Kebanyakkan blogger yang dah lama bertapak dalam dunia blog menjana pendapatan melalui penulisan advertorial dan review sesuatu produk yang diminta oleh klien. Jangan terkejut jika ada blogger dibayar sehingga mencecah RM500- RM1000 untuk satu post/entri yang ditulis. Blogger seperti ini biasanya mempunyai pengaruh yang tersendiri dari segi gaya penulisan, keaktifan dalam media sosial,jumlah trafik blog dan ranking, malah tidak asing di dalam dunia blogger, yang mana secara tak langsung telah menarik minat pengiklan dari syarikat besar untuk bekerjasama dengan mereka.
Selain income berbentuk wang, ganjaran lain yang turut diterima oleh seseorang blogger seperti penginapan percuma di hotel/resort, gajet elektronik, makanan dan tiket penerbangan apabila berjaya menyiapkan entri yang berkualiti seperti diminta oleh klien.
Tidak hairanlah jika blogger-blogger otai mendapat bayaran yang tinggi dan tajaan hasil daripada mereka menulis advertorial dan review sesuatu produk dan perkhidmatan.
Selain income berbentuk wang, ganjaran lain yang turut diterima oleh seseorang blogger seperti penginapan percuma di hotel/resort, gajet elektronik, makanan dan tiket penerbangan apabila berjaya menyiapkan entri yang berkualiti seperti diminta oleh klien.
BAGAIMANA BLOGGER DAPAT INCOME MELALUI ADVERTORIAL?
Biasanya klien/pengiklanan akan cari blogger untuk menulis review tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Harga ditentukan hasil dari persetujuan antara blogger dan klien. Sesetengah blogger juga ada yang telah menetapkan rate harga tertentu bagi penulisan advertorial. Tugas blogger hanya menulis review dan mendapat bayaran hasil daripada review yang ditulis. Pengiklan pula akan dapat keuntungan apabila ada pelanggan membaca dan membeli produk yang tulis oleh blogger. Senang cerita, 'win-win situation' untuk kedua-dua pihak.
HARGA UNTUK REVIEW PRODUK DAN ADVERTORIAL DI BLOG NICKNASHRAM
- Harga: RM50 untuk 1 artikel review atau advertorial post.
- Artikel tentang produk atau perkhidmatan pengiklan akan ditulis dalam blog ini dengan cara yang kreatif dan mesra SEO.
- Maklumat penting atau gambar perlu disediakan oleh pengiklan.
- Konsep SEO dengan keywords tertentu akan dimasukkan dalam artikel bagi menguasai enjin carian seperti google.
- Statistik blog ini telah melebihi 4 juta pageview.
- Purata pelawat (pageviews) sebulan adalah hampir 200,000 dengan purata lebih 8000 -7000 lebih pelawat setiap hari.
- Trafik yang dijana adalah hasil daripada carian google.
- Blog ini mempunyai pagerank 3.
KOMEN DARI KLIEN TENTANG REVIEW PRODUK DI BLOG NICKNASHRAM
Dibawah adalah sebahagian daripada komen-komen dari klien/pengiklan yang berpuas hati dengan hasil review produk dan advertorial post di blog ini. Setiap review produk akan ditulis dengan teliti dengan dimasukkan sekali keywords SEO. Kebanyakkan permintaan adalah untuk review produk kecantikan dan juga pakaian serta gajet.
GANJARAN LAIN YANG DITERIMA UNTUK TULIS REVIEW
Tak semestinya kita tulis review sesuatu produk atau perkhidmatan, bayaran yang diterima dalam bentuk wang. Contoh yang terbaru blog ini dapat sponsorship untuk review resort di Pahang. Penginapan selama 3 hari 2 malam ditanggung oleh pihak resort. Kepada pengiklan yang berminat untuk tarik perhatian customer datang berkunjung ke resort atau hotel mereka, boleh email ke nick87siriusblack@gmail.com untuk di review.

Review resort
Kepada blogger yang berminat untuk jana pendapatan, boleh la cuba dengan review produk. Untuk pengetahuan terutamanya blogger baru, gaya penulisan dalam menulis advertorial post ni mestilah ditulis dalam bentuk informative, friendly, and professional manner. Masukkan sekali personal opinion semasa menulis review produk tersebut tapi jangan sampai jadi diary entry. Guna bahasa yang tak formal tapi pada masa yang sama, artikel yang ditulis tu ada informasi dan santai.