Quantcast
Channel: Nick Nashram
Viewing all 480 articles
Browse latest View live

9 Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki : Boyfriend/ Suami/ Ayah

$
0
0
Kepada yang masih confused nak beli hadiah apa untuk lelaki sempena hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, disini aku senaraikan benda-benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah. Antaranya : 


1. PERFUME
Kenal pasti terlebih dahulu pasangan korang tu suka perfume ke tak. Lelaki ada dua jenis, yang suka pakai perfume dan yang tak suka perfume sebab pening dengan bau tu. Membazir pulak kalau terbeli tapi tak guna. Kalau nak beli perfume, aku suggest beli perfume :
 
1. Ferrari for Men
2. Giorgio Armani Acqua Di Gio for Men
3. Dunhill Desire Red for Men
4. Paco Rabanne 1 Million for Men
5. Calvin Klein Eternity for Men
6. Ralph Lauren Polo No. 1 for Men
7. Romano
8. Polo Black
9. Gucci Guilty Men
10.Calvin Klein Euphoria


2. WALLET
Hadiah yang lelaki paling suka. Sebab lelaki at least 3-4 tahun baru tukar wallet baru, selagi tak hancur lunyai selagi tu la recycle guna yang tu je. Kalau perempuan, setahun tu rasa dah 4-5 handbag. Ye dok?

3. TALI PINGGANG
Cuba tengok belt atau tali pinggang pasangan korang. Belt ni lebih kurang macam wallet jugak. Paling banyak ada 2 je, pastu duk ulang pakai yang sama sampai terputus. Kalau nak bagi hadiah tali pinggang, memang seronok la lelaki. 

4. BAJU
Kalau nak beli baju sebagai hadiah, kena tahu taste pasangan korang tu dulu. Masa keluar dating, dia selalu pakai baju jenis macam mana dan saiz apa. Baju t-shirt, jersi atau baju shirt lengan panjang? Dan satu lagi warna baju tu pun kena fikir jugak masa nak beli. Baju couple pun boleh dijadikan hadiah tapi bagi aku tak suka baju jenis camtu.

5. JAM
Sebab lelaki tidak mempunyai pilihan aksesori yang banyak seperti wanita. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak menarik, handsome dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka. Tak kisah jenama jenis apa, tapi kalau aku suka yang jenis sport watches macam Casio, Adidas dan Fossil. Nak beli jam murah kat SINI.

6. PEN
Sesuai diberikan bagi lelaki yang berkerjaya. Nasihat aku, kalau nak bagi hadiah pen, jangan beli pen yang ballpoint tu jenis nak tulis khat. Beli yang ballpoint biasa je, yang boleh digunakan untuk urusan harian.

7. GADGET
Cuba tengok gadget apa yang pasangan korang guna sekarang ni? Kalau still guna yang jenis cikai tu, elok la korang upgrade dengan beli yang baru. Kalau handphone, yang dapat whatsapp dan ada kamera pun dah ok. Gerenti dia suka giler-giler la dapat gadget baru. Bertambah sayang lagi kat korang.

8. AKSESORI
Kena tengok apa minat dia. Kalau suka make up kereta macam aku, bagi hadiah aksesori kereta macam audio player. Kalau dia suka main bole, boleh beli jersi atau kasut bola. Yang minat fotografi, boleh belikan dia kamera DSLR. Kalau dia suka makan, beli je dapur gas suruh dia masak..hehe

9. KASIH SAYANG
Kalau tak mampu nak sediakan yang ada kat atas ni, memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan korang kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka.
 
Sekarang dah tahu kan apa hadiah yang lelaki suka?


Hentikan Click Fraud Nuffnang Sebelum Cashout Kena Reject!

$
0
0
Click fraud adalah satu tindakan dimana anda klik pada sesuatu iklan bukan dengan tujuan sebagai pengguna tapi lebih kepada agenda untuk mendapatkan keuntungan secara penipuan sama ada klik secara berkumpulan mahupun secara perseorangan. 

Benda ni sebenarnya dah lama tapi sebagai informasi dan peringatan terutamanya kepada blogger baru yang aktif blogwalking, elakkan dari click fraud. Dan ramai yang tak sedar yang click fraud ni adalah satu kesalahan. Bayangkan bila masa nak cashout, tapi kena reject dengan Nuffnang. 

Secara ringkasnya, untuk memudahkan pemahaman korang tentang click fraud ni, aku ringkaskan macam ni :


CARA NAK BEZA CLICK FRAUD DENGAN CLICK NUFFNANG LOGO

Clicking on the ‘Nuffnang logo’ is not clicking on the ad. The ad refers to the advertisement showing campaigns by clients. Thus it’s not click fraud.

Maksudnya, earning korang akan dikira sebagai click fraud dimana korang klik pada iklan yang disewakan oleh klien Nuffnang, tapi kalau klik pada iklan yang memaparkan logo Nuffnang itu tak menjadi masalah. Contoh macam gambar di bawah.



AKAN TERIMA EMAIL KALAU SELALU CLICK FRAUD NUFFNANG

 Nuffnang Announcement Regarding Click Fraud 

Among some of the actions which constitute click fraud are :

1. Clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back.
2. Asking for blog visitors’ help to click on the ads.
3. Registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them.
4. Repeatedly switching to a different IP to click on own ads.
 
MACAM MANA KALAU SAYA DAH KLIK IKLAN NUFFNANG?

If you click on an ad because you’re interested in the products/services offered, it’s not considered click fraud.

Tak salah nak klik. Tapi pastikan korang klik sebab nak tau kandungan info dalam iklan tu. Jangan nak rajin terlebih klik iklan banyak kali dalam semua blog. Yang tu yang jadi salah.

Walaupun kita klik banyak iklan dalam banyak blog, Nuffnang masih boleh kesan siapa yang klik iklan tu, blog mana yang dapat klik banyak dan dari mana klik tu datang melalui  IP address. Nuffnang boleh tengok berapa ramai yang klik dan apa IP address yang klik. Kalau ramai sangat yang klik, diorang akan syak ada aktiviti berbalas klik secara beramai-ramai. 

