Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

Macam Mana Nak Tolong Kucing Ini?

$
0
0
Pagi tadi sebelum nak pergi sekolah, terdengar kucing mengiau tanpa henti. Cuba tengok bawah kereta manalah tahu ada kucing yang nak beranak. Biasanya kucing yang nak beranak ni mengiau tak henti-henti. Tapi clear je aku tengok bawah kereta. Tak ada pun tanda-tanda kucing tengah tidur atau beranak. Bunyi kucing tu senyap sekejap bila aku start enjin kereta. Biarkan enjin kereta panas 2-3 minit barulah aku bukak pintu pagar.

"Meow...meow..meow.."bunyi kucing mengiau tu datang balik. Makin kuat bunyinya. Mungkin sebab bunyi pintu pagar besi dibukak kot. Apalagi, berhenti kereta kejap dan tengok dalam parit depan rumah aku. Rupa-rupanya ada seekor kucing terperangkap dalam saluran parit. Kepala je yang timbul. Kemungkinan kakinya tercedera. Kalau tak dah tentu boleh lompat naik. Nasib baik tak hujan dan air pun cetek je. Sebenarnya kucing ni jauh berada di dalam. Gambar ni aku dah zoom sampai habis. Nak capai dengan tangan tak mampu.

Gambar setelah zoom

Gambar asal

Memang betul-betul kesian aku tengok. Mengiau mintak tolong diselamatkan. Aku nak turun selamatkan kucing tu longkang terlalu sempit. Pastu dah 7.20, lewat dah nak pergi sekolah. Tunggu balik sekolah nanti tengok macam mana. Kalau report dekat bomba, diorang datang tolong tak? Help me please.


Komisen Pertama Dari Affiliate Klikjer

$
0
0
Komisen Pertama Dari Affiliate Klikjer l Akhirnya, dapat jugak komisen pertama dari affiliate Klikjer. Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi dah bagi semangat sebagai seorang blogger untuk buat duit dengan blog. Semalam dapat komisen kedua dari affiliate Job Di Rumah. Komisen pertama dari dari affiliate Job Di Rumahdah lama masuk. Permulaan yang baik untuk tahun 2016. Biasanya kalau dapat sale pertama, sale kedua akan menyusul selepas tu.


CARA UNTUK BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE KLIKJER.COM

Untuk buat duit dengan affiliate Klikjer, korang hanya perlu mendaftar sekali sahaja tanpa sebarang bayaran. Boleh daftar disini : Daftar Klikjer. Kemudian promosikan berpuluh-puluh e-book yang berkualiti. Setiap e-book disertakan juga dengan bahan-bahan promosi yang menarik seperti banner, teks iklan dan sebagainya. Promote je dalam blog sama ada tulis entri atau letak banner. Terpulang pada kreativiti masing-masing.

Setiap jualan yang terhasil dari link affiliate korang, komisen sebanyak 70% dari harga jualan produk tersebut akan diberikan kepada korang. Bayaran komisyen akan dibayar secara automatik kepada korang setiap bulan (selewat-lewatnya pada setiap 5hb) dan terus masuk ke dalam akaun bank.




Rugi kalau ada blog tapi tak digunakan untuk hasilkan pendapatan sampingan. Lumayan sebenarnya jadi blogger kalau betul-betul fokus dan rajin untuk buat duit dengan blog. Bagi yang belum ada akaun affiliate Klikjer bolehlah daftar secara percuma disini sekarang : Daftar Klikjer.com

Cemburu Tengok Blogger Update Blog Setiap Hari

$
0
0
Cemburu Tengok Blogger Update Blog Setiap Hari l Aku rasa aku ni bukanlah dalam kategori seorang blogger yang tegar dalam bab meng-update blog setiap hari. Hampir dua minggu blog kesepian tanpa entri baru. Tahap frekuensi aku nak update blog untuk kongsi cerita kepada umum kadang-kadang tu terhad disebabkan masa yang lebih kepada kerja. Maklumlah, sesi persekolahan pun baru bermula. Masa lebih lebih tumpu kepada kerja dan pelajar. 7.30 mula masuk kelas dan berakhir pada pukul 2.30. Petang pulak ada meeting, perjumpaan sana sini, latihan sukan sampailah pukul 5. Selepas solat asar, bergegas pulak pergi ke gym. Balik rumah badan dah penat. Nak tak nak, masa untuk berkasih sayang dengan blog makin hari makin kurang..sabar ye blog dengan tuan anda!

Perjumpaan kelab,persatuan dan unit beruniform. Disebabkan aku ni ajar subjek bahasa inggeris, kena in charge kelab bahasa inggeris.

Jadi jurulatih untuk merentas desa. Hari-hari students aku paksa lari keliling kampung untuk kuatkan stamina.

So far, trafik blog masih lagi maintain antara 6000-7000 pageviews walaupun berminggu-minggu tak update blog. Sebab tu masa nak update entri terbaru, selalu berfikir nak tulis entri apa yang dapat jana trafik dengan update blog seminggu sekali. Tengok earning dari Adsense, Nuffnang, H12 Media dan Komisen Job Di Rumah, nampaknya ada penambahan setiap hari. Bukak email pun ada jugak offer dari pihak tertentu. Rezeki untuk 2016. So, benda-benda yang macam inilah yang membakar semangat aku untuk terus berblogging.

Cemburu jugak tengok bloger-blogger yang update blog setiap hari setiap masa. Sah-sah korang ni jenis blogger yang tegar. Tak update blog setiap mesti tak senang duduk kan?hehe. Tengok blogger-blogger lain update blog setiap hari merupakan satu perkara yang mengagumkan Hat off to you! 

9 Tips Bercakap Dalam Bahasa Inggeris Dengan Mudah

$
0
0
9 Tips Bercakap Dalam Bahasa Inggeris Dengan Mudah l Masuk tahun ni dah 3 tahun aku mengajar bahasa inggeris di sekolah. Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah takut dan tak yakin nak bercakap guna bahasa inggeris. Walaupun dah berkali-kali aku cakap, "Please ask me in English if something I have written is not clear". Kemudian ada yang angkat tangan bertanya "Sir, soalan ni nak jawab macam mana ye?". Bagi pelajar yang bertanya dalam bahasa malaysia, aku akan paksa mereka tanya balik dalam bahasa inggeris sehinggalah berjaya cakap. Bagi pelajar yang bakal menduduki PT3, MUET dan mereka yang baru nak belajar bercakap dalam bahasa inggeris, tips dan cara untuk bercakap dalam bahasa inggeris sebenarnya mudah sahaja.


TIPS BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH

1. BERHENTI TERJEMAH SETIAP PERKATAAN DALAM BAHASA MALAYSIA
Pertama sekali, ubah cara pemikiran dari terjemah setiap perkataan dalam bahasa malaysia ke bahasa inggeris setiap kali anda fikirkan sesuatu. Sebagai contoh : anda ternampak seorang gadis yang cantik di taman permainan. Perkara pertama yang anda fikir mestilah "Siapa nama gadis tu?", "Dia buat apa kat sini?", "Dia masih single ke?" dan macam-macam lagi. Kalau anda nak cepat mahir bercakap dalam bahasa inggeris, cuba tukar cara pemikiran dari bahasa malaysia ke bahasa inggeris. Contohnya : "What is her name?", "What is she doing here?", "Is she still single?" dan seterusnya. Bila anda mula berfikir dalam bahasa inggeris, anda akan lebih peka bagaimana cara untuk menyebut sesuatu perkataan dan lebih mudah untuk anda bercakap dalam bahasa inggeris nanti.

