
0
Cara Niat Puasa Ramadhan, Doa Buka Puasa Serta Panduan Solat Tarawih Dan Witir l Dah bersedia untuk Ramadhan tahun ini? Masih ingat lagi ke niat puasa Ramadhan? Doa buka puasa pulak macam mana? Agak-agak macam mana nak ucap niat solat tarawih dan witir? Kalau yang dah lupa tu, marilah ambil masa sejenak, refresh balik cara niat puasa Ramadhan, doa buka puasa serta panduan solat terawih dan witir.

1. Niat Puasa Ramadhan 


2. Niat Puasa Sebulan. 


3. Doa Berbuka Puasa 


4. Niat Solat Tarawih 


5. Panduan Solat Witir.


Sumber gambar : ammar saudagar online.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang begitu dipenuh dengan barakah serta keampunanan. Diharapkan agar amalan puasa kita lebih baik baik dari tahun-tahun sebelumnya. 

Muat Turun Lagu Dan Lirik Aku Negaraku : Lagu Patriotik Terbaru

$
0
0
Muat Turun Lagu Dan Lirik Aku Negaraku : Lagu Patriotik Terbaru l Bermula bulan Mei, semua sekolah kebangsaan diwajibkan menyanyikan lagu patriotik terbaru Malaysia Aku Negaraku semasa perhimpunan sekolah setiap minggu, selepas nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah masing-masing.

Lagu patriotik terbaru ni lebih cool,catchy dan berentak kontemporari, sesuai dengan jiwa generasi zaman sekarang. Tujuannya adalah untuk menanam sifat jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Lagu Aku Negaraku ini pernah dinyanyikan oleh Aizat Amdan dan Suki sempena program Ekspresi Negaraku di Putrajaya.

Lirik Lagu Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

Muat Turun Lagu ‘Aku Negaraku’ Disini

Disini nak kongsikan lagu Aku Negaraku dalam bentuk MP3 dan video. Sila muat turun menggunakan link yang telah disediakan. Sila muat turun pada icon anak panah ke bawah selepas anda klik pada mana mana link di bawah.

Muat turun lagu disini :

Servis Videografi Terbaik Dengan Harga Berpatutan Dari Cyberbang TV

$
0
0
Servis Videografi Terbaik Dengan Harga Berpatutan Dari Cyberbang TV l Masih tercari-cari servis videografi untuk majlis kahwin, majlis korporat dan servis video promosi produk dengan harga berpatutan? Penat seharian scroll di Facebook, search You Tube, sampai jari naik kematu untuk cari servis videografi yang cantik? Bukan apa..nak cari servis videografi yang cantik dan berkualiti dan sesuai dengan bajet je. Kadang-kadang jumpa yang servis videografi yang best..tapi tak cukup bajet pulak. Kadang-kadang jumpa yang servis videografi yang murah..tapi kualiti video pulak yang tak memuaskan hati.

Masih tercari-cari servis videografi yang terbaik? Cyberbang TV semestinya pilihan anda.

Tapi sekarang, anda tak perlu pening kepala lagi mencari servis videografi dengan harga berpatutan dan kualiti yang terbaik kerana produksi Cyberbang TV memberi peluang kepada mereka yang ingin merakam detik-detik indah perkahwinan, penganjuran majlis korporat seperti annual dinner dan juga pelancaran produk serta beberapa event lain dengan menawarkan servis videografi professional yang bukan sekadar harga mampu milik tetapi kualiti video yang cantik seperti video terkemuka.

Servis Videografi Dari Cyberbang TV Dengan Harga Mampu Milik


Cyberbang Sdn Bhd merupakan sebuah production house (content provider) dan adalah antara syarikat bumiputra yang pioneer dalam bidang ini. Pengasas syarikat ini adalah Encik Ahmad Fikri Emir atau lebih dikenali sebagai ARAB. Boleh dikatakan lejen cameraman di TV3 sekitar tahun 80an - 90an.