Kalau cashout earning hasil daripada click fraud, kemungkinan korang kena akan kena reject dan tak mustahil kena banned dengan Nuffnang. Blogger yang kena banned aan diberitahu melalui email.

Bayangkan berbulan-bulan korang kumpul duit pastu burn macam tu je. So, say no to click fraud.

Waktu Yang Terbaik Dan Sesuai Melawat Korea

$
0
0
Kalau korang bercadang untuk melancong atau melawat Korea, pastikan memilih masa yang sesuai supaya percutian korang lebih berbaloi. Bagi yang tak tahu, Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk (Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Autumn). Jadi, musim mana yang terbaik untuk melawat korea?

MUSIM BUNGA DI KOREA ( SPRING )


Masa Musim Bunga di Korea : Akhir bulan Mac hingga Awal bulan Mei.
 
Musim Bunga ialah masa yang terbaik untuk pergi melawat Korea. Musim bunga biasanya bermula sekitar akhir bulan Mac sehingga akhir bulan Mei . Salah satu perkara yang menarik kalau melawat Korea dalam masa bunga ialah korang boleh menikmati keindahan bunga seperti bunga sakura,forsythia, azaleas, magnolias, lilacs dan cherry blossoms di mana bunga ceri mula berkembang di mana-mana sahaja.  
 
Hwagae Cherry Blossoms Festival  
 
Yeouido Spring Flower Festival
 
Walau bagaimanapun, awal bulan Mac, suhu masih agak sejuk dan kebanyakan tempat masih terdapat lagi salji dan ais selepas berakhirnya musim sejuk. Suhunya adalah antara 5℃ – 20℃. Jadi, korang digalakkan untuk memakai pakaian seperti jaket yang tebal.  
 
Memasuki bulan April, suhu tidak panas dan tidak sejuk, sesuai untuk berjalan menikmati keindahan Korea. Pada bulan ini juga, gunung-gunung mula ditutupi dengan pelbagai jenis bunga liar yang berkembang.  
 
Kebaikan melawat masa musim bunga - Cuaca panas dan nyaman,pemandangan yang indah dihiasi dengan bunga-bunga , pelbagai acara dan festival, aktiviti luar seperti berkelah dan mendaki, dan lain-lain. 
 
Keburukan melawat masa musim bunga - Sedikit sesak dengan festival , beberapa lawatan dari sekolah ke zoo dan tempat bersejarah. 
 
MUSIM PANAS DI KOREA ( SUMMER ) 
 
Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September. 
 
Musim panas juga adalah waktu yang baik untuk datang ke Korea tapi korang perlu ingat, musim panas Korea mungkin sedikit berbeza. Suhu musim panas di Korea adalah 23°C - 27°C. Suasana semasa musim panas adalah sangat lembap kerana lokasinya yang dikelilingi oleh lautan.Tapi jangan risau, walaupun musim panas dengan cuaca lembap, korang masih boleh habiskan masa dengan menikmati pemandangan yang indah dan tenang dengan menyewa resort atau bilik pada harga yang berpatutan.
 
 
Dan untuk lebih murah atau nak jimatkan kos, boleh berkhemah di tepi tasik dan sungai-sungai yang mana banyak terdapat di Korea. Pada masa yang sama, korang juga boleh menikmati keindahan gunung yang kehijauan yang terbentang indah.

Bagaimanapun, elakkan melawat pada pertengahan bulan Jun-Julai kerana waktu itu adalah musim hujan. Hujan lebat biasanya akan turun selama 2-3 minggu berturut-turut beserta dengan ribut Typhoon.  

Pakaian pada musim panas : Sweater dipakai sekadar untuk fesyen, baju t-shirt atau kemeja, bawa seluar pendek atau panjang yang secukupnya, kasut dan stokin.

Kebaikan melawat masa musim panas - Terdapat jenis aktiviti luar seperti acara pantai dan makanan musim panas

Keburukan melawat masa musim - Cuaca panas dan lembap, sangat sesak, musim hujan, amaran Taufan, nyamuk, cengkerik kuat pada waktu malam. 

MUSIM LURUH DI KOREA ( AUTUMN ) 

Masa Musim Luruh di Korea : Lewat September hingga pertengahan November.

Musim luruh juga merupakan musim yang terbaik jika korang merancang untuk melawat Korea, selain musim bunga dan musim panas. Pada musim ini, cuaca tidak terlalu sejuk dengan suhu 11°C-19°C tapi nyaman, sesuai untuk bersiar-siar. Pemandangan juga amat cantik kerana daun-daun pokok mula gugur dan berubah warna bertukar merah, oren dan kuning. Yang berminat untuk hiking sambil menikmati keindahan alam semula jadi, ini adalah masa yang terbaik. 



Pakaian pada musim luruh : Jacket dan sweater, baju t-shirt atau kemeja, bawa seluar yang secukupnya, sarung tangan yang tidak terlalu tebal, kasut dan stokin serta mafla atau scarf untuk menghangatkan badan.

Kebaikan melawat masa musim luruh - Cuaca yang sesuai, pemandangan indah, tidak terlalu sibuk dan makanan yang murah.

Keburukan melawat masa musim luruh - Banyak sekolah-sekolah yang menganjurkan lawatan ke tempat-tempat terkenal dan ini akan menyebabkan sedikit sesak. 

MUSIM SEJUK DI KOREA ( WINTER ) 

Masa Musim Sejuk di Korea : Lewat November hingga awal Mac

Musim sejuk di Korea masih boleh dilawati jika korang bercadang untuk pergi ke sana pada bulan November atau Disember kerana cuaca sejuknya masih boleh tahan lagi. Walaubagaimanapun, bulan Januari dan Februari, korang tak digalakkan kerana cuaca yang terlalu sejuk. Kebiasaan suhu musim sejuk di Korea : 0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara. Bagi yang bercadang untuk melawat Korea pada musim sejuk, pastikan korang pakai baju berlapis-lapis untuk menahan kesejukan. Biasanya, jalan agak licin pada musim ini disebabkan oleh salji dan ais. 



