Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Resepi Air Lemon Pudina Untuk Berbuka : Segelas Minum Memang Tak Cukup!

$
0
0
Sumber gambar : Facebook Nieza Nor Hamnira

Bulan puasa ni tahun ni cuaca memang panas sikit. Masuk je tengahari, dah terasa tekak tu kering. Tengok orang jual air bermacam-macam jenis tepi jalan rasa macam nak borong je semua. Maklumlah, nafsu dahaga tengah mencanak goda masa tu. Untuk keringkan serta segarkan tekak korang masa berbuka, apa kata cuba resepi air lemon pudina. Gerenti segelas memang tak cukup. Kos nak buat pun tak sampai RM5.00.

Untuk sesiapa yang nak buat boleh cuba resepi yang mudah dibawah :

Bahan-bahan :

- 3 biji lemon (2 biji untuk blend, 1 biji hiris untuk hiasan)
- 5 helai daun peppermint (pudina)
- 1/2 cawan air gula & ais yang secukupnya.

Cara membuatnya : 

- Kupas kulit lemon, potong dan buang biji sekali 
sebelum blend nak elakkan rasa pahit. 
- Blend lemon yang dikupas & tapiskan dalam jug. Takde blender perah je lemon.
- Masukkan air gula & air ikut tahap kesihatan memasing. (digalakkan guna gula stevia).
- Last sekali masukkan ais. Hiriskan lemon dan siat-siatkan daun pudina sebagai hiasan. 
- Nak tambah lagi rasa segar masa berbuka, boleh perah 3 biji limau nipis/limau kasturi dalam jug.


30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan (Part 2)

$
0
0
30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan (Part 2) l Yang mana ketinggalan dengan 30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan (Part 1), boleh baca disini. Walaupun puasa tak sampai lagi hari yang kesebelas, sekurang-kurangnya korang dah ada idea untuk juadah lauk berbuka puasa dan sahur. Salin atau print out dan tampal kat peti ais. Masuk je dapur, tak perlu nak pening kepala lagi untuk sediakan menu iftar.

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan


HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.



HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak. 
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.


HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!


HARI KEEMPAT BELAS : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.


HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap


HARI KEENAM BELAS :UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.


HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

Source pic : http://watiefatin2707.blogspot.my/

HARI KELAPAN BELAS :  IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan

- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

Source pic : wannadotcom.blogspot.com

HARI KESEMBILAN BELAS :  DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan

- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.


HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1)

$
0
0
Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan l Biasanya cuti sekolah dan selepas raya antara tarikh yang dipilih oleh bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan. Tapi persediaan tu kena siapkan awal. Biasanya persediaan untuk kahwin ni seelok-eloknya dari 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan sehingga sehari sebelum majlis perkahwinan. Persediaan awal nanti takde lah kelam kabut jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Checklist berikut mungkin berguna dan sedikit sebanyak dapat membantu bakal pengantin dalam persedian majlis perkahwinan.

18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1)

Sumber info dan gambar : Fuyyoo Pictures

1. Daftar kursus kahwin. Kursus ini lebih dikenali sebagai Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.


2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja (bagi mereka yang bekerja) kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.


3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.


4. Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada pasangan pengantin untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari ibu bapa pengantin. Benda ni tak wajib. Tak buat pun takpe, takde sape nak marah.


5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain. Untuk maklumat lanjut tentang HIV test, boleh baca artikel ini Cara-Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin


6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.

Yang ni tak wajib, tapi kalau nak bagi sebagai hadiah kepada pasangan tak salah kan?


7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.

Yang ni pun tak wajib juga, tapi tak salah kalau nak bagi hadiah kepada tetamu yang hadir.


8. Gubah barang hantaran. Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan yang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?


9. Tempah juru nikah. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.

Tunggu sambungan  artikel 18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 2) nanti.

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan (Part 3)

$
0
0
30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan (Part 3) l Memasuki minggu fasa akhir bulan puasa, boleh la dicuba menu berbuka puasa yang disediakan. Resepi yang disediakan pun tidak la terlalu susah untuk dimasak. Orang bujang pun boleh masak tau. Ajak sekali kawan-kawan datang berbuka puasa dirumah. Cuba impress diorang dengan cuba menu resepi kat bawah ni.

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan


HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.


HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan. 

Sumber pic : ciptarasanoly.blogspot.com

HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.


HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:

- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

Sumber pic : rossitamz.blogspot.com

HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR

Bahan-bahan 
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.


HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.


HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.


HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak

1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.


HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.


HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

Dapat Bonus RM400 : Syok Giler Dapat Duit Raya Dengan ShopBack!

$
0
0
Seronok tak kalau korang beli barang secara online yang bernilai RM100 dan ada tawaran cashback 10%, maksudnya korang akan dapat balik RM10! Nilai ini akan dikreditkan terus dalam akaun ShopBack korang dengan segera.

Seronok kan bila shopping..ehhh..barang dapat, duit pun dapat. Konpem excited!

Bagi yang baru tahu pasal ShopBack ni, korang wajib baca 2 entri dibawah terlebih dahulu.



Rugi kalau korang beli barang secara online, tapi hanya dapat barang je. Lebih baik daftar dengan ShopBack secara percuma, dapat barang, duit sekali dan ada bonus pulak. Bertambah masyuk la poket korang jawabnya.

Macam mana nak dapat akaun ShopBack? 

Sila daftar melalui link ini SHOPBACK.MY

Langkah-langkah untuk register dengan ShopBack boleh dibaca disini Cara Untuk Dapatkan Cashback Dengan Shopback. Korang akan rugi seumur hidup kalau tak daftar tau! Tunggu apa lagi, daftar sekarang jugak.

HASIL TERKUMPUL DARI SHOPBACK YANG DAH MASUK DALAM AKAUN

Akaun ShopBack yang telah cashout

Ok. Cashback ni pulak korang boleh redeem selepas 60 hari dari tarikh korang shopping tadi. Nanti dalam akaun tu akan dinyatakan bila dah boleh cashout. Boleh pilih nak masuk akaun bank korang / melalui Paypal. Minimum redeem cashback RM10.

Duit hasil ShopBack dah selamat masuk akaun CIMB aku bulan lepas..hehe. Korang mesti jadi pembeli barang secara online dengan bijak,macam aku ni. Beli barang dapat duit dan bonus. Bayangkan kalau korang ni jenis suka beli barang online, rasanya cashback yang korang dapat dah bertingkat-tingkat.

SELAIN DAPAT DUIT, KORANG JUGA AKAN DAPAT BONUS

Antara bonus yang aku dah dapat dari ShopBack

Kalau sebelum ini,  jika ada orang yang sign up melalui referral link korang, korang akan dapat RM5 dan orang yang sign up tu jugak akan dapat RM5 selepas orang tu membeli barang yang berharga RM25 di mana-mana website shopping online di dalam ShopBack.

Bonus yang diberikan sebelum ini

Bonus yang diberikan sekarang ini

Tapi sekarang ni lebih masyuk...korang akan dapat RM25 jika ada orang sign up melalui referral link korang. Orang yang sign up akan dapat RM5 dan korang akan dapat RM25 selepas orang tu membeli barang yang berharga RM25 di mana-mana website shopping online di dalam ShopBack.

So, tunggu apa lagi..baca saje tak jadi. Banyak kali aku dah payung korang ni. Daftar kat sini sekarang jugak di SHOPBACK.MY pastu mulalah shopping kat mana-mana shopping online di dalam ShopBack seperti Lazada, Zalora, Hermo dan banyak lagi.

Contoh Model Rumah Terbaik Untuk Dibina Atas Tanah Sendiri : Rumah Idaman Aku

$
0
0
Contoh Model Rumah Terbaik Untuk Dibina Atas Tanah SendiriDalam artikel yang lepas (Beli Rumah Siap Atau Beli Tanah Lot, Mana Lebih Baik?) aku ada tanya pendapat mengenai pilihan terbaik sama ada beli rumah siap yang dibangunkan oleh pemaju atau beli tanah lot dan buat rumah sendiri atas tanah yang dibeli itu. Setelah fikir banyak kali dan tanya pendapat mereka yang dah mempunyai rumah sebelum ini, kecenderungan aku sekarang ni lebih kepada buat rumah atas tanah sendiri. Kalau ada tanah sendiri, lepas tu buat rumah memang puas hati. 

Bila dah berumur dalam 30-an ke atas, sasaran aku nak memiliki rumah impian yang aku nak. Bagi mereka yang nak beli rumah tu, tetapkan sasaran sekarang sebab harga rumah takkan turun sampai bila-bila. Jadi sekarang ni, aku tengah mencari model rumah dan reka bentuk yang sesuai dan cantik untuk dijadikan sebagai hartanah yang pertama. 

Gambar model dan reka bentuk rumah dibawah ni adalah antara contoh-contoh model rumah impian aku.











Amacam? menarik tak model rumah ni? Manalah tahu korang berminat nak bina rumah atas tanah sendiri nanti, boleh la rujuk mana-mana model rumah yang berkenan tu. 


Ingin Mengetahui Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Teknik Menjana Keuntungan Menerusinya?

Tapi bagi yang berminat untuk beli rumah lelong, dinasihatkan baca link yang disediakan di atas te
rlebih dahulu untuk elakkan risiko nanti. Selamat membina rumah impian korang!

Jus Sufee Snow Primadona : Untuk Wanita Yang Ingin Memejalkan Aset Yang Kendur Dan Jatuh

$
0
0
Jus Sufee Snow Primadona : Untuk Wanita Yang Ingin Memejalkan Aset Yang Kendur Dan JatuhTeringin nak payudara kembali besar, tegang dan montok tanpa perlu keluarkan modal yang besar? Dah cuba pelbagai produk dan jamu lain tapi masih lagi tak berkesan? Apa kata, untuk wanita diluar sana, yang ingin memejalkan aset mereka yang kendur dan jatuh dengan mencuba Jus Primadona. Selalunya jamu-jamu untuk wanita cuma mengetatkan je, tapi istimewanya Jus Primadona ni bukan setakat bagi ketat, tapi padat dan sendat, memang boleh buat cik abang mengigau bangun tengah malam!

Kalau dulu masa belum kahwin ,suami bertungkus lumus simpan duit untuk meminang kita untuk dijadikan isteri. Kenapa kini setelah bergelar isteri kita tidak berusaha berikan yang terbaik untuk gembirakan suami? Tambat hati suami dengan Jus Primadona ni, gerenti suami bertambah sayang dan asyik nak berkepit je!