Apa yang istimewanya servis videografi dari Cyberbang TV ini berbanding dengan servis videografi dari produksi lain ialah servis yang ditawarkan mampu milik dengan kualiti yang profesional. Menggunakan segala pengalaman  dan kepakaran yang ada sebelum ini, Cyberbang TV telah berjaya menghasilkan banyak video yang terbaik untuk client dan hasilnya memukau penonton. Antara client yang telah menggunakan servis videografi, digital content, TV programme, consultancy, live streaming dan equipment rental dari Cyberbang TV termasuklah syarikat-syarikat besar seperti Samsung, Motorola, Ranhill, Faber Group, Petronas, Malaysia Tourism dan banyak lagi.

Syarikat Proton juga turut menggunakan khidmat Cyberbang TV dalam menghasilkan digital content yang menarik. Untuk tengok senarai syarikat yang telah guna khidmat Cyberbang TV,klik DISINI

Celcom merupakan salah satu syarikat yang menggunakan khidmat Cyberbang TV untuk event coverage. Untuk info, boleh baca DISINI

Nak hasilkan program TV show? Cyberbang TV ada tawarkan perkhidmatan untuk anda.Boleh baca info DISINI

Selain servis-servis videografi untuk produk, program memasak, event coverage, pihak Cyberbang TV juga membuat equipment rental. Fokus pada MCP (multi camera production) atau lebih dikenali sebagai livefeed. Memang sesuai digunakan untuk majlis seperti kahwin, conference, perasmian dan any events.  Mengenai peralatan, anda tak perlu risau kerana Cyberbang TV mempunyai peralatan yang lengkap dan boleh pergi sehingga 8 camera pada satu masa.

Service equipment rental yang ditawarkan dimana peralatan untuk pengambaran seperti MCP, jib crane dan drone/aerial camera ada disedikan. Klik DISINI untuk info lebih lanjut.

Contoh Videografi Perkahwinan Ala-Ala Hindustan


Tempat dah menarik, baju dah cantik, make up dah cun, pelamin dah grand, apa kata semua ni kita rakamkan biar sampai tua pun tersenyum tengok video sendiri. Barulah ngam! So, abadikan saat terindah dalam hidup anda melalui produksi Cyberbang TV kerana Cyberbang TV juga terlibat dalam penghasilan video perkahwinan yang anda idamkan.

Salah satu servis videografi untuk wedding yang dihasilkan oleh produksi Cyberbang TV.

Dibawah ialah contoh video perkahwinan yang dihasilkan oleh produksi Cyberbang TV dimana keluarga tersebut mahukan video perkahwinan yang berkonsepkan ala-ala Hindustan untuk anak lelaki kesayangan mereka.Semasa pembikinan video ini, kedua-dua keluarga bersetuju dan memberikan kerjasama yang baik. Percaya atau tidak, semua orang dalam video ini, termasuk penari adalah dari ahli keluarga mereka!  Skrip, konsep dan scene dalam video ini disediakan oleh produksi Cyberbang TV. Memang gempak!


Contoh videografi Hindustan wedding yang dihasilkan oleh Cyberbang

Perlukan Servis Videografi Untuk Promosi Produk Anda?

Yang berniaga pulak, nak tak promosi produk anda melalui video? Tahukah anda, video teaser sudah menjadi trending sekarang? Bukan sahaja syarikat gergasi, usahawan online pun sudah membuat promosi menggunakan video!

Cyberbang TV turut menjalankan servis videografi korporat dan komersial. Kalau anda nak tahu, ramai peniaga dan usahawan diluar sana yang ingin meningkat brand melalui teknik marketing menggunakan video. Tetapi, ramai yang buntu kerana pakej untuk videografi yang mahal. Lagipun, teknik marketing videografi juga semakin terkenal dan dijangka akan menggantikan copywriting.

Kelebihan menggunakan teknik videografi adalah:

1. Bersifat viral dan mudah "share"
2. Kos iklan ads lebih murah
3. Engagement video adalah lebih tinggi
4. Total reach video lebih besar kerana sifatnya yang menarik.
.
Kenapa anda perlu memilih Cyberbang TV?

