Bil elektrik untuk bulan 4 baru je sampai minggu lepas. Apa yang mengejutkan, jumlah bil elektrik untuk bulan ini memang jauh berbeza dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ini. Tengok bil memang rasa macam tak percaya je jumlah yang perlu dibayar ialah RM0.10. Nak rasa tergelak pun ada. Jika jumlah bil elektrik bawah dari RM20, kita tak perlu membayarnya. Ini kerana subsidi bagi tarif elektrik bagi skim pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan ke bawah adalah ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM 141 juta.
Jumlah bil elektrik untuk bulan 4, nak tumpang charge handphone,boleh datang rumah :)
Padahal, dalam rumah aku, penggunaan elektrik memang sentiasa 'on' 24 jam. Peti sejuk memang tak pernah tutup walaupun ada air kosong je dalam tu..hehe. TV pulak sampai ke pagi terpasang sebab lupa nak tutup. Handphone memang kejap-kejap charge sebab cepat habis bateri. Laptop sama macam TV jugak la, esok nak pergi kerja baru tutup. Lampu dapur dan lampu depan rumah memang terpasang setiap malam. Paling banyak pun bil elektrik dapat lebih kurang dalam RM30 ke bawah. Tak pasti kena tunggu berapa bulan lagi baru boleh bayar ni..hurmm.
Apa yang aku buat, setiap kali keluar rumah nak pergi kerja, semua plug akan dicabut dari soket kecuali peti sejuk je. Cara lain yang aku buat ialah bangun awal pagi untuk slowkan kipas dan off handphone masa tengah charging. Rumah aku memang takde ekon, so nak bagi suhu tu sejuk pintu dan tingkap akan buka sekejap bagi udara masuk. Memang berkesan tengok pada bil elektrik untuk bulan ni.
Bil air cukup 3 bulan baru dibayar. Rasa macam serba salah pulak nak bayar dengan jumlah bil sekarang ni. Air pun rasanya banyak jugak aku guna untuk basuh baju, basuh kereta dan untuk kegunaan harian. Di rumah aku, setiap bilik mandi dan tandas disediakan satu tangki air sendiri yang dibeli untuk kegunaan kecemasan seperti time takde air. Mungkin sebab guna air dari tangki simpanan tu yang menyebabkan bil air agak rendah.
Disebabkan bil elektrik dan bil air rendah, korang dialu-alukan untuk datang ke rumah aku untuk charge handphone, charge powerbank, nak tengok bola, nak basuh baju, nak mandi, boleh je semua.
Ajak-ajak ayam je..hehe

Jumlah bil air berbeza sikit,maklum la musim panas sekarang ni.