SELAMAT TINGGAL NUFFNANG
Selama 3 tahun bersama dengan Nuffnang, akhirnya terpisah jugak. Sebelum ni dah buang kod iklan Nuffnang tapi masukkan balik. Kali ni nekad tukar kepada Google Adsense pulak. Bukan apa, dah lama aku duk perati Nuffnang..iklan yang kaler biru tu je yang asyik keluar. Iklan yang betul keluar masa orang tengah tidur atau tengah sibuk dengan kerja. Memang takde orang nak klik la. Sakit hatinya..ggrrrrrr.
Tahun 2011-2012 memang tahun kegemilangan blogger bersama Nuffnang. Bayangkan iklan CPUV ada yang dibayar sampai puluh-puluh ringgit malahan mencecah ratusan ringgit. Pernah jugak rasa 1 CPUV tu dapat puluh-puluh ringgit. Memasuki tahun 2014-2015, bermulanya zaman malap bersama Nuffnang. Bayaran makin berkurangan, iklan tak muncul-muncul. Hanya blogger yang 'hebat-hebat' sahaja yang menikmati faedah hasil dari iklan Nuffnang.
Walau bagaimana pun aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana merasa jugak buat duit dengan blog. Hasil dari total earning tu adalah dalam lebih kurang RM 646.57.
SELAMAT DATANG GOOGLE ADSENSE
Google Adsense secara ringkasnya adalah sebuah pengiklanan dari google di blog kita. Seperti pengiklanan dari company yang lain, readers and visitors yang klik iklan yang dipamerkan dalam blog kita, kita akan dibayar dalam bentuk USD. Dan bayarannya adalah berbeza mengikut sesuatu iklan. Satu klik biasanya akan dibayar USD0.05, atau mungkin USD0.04. Ada juga yang satu klik dapat 10 sen, ada juga yang satu klik dibayar sehingga USD2 atau pun lebih, bergantung pada 'harga' sesuatu iklan.
Apabila earning Google Adsense sudah melebihi USD100, barulah layak untuk dikeluarkan.
Yang mana rasa nak bertukar selera dengan pengiklanan tu, boleh la cuba apply untuk Google Adsense ni. Kalau pv dan uv blog korang tu tinggi, terus je apply Innity. Selamat membuat duit dengan blog :)