1. Tidak perlu pening mencari produksi video, kerana disediakan semua.
2. Mempunyai studio yang sesuai untuk sesi photoshoot atau teaser video.
3. Pakej yang disediakan memberikan anda lebih penjimatan dan harga yang berpatutan.

Kami Nak Bagi Satu Video Wedding Percuma!

Produksi Cyberbang TV sekarang ni bercadang untuk memasuki dunia wedding dengan menggunakan kepakaran dan pengalaman dalam membuat video wedding yang lagi profesional. Disini, pihak Cyberbang TV ingin menawarkan tawarkan percuma 1 wedding video di area Lembah Klang. 

Jika berminat, sila like page Cyberbang.tv Sdn Bhd di Facebook serta hantar details dan tulis kenapa kami patut buat wedding video anda di ask@cyberbang.tv

Salah satu contoh wedding service yang dibuat oleh Cyberbang TV di Dewan Perdana Felda.

Live feed perkahwinan Syuib (Sepahtu)

Promosi kami sekarang untuk live feed wedding di Lembah Klang (2 camera den manpower) RM2,300. Semua dalam full HD. (projector & screen tidak disediakan). Harga mampu milik dan servis tip top! Cyberbang TV mempunyai kepakaran videografi dan juga ada drone! Tunggu apa lagi, jom rakamkan detik indah anda atau marketkan produk anda dengan menggunakan servis videografi yang ditawarkan oleh Cyberbang TV sekarang.

Hubungi Cyberbang TV Sekarang Untuk Tempahan

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang servis-servis yang ditawarkan oleh Cyberbang TV dan juga tempahan untuk sebarang majlis, boleh layari laman web dan laman sosial bawah.

Website 
Facebook page 
https://www.youtube.com/channel/UCn_fRWzgd52BOb5UsFHDEtA

Sebarang pertanyaan mengenai servis videografi, boleh hubungi nombor yang tertera dibawah.

Tel 03-61277878 / Fax  03-61277887 / Handphone  012-2078994

30 Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Dimasak Selama Sebulan (Part 1)

$
0
0
30 Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Dimasak Selama Sebulan (Part 1) l Kadang-kadang pening jugak nak masak untuk berbuka puasa ni. Bimbang menu yang disediakan tak menepati citarasa keluarga. Mesti ramai ibu-ibu yang mencari resepi berbuka puasa yang mudah bukan? Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja di pejabat dan tak punya banyak masa untuk memasak di rumah. Anda boleh cuba resepi berbuka puasa yang mudah dimasak ni untuk dihidangkan semasa berbuka bersama keluarga. Anak-anak pun pasti suka.

30 RESEPI BERBUKA PUASA YANG MUDAH DIMASAK SELAMA SEBULAN (PART 1)


HARI PERTAMA : AYAM PANGGANG BERMADU

Bahan-bahan: 
- 1kg kepak ayam 
- 1 senduk besar minyak bijan 
- 2 senduk besar madu (kalau suka manis, tambahkan lagi) 
- sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
- sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. 
2. Perapkan semalaman atau lebih dan siap untuk dipanggang.


HARI KEDUA : UDANG MASAK SERAI WANGI

Bahan-bahan:
- 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
- 4 batang serai
- 100 gm cili kering
- 100 gm bawang merah
- 100 gm cili merah
- 70 gm bawang putih
- 70 gm halia muda
- 3 sudu besar pati asam jawa
- 30 gm belacan bakar
- 100 gm pati santan
- garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 


HARI KETIGA : IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan: 
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar 
- 3 sudu besar sos tiram 
- 2 susu besar sos cili 
- 2 susu besar sos tomato 
- 1 sudu gula 
- 4cm halia - dimayang 
- 3 ulas bawang putih - dimayang 
- 3 ulas bawang besar - dimayang 
- 3 tangkai daun sup(saderi) 
- 1/2 biji limau nipis 
- garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus serta lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 