2. BERCAKAP DI DEPAN CERMIN
Pilih satu topik dan set masa selama 5 minit. Kemudian, berdiri depan cermin dan cuba cakap dalam bahasa inggeris berdasarkan topik yang dipilih. Katakanlah anda memilih tajuk "My Ambition". Cuba cakap seberapa banyak yang boleh selama 5 minit tanpa henti. Semasa bercakap dan tiba-tiba tersangkut sebab tak tahu maksud sesetengah perkataan. Contoh anda nak cakap "I want to be an astronaut" tapi tak tahu perkataan astronaut (angkasawan) dalam bahasa inggeris. Cuba tukar perkataan yang tak faham itu kepada bentuk yang lebih mudah dengan menerangkan perkataan yang anda tak faham itu. Contoh : "I want to be a person who goes to outer space". Maksudnya sama sahaja. 



3. BERCAKAP DENGAN KAWAN
Kali ini cuba berlatih bercakap dalam bahasa inggeris dengan kawan-kawan. The more you practice speaking English, reading English, listening to English, and writing in English the better you will get. Mungkin anda boleh guna topik yang sama semasa berlatih bercakap di depan cermin untuk bercakap dengan kawan-kawan. Sebut dengan jelas supaya perkataan yang disebut itu difahami oleh kawan anda. Jika anda tidak memahami perkataan atau ayat yang disebut oleh kawan anda, jangan diam atau berhenti bercakap. Sebaliknya, cuba cakap pada kawan anda dengan menggunakan ayat ini :
  • I am learning English. Could you speak a little slower?
  • I am sorry, I didn’t understand.
  • Could you repeat that?” 
  • So, you’re saying that…............ [ulang balik apa yang anda dengar]. 
  • “What does................... mean?
4. LATIH BERCAKAP DENGAN TONGUE TWISTER
Tongue twister adalah rangkaian perkataan yang susah untuk disebut dan biasanya disebut dengan laju. Contoh tongue twister : "How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood?". Ulang sebanyak 3 kali dengan laju. Terbelit lidah kan?hehe. Tongue twister ini bagus untuk pronunciation sebab anda akan dapat tahu tempat yang betul di mana bibir dan lidah patut berada bila sebut sesuatu perkataan. Cuba sebut tongue twister kat bawah ini.


5. BETULKAN CARA SEBUTAN (PRONUNCIATION) 
Sesetengah orang malu untuk bercakap dalam bahasa inggeris sebab tak yakin dengan sebutan perkataan yang mereka nak cakapkan itu walaupun mereka tahu maksud. Sebagai contoh perkataan : entrepreneur (usahawan). Sebutan yang betul ialah /ɒntrəprəˈnɜːr/ .Sebab itulah penggunaan kamus elektronik diperlukan untuk membantu dalam menyebut perkataan dalam bahasa inggeris dengan betul. Untuk aplikasi kamus percuma, boleh download kamus WordWeb ke laptop atau smartphone di sini. Di bawah adalah senarai perkataan bahasa inggeris di mana cara untuk menyebutnya adalah dengan tidak menyebut (silent) huruf yang tertentu. Contoh : Wednesday. Cara sebutan ialah Wenesday, huruf 'd' tetap ada pada "Wednesday cuma kita tak sebut.



6. PERBANYAKKAN VOCABULARY DENGAN MENONTON FILEM
Kurangnya perbendaharaan kata (vocabulary) dalam bahasa inggeris akan menyebabkan komunikasi tersangkut. Cara untuk tambah vocabulary ialah dengan menonton filem inggeris. Pastikan sarikata (subtitle) juga dalam bahasa inggeris. Kalau belajar tambah perkataan baru melalui buku, anda hanya tahu maksud perkataan itu sahaja dan tak tahu macam mana perkataan itu digunakan. Contoh perkataan : detective (penyiasat). Berbanding dengan menonton filem, perkataan "detective" membawa banyak maksud dan anda juga diterangkan penggunaannye dengan jelas melalui watak yang dilakonkan. Contoh : "detective" mungkin panggilan untuk seseorang (“Detective Nick”) atau mungkin ia adalah kata nama yang menunjukkan pekerjaan (he’s a detective). Selain itu, anda juga tahu cara perkataan itu disebut dengan tepat dan betul.


7. PERBANYAKKAN VOCABULARY DENGAN SINOMIN DAN ANTONIM
Sinonim adalah perkataan yang sama maksud dan antonim adalah perkataan yang berlawanan. Jangan bergantung pada satu perkataan sahaja semasa bercakap. Lebih banyak perkataan yang anda tahu, lebih mudah untuk berkomunikasi. Contoh perkataan "happy", cuba variasikan dengan guna perkataan lain yang sama maksud seperti "pleased", "delight", "glad" dalam ayat. Walaupun ayat anda gunakan untuk bertutur dalam bahasa inggeris tu simple, tapi disebabkan penggunaan sinonim dan antonim, orang akan teruja.


8. BELAJAR TENSES
Ada vocabulary sahaja tak cukup menguasai bahasa inggeris dengan berkesan. Perlu ada sekurang-kurang basic knowledge tentang tenses supaya ayat yang disebut itu tidak mengelirukan. Secara asasnya, ada 12 tenses yang perlu diketahui dalam menguasai bahasa inggeris ini. Tetapi, bagi yang baru nak belajar bahasa inggeris, sekurang-kurangnya perlu tahu 3 tenses yang utama iaitu, present tense, past tense dan future tense. Anda boleh tengok slides yang disediakan di bawah untuk lebih faham peraturan bagi present tense, past tense dan future tense. Untuk tahu lebih lanjut tentang present tense, past tense dan future tense, boleh baca di sini ---> Belajar Bahasa Inggeris – Past Tense, Present Tense dan Future Tense

VERB IN SIMPLE PRESENT TENSE

RULES FOR THE 3RD PERSON SINGULAR  (HE / SHE / IT)


VERB IN SIMPLE PAST TENSE

VERB IN SIMPLE FUTURE TENSE

VERB TO BE IN PRESENT, PAST, FUTURE TENSES

9. SEDIAKAN SATU BUKU NOTA TENTANG AYAT BAHASA INGGERIS
Tips yang terakhir, sediakan satu buku nota ringkas untuk menulis ayat-ayat dalam bahasa inggeris untuk kegunaan harian berserta maksudnya sekali dan kemudian hafal. Cara ini dapat membantu anda menggunakan bahasa inggeris dengan cepat dalam perbualan. Contoh seperti di bawah.
  • I’ve heard so much about you : saya ada dengar banyak cerita tentang awak.
  • I almost didn’t recognize you! : saya hampir tak cam awak.
  • I’m so pleased to meet you     : gembira jumpa awak.
  • Do you mind me asking          : boleh tak kalau saya tanya?
  • Hi, …! Long time no see!        : hai, lama tak jumpa!

Tunggu apa lagi, lets start speaking English now.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2016 Untuk Kakitangan Awam

$
0
0
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2016 Untuk Kakitangan Awam l Jabatan Akauntan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling rasmi tarikh dan jadual pembayaran gaji tahun 2016 untuk kakitangan awam atau penjawat awam di Malaysia. Tarikh dan jadual pembayaran gaji itu terdiri daripada :
  • Pembayaran gaji kakitangan awam secara bulanan
  • Pembayaran gaji kakitangan awam secara harian
  • Pembayaran gaji kakitangan awam secaraberasingan. 
Di bawah ada disediakan jadual dan tarikh yang lengkap untuk dijadikan panduan dalam merancang perbelanjaan dan mengurus kewangan. Gaji masuk awal jangan boros. Buat simpanan untuk kecemasan sementara menunggu gaji yang seterusnya masuk.