Tetapi, musim salji di Korea sering menjadi pilihan bagi yang nak merasai suasana salji. Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan. Aktiviti musim salji di Korea ialah sledding, skiing dan skating. 

Pakaian pada musim sejuk : Winter coat dan sweater, baju t-shirt atau kemeja, bawa seluar yang secukupnya, sarung tangan yang tebal, peutup telinga untuk elak telinga berdesing, kasut dan stoking serta mafla atau scarf untuk menghangatkan badan

Kebaikan melawat masa musim sejuk - Banyak makanan untuk musim sejuk boleh di nikmati seperti spicy rice cake snack, dimsum, dumpling dan banyak lagi, tak sesak dan aktiviti musim sejuk

Keburukan melawat masa musim sejuk - Cuaca yang sejuk, pemandangan diselaputi salji dan jalan yang licin. 

So, yang mana bercadang nak ke Korea untuk bercuti atau pergi berbulan madu, rancang dengan sebaiknya. Jumpa di sana semua :)

Misteri Tetamu Tak Diundang Di Hari Jumaat

$
0
0

Hari minggu cadang nak bangun lambat sikit, tambah pulak hujan selepas subuh. Memang selimut macam mayat la jawabnya. Tengah syok mimpi, diganggu pulak dengan suara nyaring yang tak henti-henti kat depan rumah. Potong stim betul! Bukak pintu, rupa-rupanya suara tu datang dari tetamu yang tak undang - anak burung yang bertenggek atas kereta kesejukan.


Terketar-ketar menahan kesejukan sambil berteriak memanggil ibunya. Kesian pulak aku tengok. Ingatkan bila dekat, anak burung ni akan lari. Sempat pegang dan tengok...hurmmm..patutlah, bulu pelepah pun baru nak tumbuh. Separuh badan basah kena tempias hujan. Mujur takde kucing yang berkeliaran time tu. 

 
Masih lagi mengigil kesejukan walaupun berada dalam pelukan tangan. Sayu je tengok mata dia. Bawak masuk dalam rumah dan letak bawah kipas nak bagi kering dulu bulunya sebelum dilepaskan. Kecik-kecik dah berpisah dengan ibunya :(

Cara Tukar Blogspot.my Kembali Asal Ke Blogspot.com

$
0
0
Mesti ramai yang terkejut bila url blog bertukar dari blogspot.com ke blogspot.my. Rasanya perubahan ini sejajar dengan perubahan logo Google yang baru. Mungkin jugak Google nak buat pengasingan pengguna blogspot mengikut negara. Kalau blogger Malaysia, dari blogspot.com akan bertukar jadi blogspot.my :)

APA AKAN JADI BILA URL BERTUKAR?

Bila pelawat datang ke url yang lama (blogspot.com),Google akan redirect ke url yang baru (blogspot.my). Dan blog kita masih boleh diakses seperti biasa walau domain tu dah bertukar dan ianya boleh diakses dari seluruh dunia.

KESAN-KESAN BURUK BILA URL BERTUKAR?

1. Yang menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan domain blogspot, secara tak langsung iklan Adsense hilang dari blog akibat perubahan url ini. Hanya boleh nampak tapak iklan yang 'blank space' sahaja.

2. Bagi blogger yang mempunyai header dan footer yang bertulis blogspot.com  atau blogspot dot com, terpaksa edit balik semua itu.  

3. Pertukaran url ini juga akan memberi kesan kepada ranking alexa blog anda. Ranking akan berubah sebab sebelum ni guna url blogspot.com.

CARA TUKAR BLOGSPOT.MY KEMBALI ASAL KE BLOGSPOT.COM

Inilah antara sebab-sebab kenapa perlu ada domain sendiri walaupun menggunakan platform blogspot. Maklumlah, kita duk menumpang atas tanah orang. Tapi jangan risau, sebab anda boleh tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com. 

Caranya, anda kena add script di atas / sebelum <head> dalam blog. 

1. Pergi ke Template - Edit HTML.
2. Tekan CTRL + F dan search <head> dalam template.
3. Dah jumpa,  add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>.



Masalah iklan Adsense juga akan selesai selepas script ini ditambah. Cuba tengok blog aku, kembali jadi nicknashram.blogspot.com. 

Takut Nak Luahkan Perasaan?

$
0
0
 Situasi yang semua orang pernah rasa :

" Sebenarnya, saya dah lama suka awak,cuma tak berani nak cakap,takut awak tolak saya.." T_T

Malu tahap gaban ke nak luahkan perasaan cinta kau tu pada orang yang kau suka atau kau ni sebenarnya penakut...

Ceh, kau memang penakut !
 
Siapa yang penakut ni huh?
 
Kau la ! Kau yang tengah baca entri ni dan masih single. Sebab kau tak berani nak luahkan perasaan kau tu. Memang ramai yang penakut, hingga la orang tu diambil orang lain, baru nak nyesal tak sudah.
 
Kenapa perlu takut untuk meluahkan perasaan?

Ohhh...sebab takut kena reject eh?

Kalau dah suka jangan disimpan dalam hati. Luah je perasaan tu sebab, nak tak nak memang kena luahkan jugak. Kalau tak bagitahu, macam mana dia nak tahu. Soal kena reject tu tolak tepi dulu, yang penting apa yang terbuku hati dalam hati kau tu dah diluahkan. Makin lama simpan dalam hati, makin membengkak perasaan tu.


LEBIH BAIK KENA REJECT DARI MENYESAL

Biasalah tu kalau kena reject. Sekurang-kurangnya bila kau luahkan, dia tahu yang kau tu ada simpan perasaan padanya. Kalau orang yang kau suka tu reject, luahkan pada orang lain pulak. Takkan la setiap kali luah tak kena sasaran.
 