HARI KEEMPAT : IKAN MASAK BERLADA

Bahan-bahan: 
- 3/4 ekor ikan sembilang
- 10 biji cili merah - dikisar
- 2 batang serai - dititik
- 1 ulas bawang besar - dimayang kasar
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1 inci halia - ditumbuk
- air limau kasturi
- sedikit garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 


HARI KELIMA : AYAM CILI MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:
- 1/2 kg ayam
- serbuk kunyit gaulkan
- sedikit garam
- 6 biji bawang kecil
- 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- sedikit halia
- 4 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
- 4 sudu besar cili mesin/cili boh
- 2 asam keping 


Cara memasak:

1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). 
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana). 
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.


HARI KEENAM : PAJERI NENAS

Bahan-bahan:
- rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
- sedikit serbuk kunyit
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih dihiris memanjang
- biji sawi
- gula sikit
- garam secukup rasa
- lada merah/hijau dibelah memanjang (jangan sampai putus)
- nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 


Cara memasak:

1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yang dah siap tos tu, letak gula sikit dan garam secukup rasa.
3. Lepas tu masukkan lada dan biji sawi (masa masuk lada ni tak perlu sampai lunyai pulak, sekadar golek-golekkan  dalam kuali tu sikit-sikit).



HARI KETUJUH : TOM YAM CAMPUR

Bahan-bahan basah:
- ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
- daging - 250 gm (dipotong kecil) 
- udang - terpulang pada tukang masak 

Bahan-bahan A:
-  blenderkan halia
- 3 inci bawang merah
- 6 ulas cili api
- 20 biji (seeloknya yang dah masak berwarna merah) 


Bahan-bahan lain:
- minyak masak - 1/5 cawan
- serai - 6 batang serai (diketuk) - lebih pun boleh
- lobak merah - 2 batang (dipotong)
- bunga kubis - 150 gram
- putik jagung - 2 bungkus
- tomato - 3 biji (potong 4)
- bawang besar - 3 biji (potong 4)
- daun limau purut - 3 atau 4 helai
- limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
- batang saleri - 2/3 batang dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
- sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
- air
- garam
- bahan perasa - jika berminat 


Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar (Bahan A). 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ditambah, hanya untuk empokkan daging.
4. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. 5.Tambahkan air hingga paras air tu 1 1/2 kali ganda dari bahan-bahan yang ada didalam periuk tu. 
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yang telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8. Masukkan juga tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak dan tutupkan api. 
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau. Seimbangkan rasa masin dan masam.


HARI KELAPAN : MEE REBUS

Bahan-bahan: 
- 1 paket mee kuning - celur 

Bahan sayuran:

- taugeh - celur
- sedikit daun sup - hiris nipis
- sedikit daun bawang - hiris nipis
- bawang goreng
- 4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
- 5 biji cili hijau - dihiris nipis
- limau nipis/limau kasturi - di belah dua
- telur rebus - belah dua 

Bahan-bahan kuah:
- sedikit minyak untuk menumis
- 4 sudu cili kering yang di kisar
- 3 biji bawang merah - kisar
- 3 sudu lengkuas yang di kisar
- 4 batang serai dikisar halus
- 2 biji bawang putih - kisar
- RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
- 300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
- 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
- 3 sudu gula atau secukup rasa
- garam secukup rasa
- sedikit ajinomoto
- 4 sudu sos tomato
- air - agak-agaklah 

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.



HARI KESEMBILAN : GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:
- 1 kg ikan kembung (dipotong dua)
- 1 ikat taugeh kasar
- 1 cawan tempoyak
- 1 batang serai 10 biji cili padi
- serbuk kunyit
- garam 


Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.