Cuma nak nasihatkan jangan bergantung sangat pada duit gaji. Rata-rata rakyat Malaysia purata gajinya adalah 3k ke bawah. Dapat gaji bayar bermacam-macam hutang, akhirnya tinggal suku je duit. Terpaksa tunggu 30 hari pulak untuk gaji seterusnya masuk. Bila duit tak cukup, mulalah pinjam duit sana sini. Cara yang paling mudah untuk tambah side income sementara tunggu gaji masuk ialah melalui blog. Buat blog,tulis macam-macam artikel,daftar dengan syarikat pengiklanan, buat advertorial dan review produk, gerenti dapat tampung sumber kewangan anda. 



Macam aku, akhir bulan je duit dah mula kering. Rezeki tak datang bergolek kalau tak usaha. Alhamdulillah, setiap hari ada je income dan komisen masuk. Kadang-kadang sehari sampai RM50-RM100 komisen yang dapat dijana melalui blog ini. Boleh la guna untuk isi minyak kereta dan beli barang dapur. 




Terpulanglah macam mana cara nak tambah pendapatan tu sama ada mengurus kewangan dengan bijak atau mencari alternatif sumber pendapatan yang lain,contoh melalui blog.

Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki

$
0
0
Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki l Banyak kes penceraian berlaku disebabkan kurang persefahaman antara pasangan lelaki dan perempuan. Kurang persefahaman ini mungkin kerana perbezaan umur sama ada perempuan lebih tua dari lelaki atau perempuan lebih muda dari lelaki. Gaduh sikit je terus bercerai. Umur pasangan sama ada tua dan muda, bagi kita nampak remeh je tapi sebenarnya yang remeh itulah perlu diberi perhatian.

CARA MEMAHAMI HATI PASANGAN MENGIKUT UMUR

Sumber gambar dari facebook

PEREMPUAN LEBIH TUA DARI LELAKI 
Perempuan yang lebih tua dari lelaki selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah dan suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia. Tapi dia suka bersedih sendirian, tahap ego yang tinggi, cemburu, sensitif, mudah wasangka, cepat merajuk dan susah untuk dipujuk. Kadang-kadang susah nak faham kehendak dia. Perempuan yang umurnya lebih tua dari lelaki sebenarnya tak suka dirinya ditegur. Walaupun dia emosi sikit tapi jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang.

PEREMPUAN LEBIH MUDA DARI LELAKI

Perempuan yang lebih muda dari lelaki adalah biasa. Beza umur dengan lelaki biasanya antara 2-5 tahun. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria dan kelakar. Dia suka bercakap banyak. Jenis yang sporting tapi kuat cemburu dan sensitif. Dan lelaki kena banyak ikut kemahuan dia. Kurang matang tapi memahami. Kadang-kadang perempuan yang lebih muda akan cari masalah dengan pasangannya  semata-mata nakkan perhatian yang lebih dari pasangnnya. Bagi pasangan perempuan, kalau nak pikat hati lelaki idaman, boleh klik di bawah. Gerenti cair punye hati lelaki idaman korang!


PEREMPUAN DAN LELAKI YANG SAMA UMUR 
Pasangan yang sama umur memang nampak sweet tapi negatifnya sama-sama ego. Susah nak memahami antara satu sama lain dan kurang matang. Maklumlah, masing-masing tak nak mengalah dan selalu gaduh. Mood kedua-dua pasangan pun berubah-ubah. Masing-masing nak tunjuk hebat Biasa la, darah orang muda. Perlu banyak bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya masalah yang dihadapi itu tak bertambah besar.

Dapat Komisen Ketiga Dari Job Di Rumah JDR

$
0
0
Dapat Komisen Ketiga Dari Job Di Rumah JDR l Sudah baca entri tentang komisen pertama dan komisen kedua yang diperolehi melalui blog ini? Percayalah, memang berbaloi join Job Di Rumah. Boleh dikatakan pelaburan aku beli e-book memang sangat berbaloi. Dalam bulan Januari sahaja dah 2 kali dapat komisen. Untuk jana komisen caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu promosikan web Jobdirumah.com kepada orang ramai sama ada melalui email, blog atau WhatsApp. Komisen di bayar sebulan sekali iaitu antara tarikh 5 – 10 haribulan, setiap bulan.

Komisen ketiga Jobdirumah

Ia adalah peluang baik untuk anda jika bercadang mencari pekerjaan alternatif atau sumber pendapatan kedua di samping pekerjaan sedia ada sekarang. Malah, ramai yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama kerana ia jauh lebih lumayan berbanding kerja biasa.
Cara Daftar Dengan Job Di Rumah

Untuk mendaftar, boleh klik banner di atas atau boleh daftar disini.-->> Pendaftaran JobdirumahPanduan ini adalah untuk membantu anda yang pertama kali mencuba untuk menjana pendapatan melalui program affiliate. 

Boleh Percaya Ke Dengan Job Di Rumah Ini?


Job Di Rumah merupakan sebuah program buat duit secara online yang boleh dipercayai. Dah ramai blogger yang memperolehi komisen hasil dari menyertai program ini. Bayaran komisen telah dibayar tepat pada masanya. Sekarang ni dah dapat komisen pertama, komisen kedua dan komisen ketiga melalui dengan Job Di Rumah ini. 

Sama ada anda suri rumah, penganggur atau yang bekerja sepenuh masa, kalau rasa nak tambah duit poket bulan-bulan, cara yang paling mudah untuk jana pendapatan ialah dengan Jobdirumah.com. Kalau korang berminat jadi ejen affiliate macam aku, boleh sertai Program Job Di Rumah. Memang berbaloi !

Untuk menyertai, boleh klik ke pautan yang berikut :

Jom Tonton Filem Girlfriend Kontrak : Filem Romantik 2015

$
0
0
Tonton Filem Girlfriend Kontrak : Filem Romantik 2015  l Kalau korang diberikan RM3000 satu minggu untuk jadi girlfriend kontrak, korang sanggup tak? Nak tahu girlfriend kontrak tu macam mana, korang mesti tengok filem ini. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip - kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya. 

Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing? Nak tahu kesudahannya, korang boleh muat turun filem ini di bawah.


Filem ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Keith Foo, Risteena Munim, Azad Jazmin, Bront Palarae, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin serta penampilan istimewa, buat pertama kali di layar perak, pengacara dan DJ paling popular tanahair, Fara Fauzana.


TONTON FILEM GIRLFRIEND KONTRAK

MUAT TURUN GIRLFRIEND KONTRAK


Dapat Komisen Keempat Dari Job Di Rumah

$
0
0
Dapat Komisen Kali Keempat Dari Job Di Rumah l Semalam baru update entri pasal komisen ketiga dari Job Di Rumah, hari ni dah dapat komisen yang keempat. Amacam? Korang bayangkan rasa macam mana bila duit bertalu-talu masuk ke dalam akaun bank korang hanya dengan program Job Di Rumah sahaja? Jangan cakap aku tak payung pulak untuk kawan-kawan jana duit sekali melalui program Job Di Rumah ini.