Tapi kan, kalau kau takut sangat untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati tu, sekurang-kurangnya bagi la apa-apa hint kat dia ,biar dia tahu yang kau sebenarnya ada hati nak usha dia.

Tak perlu takut, tak perlu malu bila meluah perasaan ni. Kalau ada rezeki, dia mungkin jodoh kau. Kalau dia tolak, mungkin kau tak sesuai untuk dia atau dia yang buta untuk menilai antara kaca dan permata.


A boy proposed to a girl, she rejected. He was not sad. His friends asked him, Why he didn't feel sad? 
 
Boy: why should i be sad? I have lost someone who didn't love me, But she's lost someone who loved her. 
 
So, good luck pada mereka yang bakal nak meluahkan perasaan tu :)

Perkataan Inggeris Yang Selalu Orang Keliru ( Commonly Confused Words )

$
0
0

Nak belajar bahasa inggeris dengan fasih, kena tahu banyak perkataan. Kadang-kadang orang sebut sesuatu perkataan tapi kita salah faham maksudnya. Sebab dalam bahasa inggeris, ada banyak perkataan yang mengelirukan. Sesetengah perkataan sebutan sama tapi maksud lain.

Kepada yang tak tahu, aku dah sediakan beberapa perkataan bahasa inggeris yang agak mengelirukan, sekali dengan maksud sekali. Nak pandai bahasa inggeris, boleh download kat sini : CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN CEPAT

ACCEPT / EXCEPT
Accept ( terima )  : Don't accept anything from him.
Except ( kecuali ) : Everyone except Johan came for the meeting.

ADOPT / ADAPT 
Adopt ( mengambil sebagai anak angkat ) : They have adopted a boy.
Adapt ( menyesuaikan diri ) : You have to adapt to new situations.

ADVICE / ADVISE 
Advice ( nasihat ) : You must listen to your teacher's advice.
Advise ( menasihati ) : I would advise you to tell the police immediately. 

ALL READY / ALREADY 
All ready ( semua dah siap sedia ) :We were all ready to study grammar. 
Already ( sudah/telah ) : She has already packed his bag.

ALMOST / MOST
Almost ( hampir ) : It is almost one o'clock.
Most ( kebanyakan/paling ) : Most of my friends are vegetarians.

BREATH / BREATHE
Breath ( nafas ) : Your breath smells of  chocolate.
Breathe ( bernafas ) : Mammals cannot breathe under water.

BESIDE / BESIDES
Beside ( disebelah ) : She sits beside her son.
Besides ( selain/selain itu ) : Who else is coming besides me?

PRACTICE / PRATISE
Practice ( latihan ) : The practice will be held every Saturday. 
Practise ( melatih ) : You must pratise writing your own essay.

PRINCIPAL / PRINCIPLE
Principal ( pengetua ) : The principal of this school is from Johor.
Principle ( prinsip ) : He has high principles.

QUIET / QUITE
Quiet ( senyap ) : Please be quiet because I want to sleep.
Quite ( agak ) : That is quite good.

SOMETIME / SOMETIMES
Sometime ( suatu masa nanti ) : Come up and see me sometime
Sometimes ( kadang-kadang ) : Sometimes, she is very helpful.

MEAN / MEANS
Mean ( maksud ) : What do you mean?
Means ( cara ) : There are various means we can try.

IT 'S / ITS
It's ( singkatan dari it is atau it has ) : It's time to go.
Its ( -nya ) : Guess its color.


Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah korang kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi? Jangan risau, boleh download TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET DISINI!

 Jom belajar bahasa inggeris dengan betul :)

9 Tips Fashion & Selfie : Dari Gemuk Nak Nampak Kurus

$
0
0
Mereka yang berbadan besar selalu mengeluh kerana susah untuk mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan mereka. Kalau korang jenis chubby, montel dan tembam, korang tak perlu lagi risau kalau nak berfesyen jika ikut 9 Tips Fashion & Selfie : Dari Gemuk Nak Nampak Kurus kat bawah ni. 


FASHION UNTUK NAMPAK KURUS

1. Pakai baju yang muat-muat dengan badan. Tak longgar, tak ketat. Kalau saiz L, jangan  pakai saiz S, terkeluar selulit nanti. Dan jangan pakai baju yang lebih besar dari saiz badan sebab akan nampak lebih besar dari saiz sebenar.

2.Pakai pakaian yang berwarna gelap sebab orang akan tertumpu pada warna, bukan bentuk badan. Bagi perempuan, aksesori tambahan juga seperti kasut, handbag, gincu dan tali pinggang digalakkan juga guna yang berwarna terang.

3.Pilih design vertical (menegak) bukan horizontal. Corak menegak lebih slim. Elakkan pakai pakaian yang ada corak besar.

4. Biasakan diri pakai high heels atau wedges yang sesuai dengan berat badan. Kaki akan nampak panjang gittew.

5.Pakai seluar yang jenis potongan lurus (straight cut).


SELFIE UNTUK NAMPAK KURUS

1.Jangan ambil gambar dari bawah (nanti akan ada double chin). Pastikan selfie pun dari sudut tinggi ke bawah.

2.Chin up, forward dan jangan hadap straight ke kamera (bagi angle sikit) untuk elak double chin.

3.Pose dengan satu kaki ke depan. Ini membantu mencondongkan badan dan beri ilusi bentuk badan yang lebih kurus.

4. Group shot di mana berdiri di tengah-tengah tapi sedikit ke belakang orang yang berada disisi.

Dah cuba 1001 cara, tapi masih tak berjaya kuruskan badan? Jangan risau, boleh download formula kurus yang berkesan kat sini Formula Kurus. Apply tips ni gerenti korang boleh kurus :)
 

Jenis-Jenis Sihir Dalam Masyarakat Melayu

$
0
0
Ilmu sihir/ ilmu hitam/ santau ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun melalui pemujaan makhluk halus. Tak puas hati atau dengki, ilmu sihirlah yang dicari untuk membalas dendam. Memang banyak berlaku dalam masyarakat kita.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir  bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Selain itu, ia juga turut dibantu oleh makhluk halus seperti jin, syaitan atau hantu bagi mencapai apa yang diminta. Dalam hal ini, syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia.
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, digunakan untuk menganggu manusia.
  • Polong : Makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan

JENIS-JENIS SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU


SIHIR PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya. Kemudian, bahan-bahan tersebut diikat pada patung dan patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama, jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut yang akan menyebabkan mangsa berasa sakit dan boleh membawa maut.