Biarkan suami jatuh cinta berkali-kali dengan dengan amalkan Jus Primadona

Jus Primadona adalah jus yang sangat berkesan untuk membesarkan payudara dan 100% telah diyakini dapat menambahkan nikmat dalam perhubungan.Jus Primadona ini juga dapat mengetatkan otot faraj dan merawat masalah miss vagina. Dengan Jus Primadona ini juga, dapat menghilangkan kesan stretchmark dan selulit. Kandungan dalam Jus Primadona 100% daripada campuran herba dan terhindar sebarang penggunaan kimia. Kesan seawal 7 hari sudah pasti memberikan anda kesan yang positif. 

KANDUNGAN JUS PRIMADONA

Kandungan yang ada dalam Jus Primadona

Jus Primadona merupakan supplement tambahan khusus buat wanita dan isteri untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan aset kewanitaan demi insan tersayang. Diadun dengan ramuan tradisional dan moden, bahan utama Jus Primadona ialah Pueraria Lobata, kerana ia mempunyai kesan estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Lobata juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara disamping memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul.

Jamu moden ini berperisa kurma dan oren,masam-masam manis dan ada rasa pahit MIRIFICA & LOBATA sebab kami lebihkan 2 bahan penting ini berbanding kebanyakan produk payudara yang ada di pasaran.

ANTARA KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS PRIMADONA

Sedih asyik kena komplen dengan suami payudara kecil,leper dan londeh? Punggung leper  dan tak menarik? Jus Primadona ada penyelesaiannya.


PAYUDARA DAN PUNGGUNG

  • Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur.
  • Memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat.
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut.
  • Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara.
  • Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara.
  • Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara.
  • Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.
  • Melawan kanser payudara dan menggalakkan pertambahan kandungan susu. 

RAHIM DAN VAGINA
  • Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal.
  • Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
  • Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur.
  • Melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan.
  • Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder).
  • Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi.
  • Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami, keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.
  • Merangsang tenaga batin.
  • Membantu mengembalikan fungsi hormon esterogen. juga mengandung kalsium dan magnesium yang berperan dalam kesuburan.(meningkatkan peluang kehamilan).
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin, Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan

KULIT DAN TUBUH BADAN
  • Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’.
  • Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
  • Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan.
  • Mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata

KESIHATAN
  • Menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis.
  • Mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dsb.
  • Menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati.
  • Sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan.
  • Memulihkan sel-sel urat besar dan mengatasi masalah sukar tidur.
  • Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KENAPA PERLU AMALKAN JUS PRIMADONA?

Jus Primadona - terbaik untuk payudara,punggung dan miss vagina.

Aset utama bagi seorang wanita adalah payudara dan pinggul. 10 alasan diatas sudah cukup kenapa anda perlu amalkan Jus Primadona untuk menawan hati suami tersayang. Dengan hanya minum Jus Sufee Snow Primadona , mampu menjadikan anda cantik luar dan dalam. Biar seimbang kedua-duanya. Buatlah suami anda jatuh cinta berkali-kali dengan Jus Primadona ni. Gerenti suami senyum sampai ke telinga.

INFO DAN CARA PENGAMBILAN JUS PRIMADONA 

Amalkan selalu minum Jus Primadona untuk dapat body macam anak dara!

Jus Primadona ini berkuantiti 250ml. Untuk mendapat kesan yang pantas sila amalkan 2 sudu (plastik) sebelum sarapan pagi dan 2 sudu pada waktu malam sebelum tidur. Simpan Jus Primadona jauh dari kanak-kanak dan baik disimpan pada suhu bilik. Goncang sebelum guna. Pastikan guna sudu plastik dan minum air masak banyak-banyak. 

Memang mudah untuk maintain body macam anak dara dan bagi kepuasan maksimum pada encik suami raja dihati! Kalau tak percaya jangan cuba, nanti terkejut pula dengan hasilnya.

TESTIMONI PENGGUNA YANG TELAH GUNA JUS PRIMADONA

Komen-komen yang telah berjaya dapatkan hasil yang dikehendaki dengan Jus Primadona




Antara komen-komen daripada pengguna yang telah berpuas selepas guna produk ini dan telah dapat hasil yang diinginkan. Untuk dapatkan lebih banyak testimoni dan maklum balas daripada pengguna yang telah menggunakan Jus Primadona ini, boleh ke facebook page https://www.facebook.com/Sufee.Snow/photos.

HARGA JUS PRIMADONA

Harga mampu milik bagi mereka yang inginkan menganjalkan payudara dan punggung yang kendur.

RM 55 (SM) + RM6 postage
RM 65 (SS) + RM6 postage

Produk ini merupakan 100% keluaran Bumiputera/Islam dan dijamin halal. Jus Primadona lulus KKM dan di klasifikasikan di dalam pengkelasan makanan. Dapatkan segera Jus Primadona ini pada harga istimewa. Jangan berlengah-lengah lagi untuk selesaikan 1001 masalah yang merungsingkan hati anda.

Untuk order atau pertanyaan, boleh hubungi di fb.com/messages/Sufee.Snow atau message/Whatsapp +6014-8386206.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari di : 

Website : http://www.sufeesnow.com/
Blog       : http://jusprimadona.blogspot.my/
Facebook Page : 
Sufee Snow Official
Instagram: Sufeesnow_official
Hotline : +6014-8386206

Panduan Resepi Dan Menu Diet Atkins : Jangan Terkejut Tengok Inilah Hasilnya!

$
0
0
Panduan Resepi Dan Menu Diet Atkins : Jangan Terkejut Tengok Inilah Hasilnya! Hidup tak selalunya indah. Perkataan 'GEMOK' jadi pembakar semangat. Nekad untuk kuruskan badan dengan makan ubat pelangsing tapi tak kekal lama.Masalah kesihatan janganlah cakap.Sampai masok hospital dibuatnya.Serik kau. Member ajak DA . Macam pelik bila tak makan nasi.Tapi tak cuba tak tahu.8 bulan berusaha dengan gigih akhirnya. Dari 89 kg sampailah 48 kg sahaja. Makan ikut dalam group ni je.Workout kadang-kadang. Tak makan dah pun collagen sebab malas. Kalau putih tu pun sebab mungkin penangan air kosong atau cahaya matahari masa snap pic tu 😂.Cuma nak beritahu, "Berusaha sampai berjaya. 

Hasil dari diet atkins. Mudah je nak cantikkan? Kredit kepada tuan gambar

Kecantikan terserlah dengan amalkan diet atkins selama 6 bulan. Kredit kepada tuan gambar

Hasil penat lelah melalui diet atkins. Kecantikan kian terserlah. Kredit kepada tuan gambar


KENAPA PERLU AMAL DIET ATKINS?

Bagi mereka yang bertekad untuk kurus, tanamkan azam dalam hati untuk buat perubahan fizikal pada tubuh selepas baca artikel ini. Dari bertahun-tahun berada dalam fasa 'gemuk', 'chubby', 'obes' (tak kiralah apa istilah yang digunakan), it is time for you to say goodbye to stubborn fat inside your body and put an end to it. Berapa banyak air mata mengalir bila diejek kerana gemuk? Betapa panas hati bila dibandingkan dengan orang kurus. Orang lain nak gemuk biarkan, asalkan bukan kita. Kita semua sebenarnya dilahirkan cantik dan hensem, tapi kecantikan dan kehenseman itu disembunyikan disebalik kegemukan.  

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan diet atkins, digalakkan untuk memahami diet atkins secara keseluruhan terlebih dahulu. Gerenti tak menyesal kalau amal diet atkins ni. Bayangkan dari fizikal gemuk berubah kepada cantik dan hensem. Tak percaya boleh tengok gambar-gambar di atas hasil dari diet atkins. Siapa yang tak suka! Yang single tiba-tiba ramai peminat dan yang dah kahwin pulak suami/isteri bertambah sayang. Ingat, tiada siapa yang boleh mengubah diri kita selagi kita sendiri tidak cuba berubah untuk jadi lebih baik.

PANDUAN RESEPI DAN MENU DIET ATKINS

Kompilasi resepi yang dikumpul di groud KDA

Nak kurus tak pemakanan tak dijaga tak jadi jugak. Yang menariknya, diet atkins ni korang tak perlu berlapar. Boleh muat turun fail dibawah sebagai rujukan :

Homestay Murah, Selesa Dan Terbaik Di Gambang Water Park : i-Gambang Homestay

$
0
0
Homestay Murah, Selesa Dan Terbaik Di Gambang Water Park : i-Gambang Homestay l Jika datang bercuti ke Pahang atau menghantar anak-anak ke IPTA/IPTS di kawasan yang berhampiran, memang tak sah kalau korang tak datang ke Bukit Gambang Water Park. Sempena cuti sekolah ni, boleh bawak anak-anak dan keluarga tersayang mandi manda dan rehatkan minda di Gambang Water Park. Pernahkah korang terfikir, cukup ke kalau pergi ke Gambang Water Park dalam masa sehari je? Tapi kalau nak pergi ke sana dalam beberapa hari, nak tinggal kat mana? Takkan la nak lepak kat surau atau tidur dalam khemah. Pergi bercuti, tempat penginapan pun mestilah nak yang selesa kan.

Jika korang mencari Homestay di Gambang, Pahangyang berdekatan dengan Gambang Water Park, sangat-sangat dicadangkan supaya menginap di i-Gambang Homestayi-Gambang Homestay merupakan sebuah rumah teres yang selesa, bersih dan selamat untuk korang sekeluarga, sangat sesuai untuk penginapan sementara terutama yang berkeluarga. Tambahan pula, homestay ini menawarkan harga yang murah dan berbaloi untuk percutian bersama keluarga berbanding dengan homestay yang lain. Memang harga penginapan homestay terlajak murah di Gambang, Pahang

KEMUDAHAN YANG ADA DI I-GAMBANG HOMESTAY

Dengan bertemakan konsep homestay, homestay ini menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap, moden dan selesa untuk yang datang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung yang datang ialah : 

  • Kemudahan sofa moden dan selesa di ruang tamu
  • Bilik tidur utama dengan kelengkapan pendingin hawa
  • Ruang dapur dengan kelengkapan memasak, meja makan dan kemudahan peti sejuk.
  • Kemudahan mencuci atau mengeringkan pakaian
  • Kemudahan menonton televisyen dengan pakej Astro
  • Kemudahan almari bagi penyimpanan pakaian
  • Ruang dan kemudahan menunaikan solat
  • Tandas yang bersih dan selesa
  • Kelengkapan bilik tidur dengan katil queen saiz

Rasanya korang tak dapat perolehi kemudahan seperti ini di homestay lain. Apalagi, bila datang bercuti ke Gambang Water Park, jangan lupa pilih i-Gambang Homestay sebagai tempat penginapan. Lokasinya pun hanya 2 minit sahaja dari Gambang Water Park dan beberapa minit sahaja jika korang dari pusat pengajian tinggi seperti Kolej Matrikulasi Pahang, Pusat Asasi UIA, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

RUANG TAMU DENGAN SOFA DAN TV PLASMA

Ruang tamu di i-Gambang Homestay

Ruang tamu yang lengkap dan bersih diutamakan di  i-Gambang Homestay. Homestay macam ni la perlu dicari untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Suasana ruang tamu yang ceria dengan tekstur warna yang mendamaikan, menjadikan percutian korang lebih bermakna disamping orang tersayang. Sofa yang empuk dan karpet turut disediakan kepada pengunjung untuk berehat di ruang tamu. So, tak perlulah korang nak bawa tikar semua tu. Masuk je dalam rumah, kemudahan untuk berehat tu dah disediakan semuanya.