Komisen keempat dari Job Di Rumah

Yang mana masih tak tahu tentang cara mudah untuk menjana side income melalui Job Di Rumah, aku terangkan secara ringkas disini. Ada 2 cara untuk hasilkan duit dengan program ini iaitu :
  • promosi affiliate Job Di Rumah dan dapat komisen RM25.00.  
  • buat kerja secara sambilan atau sepenuh masa dan dibayar dalam puluhan/ratusan ringgit/dolar. Penerangan lanjut ada di bawah.

Cara Buat Duit Dengan Kerja Melalui Job Di Rumah

Kerja ini terbuka kepada semua sama ada korang adalah suri rumah, pesara, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri.

Tempat Dan Waktu Bekerja

Boleh bekerja di mana sahaja asalkan ada akses internet. Di rumah, cybercafe, Starbuck, McD atau kedai mamak 24 jam. Tetapi sebaiknya di lakukan di rumah kerana ia lebih selesa dan tidak di ganggu oleh persekitaran yang bising.Tawaran kerja adalah dari seluruh dunia dan masa bekerja boleh di agihkan pada bila – bila masa. Pilih waktu bekerja sendiri, pada sebelah pagi, petang atau malam mengikut kesesuaian masa korang.

Gaji Dalam Dolar Amerika

Upah bagi setiap kerja tak sama, ada yang murah dan ada yang mahal. Ia bergantung pada bajet majikan itu sendiri dan jenis kerja yang di tawarkan. Nilai upah yang biasa di tawarkan adalah antara beberapa puluh ke beberapa ratus bagi setiap projek. Bagi projek yang lebih sukar atau memerlukan masa lebih panjang untuk di siapkan, ada yang mencecah ribuan dolar untuk satu – satu projek.

Oleh sebab majikan dari seluruh dunia, upah di bayar dalam nilai US Dolar. Ia bagus kerana dengan kadar tukaran matawang sekarang, pekerja dari negara seperti Malaysia dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda walaupun jumlah upah dan projek yang di laksanakan sebulan tidak banyak.

Di Bayar Untuk Bekerja

Jangan bimbang sebab 100% kerja di rumah yang tulin dan asli serta dibayar untuk setiap kerja yang yang korang selesaikan. Korang tidak sama sekali akan terlibat dengan sebarang transaksi jual beli atau sebarang perniagaan antara syarikat dengan pelangan. Sebaliknya korang di bayar untuk bekerja dan menyelesaikan tugasan yang di beri bagi pihak syarikat.
Cara Daftar Dengan Job Di Rumah


Untuk mendaftar, boleh klik banner di atas atau boleh daftar disini.-->> Pendaftaran Jobdirumah. Panduan ini adalah untuk membantu korang yang pertama kali mencuba untuk menjana pendapatan melalui program ini. Percayalah, tak rugi daftar, memang berbaloi! 

Zaman sekarang semua barang harga naik, kos hidup pun turut bertambah. Orang lain poket penuh dengan duit, kita pulak penuh dengan resit. Nak cari duit mudah je kalau rajin usaha. Fikir-fikirkan la ye.

Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja

$
0
0
Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja l Membeli kereta pada dua tahun pertama merupakan kesilapan besar fresh graduate atau graduan yang baru bekerja dengan gaji rm1800 hingga RM2500. Wujud pulak tawaran beli kereta "skim tanpa deposit" yang mana tak perlu bayaran pendahuluan dan penjamin. Tapi fresh graduate ni tak tahu bila tak ada bayaran deposit, secara automatik bayaran bulanan dan interest bank akan jadi tinggi.

Bila tak mampu menanggung beban bayaran balik hutang pinjaman kereta yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang panjang, pihak bank akan isytiharkan muflis.

Bayangkan masa belajar di IPTA/IPTS dah hutang dengan PTPTN, bila dah kerja tambah lagi hutang dengan bank. Sebab tu orang kata ramai graduan yang tamat pengajian memulakan pekerjaan dengan kewangan negatif.


RASA NAK BELI JUGAK KERETA? BACA YANG INI DAN FIKIR.

1. Bila tamat pengajian, ramai ada impian nak beli kereta.

2. Terlalu lama naik motor, buat kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.

3. Gaji pertama guna beli kereta, beban hutang jadi dua, PTPTN dan kereta. Biasanya kereta yang dibeli oleh bakal graduan/mereka yang baru bekerja ialah (Myvi,Axia,Vios,Honda City).

4. Tujuh tahun ke depan anda tanggung beban. Jika tamat pengajian pada usia 23 tahun, usia 30 baru habis hutang kereta.

4. Nak beli rumah susah sebab hutang kereta lama sangat. Bank pun ketawa tengok sikap anda.

5. Kereta yang dibeli harga RM60 000+ selepas 7 tahun dah jadi RM20 000. Nak jual dah tak laku.

6. Jangan teruja bila ada kawan bergambar depan kereta dan atas bumbung Almera. Itu semua hutang bukan harta.

7. Naik LRT pun selesa jugak, banyak awek di dalamnya. Naik motor pun syok jugak, sebab tak perlu berbaris panjang bila traffic jammed. Tahun pertama dan kedua naik motor atau kenderaan awam apa salahnya.

8. Buat tabungan dan lupakan dulu hal kereta, ramai orang menyesal beli kereta dulu cuma mereka malu nak cerita. Tapi kita kenal siapa mereka.

9. Jangan percaya jika dia kata beli kereta hasil titik peluhnya, dia mungkin baru bayar duit muka. Hutang bank masih lagi berganda.

10. Trending sekarang bukan beli kereta tanyang waktu konvo, tapi beli rumah yang sederhana.

PENGALAMAN AKU BELI KERETA BARU

Aku yang beli Vios pun sakit nak bayar ansuran bulan RM900. Minyak sahaja dah RM200 sebulan. Tak campur lagi dengan maintenance kereta semasa service setiap 3 bulan sekali. Sekali service antara RM300-RM400. Kena jugak sediakan duit sekiranya berlaku kerosakan seperti tayar bocor atau kemalangan. Tayar bocor ganti dengan tayar baru RM250 sebiji. Bayaran parking kereta pun kena ambil kira. Bila beli kereta baru, mesti teringin nak make up kereta kan? Tambah skirting, spoiler, tukar audio, letak tinted gelap, tukar sport rim..kos nak make up kereta tu je dah mencecah RM2000 hingga RM3000.

Satu tayar bocor kena tukar dua tayar baru untuk nak bagi balance. Kat situ dah RM500 Kalau sebiji tayar RM250.

Orang yang baru bekerja biasanya ni  tak nampak mana yang lebih penting. Memang nampak seronok tengok orang yang baru graduate bawak kereta baru. Tapi kita tak sedar kadang-kadang poket diorang lebih kering dari poket kita. Aku cakap hasil dari pengalaman aku sendiri. Sepatutnya kita lebihkan simpanan sebab lebih banyak benda yang kita perlu buat sebelum beli kereta!

Contohnya, kahwin. Lepas kahwin, kereta dah boleh kongsi, rumah pun dah boleh beli. Beban kewangan ditanggung bersama, lebih jimat dan kepala pun tak pening fikir cara nak bayar hutang. 

Beli Jersi Filem Ola Bola Yang Style Di 3ciety.com

$
0
0
Beli Jersi Ola Bola Yang Style Di 3ciety.com l Dah tengok filem Ola Bola? Baca review filem Ola Bola ni ramai kata best. Kalau korang nak tahu, Ola Bola merupakan filem fiksyen yang diinspirasikan oleh kegemilangan skuad bola sepak tempatan pada dekad 80-an dan mula ditayangkan sejak 28 Januari lalu. Ianya mengisahkan semangat juang pasukan bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekalahan,sekaligus muncul sebagai wira negara.