HARI KESEPULUH :KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan:
- 1 kg kepala ikan
- 50 gm bawang merah
- 30 gm halia (dikisar)
- 30 gm bawang putih (dikisar)
- 50 gm cili kering (dikisar)
- 50 gm ketumbar
- 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
- 10 gm serbuk lada putih
- 40 gm serbuk kunyit
- 1 liter santan kelapa
- 20 gm garam
- 10 biji kacang bendi
- 6 biji terung 


Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

30 Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Dimasak Selama Sebulan (Part 2)

$
0
0
30 Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Dimasak Selama Sebulan (Part 2) l Bagi ibu-ibu dan juga isteri-isteri, pasti teruja nak masak makanan yang lazat untuk keluarga dan suami yang tercinta. Resepi dibawah adalah sambungan daripada resepi 30 Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Dimasak Selama Sebulan (Part 1). Selamat berpuasa dan selamat mencuba menu berbuka puasa yang disediakan dibawah.

30 RESEPI BERBUKA PUASA YANG MUDAH DIMASAK SELAMA SEBULAN (PART 2)


HARI KE SEBELAS : ASAM PEDAS TUMIS MELAKA

Bahan-bahan:
- ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalau melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.
- 7/8 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sebesar ibu jari kaki belacan
- kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
- air asam jawa
- cili yang telah diblender(dapat yang digiling lebih sedap)
- 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
- sedikit halba
- sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
- garam secukup rasa
- perasa ajinomoto jika suka. 

Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawang putih ditumbuk lumat. 
2. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk separuh lumat. Masukkan belacan yang telah ditumbuk. 
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji) tak boleh banyak nanti pahit. Halba untuk naik bau wanginya. 
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi dan kacau. 
6. Masukkan cili yang telah diblender(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu) kacau sebati dan masukkan kerisik. 
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal) atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
8. Setelah garing masukkan air asam jawa. Tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai dengan ikan. 
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati dengan kuah. 
10. Masukkan ikan. Kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat) atau dihiris halus. 
11. Didihkan kuah dan masukkan garam serta perasa.

Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam (masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang. Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasa bezanya anda akan tahu. Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak, ianya tak sedap.


HARI KE DUA BELAS : AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
- 30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
- 1 inci kunyit hidup
- 2-3 batang serai (dititik)
- santan (dari sebiji kelapa)
- 2-3 ulas bawang putih & merah (untuk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah ditumbuk selumat-lumatnya. 
2. Bahan (1) tadi digaulkan dengan ayam di dalam kuali beserta serai yang dititik 
3. Kecutkan ayam dengan bahan-bahan tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5. Perisakan dengan garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehlah ditutup apinya.

Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.


HARI KE TIGA BELAS : SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR

Bahan-bahan:

Inti sumbat:
- 2 biji telur ayam
- carrot (dicincang)
- sosej (dicincang)
- secubit garam
- minyak untuk menggoreng
- 1 sudu besar mayonis

Cara-cara buat inti sumbat:
- campurkan semua bahan dan goreng hancur

Sambal sotong:
- 3 ekor sotong
- 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
- 3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu rempah kari
- 1 biji bawang merah (dipotong bulat-bulat)
- 2 sudu sos cili
- minyak untuk menumis
- 3 batang pencongkel gigi/lidi
- sedikit air asam jawa
- garam & gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
2. Kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukan serbuk kari dan sos cili
5. Kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
6. Masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7. Masukan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat
8. Bila dah masak boleh la hidangkan.


HARI KEEMPAT BELAS : GULAI IKAN KERING UTARA

Bahan-bahan:
- 1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
- 1 biji nenas
- isi / tulang ikan talang kering
- santan
- garam
- bawang merah
- daun kari
- minyak untuk menumis 

Cara memasak :
1. Ikan talang direndam. 
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbuk kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(rasa dulu)  
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis di dalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.