Tv plasma yang disediakan di i-Gambang Homestay

Kebiasaan jenis tv yang disediakan di homestay adalah jenis yang biasa, macam kotak besar. Tapi jika korang menginap di  i-Gambang Homestay, tv plasma 32 yang lengkap dengan pakej siaran Astro disediakan untuk mereka yang menginap disini. Memang syok! Sambil-sambil berehat menghilangkan penat pada waktu malam, boleh la sekali tonton tv dengan keluarga. Apatah lagi kalau time tu, ada siaran langsung bola sepak..bersorak sakan la jawabnya.
 3 BILIK TIDUR

Bilik tidur utama dengan katil yang besar dan penghawa dingin

Bilik tidur yang berhawa dingin disediakan kepada tetamu yang datang menginap

i-Gambang Homestay ini menyediakan 3 bilik tidur yang mana 2 bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Kelengkapan bilik tidur juga disediakan dengan katil queen saiz. Disamping itu juga, kemudahan almari bagi penyimpanan pakaian turut disediakan. Saterika, sejadah, penyidai kain, iron board, toto dan bantal extra juga disediakan untuk keluarga yang ramai.

DAPUR

Seronok kalau homestay lengkap macam ni kan?

Ruang dapur dengan kelengkapan memasak, meja makan dan kemudahan peti sejuk

Fuhh!..memang lengkap kelengkapan memasak,meja makan, peti sejuk, dapur gas dan mesin basuh yang disediakan di i-Gambang Homestay ni. Kalau bercuti biasanya mesti banyak baju yang nak pakai. Maklumlah, asyik basah main air je kan? Jangan risau, mesin basuh kan ada. Nak memasak sendiri pun  takde masalah. Boleh beli barang basah dan masukkan dalam peti. Bestkan? :D

KEMUDAHAN DI KAWASAN SEKITAR

Selain kemudahan penginapan yang selesa dan lengkap, pengunjung yang datang menginap di homestay ini juga dapat merasai kemudahan yang ada di kawasan sekitar seperti :
  • Berhampiran kemudahan kedai makan & kedai runcit (lebih kurang 150 meter)
  • Bukit Gambang Water Park (lebih kurang 2 minit)
  • Kolej Matrikulasi Pahang (lebih kurang 5 minit
  • Kolej Komuniti Paya Besar (lebih kurang 5 minit)
  • Pusat Asasi UIA (lebih kurang 5 minit)
  • Felda Lepar Hilir ( (lebih kurang 5km/8 minit)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP) (lebih kurang 12km/15 minit)
  • Kuantan Airport (lebih kurang 25km/26 minit)
  • Kolej Poly Tech Mara (lebih kurang 30km/32 minit)
  • Kolej Shahputera (lebih kurang 34km/35 minit)
  • Bandar Kuantan (lebih kurang 40km/45 minit

KADAR SEWA DAN DAFTAR MASUK KE I-GAMBANG HOMESTAY

Yang menariknya, korang dapat menikmati kadar sewa yang sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan di i-Gambang Homestay. Dengan pelbagai kemudahan asas yang ada di dalam rumah dan kemudahan di kawasan sekitar, penginapan di homestay ini memang sangat berbaloi.

Daftar Masuk : 2 :00 Petang 

Daftar Keluar : 12 :00 Tengahari 

Bayaran Deposit/Booking : RM50.00 semasa sesi perundingan (baki bayaran semasa daftar masuk) 

Kadar sewa adalah sebanyak RM200.00 bagi Hari Jumaat/Sabtu/Ahad/Cuti Umum & Musim Cuti Sekolah.

Kadar sewa adalah sebanyak RM180.00 bagi hari Isnin hingga Khamis

Harga sewa juga boleh dirunding sekiranya menginap lebih daripada sehari.

Jika korang nak buat tempahan atau nak dapatkan maklumat lanjut berkaitan homestay ini, boleh hubungi pengurus Homestay :

Pn. Aida : 0199179509
En. Ariffin : 0199895693

Boleh datang sendiri untuk tengok homestay ini di alamat : 

i-gambang Homestay
No. 43, Lorong Gambang Damai 10
Jalan Kuantan – Gambang
26300 Gambang, Pahang

Penginapan homestay ini khusus bagi keluarga muslim & muhrim sahaja. Selamat menikmati percutian dengan penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang berpatutan di i-Gambang Homestay :)

Untuk Para Isteri : Jangan Mudah Tuduh Suami Curang Dan Minta Cerai

$
0
0
Untuk Para Isteri : Jangan Mudah Tuduh Suami Curang Dan Minta CeraiKisah suami isteri ini diambil dari Facebook. Semoga mereka yang membaca kisah ini dapat ambil iktibar. Semoga ianya bermanafaat untuk semua.

Tiba-tiba pintu diketuk.
"Siapa tu? 
"Abang lah, sayang..
"Lewatnya abang balik..
"Abang keja banyak...tak sempat siang, kena sambung malam..
"Ooooh..
Esoknya...hal yang sama, isteri jadi pelik..
"Ish! banyaknya keja abang. Hari-hari macam ni. Dah 2 hari, sayang berbuka dengan anak-anak.
Suami senyum. Cium pipi isteri yang mula mencuka..
"Sabar ye, sayang..
Lusa...suaminya pulang pada jam yang sama (12 pm).
Kali ni marah isteri telah menggelegak..
"Abang!!! 
"Iye, sayang..
"Abang curang belakang saya eh? Abang jangan tipu sayang.. 
"Astaghfirullah"
"Baik abang cakap...saya tak nak ditipu tiap-tiap malam oleh abang.. 
"Terserahlah apa yang sayang nak tuduh abang. Yang penting, abang sayang sangat kat sayang.. 
Malam tu, suami tidur di ruang tamu sebab isteri telah kunci pintu bilik.. 
Paginya..
Waktu sahur..jam 4 am.
"Abang..nak sahur tak?
Kasar je isteri kejut sahur. Tidak seperti malam-malam yang sebelum ini. Tapi suaminya tak bergerak..
Isteri mula suspen apabila tersentuh tangan suami yang sejuk kaku..
"Abang!! Jangan main-main dengan sayang.. 
Tiba-tiba terdengar raungan memenuhi ruang..
Suaminya telah menemui Tuhan..
Lebih parah lagi, bila malamnya isteri dikunjungi oleh teman rapat suami.
"Maaf..arwah minta saya rahsiakn. 3 bulan lepas, dia disahkan tumor. Mulai hari itu dia pulun kumpul duit. Target RM50k untuk isteri dan anak-anak. Katanya dia tiada harta lain. Dia minta bantuan saya buka gerai jualan sejak awal Ramadhan. Tapi 2-3 hari ni dia terpaksa kerja lebih sebab katanya masa makin suntuk. Saya tak sangka dia pergi lebih awal. Alhamdulillah, targetnya tercapai. Hasil jualan gerai setakat semalam berjumlah RM10k termasuk duit saving yang dia amanah untuk saya simpan. Arwah macam tahu-tahu jer dia boleh meninggal tiba-tiba. Katanya, dia nak habis nyawa atas riba dan dalam pelukan isteri yang sangat dicintainya. Sebab itu, jam 12 dia akan balik walau gerai masih ramai pengunjung. Ini duitnya, kak RM50k. Peninggalan arwah... " 
Raungan isteri makin kuat!
"Abaaaaaaaag!!!
"Ampunkan sayang...!!

Pengajaran daripada kisah ini


Sebagai isteri, jangan mudah tuduh suami curang, suami ada perempuan lain, suami dah tak sayang isteri dan macam-macam lagi tuduhan yang tak berasas, jika suami sibuk cari nafkah yang halal, balik kerja lewat, tak selalu berhubung dan sebagainya. Melainkan nampak dengan mata sendiri yang suami berkepit dengan perempuan lain atau suami kantoi dengan isteri simpan perempuan lain, yang jenis macam ni tuduh la seberat-beratnya sebab bukti yang sahih dah ada di depan mata. 

Sebagai isteri, jangan tambah api kemarahan ketika suami tengah marah dengan menjawab kata-kata suami. Apatah lagi jika kata-kata tersebut dilemparkan dengan kasar. Lebih baik berdiam diri. Tutur kata tu perlu dijaga. Ketika bergaduh, jangan suka mengungkit dan memaksa lelaki. Perkara seperti inilah lelaki paling tak suka. Ego lelaki memang tinggi ketika marah. Disaat-saat inilah, jika suami hilang sabar, lafaz talak akan terkeluar dari mulutnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasi selagi tidak menyalahi hukum syarak. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu ini ataupun memperlekehkan suami. Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami. Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Sebagai isteri, jangan mudah minta cerai bila bergaduh. Sebab itu, hak talak tak diberikan kepada kaum wanita. Memang diakui, dalam banyak hal, isteri mudah curiga terhadap suami. Bila suami nampak berbeza dari fasa awal perkahwinan ke fasa yang sekarang ini, janganlah cepat melatah dengan membuat tuduhan seperti di atas. Untuk pengetahuan kaum wanita, kebanyakkan lelaki (termasuklah aku) suka pendam dari bercerita, lebih banyak mendengar dari meluah, lebih kepada tindakan daripada percakapan. Tak cakap "I love you", " I miss you" tiap-tiap hari tak  semestinya dia tak sayang. Pokok pangkalnya simpan sayang tu dalam hati.

Kepada isteri-isteri atau bakal bergelar isteri diluar sana, hargailah suami anda. Ingat, syurga anda di telapak kakinya. Redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada isteri.