SIHIR SANTAU
Santau merupakan bahan campuran yang
terdiri dari benda-benda gatal (miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu), benda-benda berbisa (air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak dsb) dan benda-benda pedih (kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang dsb). Ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.  

SIHIR TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya, mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


TANGKAL DAN AZIMAT
Dukun atau pawang biasanya memberi kepada orang yang datang kepadanya tangkal, azimat atau sesuatu untuk ditanam, atau memberi kertas bertulis mantera atau kemenyan dibakar dan berasap dengannya. Ini kerana syaitan boleh menghidu bau asap dan dengan asap itu syaitan akan segera datang.Bomoh biasanya meminta bekas pakaian seperti sikat dan kain, meminta sembelihan seperti ayam, burung di mana ia disembelih dengan tidak menyebut nama ALLAH SWT, dan kemudian sembelihan itu dibuang ke tempat sunyi untuk dipersembahkan kepada syaitan.

SIHIR PEMBENCI DAN KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Jadi, pelihara diri kita dari terkena gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan dengan mengamalkan Surah As Saffat, ayat 7. Dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak berapa sIhat terutama waktu maghrib. Ayatnya pendek dan mudah dibaca iaitu :

Pernah Tak Kena Tindih Dengan Hantu Masa Tidur?

$
0
0
Pernah tak korang alami peristiwa atau pengalaman ditindih semasa tidur? Rasa macam ada satu lembaga besar duduk atas badan yang membuatkan kita nak jerit minta tolong tapi suara tak keluar. Nak meronta-ronta tapi badan rasa macam diikat. Dalam hati, dah baca ayat kursi berulang kali supaya 'lembaga' yang tindih kita tu lepaskan. Benda ni berlaku dalam beberapa saat sahaja. Tapi gerenti korang trauma nak sambung tidur balik kan?


PENGALAMAN AKU KENA TINDIH DENGAN 'HANTU'

Biasanya, masa kita kena tindih tu, mata kita terbukak tapi tak nampak makhluk yang menindih tu. Cuma dapat rasa sahaja. Bila aku fikir balik, rasanya ada persamaan dalam semua episod 'aku kenda tindih' sebelum ini. Majoriti orang yang kena tindih lebih kurang sama macam cerita aku kat bawah.

Pengalaman aku kena tindih ni berlaku masa study di universiti dulu. Kehidupan sebagai mahasiswa mestilah dipenuhi dengan assignments. Siang pergi kuliah, malam berjaga siapkan kerja sampai ke pagi. Kadang-kadang tak tidur langsung. Campus life penuh dengan stress.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu memang badan aku dah terlampau penat. Tapi memandangkan kerja banyak lagi yang belum siap, cuba jugak untuk stay up. Aku stay up sampai pagi walaupun waktu itu badan aku dah penat dan letih sangat. Sampai tak sedar tertidur. Rasanya dalam 5 minit lepas tu dah mula terasa badan ditindih.

Pada masa tu, rasa macam takut giler. Bayangkan semua anggota badan jadi kaku. Nak angkat jari pun tak mampu. Suara pulak tersangkut di kerongkong macam ada tangan yang mencekik leher. Aku cuba panggil roomate kat sebelah, tapi suara yang keluar cuma...erkk...erkk..erkk.

Dan selepas itu, kesemua siri 'kena tindih' melibatkan perkara yang sama.

KENAPA KENA TINDIH DENGAN 'HANTU'

 Hasil dari kesimpulan aku :

1. Kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan dan otak yang terlalu penat.
2. Tidur dengan membiarkan tingkap bilik terbuka, sebab salah satu peristiwa kena tindih ialah membiarkan tingkap terbuka sampai ke pagi.
3. Tak baca doa tidur terlebih dahulu.
4. Tidur lewat, biasanya pukul 3 dan 4 pagi, akan rasa kena tindih selepas 5 minit tidur.
5. Orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'. 
6. Tidur tanpa menyucikan diri dari kotoran.

CARA-CARA NAK ELAK KENA TINDIH MASA TIDUR

Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:
  • Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
  • Terhindar dari segala perkara yang buruk.
Cara-caranya: 
  • Baca surah tiga Qul (dimulakan dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. 
  • Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak  tiga kali.

Suami Suka Tengok Isterinya Cantik

$
0
0


pictures : http://comicstriper.blogspot.my

Salah satu trick nak buat isteri korang sentiasa cantik tak kira dalam rumah atau luar rumah, cuba korang buat macam kat atas tu..hehe. Perempuan pantang dengar shopping dan jualan murah. Dua perkataan ajaib ini akan membuatkan isteri korang terus bertukar menjadi princess beauty. 

Memang sepatutnya isteri kena cantik depan suami, tak kira lah diluar rumah atau dalam rumah. Bila penampilan berjaga di rumah..suami pun bertambah sayang. Lagi satu, kalau nak suruh isteri korang cantik, spend la duit korang sikit untuk beli alat make up, buat facial treatment, shopping baju dan supplement untuk kesihatan. Ni tak, nak suruh isteri cantik, tapi kedekut pahit untuk belanja bagi tujuan kecantikan isteri.

Resepi Ikan Keli Goreng & Gulai Daging : Menu Dinner Seorang Blogger

$
0
0

 Ikan keli goreng dan gulai daging menu dinner
dimasak oleh seorang blogger
bersusah payah cari resipi dalam komputer
dah jumpa tapi bahan pulak tak ada
start kereta pergi kedai Pak Uda
beli ikan keli, daging, rempah dan juga lada
sampai rumah, siang ikan, hiris daging dengan segera
masukkan dalam periuk dan biarkan seketika
walaupun simple tapi sedap jugak rasanya
masakan orang bujang sementara
balik kampung baru isteri masak untuknya….

Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Jobdirumah.com

$
0
0
Sebenarnya aku cemburu dengan blogger-blogger yang tak putus-putus dapat komisen dari Program Affiliate Job Di Rumah (JDR). Dah lama program Job Di Rumah ni beroperasi, cuma baru sekarang terdetik nak daftar. Yang rasa nak tambah duit poket tu bulan-bulan, cara yang paling mudah untuk buat duit dengan Jobdirumah.com.

BOLEH PERCAYA KE JOB DI RUMAH ?
  
Job Di Rumah merupakan sebuah program buat duit secara online yang boleh dipercayai. Bayaran komisen telah dibayar tepat pada masanya. Ada dua jenis cara menjana pendapatan melalui program JDR ni. Antaranya ialah :


Program Affiliate Partner (dibayar komisen). Korang akan dibayar RM25.00 untuk setiap orang yang join Jobdirumah.com melalui link affiliate korang. Kalau sehari 4 orang join, korang dah dapat RM100.00 tunai. Komisen di bayar pada setiap awal bulan iaitu antara 5 haribulan ke 10 haribulan terus ke akaun bank
 
Pendaftaran Adalah PercumaAnda tidak perlu bayar apa, cuma daftar di sini sahaja : http://jobdirumah.net/dap/a/?a=8395  atau disini http://jobdirumah.com/affiliate.php.  Dah siap daftar, hantar link affiliate korang kepada rakan-rakan atau saudara mara untuk diorang join samada melalui email atau whatsapp dan korang akan dibayar RM 25.00. Mudah kan? 


Buat Kerja Dari Rumah (dibayar dalam USD). Upah bagi setiap kerja tak sama, ada yang murah dan ada yang mahal. Ia bergantung pada bajet majikan itu sendiri dan jenis kerja yang di tawarkan. Oleh sebab majikan dari seluruh dunia, upah di bayar dalam nilai US Dolar. 

Sebagai contoh, kalau korang hanya buat satu job sahaja setiap minggu secara sambilan dengan upah sebanyak USD$50 dolar tiap job. Dalam sebulan, korang mampu menjana sebanyak USD$216 dolar atau bersamaan dengan RM930.12 ringgit.

Pendaftaran Dengan Membayar RM 50Bayaran yang di kenakan ini adalah untuk pembelian panduan asas dan video tutorial. Username dan password untuk akses ke Panduan Jobdirumah di laman ahli akan di emelkan sebaik sahaja diorang mengesahkan pembelian. Pendaftaran boleh dibuat disini :Daftar Buat Duit Job Di Rumah.

 CONTOH KOMISEN YANG DITERIMA OLEH BLOGGERS





Antara komisen yang beberapa bloggers dah dapat. Bagi yang masih mencari-cari sebuah program buat duit yang bagus di internet, aku cadangkan supaya korang menyertai Program Job Di Rumah ini kerana ia terbukti sebagai sebuah program buat duit yang boleh dipercayai. Tunggu apa lagi, daftar sekarang! Program Buat Duit Job Di Rumah.

Kenapa Jarang Update Blog?

$
0
0

Agak-agak berapa lama masa korang tak update blog?  Seminggu, sebulan, atau setahun? Biasanya blogger yang jarang update blog atau tak update blog langsung, jawapannya ada kat bawah ni.

Jawapan kenapa jarang update blog : 

1. Sibuk dengan kerja sehingga otak pun dah beku.
2. Takde idea langsung nak tulis.

3. Terlalu banyak idea sampai tak tahu nak pilih mana satu.
4. Mood dan jiwa kacau.
5. Sakit gigi, pening kepala atau demam.
6. Tak cukup tidur.
7. Time period ( blogger perempuan ).
8. Tahap kemalasan yang melampau.

9. Kurang motivasi nak update sebab takde awek/pakwe.
10. Baru lepas gaduh dengan awek/pakwe.
11. Trafik blog yang rendah.
12. Line internet terlalu slow.
13. Balik kampung bercuti.
14. Blog kena hacked.
15. Earning blog sikit sangat.
16. Mungkin dah meninggal dunia (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un)


 
So kalau ada orang tanya kenapa tak ada post terbaru, sila pilih jawapan yang berkenan di atas. Terima kasih. 
 

Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Berkesan : Hanya 15 Minit Setiap Hari

$
0
0
How to learn English effectively in a short time? Here are some ways to improve your English with only 15 minutes a day!

 pictures : http://comicstriper.blogspot.my/

MONDAY : WATCHING YOU TUBE
Try to improve your listening skills by watching  a Youtube video. Make sure no subtitle embedded in the video shown because this is meant to sharpen your listening skills on how much of what they are saying you heard and understood. 

TUESDAY : SPEAKING OR SINGING
Try to talk in English with friends or classmates that knows English.  However, if you are embarrassed  to chat in English due to lack of confidence, you can find a friend online to help you.  If you like to sing, you can sing your favourite song. It’s a good idea to record yourself and listen to it after you have recorded, so you can correct your own mistakes.

WEDNESDAY :
READING MAGAZINES AND BLOGS
Read any reading materials in English such as magazines or newspaper. You can also look for blogs according to you interest (like sport, fashion, games, etc). If you are beginner, the best wayto improve your English is through simplified books. Simplified books mean books written in simple English and use basic words and grammar. 


THURSDAY : GRAMMAR
If you just started learning English, you need to know some basic grammar rules such asnouns, pronouns, verbs, adjectives, adverbs, tenses and others. Knowing some basic grammar rules will help you to create your own sentences correctly. 

FRIDAY : VOCABULARY

Try to learn 10 new words every Friday and memorize it. Look up the meaning in the dictionary. Use an online dictionary if you want to listen the correct pronunciation.