HARI KELIMA BELAS : UDANG LEMAK MERAH DENGAN KACANG PANJANG

Bahan-bahan:
- 1/2 kg. udang - cuci bersih dan toskan.
- 4 tangkai cili padi merah *
- 2 tangkai cili merah *
- 5 biji bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 biji buah keras *
- 1 cm kunyit hidup *
- 2 batang serai - diketuk
- 2 cawan santan pekat
- 6 urat kacang panjang - dipatahkan 2 inci
- 2 keping kecil asam gelugor
- garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu besar minyak untuk menumis

(bahan * dikisar bersama dengan sedikit air)

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
2. Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.
3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


HARI KEENAM BELAS : DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahan:
- 500 gram daging - direbus bersama pewarna merah hingga empuk beberapa titik pewarna merah
- 3 biji cili hijau - dihiris
- 2 biji cili merah- dihiris
- 1 biji bawang bombay - dihiris
- 3 biji bawang putih - dititik
- sos tiram
- sos tomato
- secubit garam
- 2 biji tomato - dibelah 4

Cara memasak:
1. Toskan daging yang telah direbus tadi dan potong nipis ikut suka.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan hiris bersama bawang putih yang dititik. Kacau hingga agak layu.
3. Tambahkan sos tiram dan sos tomato. Tiada sukatan sebab saya pakai masuk saja. Kacau lagi.
4. Masukkan daging bersama tomato dan gaul sebati.
5. Biar seketika di atas api, bolehlah dihidangkan.


HARI KETUJUH BELAS : SUP AYAM ORGANIK

Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam organik bahagian dada - dipotong ikut suka
- 3 biji bawang besar kisar
- 1 inci halia kisar
- 1/2 inci lengkuas kisar - ikut suka
- 2 batang serai dititik - ikut suka
- 5 biji bawang merah - dimayang halus
- sedikit ketumbar *
- sedikit jintan halus *
- sedikit jintan kasar * - kesemua tanda ni * dibasuh, ditos, disangai dan dikisar
- rempah tumis 4 sekawan
- 1 batang lobak merah - dikerat-kerat
- 2 biji tomato - dipotong 4
- 2 biji kentang - dipotong 4
- hirisan daun sup
- sedikit bawang goreng

Cara memasak:
1. Campurkan bahan-bahan kisar dengan ketumbar, jintan kasar dan jintan halus ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan rempah tumis hingga layu dan naik bau.
3. Masukkan campuran bahan-bahan kisar diikuti dengan serai dan kacau sebati.
4. Masukkan ayam bila bahan-bahan kisar tadi telah naik bau. Kacau dan tambahkan air.
5. Bila ayam empuk dan kuah mulai menggelegak masukkan pula kentang dan lobak merah. 
6. Biar hingga kentang dan lobak merah empuk baru tambahkan garam dan perasa secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan potongan tomato tadi. Tutup api dan hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup.


HARI KELAPAN BELAS : KETAM MASAK CILI API DENGAN DAUN PEGAGA

Bahan-bahan:
- 2 ekor ketam (dalam 1kg)
- 1 kotak santan 200ml
- 1 cawan air
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai, dititik
- garam dan sedikit gula
- daun pegaga

Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

Cara memasak:
1. Basuh ketam sampai bersih. 
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan-bahan kisar tu semua. Tunggu sampai mendidih.
3. Tuang santan dan air. Kemudian masukkan ketam. Kacau sikit.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bila ketam dah mula berwarna oren dan santan pun dah mendidih, masukkan daun pegaga dan tutup api.


HARI KESEMBILAN BELAS : SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 1 kiub pati ayam
- 5 biji cili padi
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- 3 sudu sos ikan
- 1 cawan jus limau nipis
- 1 sudu gula
- sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau untuk hiasan

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan dan kelar ikan supaya sos meresap..
2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yang dicampur sedikit jus limau + air
3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam perut ikan
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
6. Cincang halus bawang putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
7. Akhir sekali masukkan bawang holland yang dipotong halus. Kukus sehingga ikan masak
dengan daun ketumbar + limau + cili merah


HARI KEDUA PULUH : TOM YAM THAI

Bahan-bahan:
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing-masing
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara memasak:
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang
Viewing all 480 articles
Browse latest View live