Jom Ajar Anak Menabung Dengan Kit Bijak Menabung MyCEO

$
0
0
Jom Ajar Anak Menabung Dengan Kit Bijak Menabung MyCEO l “Ibu,nak mainan kereta control tu”, "Ibu nak patung teddy bear yang besar tu". Mesti korang pernah dengarkan pujuk rayu kanak-kanak minta dibelikan barang permainan yang mereka nak.Biasalah tu, kanak-kanak memang tak boleh nak pisahkan dengan mainan. Setiap kali melalui bahagian permainan di dalam pasar raya, kebiasaannya mereka mula merengek dan meminta dibelikan mainan. Selagi tak dibeli, selagi itulah diorang 'mengamuk'. Nak tak nak, terpaksalah dibelikan jugak. Jika ibu bapa yang berduit, tak jadi masalah. Cuma bagi yang kurang berada, duit tu menjadi halangan sedikit kerana ada benda lain perlu diberi keutamaan.

Jadi, dah tiba masa untuk anak-anak diajar untuk menyimpan duit sejak kecil lagi. Jika mereka ada barangan yang nak dibeli, boleh gunakan duit simpanan mereka sendiri. Bila dibeli dengan duit simpanan sendiri, mereka akan lebih menghargai barang tersebut  berbanding kita yang terhegeh-hegeh beli dan beri pada mereka. 

Tapi macam mana nak ajar anak menabung? Nak simpan duit dalam botol ke?

Jangan risau, jalan penyelesaian untuk didik anak-anak simpan duit ialah melalui Kit Bijak Menabung.

APA ITU KIT BIJAK MENABUNG ?

Kit Bijak Menabung adalah merupakan sebuah kit pengurusan kewangan untuk kanak-kanak yang pertama di Malaysia. Kit ini adalah sebuah modul yang mudah, praktikal dan seronok untuk mengajar anak tentang asas kewangan dan konsep pengurusan wang menggunakan konsep SSB (Simpan, Sedekah & Belanja). Ilmu dan kemahiran yang sememangnya tidak diajarkan di sekolah.

tabung duit dalam kit bijak menabung myceo
Idea kreatif dari MyCeo dalam menghasilkan Kit Bijak Menabung...gerenti anak korang suka

Dan semalam, Kit Bijak Menabung baru je sampai di tangan. Tanpa buang masa, terus buka dan tengok apa dalam Kit Bijak Menabung. Memang lain daripada yang lain, percayalah aku cakap. Paling menarik ada tiga jenis tabung dengan stiker yang berbeza dilekatkan. Konsep simpan, belanja dan sedekah secara tak langsung telah diterapkan dalam Kit Bijak Menabung untuk mendidik anak-anak tentang betapa pentingnya menabung. Aku walaupun masih takde anak lagi, tapi dah excited sangat nak suruh anak-anak aku menabung dengan Kit Bijak Menabung suatu hari nanti.

Buat masa sekarang, Kit Bijak Menabung ni aku gunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam kelas. Nak bagitahu pada pelajar tentang kepentingan pendidikan kewangan. Kali pertama diorang tengok semua kecoh nak pegang. Siap ada pelajar yang masukkan duit RM1 dalam tabung tu..hehe. Ada yang tanya "Sir, nak beli kat mana tabung macam sir tu?". Syabas MyCeo kerana menghasilkan produk yang terbaik!

KELEBIHAN KIT BIJAK MENABUNG UNTUK ANAK

Secara ringkasnya, kit ini berupa sebuah modul yang lengkap yang boleh membantu dalam pendidikan dan pembelajaran anak-anak di rumah berkaitan asas kewangan serta konsep pengurusan wang. Melalui kit ini, ibu bapa boleh memberikan anak-anak peluang untuk mengendalikan wang mereka sendiri sebagai langkah pertama dalam menguruskan wang secara bijak.

Antara kelebihan Kit Bijak Menabung : 

- Belajar mengurus & menjana wang secara praktikal
- Berbelanja dengan berhemat 
- Bersedekah kepada yang memerlukan
- Bijak menyimpan untuk masa hadapan  

APA YANG ADA DALAM KIT BIJAK MENABUNG INI ?

Korang takkan menyesal membeli Kit Bijak Menabung ini kerana ia mengandungi :

Satu set 3 buah tabung : Simpan, Sedekah dan Belanja

Memang comelkan tabung ni. Biasanya, kanak-kanak mudah tertarik kepada sesuatu yang comel dan menarik. Bekas tabung bersifat lut sinar dan mudah nampak isi di dalamnya, mudah menarik perhatian anak-anak menabung duit. Secara tidak langsung, anak-anak akan berlumba untuk menabung untuk melihat bekas tabung mereka penuh. Yang lagi menarik, setiap tabung telah dibezakan fungsinya iaitu tabung SIMPAN, BELANJA dan SEDEKAH dan setiap tabung telah diberikan penerangan bagi memudahkan anak-anak memahami fungsi tabung tersebut.

TABUNG SIMPAN : terangkan kepada anak duit dalam tabung ini hanya digunakan untuk masa depan atau kecemasan sahaja. Bukan semua wang simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan. 

TABUNG BELANJA : jelaskan kepada anak duit dalam tabung ini boleh digunakan perbelanjaan harian dan membeli barangan kemahuan mereka. Jika mereka nak beli sesuatu, simpan duit dan masukkan dalam tabung ini.

TABUNG SEDEKAH : ingatkan kepada anak yang tabung akhirat jangan dilupakan. Fungsi tabung ni untuk sedekahkan duit kepada mereka yang memerlukan. Lagi banyak sedekah lagi banyak rezeki datang. Tabungan inilah yang sebenarnya akan menjamin masa depan kita di dunia dan di akhirat.

Sebuah buku panduan untuk ibu bapa

Buku panduan ibu bapa ini mengandungi panduan dan cara macam mana nak uruskan Kit Bijak Menabung ini dengan betul supaya ibu bapa dapat membimbing anak-anak mereka ketika menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang telah disediakan bersama dalam Kit Bijak Menabung. Jadi dinasihatkan kepada ibu bapa supaya hadam betul-betul panduan yang diberikan dalam buku ini. Baca jangan tak baca!

Satu set 4 buah buku sebagai panduan untuk anak-anak iaitu Buku Seronoknya Menabung, Buku Matlamat, Buku Bajet, Rekod Duit Saya

Penerangan secara terperinci mengenai set 4 buah buku ada dinyatakan di bawah.

Buku Seronok Menabung

Buku Seronoknya Menabung ini mengandungi beberapa bab yang memberi info tentang amalan menabung, dari mana sumber wang yang nak disimpan, bagaimana nak menjana wang, perbezaan antara keperluan dan kehendak, cara merancang wang, merekod kewangan dan matlamat yang nak dicapai. Dalam buku ini juga ada beberapa aktivi seperti mewarna, cari perkataan tersembunyi,melukis dan lain-lain lagi. Disamping membaca, anak-anak boleh aktiviti santai yang dinyatakan. Memang seronok!

Buku Matlamat

Buku Matlamat ini pula digunakan untuk menulis matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka masa pendek yang diinginkan. Cara mengisi matlamat jangka masa pendek dan panjang juga turut diterangkan. Stiker juga diberikan untuk dilekatkan dalam ruangan misi tercapai apabila sesuatu matlamat itu berjaya dicapai.

Buku Bajet

Buku Bajet ini mengajar macam mana nak merancang bajet secara mingguan atau bulanan. Disamping itu, turut diterangkan kelebihan bajet dan tip rancang bajet. Bila anak-anak faham tentang kepentingan bajet, diorang akan menguruskan wang dengan lebih baik dan tak berbelanja sesuka hati.

Buku Rekod 

Buku rekod ni untuk rekod aliran duit masuk duit keluar mengikut minggu dan berapa simpanan yang boleh disimpan. Cukup sebulan boleh masukkan dalam jadual sebulan. Mudah untuk rekod, lihat dan rancang untuk bulan seterusnya.

Carta Upah Magnetik

Carta Upah Magnetik ini digunakan untuk merekodkan jenis pekerjaan dan jumlah upah yang sesuai untuk diberikan secara mingguan. Carta upah ni lebih kurang macam "carta gaji" anak kita la. Bila dia buat sesuatu kerja, dapatlah "gaji". Yang ni pun salah satu sumber wang untuk anak-anak simpan dalam tabung. Bila anak buat kerja, tick, cukup satu minggu totalkan berapa “gaji” dia minggu tu. Lekatkan je carta upah ni pada peti sejuk. 

MENGAPA IBU BAPA PERLU BELI KIT BIJAK MENABUNG INI?

Antara komen daripada ibu bapa terhadap Kit Bijak Menabung..anak bertambah rajin nak buat kerja rumah :)

Anak mula belajar berjimat cermat untuk menyimpan duit dalam tabung

1. Memberikan anak-anak peluang untuk mengendalikan wang mereka sendiri sebagai langkah pertama dalam menguruskan wang secara bijak.

2. Mempercepatkan proses penabungan mereka dan tertarik bagi membuat perancangan masa hadapan mereka sendiri.

3. Menggalakkan anak menyimpan sebahagian daripada harga barang yang ingin dibeli dan ibu bapa menambah bakinya sekadar memberi penghargaan bahawa anak berjaya menyimpan. 

4. Mengajar anak untuk melakukan kerja kecil untuk mendapat upah. Ini juga dapat mengajar anak  konsep bekerja dan berusaha untuk menjana pendapatan. Wang yang diterima boleh dikumpul untuk membeli barangan yang diinginkan.

CARA NAK BELI KIT BIJAK MENABUNG

https://myceokidseducationproduct.easy.co/
Tunggu apa lagi, cepat dapatkan Kit Bijak Menabung ini dengan harga yang istimewa

Harga Kit Bijak Menabung ialah RM 49.90

Kos penghantaran ialah RM 10.00 (Semenanjung), RM 15.00 (Sabah/Sarawak)

Cara membuat pembelian:


Sebarang pertanyaan tentang produk ini, boleh hubungi kami melalui :

Pihak MyCEO juga ada membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MyCEO (Agen/Stokis) di seluruh Malaysia.

Berro Pomade, Khas Untuk Lelaki Yang Nak Rambut Kemas Dan Bergaya

$
0
0
Berro Pomade, Khas Untuk Lelaki Yang Nak Rambut Kemas Dan Bergaya l Aset utama bagi lelaki ialah rambut. Kalau rambut nampak kemas dan bergaya, konpem terus nampak kacak. Sekarang ni, macam-macam gaya rambut boleh buat. Bukan apa, kalau sepanjang tahun satu je gaya fesyen rambut tu nampak bosan jugak kan? Cuma masalah bagi kebanyakkan lelaki ni susah untuk gayakan rambut seperti yang dikehendaki. Bayangkan rambut dengan pakai gel..tak sampai tengahari, rambut tu dah jatuh dan nampak berserabut. Dituip angin rambut jadi serabai, kemudian berkelemumur lepas tu keras macam plastik.