SATURDAY: WATCHING MOVIES

Everyone loves watching movies right? To learn English while watching your favourite movies is easy. First, choose an interesting movies which matches your current English level. You can watch your movie either with subtitles on or without subtitles. Bring your dictionary along, so when your hear words that you dont understand, check it up.


Hati-Hati! Mungkin Ada Ular Dalam Mangkuk Tandas Rumah Anda

$
0
0
Bayangkan semasa nak buang air dalam mangkuk tandas, ada ular tedung yang besar dan panjang berlingkar dalam mangkuk tandas rumah. Kepala dan lidahnya terjulur keluar semasa korang tengah lepaskan hajat tu. Rasanya ada yang lari lintang-pukang, berteriak sakan. Itu kalau nampaklah...kalau tak nampak...terus duduk..oh tidak.



Sesuatu yang mungkin tak dijangka boleh berlaku kepada sesiapa atau di mana sahaja. 

Sebelum nak lepaskan hajat tu, tengok dalam lubang atau jirus air terlebih dahulu. Nak pastikan ada tak makhluk yang tak diundang disitu, mungkin ular atau lipan.

Kalau berhadapan dengan perkara macam ni...jangan panik. 

Cari tutup penutup tandas supaya ular tu tak keluar. Kalau tandas yang jenis cangkung, cari papan atau apa-apa sahaja yang bersaiz lebar untuk tutup bahagian atas.Terus hubungi pihak berkenaan seperti bomba. Mereka ada kepakaran menangkap ular. Jangan tangkap sendiri ye..bahaya. Elok lari selamatkan diri dulu..hehe.

Kena Hentam Sebab Tulis Status Minta Tolong Dalam Bahasa Inggeris

$
0
0
Kerana minta tolong melalui status yang ditulis di Facebook, seorang perempuan yang dikenali sebagai Khairunhanisah Azlan Hanif telah dikritik dan dihentam oleh sesetengah pengguna sosial media. Pada asalnya, niat beliau nak bantu ayahnya yang mengalami kerugian apabila kereta ayahnya dipecah masuk dan beberapa barang dan dokumen mengenai penyakit bapanya telah dicuri. Sebab dihentam?


KENA HENTAM SEBAB TULIS STATUS DALAM BAHASA INGGERIS

Tujuan ditulis status nak minta tolong pada sesiapa yang terjumpa barang ayahnya yang kena curi tu supaya dikembalikan. Tapi disebabkan beliau tulis status minta tolong dalam Bahasa Inggeris, timbul pula isu menyampah dari pengguna media sosial kerana menganggap belaiu berlagak speaking dan kononnya tidak memartabatkan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia.

Bermacam-macam komen negatif yang dilemparkan kepada beliau. Antara komen-komen pedas daripada pengguna media sosial yang mengkritik Khairunhanisah.


"Awak? Lepas selesai semua tu, ambil kelas bahasa melayu.. Majoriti orang Malaysia cakap bahasa melayu dan ada sesetengah yang tak faham bahasa inggeris..” 

"Ckp melayu xleh ke kak? Bukan ku xpaham tp ku menyampah sbb org melayu speaking lagak terror"

Komen di forum

JENIS GOLONGAN YANG BODOH TAK BERTEMPAT 

Melayu mengutuk melayu lain cakap Bahasa Inggeris memang satu kegemaran sesetengah rakyat melayu kita. Pada pandangan mereka, bangsa lain je boleh guna Bahasa Inggeris. Kalau orang melayu guna, dikatakan berlagak dan nak menunjuk-nunjuk pandai. Pemikiran masih di takuk lama.

Isu begini pun mereka nak kecoh. Padahal status yang ditulis dalam Bahasa Inggeris yang simple je. Lagipun yang baca status tu bukan melayu sahaja.Macam mana lah melayu nak maju bila orang cakap Bahasa Inggeris je, dikeji diumpat. Padahal mereka yang tak berapa bijak, bila orang cakap Bahasa Inggeris, rasa insecure pulak. Shallow minded people!

BAHASA ALIEN DIAGUNGKAN

Sekarang bahasa jenis kipidap, dongibab, yukenduit, jasduit, dudebes,bidebes, yodebes diagung-agungkan pulak dalam perbualan. Bahasa macam ni yang banyak mempengaruhi budak-budak sekolah sekarang. Hatta, dalam karangan diorang pun terjumpa jenis-jenis bahasa macam ni. Habis hancur bahasa, tapi takde pulak yang duk hentam, keji dan maki. Stress cikgu Bahasa Inggeris bila students tulis esei guna perkataan sedemikian.


Satu lagi sejenis bahasa alien yang baru dijumpai. Bahasa yang tidak pernah dilihat dan diguna sebelum ini...mohon simenkan dalam tong drum dan buang dalam laut hindi sebelum mereka membiak. Kesian cikgu Bahasa Melayu dapat anak murid macam ni.

Kenapa Tempoh Bertunang Tak Boleh Terlalu Lama?

$
0
0
Pertunangan secara ringkasnya lamaran seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya. Tapi apa yang aku nak cerita ni sedikit sebanyak perkongsian hasil dari pengalaman sendiri dan kawan-kawan semasa bertunang sebelum selamat diijabkabulkan.


KENAPA BERTUNANG TAK BOLEH TERLALU LAMA?

Biasanya tempoh pertunangan antara 3 bulan, 6 bulan, 8 bulan dan paling lama setahun.Kemungkinan pihak lelaki meminta tempoh seperti yang disebutkan dengan sebab untuk mengumpul duit terlebih dahulu, ingin menghabiskan tempoh pengajian di universiti/kolej dan sebagainya. Salah satu contoh :

" Saya ingin berkahwin dengan awak dalam masa 2 tahun lagi. Buat masa sekarang kita bertunang dulu sebab saya nak kumpul duit beli kereta atau ada pekerjaan yang tetap untuk menampung kehidupan yang akan datang."

