Blogger yang ada di Malaysia akan dikenakan cukai mulai tahun depan. Mana-mana blogger yang tidak bersetuju dan enggan membayar cukai tersebut akaunnya akan disekat dan title blogger dilucutkan serta merta. Kalau la ada statement macam ni, memang aku mengamuk la..hehe.
Bukanapa, sekarang ni petrol naik, elektrik naik, tol naik, gula naik, tambang bas sekolah naik, tambang lrt naik, cukai pintu naik, air naik, astro naik dan akhir sekali cukai GST. Yang tak tahu makna GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Harga barang dan cukai cepat je naik..aku pun nak naik jugak la, naik angin.
Bagiaku, GST yang akan diperkenalkan akan membebankan rakyat. Banyak harga barang dan perkhidmatan akan dinaikkan..gaji naik sikit tapi harga barang naik berganda-ganda. Nampaknya lambat lagi la nak kahwin. Nak jimat kena tanam sayur la..nak beli sayur datang rumah aku..hehe
P/S : Tajuk entri saje je buat gempak..harap-harap jangan la masin mulut aku :)