Apa yang menariknya, penggunaan CGI dalam filem Ola Bola ni memang nampak real giler. Aku tengok trailer pun dah nampak gempak habis. Bagi aku, filem Ola Bola ni salah satu filem yang korang wajib tengok. Tak minat bola pun kena tengok jugak! Sebab filem ini menggabungkang pelbagai jenis bangsa dan mereka bersatu dalam mencapai satu matlamat. Ada satu dialog dalam filem ini berbunyi "Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama". Haa, apalagi, hujung minggu ni boleh beli tiket tengok kat pawagam.


JANGAN LUPA BELI JERSI OLA BOLA
Nak pergi tengok filem Ola Bola ni, tonjolkan semangat korang dengan pakai jersi Ola Bola yang macho lagi style ni. Gerenti orang akan jeles bila tengok jersi Ola Bola yang korang pakai. Aku memang suka pakai jersi buat jalan-jalan. Rasa macam ringan dan bergaya. Sekarang ni macam-macam jersi aku dah beli. Ada je promosi, terus order secara online. Jersi Malaysia yang baru memang dah lama ada dalam koleksi aku. Cuma jersi Ola Bola yang limited edition je belum ada lagi.


CARA UNTUK BELI JERSI OLA BOLA
Jersi Ola Bola ni boleh dibeli di website http://www.3ciety.com/ . Untuk jersi bola, ada dikeluarkan satu jenis sahaja iaitu warna kuning hitam dan beberapa t-shirt Ola bola yang lain yang awesome. Jersi bola ni jenis team custom jersey maknanya korang boleh letak nama sendiri dan nombor pilihan korang dibelakang jersi. Huh, memang smart la tengok jersi bola sepak dulu. Awek tengok pun meleleh air liur.


Untuk Ola Bola - Team Custom Jersey warna kuning hitam, harga untuk setiap jersi ialah RM79.90. Saiz yang ada dari XS,S,M,L,XL,XXL,XXXL. Kalau korang rasa nak pakai baju fit, boleh order saiz jenis XS dan S dan kalau korang berbadan besar, jangan bimbang sebab saiz XL,XXL dan XXXL tetap ada untuk korang. Berminat dengan jersi Ola Bola, boleh tempah kat sini : Team Custom Jersey


Harga Ola Bola - Team Custom T Shirt ialah RM69.90. Saiz yang disediakan ialah XS,S,M,L,XL,XXL. Ini bukan jersi ye, tapi jenis t-shirt custom. Korang boleh tulis nama dan nombor yang korang nak. Hanya warna putih sahaja yang ada untuk koleksi custom t-shirt ini. Berminat dengan t-shirt ini, boleh order terus disini : Team Custom T Shirt

Ada banyak lagi koleksi t-shirt yang lain yang korang boleh tengok dan order website 3ciety.com ini. Hodie pun ada sekali tau. So, tunggu apa lagi? Tempah terus di http://www.3ciety.com/.

Tangan Terkena Minyak Panas

$
0
0
Petua Tangan Terkena Minyak Panas l Petang semalam rasa teringin pulak nak makan kuih. Bukak peti sejuk tengok ada lagi sepeket kuih frozen. Terus panaskan minyak dan letak kuih frozen tu dalam kuali guna tangan, tak guna sudip. Nak dijadikan cerita, kuih frozen yang terakhir tu, aku masukkan dalam kuali dan tak sampai satu saat, rasa macam kena renjatan elektrik. Rupa-rupanya, bukan kuih yang jatuh dalam kuali, tapi jari aku dulu yang sentuh minyak panas tu. Apalagi, terpelanting semua barang!

Alhamdulillah, bangun pagi ni jari tak mengelembung dan tak sakit. Rupanya banyak barang kegunaan yang ada kat rumah boleh dijadikan ubat jika tangan terkena minyak panas. Ubat yang aku guna ialah madu lebah. Basuh dulu jari yang terkena minyak panas dan letak sikit madu atas tempat yang sakit tu. Jangan lap, biarkan je madu tu kering. Mujur ada simpan madu lebah Al-Shifa.

Hasil dari sapu madu lebah, jari tak mengelembung.

PETUA TANGAN TERKENA MINYAK PANAS

1. Sapu madu lebah ditempat yang terkena minyak panas dan biarkan hingga kering. Digalakkan minum sekali madu lebah tersebut (satu sudu). Dijamin tempat yang terkena minyak panas tak mengelembung. 

2. Sapu ubat gigi atau kicap pada bahagian yang sakit dan biarkan hingga kering. Kulit mungkin akan terasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

3.Sapukan bahagian kulit yang terkena minyak panas dengan aloevera atau lendir daun lidah buaya dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

4. Rendam bahagian yang luka dalam air yang sejuk/ais selama beberapa minit untuk kurangkan sakit.

5. Sapu serbuk kopi pada bahagian yang sakit.  Mungkin akan rasa pedih sedikit. Selepas 10-15 minit, buang serbuk kopi pada tempat yang sakit dan kulit takkan melecur atau melepuh.

6. Pecahkan sebiji telur dan sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Sapu lagi apabila dah kering.

Yang mana ada petua atau cara untuk elakkan tangan melecur,mengelupas atau mengelembung selepas terkena minyak panas, bolehlah share kat sini ye. Kadang-kadang petua tradisional lebih berkesan tanpa kita sedari. Yang perempuan kalau tangan terkena minyak panas, tu tanda korang rajin masuk dapur. Ramai orang nak buat menantu tu :)

Jangan Terkejut! Inilah Gaji Sebulan Seorang Menteri Di Malaysia

$
0
0
Slip Gaji Seorang Menteri Di Malaysia l Nak tersembul biji mata tengok jumlah gaji yang diterima oleh seorang menteri. Elaun sahaja dah mencecah puluhan ribu ringgit. Jumlah pendapatan sebulan RM126,431.26. Kalau ada potongan pun lebih kurang dalam RM5k sahaja. Patutlah sekarang ramai yang berebut nak jadi menteri..hurmmm.

Slip gaji seorang menteri di Malaysia

Slip gaji aku

Nak dibandingkan dengan gaji sebulan aku jauh macam langit dengan bumi. Gaji pokok campur dengan elaun baru dalam RM3k lebih. Kalau kumpul gaji aku dalam setahun pun baru dalam RM40k. Tapi yang RM3k lebih tu belum lagi potong hutang kereta, sewa rumah, potongan KWSP, duit air letrik, duit untuk mak/isteri, duit beli barang dapur dan sebagainya. Hari ni gaji masuk, esok lusa dah kering. Terpaksa tunggu jadual pembayaran gaji 2016 untuk bulan seterusnya. Bayangkan kalau mereka yang bergaji RM2000 ke bawah, sakit jugak kepala nak uruskan perbelanjaan. 

Yang bawah ni adalah gaji yang diterima oleh menteri di Malaysia. Tapi yang ni rasanya bukan gaji yang terkini. Mungkin tangga gaji tu dah meningkat. Gaji ni tak termasuk elaun lagi. Jealous aku tengok, mesti wallet menteri tebal, wallet aku je yang kosong.