Masalah macam ni aku sendiri dah rasa. Bukan mudah nak kekalkan gaya rambut yang kita nak tu dalam masa satu hari. Leceh la nak kena pergi tandas selalu semata-mata nak betulkan rambut yang tak terurus tu. Tapi korang jangan risau, kalau sebelum ni guna gel atau minyak rambut untuk rapikan rambut, rasanya segala jenis produk gel tu dah boleh letak tepi. Jadi sekarang ni, korang wajib cuba Berro Pomade, memang berbeza dengan minyak rambut yang ada jual dekat mana-mana pasaraya tu. Yang powernya Berro Pomade ni lepas pakai helmet pun boleh sikat balik. Rambut kerinting pun boleh sikat jadi lurus. Power tak?

Lelaki nak jadi kacak bukan susah pun..beli dan pakai je Berro Pomade ni.

APA YANG ISTIMEWANYA TENTANG BERRO POMADE?

Korang tahu tak, 60% lelaki mengalami masalah nampak selekeh. Selalunya punca tu disebabkan oleh rambut mereka tak rapi dan berkerinting. Mesti penatkan setiap kali masuk ke tempat kerja, mesti kena pergi tandas nak sikat rambut dulu. Jadi, untuk atasi masalah ini, banyak lelaki di Malaysia ni, termasuklah aku sendiri dah beralih untuk cuba Berro Pomade yang murah dan berkualiti ni.

Diorang dah guna Berro Pomade..korang bila lagi? Kemas je tengok rambut tu.

Kelebihan Berro Pomade :
  • STRONG HOLD :100% yakin rambut boleh lurus dan senang dibentuk serta mampu bertahan selama 36 jam. Jadi tak perlulah 10 minit sekali nak kena pergi tandas sebab nak betulkan rambut. Rambut jadi lebih kilat sepanjang hari!

  • WATER BASED : Sesetengah gel rambut, bila nmandi susah untuk tanggal dari rambut. Tapi dengan pomade ni, basahkan je rambut terus clear. Tak perlu guna syampu.

  • DIIKTIRAF KKM : Yang lebih utama, pomade ni selamat dan halal untuk digunakan. Sesetengah pomade di Malaysia ada yang tak diiktiraf oleh KKM. Risiko dan berbahaya kalau kita guna produk yang tak ada kelulusan.  Tapi produk Berro Pomade ni lulus KKM dengan No: NOT160502000K. 

  • BUATAN MALAYSIA : Merupakan pomade terbaik buatan anak tempatan Malaysia!

  • BAU WANGIBau wangi lembut macam lepas mandi. Dan bau wangi ni mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama. Awek pun boleh tergoda tau bila terhidu bau wangi dari pomade ni.

JENIS-JENIS BERRO POMADE

Berro Pomade ni ada disediakan dalam dua jenis iaitu Berro Pomade Strong Hold dan Berro Pomade Extra Shine. Aku pilih pomade jenis Strong Hold sebab rambut aku ni jenis lurus, so nak jadikannya pacak, kena guna pomade jenis ni. Dua tiga kali sapu kat rambut, terus jadi pacak. Mudah je, sapu macam tu je dan tak perlu sikat. Jadi, terpulanglah pada korang nak pilih pomade yang mana, ikut kesesuaian rambut dan cita rasa masing-masing.

Jenis-jenis pomade yang dijual..boleh pilih sama ada nak extra shine atau strong hold

Berro Pomade Extra Shine 
- Medium hold.
- Sesuai untuk rambut normal dan rambut panjang.
- Apple fruity scent.
- Waterbased.

Berro Pomade Strong Hold 
- Medium shine.
- Sesuai untuk rambut yang kerinting dan rambut normal.
- Wild berries scent.
- Waterbased.

CARA PENGGUNAAN BERRO POMADE

- Calit dan ratakan pada tangan.
- Pastikan rambut dalam keadaan lembap (pastikan rambut tak basah ye)
- Usap pada rambut dan ratakan.
- Sisir rambut kebelakangan dan sisir pula kebahagian sisi.
- Untuk hasil lebih baik, gunakan lebih dari satu calit dan guna sikat yang sesuai.

BERAPA HARGA BERRO POMADE?

Untuk pembelian, korang boleh beli pomade ini secara berasingan (pilih yang mana suka) atau secara combo. Harga bagi setiap jenis pomade juga telah disediakan sebagai rujukan. Gerenti, sekali korang beli pomade ni, berkali-kali korang rasa nak order lagi. Baunya memang mengoda tau..hehe. Mana tahu ada awek tersangkut hati dekat korang bila pakai pomade ni.

Harga pomade memang murah dan sangat berkualiti..rugi kalau korang tak beli!

Berro Pomade Strong Hold  (100gram)
HARGA PROMO HANYA RM35 SAHAJA!

Berro Pomade Strong Hold  (50gram)
HARGA PROMO HANYA RM20 SAHAJA!

Berro Pomade Extra Shine (100gram)
HARGA PROMO HANYA RM35 SAHAJA!

Berro Pomade Extra Shine (50gram)
HARGA PROMO HANYA RM20 SAHAJA!

Comb
RM7 SAHAJA

Harga diatas tidak termasuk dengan postage. Postage ke semenanjung RM7 dan postage ke sabah sarawak RM10.

Tunggu!! 

Bukan itu je yang ditawarkan untuk korang. Kalau korang beli pomade ni SECARA COMBO, korang akan dapat secara percuma : 
  • Barber Comb untuk setiap pembelian COMBO!
  • Merchant sticker bagi setiap unit!

Beli secara combo lebih jimat dan menguntungkan tau. Tapi serius aku cakap, sikat pomade ni memang terbaik. Special made untuk customer pomade ni. 

CARA NAK DAPATKAN BERRO POMADE

Berro Pomade ni bukan hanya untuk kegunaan diri sendiri je, boleh jugak dijadikan sebagai hadiah. Bagi perempuan, boleh beli pomade ni untuk diberikan kepada teman lelaki/tunang/suami sebagai hadiah sempena hari jadi atau anniversary. Konpem lelaki tak tolak kecuali dia botak je..hehe. Berro Pomade ni pun boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran tau.

Untuk dapatkan Berro Pomade, boleh :

  • call/sms/whatsapp 014 2485 938
Untuk info dan maklumat lanjut boleh layari :

Tunggu apa lagi? Dapatkan Berro Pomade yang selamat dengan harga bajet ni sekarang!

Download Filem Train To Busan (2016) : Filem Seram Dan Menyayat Hati

$
0
0
Download Filem Train To Busan (2016) : Filem Seram Dan Menyayat Hati l Kalau korang baca tajuk filem ni, mesti korang anggap filem ni boring kan? Plot cerita pun mesti cliche je...dah boleh agak jalan ceritanya macam mana. Haaa..belum tengok belum tahu penangan filem ni. Bagi yang tak tengok lagi filem, korang wajib spend masa korang untuk tonton filem Train To Busan ni. Walaupun korang tak minat dengan filem Korea, tapi aku jamin filem ni lain dari yang lain. Plot cerita simple je tapi watak dan nilai yang ditonjolkan dalam filem yang menjadikannya menarik. Pastikan tisu ada disebelah korang masa tengok filem ni ye.

Zombi mula menganas dalam keretapi

SINOPSIS FILEM TRAIN TO BUSAN

Filem Train To Busan mengisahkan perjalanan seorang bapa, Seok-woo, bersama anak perempuannya, Soo-an, dalam perjalanan menaiki keretapi KTX dari Seoul menuju ke Busan. Kisah bermula apabila Seok-woo, seorang workaholic yang telah bercerai tinggal bersama ibunya di Seoul. Sentiasa sibuk di pejabat menyebabkan beliau jarang meluangkan masa bersama anaknya sehinggakan beliau terbeli hadiah hari jadi yang sama buat Soo-an

Untuk memujuk anaknya, beliau berjanji untuk menghantar Soo-an ke rumah bekas isteri di Busan kerana Su-an terlalu rindukan ibunya. Sebelum berlepas, salah seorang yang terkena jangkitan virus berjaya masuk ke dalam keretapi tersebut tanpa disedari oleh penjaga keretapi. Setelah beberapa minit berlepas, penumpang mula sedar dengan ancaman zombi di dalam keretapi. 

Lebih parah lagi, apabila terkena gigitan, penumpang yang berada dalam keretapi itu akan bertukar menjadi zombi dan menyerang penumpang lain. Lebih malang lagi, virus zombi telah pun merebak ke seluruh bandar dan mereka tiada jalan lain selain meneruskan perjalanan ke Busan dengan keretapi dipenuhi zombi. Yang menyayat hati apabila Seok-woo bertukar menjadi zombi dan.................

Disangka penumpang sakit, cuba merawat dan telah diserang oleh zombi

Askar-askar juga telah bertukar menjadi zombi dan menyerang penumpang lain

Korang wajib tengok plot yang ni..pasti korang akan geram dan menyampah dengan orang tu!

Nak tahu ending filem Train To Busan ni macam mana, boleh download di bawah. Kalau korang dah tengok filem ni kat facebook, kena tengok sekali lagi. Sebab yang ni lagi clear dan sarikata dalam bahasa inggeris. Yang dalam facebook tu, sarikata dalam indon. Tak berapa nak faham.

DOWNLOAD FILEM TRAIN TO BUSAN (2016)

LINK UNTUK DOWNLOAD


LINK UNTUK DOWNLOAD SARIKATA ENGLISH

Cara Mudah Download Mediafire Movie Dengan Bit Comet

$
0
0
Cara Mudah Download Mediafire Movie Dengan Bit Comet l Disebabkan artikel ini 3 Websites / Laman Web Untuk Download English Movies Percuma ramai yang tanya tentang cara-cara untuk download movie. Ada yang tanya melalui email dan Whatsapp tunjuk ajar diorang macam mana cara untuk download movie ni. Jadi, untuk memenuhi permintaan korang, aku dah sediakan satu tutorial yang lengkap cara untuk download movie mediafire dengan mudah. Setakat ni, hampir 2000 filem aku dah download. 

Nak movie boleh pm ye :)

CARA MUDAH DOWNLOAD MOVIE MEDIAFIRE DENGAN BIT COMET DOWNLOADER

1. Untuk download movie dari mediafire dengan mudah, korang perlu install 2 aplikasi ini terlebih dahulu, iaitu Comet Bird browser dan Bit Comet downloader. Nak install boleh download disini Comet Bird browser dan Bit Comet downloader . 

2. Bit Comet browser boleh install macam biasa. Tapi Bit Comet downloader tu, bila dah siap install akan keluar paparan seperti di bawah. Dan korang kena klik pada button sign up (daftar) seperti di dalam gambar. 