Bagi mereka yang bakal bertunang, satu je nasihat aku. Jangan bertunang terlalu lama kerana dunia bertunang ni terlampau banyak dugaannya. Tempoh 1,2 atau 3 tahun adalah terlalu lama, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan. Bila berjauhan, kena ada kepercayaan yang tinggi dalam diri. Kalau ada syak wasangka dan curiga, gaduh sikit terus nak putuskan hubungan pertunangan.

Dalam tempoh pertunangan itu juga, bermacam-macam dugaan yang akan ditempuhi. Mereka yang pernah lalui, pasti dah rasa macam mana rencah alam bertunang ini. Antaranya :

1. Jumpa orang yang lebih baik dari tunang.
2. Hilang perasaan suka dan cinta pada tunang.
3. Mula rasa tak serasi menyebabkan jarang berhubung.
4. Bekas kekasih datang kembali.
5. Tunang curang dengan orang lain.
6. Selalu bergaduh walaupun benda yang remeh.
7. Tak pasti dengan pilihan atau dilema.

PERLU KE SAYA PUTUS TUNANG KALAU DIA...............?

Sebenarnya bergantung pada masalah dalam hubungan korang tu. Kalau masalah setakat gaduh-gaduh kecik je, takkan la sampai nak putus tunang. Time kita marah, otak tak berfungsi dengan normal sebab syaitan tengah cucuk-cucuk. Bawak bertenang sebelum buat keputusan supaya tak menyesal. 


Kalau dia curang dengan orang lain?

Kenapa perlu curang kalau dah ada tunang? Rasanya lebih baik putuskan pertunangan tu, sebab kalau dia berani curang kali pertama, tak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi. Sama jugak dengan pasangan yang dah mula guna tangan, pukul sana sini walaupun hanya berstatus tunang. Bayangkan kalau dah berumah tangga nanti, bukan setakat tangan, sepak terajang pun turut melayang. Jalan mudah, tinggal je orang macam ni walaupun dia bagi ayat " I will kill myself if you leave me". Dia bukan jodoh korang.

BUAT SOLAT ISTIKHARAH MINTA PETUNJUK

Sila buat solat istikharah. Biasalah, time bertunang macam-macam dugaan ada. Orang selalu cakap, cari yang sayangkan kita, bukan yang kita sayang. Mintak petunjuk dari Allah, buat solat istikharah sebulan, solat taubat sampai Allah bagi petunjuk siapa sebenarnya jodoh terbaik. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.  

Kita hanya manusia biasa. Ingat, kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Earning Terkumpul Setakat Ini Dari Nuffnang & Google Adsense

$
0
0
Sekarang ni dua pengiklanan yang aku guna untuk jana pendapatan melalui blog iaitu Nuffnang dan Google Adsense. Earning yang terkumpul setakat ini seperti di bawah.

EARNING NUFFNANG

Walaupun Nuffnang dah tak tunjuk apa-apa status samada glitterati atau non-glitterati pada akaun, tapi apa yang aku perasan ada pertambahan income yang agak drastik berbanding income yang aku terima sebelum ini melalui CPUV. Ada sesetengah CPUV yang credited berjumlah RM10.00, RM8.00 dan RM5.00. 


Itu pun hanya satu iklan Nuffnang je aku letak dalam blog ini iaitu jenis rectangle sebab sekarang aku lebih fokus kepada Google Adsense. Letak terlalu banyak iklan nampak serabut pulak. Jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM 52.00, selepas 4 kali cashout. Boleh la tambah pendapatan walaupun akaun Nuffnang sekarang tanpastatus glitterati atau non-glitterati. Mungkin pihak Nuffnang tengah upgrade sistem (sedapkan hati).

EARNING GOOGLE ADSENSE 

Alternatif lain untuk tambah income dari blog adalah melalui Adsense. Nak apply untuk Innity tak lepas. Apa yang menarik tentang Adsense, income dibayar dalam bentuk dollar. Bila income mencecah 100 dollar baru dibenarkan untuk cashout. 



Memandangkan nilai ringgit Malaysia sekarang masih lagi jatuh, tapi membawa rezeki kepada mereka yang berplatformkan pengiklanan Adsense. Hasil yang terkumpul setakat ini dari Adsense ialah $50.00. Setelah ditukar kepada ringgit Malaysia, dapatlah RM206.65. Jauhnya beza nilai duit kita dengan dollar.


Tips Dan Rahsia Untuk Anak Jadi Pintar Cerdas

$
0
0
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8 tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2. 

Berbeza dengan anak-anak zaman sekarang. Pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka sudah pandai membaca. Dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. Tapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri. 24 jam dengan gajet.

ZAMAN SEKARANG ZAMAN ANAK-ANAK PINTAR

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, tanggungjawab untuk mendidik anak itu diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan juga orang gaji. 


Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan. Ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi. Untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.

TIPS DAN RAHSIA UNTUK DAPAT ANAK PINTAR DAN CERDAS

Memperkenalkan, ebook "Anak Pintar Cerdas"...rahsia bagaimana untuk mendidik dan mengajarkan anak anda, agar mereka, menjadi anak yang pintar dan cerdas, serta boleh membaca sebelum masuk ke tadika lagi. Klik gambar di bawah untuk download. 


Melalui ebook ini, anda akan diajar tips & teknik, bagaimana anda boleh mendidik & mengajar anak anda supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar. 

Ebook ini mengandungi 5 bab : 

BAB 1 : Teknik Semasa Kehamilan 
BAB 2 : Rahsia Kenapa Bangsa Yahudi Genius 
BAB 3 : Teknik Selepas Hamil 
BAB 4 : Teknik Pemakanan Berkhasiat 
BAB 5 : Teknik Ajar Anak Membaca 

Segera dapatkan ebook ini dan baca semua tips tersebut. 3 buah ebook bonus yang menarik akan diberi percuma. Ebook ini ditujukan khusus untuk para ibu bapa kerana kitalah insan yang paling ikhlas dalam mendidik anak-anak dan benar-benar ingin melihat anak-anak kita berjaya. Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Viewing all 480 articles
Browse latest View live