  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan 
  • Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan 
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan. 
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan 
  • Setiausaha Parlimen – RM 7,187.40 sebulan 
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59 
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79 
Penjawat awam macam aku ni memang tak boleh berharap sangat pada gaji. Terpaksa cari sumber lain untuk cari duit lebih. Setakat ni, side income dapat banyak hasil dari blog. Yang kat luar sana tu, kalau tak tahu kerja apa nak dibuat untuk tambah pendapatan, korang buatlah blog. Mula dari bawah, jangan putus, nanti dapatlah hasil dengan blog. Atau korang boleh klik entri di bawah untuk tahu cara tambah pendapatan dengan mudah.


4 Blogger Menang Contest Menulis Tips Belajar Bahasa Inggeris

$
0
0
Contest Menulis Tips Belajar Bahasa Inggeris l Sebenarnya contest ni dianjurkan oleh Omni-translation secara private di mana beberapa orang blogger dipilih oleh Team Editor untuk mengarang tip mempelajari Bahasa Inggeris. Syaratnya mudah sahaja iaitu blogger dikehendaki menulis artikel mengenai apa sahaja asalkan berkaitan dengan tips untuk membantu orang ramai lebih memahami bahasa inggeris.

Contest ini dijalankan secara private dan dihadkan kepada mereka yang benar benar layak sahaja iaitu dari segi kualiti penulisan di blog. Pemenang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang.

Tempat Pertama : RM 150
Tempat Kedua : RM 50
Tempat Ketiga : RM 50
Tempat Keempat : RM 50

TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS TERBAIK DARI 4 ORANG BLOGGER

Tempat Pertama : Blogger Nick Nashram

Komen dari team editor : Tutorial ini kami pilih ia antara yang terbaik ialah kerana ia mempunyai 2 perkara yang kami maksudkan di atas. Dimana, ia ada nasihat dan juga contoh untuk pemahaman kita lebih baik dan cepat.Contoh nasihat daripada Nick juga istimewa kerana ia menggunakan medium yang biasa kita hadapi. Seperti contoh, berlatih di depan cermin, bercakap dengan kawan, dan sebagainya, Dan setiap post ini saudara Nick ada beri pencerahannya satu persatu. Saudara Nick juga ada menyentuh perkara yang lebih detail seperti vocab dan juga tense yang kami pasti akan lebih memudahkan anda mempelajari asas pengetahuan ini. Dan juga, beserta contoh.


Tempat Kedua : Blogger Azskel Isnirin

Komen dari team editor : Article ini berikan beberapa contoh untuk anda lebih bersemangat dan mudah untuk belajar.Begitu juga dengan beberapa contoh. Tapi sususan article agak tidak kemas. Walau bagaimanapun, saudara Azskel masih lagi berusaha untuk buat article terbaik untuk kita semua.


Tempat Ketiga : Blogger Mohd Shubhi Abdul

Komen dari team editor : Pendapat kami, penulisan dari Saudara Shubhi adalah yang terbaik kerana contoh yang diberikan adalah antara yang paling dekat dengan kita semua. Penulisannyanya di blog juga kemas sekali gus memudahkan anda mengamatinya.


Tempat Keempat : Blogger Mera Hussain

Komen dari team editor : Penulisan dari Saudari Mera juga agak baik kerana beliau ada review buku khas untuk pembelajaran kanak kanak. Buku yang berbentuk pembelajara audio ini jarang jarang sekali di guna ramai sedangkan ia akan membuatkan kanak kanak akan rasa lebih mudah untuk belajar kerana ia seakan bermain. Anda boleh luangkan masa di blog Mera untuk mengetahu lebih lanjut mengenai review boo elektronik ini.


Dan berikut merupakan antara entri entri lain tentang tips dan cara belajar bahasa inggeris yang korang patut singgah .

Selalu Dihina Sebab Badan Gemuk? Jom Kurus Dengan Minyak Kelapa Dara

$
0
0
Cara Turunkan Berat Badan Dengan Minyak Kelapa Dara l Orang yang berbadan besar atau gemuk selalu dipandang rendah oleh orang lain. Macam-macam panggilan yang diberi seperti Buncit, Bob, Tembam, Debab dan sebagainya. Kawan aku pernah dihina dengan sorang pak cik ini semasa dia ke pasar. Disebabkan laluan dalam pasar itu agak sempit, pak cik yang lalu disebelahnya cakap "Dah la gemuk, menyusahkan orang pulak..nak lalu pun tak boleh" sambil jeling ke arah kawan aku. Masa tu kawan aku senyum je tapi dalam hati konpem terbakar dengar orang cakap macam tu. 

Bukan itu sahaja, mereka yang gemuk ini susah nak pilih baju sama ada semasa raya atau untuk majlis perkahwinan. Bayangkan baju untuk hari raya terpaksa beli sebulan sebelum raya, sebab tak banyak saiz. Apatah lagi bagi mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan tapi berat badan masih sama macam tu jugak. Baju pengantin banyak tak muat. Susah nak cari baju, semua tak ada saiz. Kalau ada pun design tak cantik. Kesian kan? Baru terasa seksanya jadi gemuk. Jangan percaya kalau ada orang cakap "Gemuk is awesome!".

Jangan risau, nak kurus minyak kelapa dara kan ada.

KENAPA SAYA JADI GEMUK?

Memang sangat tak best dan menyakitkan hati bila dengar orang panggil kita dengan panggilan gemuk tu kan? 

Haa..kalau nak tahu, kegemukan ni terjadi disebabkan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi jumlah kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan dan yang tidak diperlukan itu akan bertukar menjadi lemak. Biasanya lemak akan berkumpul di bahagian badan seperti perut, paha, punggung,betis dan lengan. Tak percaya, cuba periksa bahagian badan yang disebutkan di atas. Mesti rasa menggelebar kan?

Berat badan ideal untuk lelaki dan perempuan mengikut tinggi(cm) dan berat(kg)

Mereka yang mengambil gula secara berlebihan ataupun makan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperto donat dan kek berisiko untuk menjadi gemuk. Biasanya kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi daripada berat badan idealUntuk mengetahui sama ada kita dalam kategori terlebih berat badan atau dalam kategori berat yang ideal, cuba timbang berat badan dalam kg, kemudian ukur tinggi dalam cm.  Sebagai contoh, berat badan ideal untuk lelaki yang mempunyai ketinggian 170cm ialah 65kg, tapi bila ditimbang, mesin penimbang menunjukkan berat 80kg. Secara tak langsung,  kita dah termasuk dalam kategori orang yang gemuk.

CARA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MINYAK KELAPA DARA 

Pernah dengar tak tentang khasiat dan kebaikan minyak kelapa dara dalam menurunkan berat badan? Iye,memang betul! Banyak kajian yang dijalankan telah mengesahkan bahawa minyak kelapa dara boleh meningkatkan metabolisma dan membantu kita untuk membakar lemak dengan pantas. Minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan minyak kelapa sebagai pengganti minyak sayuran lain akan menyebabkan kandungan kalori dalam badan kita berkurangan. 

Kelebihan minyak kelapa dara

Bukan setakat itu je, kalau kita letak minyak kelapa dara ke dalam makanan, ianya membantu mengurangkan kandungan lemak di dalam tubuh. Tapi perlu diingat, walaupun minyak kelapa dapat mempercepat metabolisme, tapi jika kita tak jaga cara pemakanan, berat badan kita masih tetap akan tinggi. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara adalah menambahkannya dalam pola makan yang sesuai.

APA YANG ISTIMEWA TENTANG MINYAK KELAPA DARA UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN?