Klik pada button sign up pada sebelah kiri,seperti dalam gambar

3. Bila tekan pada button sign up, korang akan dibawa ke satu halaman di mana korang dikehendaki memasukkan butiran yang diperlukan seperti di dalam gambar di bawah. Kalau korang tak nak daftar pun takpa. Cuma bila korang dah daftar dan sign in dalam Bit Comet Downloader tu...setiap kali korang download movie, korang akan diberikan macam pangkat la, lebih tinggi pangkat korang, lebih laju speed untuk download movie nanti.

Sign Up dengan masukkan maklumat yang dinyatakan diatas..percuma jer!

4. Seterusnya pergi ke website 300mbfilms.Com untuk download movie yang korang nak. Pastikan korang bukak website di atas tu melalui Comet Bird browser yang korang dah install dalam step pertama tadi. Apa yang menarik tentang website 300mbfilms.Com, kebanyakkan movie adalah bersaiz kecil tetapi movie clear giler. Dalam website ini bukan terhad pada movie sahaja,drama bersiri dan anime pun ada sekali. Semua movie dan drama bersiri English la, yang movie melayu takde. Filem hindi, korea dan cina pun ada jugak.

Ni la laman web yang aku selalu download movies

5. Pilih movie mana yang korang nak dan klik pada tajuk movie. Seterusnya, korang akan dibawa ke halaman movie tersebut. Korang mestilah scroll down halaman tu sampai ke bawah dan akan jumpa perkataan CLICK HERE TO Get links. Pilih yang kedua. Contoh seperti di bawah.

Link untuk download movie

6. Bila dah klik pada link tu, korang akan ke halaman seperti gambar dibawah. Kalau ada iklan Adf.ly tu, korang klik Continue sehingga dibawa ke page tersebut . Untuk masuk ke page dibawah tu ada password yang korang kena masukkan. Passwordnya ialah 300mbfilms Dah masuk halaman ni, ada pelbagai jenis link yang disediakan untuk download movie. Bagi aku, lebih suka pilih link ZS (Zippy Share) dan MU berbanding link lain. So, klik mana-mana link yang korang nak tu.

Link ZS dan MU lebih mudah download. Jangan lupa download semua part yang diberikan. Kalau ada 5 part, download kesemuanya

7.  Katakanlah korang pilih link ZS atau MU. Klik pada part 1 dan korang akan dibawa ke halaman download file tersebut. Kalau keluar iklan Linkshrink, korang klik je Continue sehinggalah korang dibawa ke halaman untuk download file tersebut. Cuma rasa sedikit annoying bila iklan pop up dari Linkshrink banyak keluar. Tapi jangan risau, ada caranya tak nak bagi rasa annoying dengan iklan pop up ni. Baca cara dibawah.

Cara nak elak keluar iklan pop up semasa klik file untuk download

Caranya mudah sahaja. Untuk elakkan iklan pop up keluar, korang pergi ke mana-mana link yang korang nak dan pada part 1 dan part yang seterusnya, klik kanan dan akan keluar paparan seperti diatas. Pastikan korang pilih Copy Link Location. Kemudian buka new tab dan paste link yang korang copy tadi. 

Contoh: http://linkshrink.net/zmXz=http://www68.zippyshare.com/v/JIaTexMe/file.html . Korang buang link iklan yang bertanda kuning dan tekan enter. Jadi, akan direct ke page untuk download movie tu tanpa melalui page yang ada iklan. Contoh korang boleh tengok gambar di bawah.


Pastikan korang download semua part yang diberikan. Langkah sama macam di atas.

8. Bila korang dah siap buat step 7 yang di atas tu, korang akan dibawa ke halaman seperti dibawah ini (jika korang pilih Link ZS). Kat sinilah korang akan download file bagi setiap part. Tekan je Download Now dan akan keluar satu paparan seperti dibawah. Selepas tu, pilih Download This File With Bit Comet dan klik Ok.


9. Bila dah klik Ok,korang akan dibawa ke Bit Comet Downloader yang korang install sebelum ni. Pastikan ada tulis Resume Supported pada paparan seperti dibawah dan klik Download Now. Bila dah siap download semua part, klik pada file tersebut untuk extract movie. 

File yang dah siap download akan ada bunyi "ting". Kalau movie tu ada 5 parts, download ke semuanya.

Dibawah ni adalah antara movie yang dah di download. Separuh burn dalam cd,separuh ada dalam laptop dan separuh lagi simpan dalam external hardisk 2TB. Tak perlu pergi pawagam nak tengok movie, semua ada dalam simpanan. Boleh bukak wayang kat rumah ni..hehe

Antara movies yang terbaru ada dalam koleksi aku..dalam external hardisk hampir 1000 movies.

So, mana-mana yang berminat nak download movies tu, bolehlah ikut tutorial yang disediakan kat atas. Tak faham boleh tanya ye.Selamat mendownload :)

12 Gaya Dan Fesyen Rambut Lelaki Terkini Yang Menarik

$
0
0
12 Gaya Dan Fesyen Rambut Lelaki Terkini Yang Menarik l Rambut antara salah satu aset penting bagi lelaki. Lelaki pun tak nak kalah dengan perempuan tau. Kalau perempuan dengan pelbagai fesyen tudung, lelaki pulak dengan berbagai jenis fesyen rambut. Kata orang, tak hensem takpa, asalkan rambut bergaya. Sekarang ni ada bermacam-macam jenis gaya dan fesyen rambut boleh korang cuba. Cuma kebanyakkan lelaki yang pergi kedai gunting rambut, diorang suruh tukang gunting rambut tu nipiskan tepi kiri kanan, belakang potong pendek dan tak nak potong sideburn. Standard punye potongan rambut. Standard pun tu dah kena bayar RM10. 

Rambut tuan punye blog standard je..maklum la cikgu

Mesti korang rasa nak cuba gaya dan fesyen rambut terkini, tapi takut tukang gunting rambut tu tersilap potong. Kita nak gaya lain, tapi dipotong dengan gaya yang entah hape-hape. Tersilap potong rambut boleh jadi stress...nak tunggu rambut tu tumbuh balik.Tapi korang jangan risau, boleh cuba 12 gaya dan fesyen rambut lelaki terkini yang menarik di bawah. Tunjuk je gambar pada tukang gunting, konpem dia tahu macam mana cara nak potong ikut kehendak korang tu.

12 Gaya Dan Fesyen Rambut Lelaki Terkini Yang Menarik

Dibawah ada disediakan gambar-gambar 12 gaya dan fesyen rambut lelaki terkini yang menarik untuk korang cuba. Bagi perempuan, nak pasangan korang nampak bergaya, bolehlah tunjukkan diorang fesyen dibawah ni ye. Tapi pastikan pilih potongan dan fesyen rambut tu tak menyalahi ajaran agama islam.


Amacam? berminat tak dengan fesyen rambut di atas? Korang boleh pilih ikut selera dan bentuk muka korang. Konpem cair perempuan tengok fesyen rambut korang nanti. Kalau korang nak gayakan rambut tu, boleh cuba guna Berro Pomade ni. Selamat berfesyen rambut baru la ye :)

Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM

$
0
0
Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM l Mungkin ramai yang dah mahir cara nak transfer duit melalui mesin ATM Maybank ke bank lain dan mungkin juga ada lagi yang masih tak tahu cara nak gunakannya. Ada jugak orang yang nak beli barang secara online tapi tak tahu cara nak transfer duit dengan mesin ATM terutamanya apabila melibatkan akaun bank yang lain. Jangan risau, dari mesin ATM Maybank boleh transfer ke mana-mana bank yang telah disediakan.

Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM

Jika korang nak transfer duit dari akaun bank yang lain, contohnya CIMB, langkah pertama ialah dengan memilih paparan yang menunjukkan LAIN-LAIN URUSNIAGA

Kemudian, pilih paparan yang menunjukkan PINDAHAN

Seterusnya, pilih urusniaga yang menunjukkan PINDAHAN ANTARA BANK MEPS

Langkah yang berikutnya ialah dengan memilih jenis pindahan. Untuk transfer duit ke akaun bank lain, korang diberi pilihan sama ada memilih pindahan interbank segera atau pindahan interbank giro (IBG). Digalakkan korang pilih PINDAHAN INTERBANK SEGERA kerana duit yang di-transfer itu masuk dengan segera. Beza antara pindahan segera dan pindahan interbank boleh tengok di bawah.

Perbezaan antara pindahan segera (instant transfer) dengan pindahan interbank (ibg transfer)

Seterusnya korang akan diminta untuk memilih jenis bank penerima seperti yang dipaparkan di atas. Masukkan KOD BANK dan tekan YA. Jika takde bank yang korang nak, boleh tekan LAIN-LAIN BANK.

Kemudian, paparan yang seterusnya  akan keluar seperti yang diatas

Contoh transfer duit antara Maybank ke Cimb (sumber facebook)

Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam : Bonus RM500 Bagi Penjawat Awam Dan RM250 Bagi Pesara Dibayar Januari 2017

$
0
0
Kandungan Intipati Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam l Pembentangan bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru sahaja dibuat. Jadi, dibawah disertakan kandungan intipati belanjawan Malaysia Bajet 2017 yang melibatkan inisiatif atau bonus untuk penjawat awam dalam peruntukan Bajet 2017. Diharapkan dengan pemberian bonus dan pelbagai inisiatif yang lain, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban kos sara hidup kakitangan kerajaan. 

KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2017 UNTUK PENJAWAT AWAM


Pertama : Bayaran khas RM500 diberikan kepada semua penjawat awam dan RM250 diberikan kepada para pesara kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.


Kedua : Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5000 kepada RM10,000


Ketiga : Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5000 setiap 3 tahun.


Keempat : Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.

 
Kelima : Cuti belajar dengan gaji penuh + biasiswa diberikan kepada Kumpulan Pelaksana.


Keenam : Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM200,000 hingga RM750,000.


Ketujuh : Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.


Kelapan : Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar. Kerajaan juga mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRR1M) UNTUK 2017


Pertama : Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450


Kedua : BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dinaikkan  daripada RM1,050 kepada RM1,200.

Ketiga : BR1M isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Keempat : Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Biasanya pembayaran bonus untuk kakitangan awam 2017 akan dibuat pada awal bulan Januari kerana minggu ketiga bulan Januari 2017 adalah tarikh pembayaran gaji. Secara tak rasminya, pembayaran bonus untuk penjawat awam bagi tahun 2017 seperti dibawah : 

Tarikh : Awal Bulan Januari 2017 minggu pertama atau kedua (akan dikemaskini)
Bayaran Bonus Penjawat Awam     : Bantuan Khas RM500
Bayaran Pesara Kerajaan/Pencen  : Bantuan Khas RM250

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dikemaskini selepas pengumuman dan pekeliling telah dikeluarkan. Selagi tiada pekeliling rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) tarikh bayaran bonus 2017 akan berjalan seperti tarikh yang telah ditetapkan sebelumnya.