Keistimewaan minyak kelapa dara untuk kurangkan lemak badan secara semulajadi
  • Mengandungi sumber lemak MCFA (Medium-Chain Fatty Acid) semula jadi yang paling konsisten berbanding lemak yang lain. Maknanya, apabila kita makan minyak kelapa dara, tubuh kita terus gunakannya dalam menghasilkan tenaga, bukan menyimpannya sebagai lemak di dalam tubuh.
  • Menggantikan minyak sayuran lain (minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari) dengan minyak kelapa dara dalam makanan akan membantu menurunkan berat badan. 
  • Setiap kali kita makan minyak tidak tepu, kelenjar tiroid kita diserang dan hilang kemampuannya untuk berfungsi secara normal sehingga mengakibatkan kenaikan berat badan. Tetapi, minyak kelapa dara pengambilannya tidak menimbulkan kegemukan. Malah sebaliknya, ia dapat mengurangkan berat badan. 
  • Pengambilan minyak kelapa dara setiap hari boleh mengurangkan penyakit mengidam makanan (terlalu berselera) - kita memperoleh sumber lemak yang baik dalam tubuh badan, jadi kita akan sentiasa rasa kenyang dan sifat selera makan tak menentu dapat dikurangkan.
CARA UNTUK DAPATKAN MINYAK KELAPA DARA

Untuk membeli Minyak Kelapa Dara, boleh order DISINI

Dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan tapi masih tak berhasil, apa kata cuba Minyak Kelapa Dara ini pulak? Minyak diet paling sihat ini dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan. Berminat untuk beli, boleh ke sini Minyak Kelapa Dara Double Premium

P/S: Nak tau jika cara ni berkesan atau tak adalah anda akan rasa lapar. Maknanya minyak ini sedang buat kerja (bakar lemak)."


Boleh Makan Tak Hidangan Masakan Orang Pantai Timur?

$
0
0
Resepi Hidangan Masakan Orang Pantai Timur l Bagi yang tak biasa dengan masakan orang pantai timur, mungkin rasa kurang berselera sedikit untuk menikmati hidangan seperti dibawah ni. Macam aku, pertama kali datang ke Johor, nak adapt dengan masakan orang Johor agak kekok jugak. Maklumlah, lidah dah terbiasa dengan masakan tempat asal kita. Sekarang ni dah boleh terima cara masakan orang sini.

Salah satu hidangan wajib orang Kelantan ialah ulam dan budu, sama ada hidangan untuk makan tengahari atau makan malam. Ulam tu boleh jadi petai, terung, kacang botol, kacang panjang, timun batang dan sebagainya. Biasanya ulam-ulam ini akan dicicah dengan budu yang telah dimasukkan cili dan limau nipis. Kadang-kadang ada jugak diletakkan sekali dengan tempoyak. Kalau nak tahu, budu merupakan salah satu dari keunikan hidangan orang Kelantan. Yang berhajat datang ke Kelantan, singgah je mana-mana restoren atau kedai makan, konpem korang boleh cuba hidangan macam ni.

Masakan orang Kelantan, budu dan ulam ialah menu yang wajib

Ikan goreng tu boleh dicicah sama ada dengan budu atau sambal

Contoh hidangan orang Kelantan yang korang perlu cuba rasa

Hidangan lain seperti ikan atau ayam goreng, tomyam, sup daging, singgang ikan tongkol, ikan masak lemak, kari ayam ialah antara hidangan yang biasa dimasak. Hidangan nampak biasa je tapi bila makan beramai-ramai dengan family, sedapnya tu rasa lain sikit. Sampai tambah nasi berpingan-pingan. Aku kalau balik kampung baru dapat rasa hidangan macam ni. Air masakan ibu, masak apapun tetap sedap. 

Agak-agak boleh masuk tak dengan selera korang?  Belum rasa lagi macam mana nak jatuh cinta kan. Kalau nak rasa, datanglah melawat Kelantan nanti masa cuti sekolah. Tempat penginapan tu, boleh menginap di Tok Aman Bali Beach Resort

Tonton Filem Mat Moto : Kami Bukan Mat Rempit (2016)

$
0
0
Tonton Filem Mat Moto : Kami Bukan Mat Rempit (2016) l Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.

Pengambaraan filem  Mat Moto : Kami Bukan Mat Rempit ini telah dijalankan di tujuh buat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kedah. Filem yang mencecah kos RM1.5 juta ini turut dibarisi pelakon handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein dan Cat Farish.


Filem bawah Skop Production memang aku tak pernah missed..editing terbaik dan kemas, angle camera cantik , sound efek pun cun. Tambah pulak ada lakonan otai-otai seperti  Shahiezy Sam, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Rosyam Nor..memang gandingan yang mantap.



TONTON FILEM MAT MOTO : KAMI BUKAN MAT REMPIT 2016

MUAT TURUN FILEM MAT MOTO : KAMI BUKAN MAT REMPIT 2016

Jenis-Jenis Fesyen Jaket Lelaki Yang Bergaya Dan Terkini

$
0
0
Jenis-Jenis Fesyen Jaket Lelaki Yang Bergaya Dan TerkiniKalau perempuan sinonim bergaya dengan cardigan, lelaki pulak tak boleh dipisahkan dengan jaket. Bagi aku sendiri, setiap kali keluar jalan-jalan, pakai jaket tu salah satu syarat wajib. Rasa macam tak lengkap kalau keluar rumah pakai baju t-shirt tapi tak pakai jaket. Disebabkan aku ni minat bersukan, kebanyakan koleksi jaket aku ialah jenis sport macam nike dan adidas. Casual jaket pun adalah jugak, termasuk satu kot untuk majlis rasmi di sekolah.

Jangan terkejut kalau jaket ni dianggap sebagai antara pakaian paling popular dalam kalangan lelaki bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Bukan susah pun bagi lelaki nak bergaya. Dengan memakai jaket, korang mampu mencairkan hati,mata dan perasaan awek yang memandang. Kenapa? Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, lelaki yang memakai jaket akan lebih kelihatan macho dan berkarisma berbanding lelaki yang hanya berbaju t-shirt kosong. Aku mengorat isteri aku dulu dengan hantar gambar aku pakai jaket nike dan she was mesmerised the way I dressed. Ingat, first impression tu penting!

JENIS-JENIS JAKET LELAKI YANG POPULAR

Nak pakai tapi tak tahu jenis jaket lelaki? Sebenarnya terdapat banyak jenis jaket lelaki yang ada di pasaran. Kadang-kadang rambang mata tengok tapi kalau nak beli jaket, pilih jenis jaket yang sesuai dengan selera dan bentuk badan. Kat bawah ni adalah jenis-jenis jaket lelaki yang popular dan banyak dipakai oleh lelaki.

Denim Jacket

Casual Jacket

Leather Jacket

Hoodie Jacket

Antara jaket lain yang ada dipasaran seperti Bomber Jacket, Field Jacket, Rider Jacket dan banyak lagi. Yang pasti, salah satu daripada jaket di atas mesti ada dalam koleksi jaket korang tahun ni. 

CARA UNTUK BERGAYA DENGAN JAKET LELAKI

Bermacam-macam cara boleh digayakan dengan koleksi jaket lelaki terkini. Cara yang mudah, cari je video di You Tube tentang cara untuk bergaya dengan jaket. Taip je "how to style a jacket" dan macam-macam video yang korang boleh tengok untuk tiru cara bergaya dengan jaket. Gerenti korang akan nampak lebih maskulin dan penampilan diri lebih terserlah.

Sebagai contoh, kalau hujung minggu nak keluar berjalan-jalan, boleh padankan jaket denim kegemaran korang dengan sepasang seluar hitam atau black skinny, baju t-shirt berwarna putih dan sneakers atau kasut boots dengan warna yang sesuai. 

Cara bergaya dengan jaket lelaki

Jaket lelaki amat fleksibel kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau nak beli jaket tu, jangan beli jaket lelaki yang tebal kerana negara kita bukan beriklim sejuk sepanjang masa. Beli jaket yang selesa dan sesuai dengan musim yang ada di negara ni.  Pastikan jugak jaket yang dipilih tu mudah untuk dipadankan dengan fashion item yang lain seperti baju t-shirt, seluar dan kasut. Ia adalah antara yang wajib harus ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki.

Sekarang ni banyak website online shopping Malaysia ataupun butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi baju jaket lelaki online dengan pilihan yang cukup meluas. Korang tak perlu keluar ke shopping mall untuk dapatkan item kegemaran ramai ni, sebaliknya boleh dibeli secara online!

7 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Malaysia

$
0
0
10 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Malaysia l Cakap je pasal berbulan madu, mesti ramai yang terbayang suasana pantai dan pulau. Tapi trend berbulan madu sekarang dah berubah di mana kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin atau bagi mereka yang ingin menyambut ulang tahun perkahwinan dengan memilih lokasi di gunung, tanah tinggi atau bermalam di resort yang berlatarkan hutan. Tempat sejuk memang sesuai sangat la untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri..if you know what I mean :)

Ok, dibawah ni ada disediakan 10 lokasi destinasi berbulan madu yang terbaik di Malaysia.


TANJONG JARA RESORT
Terletak di Batu 8, Off Jalan Dungun, Kuala Terengganu, Dungun, Terengganu.Resort ini pernah dipilih sebagai lokasi pengambaran bagi program realiti tv iaitu Fit For Fashion 2014. Resort mengadap pantai yang indah dan bercirikan suasana kampung yang tenang, Tanjong Jara Resort menyediakan 99 bilik dengan rekaan yang berunsurkan istana melayu. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.tanjongjararesort.com/


TOK AMAN BALI BEACH RESORT
Merupakan resort terbaik yang bertaraf 4 bintang yang ada di Kelantan. Ianya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Bharu. Dibuka pada bulan November 2011, ianya menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung. Jika berkunjung ke Kelantan, resort ini sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.tokamanbali.com.my/


BELUM RAINFOREST RESORT 
Jika tercari-cari resort di Perak yang berunsurkan kehijauan flora dan fauna, cuba menginap di Belum Rainforest Resort yang juga dikenali Tasik Banding Resort. Berlatarkan panorama alam semula jadi hutan dan tasik  yang belum terusik, tentu ini akan menjadikan percutian lebih bermakna. Untuk tempahan percutian berbulan madu, boleh layari website : http://www.belumresort.com/index.html


BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT 
Terletak di Bukit Merah, Semanggol, Perak, resort ini menawarkan pelbagai pakej percutian. Terdapat 2 jenis penginapan yang disediakan iaitu, Kampung Air (Water Chalets) dan Laketown Hotel (Hotel Rooms). Resort ini juga turut menyediakan taman tema seperti Ecopark dan Waterpark disamping pelbagai aktivitirekreasi. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.bukitmerahresort.com.my/


RESORT COLMAR TROPICAL,BERJAYA HILL
Suasana dingin yang mendamaikan merupakan destinasi berbulan madu yang terbaik yang baru berkahwin.Terletak di Bukit Tinggi, Pahang, berhampiran Genting Highlands. Hotel ini dibina dengan bertemakan ala-ala French, dengan deretan kedai-kedai kecil yang bercirikan perkampungan Colmar, Perancis. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.colmartropicale.com.my/


PHILEA RESORT AND SPA
Merupakan log resort terpanjang dan terbesar terletak di Ayer Keroh,Melaka. Suasana tenang berlatar belakangkan hutan menggamit perhatian pasangan yang cintakan alam. Untuk tempahan, boleh layari website : https://www.phileahotel.com.my/


FOUR SEASONS RESORT, LANGKAWI
Resort mewah ini terletak di Pantai Tanjung Rhu dengan dikelilingi 99 buah pulau di lautan Andaman. Reka bentuk resort yang cuba ditampilkan hasil dari gabungan senibina Asian, India dan Arab. Memang menarik untuk dijadikan destinasi berbulan madu. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.fourseasons.com/langkawi/


Buku Panduan Diet Atkins Percuma : Tak Sangka Boleh Jadi Kurus Dan Cantik Dengan Diet Atkins!

$
0
0
Buku Panduan Diet Atkins Percuma : Cara Kuruskan Badan Dengan MudahDulu berat aku 98kg dengan ketinggian 173cm. Sesetengah orang kata GEMUK IS AWESOME. Aku taktaulah tang mana awesomenye. Kalau ada orang cakap kat kau macam tu, sebenarnya untuk sedapkan hati kau je. Jangan la tipu diri sendiri, gemuk itu menyeksakan. Jangan tanamkan dalam hati kau GEMUK IS AWESOME .Bukan menghina sebab aku sendiri pernah terlajak berat, tetapi bila gemuk bagi aku banyak keterbatasannya. Cukup-cukup sudah lah aku gemuk bertahun-tahun, berubah untuk diri sendiri..untuk kesihatan diri korang jugak. 

Berat aku turun 20KG DALAM MASA 30 HARI..cakap banyak tak guna baik korang cuba. Diet cara lain tak guna pun..kurang turun dengan cepat dan cepat putus asa. Ambik masa sampai bertahun-tahun. Korang kuat ke iman tengok makanan sedap-sedap dalam masa setahun tu? Mesti kantoi kan? So dengan diet atkins korang boleh cuba salah satu diet yang tak perlu berlapar sangat. Tak guna kalau korang pergi gym bertahun-tahun tapi perut boroi dengan salah pemakanan. 

Antara luahan mereka yang berusaha untuk kuruskan badan. Dan kebanyakan mereka berjaya menurunkan berat badan hasil dari diet atkins. Tak percaya, tengok gambar di bawah. Rasa jealous tak?



MUAT TURUN BUKU PANDUAN DIET ATKINS SECARA PERCUMA

Sebelum nak mula dengan diet atkins, kena faham dulu apa itu diet atkins, makan apa yang tak boleh dimakan semasa minggu induction, tentang ketosis, pengambilan kalori dan banyak lagi. Boleh muat turun Buku Panduan Diet Atkins Percuma Disini


MUAT TURUN BUKU RESEPI DIET ATKINS SECARA PERCUMA

Nak kurus tak pemakan tak jaga tak jadi jugak. Yang menariknya, diet atkins ni korang tak perlu berlapar. Boleh muat turun Buku Panduan Resepi Diet Atkins Percuma Disini. Untuk nak tahu lebih lanjut tentang cara pemakanan, boleh join group Facebook Diet Atkins Malaysia.


Gerenti tak menyesal kalau amal diet atkins ni. Bayangkan dari gemuk berubah jadi cantik dan hensem. Siapa yang tak suka! Yang single tiba-tiba ramai orang minat, yang dah kahwin pulak suami bertambah sayang. Ingat, tiada siapa yang boleh mengubah diri korang selagi korang tidak cuba berubah untuk jadi lebih baik. 

Viewing all 480 articles
Browse latest View live