Cara Nak Edit Gambar Ala-Ala Photoshop Dengan Guna Powerpoint

$
0
0
Cara Nak Edit Gambar Ala-Ala Photoshop Dengan PowerpointSaya nak share sikit, cara-cara nak edit gambar guna powerpoint. Silakan share, supaya semua orang dapat manfaat ni sama-sama. 

Saya ada run business kecil-kecilan dengan isteri dan member se-universiti. Bila nak jual, mesti kita akan tengok business-business lain yang dah maju, popular and jadikan diorang sebagai reference. Saya perasan, antara perkara yang paling penting bila nak jual barang online ni, gambar. Gambar kena cantik, tambah pulak dengan model yang molek-molek, supaya bila user scroll FB atau Instagram, diorang akan stop and tengok. Sebab apa? sebab gambar cantik. Jadi, kitorang ada masalah nak produce gambar yang cantik-cantik and sama standard macam big brands yang lain.

Saya takde kamera DSLR (tak mampu nak beli dan tak pandai pakai), tak pandai guna photoshop (dulu saya study course business), takde modal nak photoshoot kat studio, dan takde kawan-kawan artis yang boleh tolong promote (for free). Jadi terpaksa lah guna apa yang ada je. Yang saya ada, handphone Samsung Galaxy A5 (version lama), selfie stick, laptop, and Powerpoint yang memang dah install kat laptop.

Saya ambik gambar kat ruang tamu rumah member, berlatarbelakangkan dinding (yang ada crack here and there), dan sebelah tingkap yang ada direct sunlight waktu tengahari sebagai lighting...haha.

Cara Nak Edit Gambar Ala-Ala Photoshop Dengan Guna Powerpoint


1.  Pertama sekali, snap gambar dulu, transfer dalam laptop, and bukak Microsoft Powerpoint. Mula dengan tekan “Design” (kat bahagian atas). Kemudian, tekan “Page Setup”. Seterusnya, tukar width dengan height jadi 30 x 30. Tujuan saya buat sizing jadi petak macam ni, sebab bila post kat Instagram, dia nampak kemas, kalau nak dibandingkan dengan bentuk memanjang. Lepas dah tukar sizing tu, tekan OK.


2. Copy paste gambar yang korang dah snap kat main screen.


3. Besarkan gambar ikut kesesuaian, dan crop bahagian-bahagian yang terlebih-lebih dan bahagian-bahagian yang tak nak pakai tu. Tau tak macam mana nak crop ? Double click gambar, cari button “Crop” kat bahagian atas kanan korang.


4. Next, click kat gambar, tekan “Format”, then tekan “Remove Background”.


5. Lepas click “Remove Background”, dia akan appear macam ni. Korang boleh adjust points yang ada kat keliling gambar tu, and adjust supaya gambar model tu tak terpotong. Warna purple tu, bahagian yang akan dibuang. Kalau dah adjust points tu, tapi still tak dapat buang bahagian-bahagian tertentu, guna tools yang ada kat atas kiri (dalam box merah). Tools tu boleh adjust bahagian-bahagian yang Powerpoint tak auto-detect. Adjust sampai okay, and then tekan “Keep Changes” atau tekan button “Esc” kat keyboard korang.


6. Ni, hasil lepas “Remove Background”. Kalau masih ada bahagian-bahagian tertentu yang korang nak adjust, repeat balik step tadi.


7. Right click dekat background (luar daripada main screen), and click “Format Background”.


8. Tekan “Fill”, and pilih color yang korang nak jadikan background. Sebagai contoh, saya pilih warna biru cair untuk jadikan background gambar ni. Warna putih je pun takpe.


9. Main screen akan appear macam ni. Next step !


10. Right click dekat gambar model, and click “Format Picture”. Tekan “Shadow”. Lepas tu tekan “Presets” and pilih shadow ikut kesesuaian. Sebagai contoh, saya pilih outer yang dalam kotak merah tu.


11. Lepas tu, tukar range “Blur” jadi 100 pt. Tukar range “Distance” jadi 200 pt. Lepas tu tekan “Close”


12. There, gambar nampak hidup sikit, acah-acah ambik kat studio dengan background biru cair. Tapi nampak kaki model tengah duduk menyenget. Untuk tutup kaki model tu, saya ada cara lain selain daripada "crop". Pergi next step.


13. Click “Insert”. Click “Shapes”. Pilih shape rectangle, and buat shape rectangle tu atas kaki model yang kita nak tutup tadi tu.


14. Right click kat rectangle tu, and then tekan “Format Shape”. Tekan “Fill”. Tekan “Gradient Fill” Lepas tekan “Gradient Fill”, button 3, 4, 5 tu akan appear. 

Click button 3, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background (step yang awal-awal tadi). 

Click button 4, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background. 

Click button 5, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background. Untuk button 5, ada extra step. Lepas dah tukar color, bahagian “Transparency” tu, tarik ke kanan sampai 100% .

Jangan tekan close dulu. Proceed dengan next step.


15. Sekarang, tekan “Line color”. Tekan “No Line”. Tekan “Close”.


16. Hasilnya, kaki dah tak nampak. Korang boleh adjust rectangle tu supaya dapat cover kaki model tu, supaya ngam-ngam je. Rectangle tu still ada kat situ, cuma warna dia dah blend dengan warna background. Sebab tu kena pilih warna yang sama dengan warna background. Kalau nak tukar warna background, make sure tukar warna rectangle si pemotong kaki gambar ni jugak haha. Dah nak siap ni, proceed dengan next step.


17. Tekan “insert”. Tekan “Text box”. Tambah tulisan untuk highlight gambar tu. Contoh, boleh letak nama tudung tu. Macam dalam gambar ni, saya letak nama series tudung ni. Boleh guna font pilihan masing-masing, warna font bersesuaian, and susun ikut kreativiti masing-masing. Kalau perlu lebih daripada 1 text box, silakan.


18. Cara nak save, tekan “File”. Then tekan “Save as”. Letak nama gambar, and tukar “save as type” tu jadi “JPEG” atau mana-mana format gambar yang sesuai.

Sumber : Facebook 

Produk Kecantikan Yang Selamat Dan Berkesan Dengan Organichana : Produk 100% Homemade Dan Natural

$
0
0
Produk Kecantikan Yang Selamat Dan Berkesan Dengan Organichana : Produk 100% Homemade Dan NaturalPernah dengar tak berita yang mana kebanyakkannya wanita mengalami kulit yang rosak teruk selepas menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia? Wajah yang cantik bertukar menjadi hodoh dan berjerawat akibat penggunaan produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Mesti pernah dengar kan?

Memang dah lumrah wanita nak jadi cantik...pantang dengar ada produk kecantikan yang berkesan seawal 3 hari, mesti dia nak beli. 
Kebanyakkan produk kosmetik dibuat daripada bahan kimia kerana memberi kesan yang cepat kepada pengguna. Tetapi elok ke untuk kesihatan? So, dinasihatkan kepada wanita yang nak cantik diluar sana tu, bertukarlah kepada produk yang selamat dan terjamin keberkesanannya. Pilih produk yang berasaskan bahan semulajadi. Apabila bahan semulajadi digunakan, kulit kita pun akan dapat nutrisi yang diperlukan untuk menjadi lebih sihat dan cantik.

PRODUK KECANTIKAN YANG SELAMAT DAN BERKESAN DENGAN ORGANICHANA : PRODUK 100% HOMAMADE DAN NATURAL

Apa kata, mulai daripada hari ni, wanita yang diluar sana tu cuba produk kecantikan dan rawatan kulit organic keluaran Organichana. Yang menariknya, produk kecantikan keluaran Organichana ini merupakan produk homemade, handblended, handcrafted, di adun di rumah hanya menggunakan bahan-bahan natural dan organik yang berkualiti yang diimport di U.S dan ada dari Malaysia sendiri. Paling penting, ianya adalah produk kecantikan yang tiada bahan kimia.

Antara produk kecantikan keluaran Organichana yang wajib dimiliki oleh wanita

Dikeluarkan sejak oktober 2014, kini sudah 2 tahun di pasaran, dan mempunyai lebih 30 orang ejen/stokis sah di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei. Organichana mengeluarkan produk secara batch, dalam kuantiti yang terkawal untuk memastikan produk sentiasa dalam kualiti yang baik. Produk diformulasi dan dihasilkan sendiri, tiada lemak haiwan, halal, tiada kimia berbahaya dan hanya mengunakan minyak-minyak tumbuhan, butter, herba. Kini, Organichana mempunyai 2 Outlet Store Di Dataran Sunway Kota Damansara dan Alam Avenue 1,Shah Alam. (Boleh Whatsapp untuk dapatkan lokasi melalui Waze)

PRODUK KECANTIKAN  KELUARAN ORGANICHANA

Cinnamon Sauda Soap..sabun untuk mereka yangada jerawat aktif, berminyak, kadang-kadang sunburn, gatal dan eczema.

Sesiapa yang ada masalah jerawat membiak dengan aktifnya, kulit muka berminyak,sunburn, gatal dan eczema, cuba guna sabun ni. Melalui produk sabun organik ni, jerawat mulai kering dan bekas nanah menipis dalam masa seminggu.  Sebenarnya, ada bermacam-macam produk sabun yang dihasilkan oleh Organichana seperti Charcoal Soap, Wonderclay Soap,Coffee Soap, Organichana Scar Soap dan banyak lagi. Sabun-sabun ni dihasilkan melalui teknik "COLD PROCESS" iaitu ianya perlu melalui fasa ‘curing’ sebelum benar-benar selamat dipakai untuk kulit. Untuk pengetahuan korang, sabun homemade kandungan gliserinnya adalah jauh lebih tinggi dan asli tidak sama dengan sabun yang dihasilkan secara mass production dimana kandungan gliserin di asingkan untuk dijual secara berasingan, Tiada SLS, SLES (Agen buih yang mengeringkan kulit)–Sabun Lavendar

Firming Eyecream untuk merengsakan mata yang letih

Kawasan mata kita ni lembut, halus dan sangat sensitif. Tak nak la lepas bangun tidur ada kesan lebam bawah mata. Sebab tu ada KRIM MATA khas untuk mata yang mana 100% homemade. So, fungsi FIRMING EYECREAM ni bertindak dalam mengurangkan kesan lebam bawah mata, menghilangkan lingkaran mata letih, mata kedut dan pada masa yang sama memperbaiki dan menghasilkan kolegen baru di sekeliling mata. Diperbuat dari minyak tumbuhan dan pati pekat tumbuhan.

Bibir merekah bila pakai lipstick? Guna set lengkap bibir ni

Siapa yang ada masalah bibir merekah bila guna lipstick? Bila apply je lipssctik, warna lipstick tak sekata, pastu bibir kering agak merekah. Pastu tangan jadi gatal duk kopek kulit mati kat bibir tu...akibatnye bibir luka. Bukan kulit muka je kita kena jaga tau, kulit bibir pun sama. Apatah kulit bibir lagi nipis dari wajah! Jangan tak amek port pulak ye..tak kisah janji muka putih peloles cam cermin, akibatnye bibir jadi gelap, lebam sangat ,pakai lipstick pun jadi tak menarik. 

Untuk elak perkara diatas terjadi, korang perlu guna SET LENGKAP BIBIR ni yang mengandungi lipbalm dan moist lipscrub. Set lengkap bibir ni penting tau sebab ianya melembap dan melindungi bibir dari bahan kimia yang terkandung dalam lipstick. Sesuai sangat untuk wanita yang mempunyai kulit bibir terlalu kering, merekah, lebam dan hitam. Diperbuat dari bahan semulajadi yang tidak akan mengeringkan kulit. Haish...rugi kulit wajah wow! tapi bibir tak wow. 

Bonita Liptint, pengganti lipstick dan blusher untuk bibir lebih cantik dan seksi

Bonita Liptint khas untuk wanita yang inginkan bibir merah , sihat, licin tanpa penggunaan bahan kimia, di perbuat dari organic alovera, vitamin E , Safflower Oil dan lain-lain bagi mengekalkan bibir sentiasa sihat remaja. Apa yang bestnye liptint ni, ianya adalah produk organic yang selamat untuk bibir kulit, tak menghitamkan, tak ada kimia, tak mengeringkan. Yang penting boleh dibawa solat. 

Guna macam lipstick biasa. Untuk mendapatkan bibir yang lembut dan tidak merekah, digalakkan guna set lengkap bibir di atas iaitu lipbalm dan moist lipscrub. Untuk pipi ...dot dot kan Bonita liptint dan layangkan cepat-cepat sebelum kering, untuk mendapatkan warna sekata dan affect glowing.

Skin Repair Cream, sesuai untuk pelembap dan krim muka

Skin Repair Cream dihasilkan dari minyak-minyak tumbuhan dan pati bunga untuk melewatkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan jerawat aktif dan bertindak sebagai pelembap yang boleh digunakan siang dan malam. Kini, Skin Repair Cream organichana hadir dalam packaging baru yang lebih mudah digunakan dan bersaiz kecil. Muka yang kena sunburn pun boleh pakai tau.

Make-up remover digunakan untuk menghilangkan warna-warna kosmetik seperti eyeshadow dan eyeliner.over 

Banyak orang tak pandang kepentingan Makeup Remover ni. Diorang ingat yang dengan pencuci muka je boleh menanggalkan alat solek,bedak serta membersihkan kotoran dan habuk yang melekat ada permukaan kulit. Camne jerawat tak singgah dengan bebasnya kalau muka tak bersih.

Kalau kulit korang sensitif, sebaiknya gunakan remover yang berasaskan micellar water. Goncang dulu make-up remover sebelum digunakan, sebab make-up remover adalah berasaskan air yang tak boleh bercampur dengan minyak pembersih. Untuk area mata, seelok-eloknya gunakan remover yang biasa digunakan untuk kulit sensitif. Organic remover diformulasikan tidak berminyak  dan mudah resap boleh digunakan di mata dan tempat sensitif untuk elakkan iritasi kulit sensitif yg mengandungi bahan anti iritasi. 

PRODUK PENJAGAAN KHUSUS UNTUK BAYI KELUARAN ORGANICHANA

Produk organic The Rubbalm, dirumus khas untuk bayi

Organichana juga mengeluarkan produk penjagaan khusus untuk bayi iaitu The Rubbalm.

Kelebihan The Rubbalm :

  • Kulit eczema dan kulit yang sensitif dengan steroid cream.
  • Baby rasa nyaman je pakai.
  • Bagus untuk elakan gigitan nyamuk, serangga.
  • Mengelakkan kembung perut, anak sangat jarang diserang kembung perut.
  • Gabungan pati essential oil dalam kuantiti terkawal untuk kegunaan bayi & kanak-kanak, rasa berangin sangat bila pakai.
  • Pening loya, elok sapu.
  • Melembut dan melembapkan kulit.
  • Mengurangkan migrin.
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang ingin mengurangkan strechmark di paha.

TESTIMONI NO-RASHES CREAM DAN THE RUBBALM


Feedback dari customer. Anak ada ruam muka. Kini hilang selepas guna produk No Rashes Cream



Testimoni customer, Balik jalan. Tengok anak kena gigit nyamuk kat pipi..Balik lepas mandikan anak cepat-cepat terus sapu The Rubbalm , alhamdulilah 15 minit, merah gigitan nyamuk makin kurang.

PRODUK LOTUS MOLE CREAM UNTUK MENGHILANGKAN TAHI LALAT, KETUAT, KUTIL, ISI TERLEBIH DAN BIJI KOLESTROL 

Lotus Mole Cream, sejenis krim tradisional untuk mengurangkan tahi lalat , ketuat, biji kolestrol, kutil dan isi terlebih

Selain daripada itu, Organichana juga turut mengeluarkan Krim Lotus Mole Cream yang boleh menghilangkan tahi lalat, ketuat, kutil, isi terlebih dan biji kolestrol (oil seed).

Set lengkap Lotus Mole cream Set Anti Parut yang mengandungi :
  • Lotus Mole Cream 10gram (Untuk menghilangkan masalah tahi lalat yang tidak diingini, ketuat, biji kolestrol dan kutil) Pemakaian hanya 2 kali sahaja.
  • Anti Scar Cream 3gram (Dipakai setelah kuping tertanggal bertindak bagi mengurangkan parut).
  • Sabun Anti Parut 50gram (Dipakai selama 2 minit kemudian bilas)

HARGA PROMOSI RM99 TERMASUK POS!!

TESTIMONI BIJI KOLESTROL AREA MATA

Ada yang nak tunang? nak nikah? tapi biji kolestrol penuh kat muka? Tunggu apa lagi, order sekarang Lotus Mole Cream

TESTIMONI BIJI KETUAT DEGIL

Ketuat yang tak dirawat akan semakin banyak dan merebak  Tapi jangan risau. Lotus Mole Cream kan ada.

TESTIMONI TAHI LALAT

Tak perlu laser, tak perlu bayaran mahal. Dengan Lotus Mole Cream anda mampu menghilangkan tahi lalat, ketuat, biji kolestrol.



RANGKAIAN PRODUK HOMEMADE ORGANICHANA 

Produk penjagaan khas untuk kulit mata :

  • Firming Eyecream 
Produk penjagaan bibir  :
  • Homemade Lipbalm 
  • Moist Lipscrub 
  • Bonita Liptint 
Produk penjagaan bayi dan kanak-kanak :
  • The RubBalm 
  • No-Rashes Cream 
Produk penjagan rambut yang botak dan kerap gugur :
  • Aurora Oil 
  • Aurora Herbal 
Produk penjagaan kulit :
  • ALO.essence (3in one toner, mist and serum) 
  • OLGA Treatment Cream (Krim Siang) 
  • Repair Cream (Krim Malam) 
  • Detox goatsmilk Soap (Sensitif, normal dan kering) 
  • Cinnamon Sauda soap (Jerawat, ruam, berminyak) 
  • Sugarhana Coffee Scrub (Skrub muka dan badan) 
  • Organic Scrubmask (Scrub Muka) 
Set menghilangkan masalah tahi lalat yang tidak diingini, ketuat, biji kolestrol dan kutil :
  • Lotus Mole Cream 
  • Anti Scar Cream 
  • Sabun Anti Parut 
  • Organic Makeup Remover 

CARA PEMBELIAN PRODUK ORGANICHANA

Untuk pembelian produk keluaran Organichana, boleh ke

Website

Jatuh Cinta Dengan Honda Civic Baru 2016-2017 Modified

$
0
0
Jatuh Cinta Dengan Honda Civic 2016-2017 Modified l Kali pertama pandang Honda Civic Baru 2016 atas jalan, terus terpikat. Dilengkapi dengan ciri teknologi terkini dari segi rekaan dalaman serta luaran, brek parkir elektronik, kunci auto pergi dan yang paling wowww ialah dilengkapi dengan unit enjin turbo. Kalau iman aku tak kuat ni, dah lama upgrade kereta yang aku pakai sekarang, Toyota Vios 2012dengan Honda Civic Baru 2016. Dah beli pastu modify pulak dengan bodykit macam di bawah. Mesti gempak punya. Kena buat istikharah dulu ni samada nak tukar kereta ke tak.

Tambahan pula, Honda Civic Baru 2016 ni ada 2 pilihan enjin iaitu 1.5L Turbo dan 1.8L i-VTEC. Yang buat terasa kereta ni canggih bila mampu menghidupkan enjin tanpa masuk dalam kereta tu. Hanya guna alat kawalan jauh, enjin dan air-con akan dihidupkan. Tapi pastikan jarak tu dalam 40 meter. Jangan risau, pintu kereta masih lagi berkunci walaupun enjin boleh dihidupkan melalui remote control. Kalau yang dah beli Honda Civic Baru 2016 nak nampak lagi cool, korang masuk bodykit Modulo yang ada spoiler belakang.

Berikut adalah gambar Honda Civic 2016 Modified. Mesti meleleh air korang tengok kan.


Honda Civic Baru 2016-2017 Modified













Bagi pasaran Malaysia, Honda Civic baru didatangkan dalam tiga varian berbeza iaitu 1.8S, 1.5 Turbo dan 1.5 Turbo Premium. Harga jualan pula bermula dari RM113,800 hingga RM135,800. Ni baru harga standard, tak campur lagi dengan harga nak modify kereta tu. Nampak mampu tengok je la Honda Civic Modified ni. Tunggu la 10 tahun lagi harga jatuh sikit baru nak beli satu.

Harga Honda Civic 2016 di Malaysia

Harga boleh tahan mereciknya. Buat masa sekarang terpaksa hold dulu la. Beli rumah dulu dan habiskan loan kereta yang ada sekarang ni. Dah habis bayar kereta pertama, baru fikir nak beli kereta kedua. Harap-harap 10 tahun lagi jatuh la harga Honda Civic baru ni..pastu baru nak sambar satu..hehe

Viewing all 480 articles
Browse latest View live